MAKAM RAJA HAJI (MARHUM TELUK KETAPANG), PULAU PENYENGAT KEPULAUAN RIAU



(Coretan pena : Jaafar Kelana Al - Bugisi )




                                            Makam Raja Haji di Pulau Penyengat

SIAPA RAJA HAJI ........?

Raja Haji dilahirkan di Riau, putera kepada Opu Daeng Chellak (Daeng Pali). Raja Haji atau Marhum Teluk Ketapang telah dilantik sebagai yang dipertuan Muda Riau-Lingga, Johor dan Pahang ke: 1V pada tahun 1778 bagi menggantikan  Daeng Kemboja ibni Opu Daeng Perani. Baginda mempunyai beberapa oranag isteri ia itu: Engku Aishah, Engku Sejuk, Raja Perak dan  Tengku Raja Emas (Jambi). Anakanda baginda diantara nya ialah : Raja Jaafar, Raja Idris, Raja Pahang, Raja Ahmad (Engku Haji Tua), Raja Kasim, Raja Salamah, Raja Hamidah (Engku Puteri), Raja Siti, Raja Buntit, Raja Tengah, Raja Aminah, dan  Raja Pasir


Makam Raja Hamidah (Engku Puteri dan Makam madu nya Cik Mako binti Daeng Maturang di Pulau Penyengat Kepulauan Riau


        
         Raja Ali Haji (Pujangga Riau ) cucunda kepada Raja Haji Fisabillillah                             


Raja Haji (Marhum Teluk Ketapang) ialah tokoh pahlawan Bugis yang terkemuka dialam Melayu. Diantara kegiatan Baginda yang tercatit didalam sejarah Riau ialah:

a.   Menjadi Pengeran Sita Wijaya di Jambi

b.   Menakluk dan menjadi penguasa Inderagiri

c.   Penabalan Syarif Abdul Rahman sebagai Sultan Pontianak

d.   Membangunkan pulau biram dewa  di Sungai Riau (Riau Lama) menjadi kota yang terkenal dengan nama " KOTA PIRING".

Raja Haji telah gugur sebagai Kesuma Bangsa , ditangan kiri memegang erat kitab dalail al- khairat dan ditangan kanan menghunus badik pusaka. Baginda mangkat pada malam 18 jun 1784 di Telok Ketapang , Telok Mas Melaka terkena bedil Belanda , tatkala melakukan penyerangan terhadap pusat kedudukan dan pengkalan maritim Belanda di Melaka, sebagai pembalasan terhadap serangan Kompeni Belanda di Riau pada tahun 1782 yang diketuai olih Peter Jacob Van Bram. Setelah jenazah nya beberapa tahun disemadikan di Melaka, dan pada masa pemerintahan anakanda nya Raja Jaafar menjadi yang di Pertuan Muda bersama Ratu Mas Jambi salah seorang isteri Raja Haji telah memasuki benteng kota Melaka menuntut jenazah suami nya dan memindahkan nya di Pulau Pemyengat kepulauan Riau .





                      Lakaran peta yang dibuat olih Belanda dalam tahun 1792 tentang  kedudukan makam Raja Haji didalam Kota Melaka



KETERANGAN GAMBAR

Lokasi asal  tempat berlaku nya pertempuran diantara perwira Bugis yang dipimpin olih Raja Haji Fisabilillah  terhadap kompeni Belanda yang mendarat melalui Pernu dan memintas dari belakang Bukit Palas . Akhir nya berlaku lah perkelahian yang amat hebat pada malam 18 jun  1784 di kampung Ketapang Telok Mas Melaka, mengakibatkan banyak terkorban dikedua dua  belah pihak, begitu juga dipehak Bugis jati dan Bugis peranakan terkorban termasuk lah lima orang besar Bugis  syahid ia itu Raja Haji Sendiri, Daeng Seliking, Arung Lenga, To Lesang dan Hj Ahmad (Bugis Selangor). Manakala Datuk Silawatang Encik Ibrahim bin Datuk Shah Bandar Hassan terselamat memimpin semua saki baki Bugis yang selamat termasuk Encik Layar mendokong Raja Idris anakanda Raja Haji masih kecil , terus ke Muar bertemu Sultan Mahmud Shah 111 yang sedia menunggu lantas belayar ke Riau. Begitu juga dengan yang lain nya, orang Selangor yang dipimpin olih Raja Ibrahim pulang ke Selangor, orang Rembau pulang ke Rembau, dan orang Linggi pulang ke Linggi.







   Kampung Ketapang Teluk Mas Melaka.......diabadikan nama nama ini sempena nama jalan di Telok Mas Melaka: saperti " Jalan Raja Haji " dan  " Jalan Daeng Tawi "  


Tempat syahid nya Raja Haji, ditanda dengan batu merah, disebelah pagar sekolah Sir Henry Gurney. Menurut dakwaan lisan  orang orang tua yang terdahulu , ditempat ini sering berlaku perkara ganjil saperti berbau harum semerbak, apabila diwaktu malam kadang kadang kedengaran saperti bunyi senjata berlaga seolah olah didalam pertarungan. Apabila selepas hujan dikawasan sekitar ini akan berbau hanyir saperti darah manusia.







                                                  Badik Bugis (Kawali)


RAJA HAJI DAN AHLI KERABAT NYA

Bermula adalah Raja Haji  (Marhum Teluk Ketapang) , ialah yang dipertuan muda yang ke lV daripada cucu Opu. Baginda lah yang mengalahkan beberapa negeri Melayu , dan menakluki beberapa tempat.

Ada pun negeri negeri yang dialahkan baginda ialah Kedah, Perak, Inderagiri, dan Sanggu. Ada pun ceruk rantau yang di takluki baginda, yang dimiliki nya  ia itu Retih, Batin enam suku, Unguran, Baru dan Karimun, ia itu diambil olih baginda dengan cara perang daripada tangan Raja Hijau dan Datok Malaikat.

Bermula adalah puteri baginda yang sulung , Raja Salamah nama nya. Bonda Raja Salamah ini ialah Raja Amaran, ia itu Puteri Raja Asahan. Timang timangan nya Raja Salamah itu ialah Engku Teluk, dan dia lah yang menjadi isteri Raja Nala , Saudara kandung Marhum Selangor , Raja Ibrahim , ia itu putera Raja Lumu (Marhum Salleh), Raja Selangor yang pertama daripada cucu Opu, dan dia lah yang beranakan Raja Hassan di Lukut.

Putera Baginda yang kedua , Raja Siti nama nya  (Engku Besar), dia lah yang menjadi isteri Raja Bugis Tapomanah, yang bernama Keraeng Talibuk. Ketiga Raja Hamidah (Engku Puteri), dialah yang menjadi isteri Sultan Mahmud Shah lll  (Marhum Mesjid Lingga). Engku Besar dan Engku Puteri ini satu bonda, ia itu Raja Perak, puteri Daeng Kemboja (Marhum Janggut). Dan lagi anakanda perempuan Baginda ada dua orang dengan isteri Baginda anak Raja Inderagiri , ia itu Raja Buntit, dialah yang menjadi isteri Encik Engku Raja Sulaiman , mendapat anak perempuan dua orang. Seorang bernama Raja Wok menjadi isteri Temenggong Johor (Temenggung Abdul Rahman), dan seorang lagi bernama Raja Entih , menjadi isteri Sultan Abd Rahman, jadi bonda Sultan Muhammad yang disebut orang Marhum Keratun.

Anakanda Raja Haji dengan isteri anakanda Raja Inderagiri , ia itu Tengku Tengah nama nya, dia lah menjadi isteri Raja Ibrahim Selangor, dia lah yang bergelar Engku Puan.

Ada pun anakanda Raja Haji yang lain daripada itu yang berkopek , ia itu Raja Aminah dan Raja Pasir. Ada pun anakanda nya yang laki laki sepeninggalan Baginda mangkat , ada empat beradik ia itu, Raja Jaafar, Raja Idris, Raja Pahang dan Raja Ahmad (Engku Haji Tua ).

Adapun Raja Jaafar itu , ialah yang menjadi yang dipertuan Muda yang ke Vl didalam Riau daripada cucu Opu. Baginda lah yang mendamaikan antara yang dipertuan Besar , Sultan Abddul Rahman dengan Belanda, dan mentadbirkan membuang perompak perompak dan orang orang jahat , Baginda lah yang mengambil Pulau Karimun daripada Sultan Husin Singapura, dengan perang bersama sama dengan Belanda yang menolong nya. Baginda lah yang berpindah ke Selangor , dibawa olih kekanda Baginda yang diPertuan Selangor, serta saudara nya bertiga beradik . Sampai ke Selangor , lalu dikurniai olih kekanda Baginda itu sebatang sungai bernama Sungai Kelang , akan nafkah nya adik beradik. Kemudian diambil pula olih Sultan Mahmud ke Lingga , jadi yang di pertuan muda di Riau, ada nya.

Ada pun Raja Idris dan Raja Ahmad , kedua nya ini beristerikan puteri Raja Ali (Marhum Pulau Bayan). Isteri Raja Idris bernama Raja Safiah, dan isteri Raja Ahmad bernama Raja Hawa. Kedua nya mengadakan beberapa orang anak.

Syahadan , tatkala sampai Raja Jaafar ke Riau, lalu beristerikan pula puteri Marhum Pulau Bayan , bernama Raja Lebar.




   Kitab Dalail Al Khairat (Koleksi artifak pusaka Galeri UGIK)




ENGKU PUTERI (RAJA HAMIDAH)




    Makam Engku Puteri (Raja Hamidah) di Pulau Penyengat  Kepulauan Riau


Engku Puteri nama sebenarnya ialah Raja Hamidah binti  Raja Haji (Marhum Teluk Ketapang), dan cucu kepada Opu Daeng Chellak. Engku Puteri terkenal dalam sejarah Johor, Riau -Lingga dan Pahang. Engku Puteri kemudian nya menjadi permaisuri kepada Sultan Mahmud Shah 111 (Marhum Mesjid Lingga). Pulau Penyengat dibangunkan menjadi negeri olih Sultan Mahmud untuk dihadiahkan kepada nya sebagai " Mahar perkahwinan " merika. Pada zaman Engku Puteri beliau termasuk seorang wanita yang amat berpengaruh , terutama nya dibidang adat istiadat dalam hal hal menentukan satu satu keputusan. Antara lain , Engku Puteri adalah pemegang alat alat kebesaran Kerajaan , dan kemudian nya alat alat ini telah dirampas olih kompeni Belanda dengan cara paksa.

Dibidang pemerintahan, Engku Puteri pernah menjadi sandaran Yang Di Pertuan Muda V, Raja Ali (Marhum Pulau Bayan) dalam melanjutkan perjuangan Raja Haji Fisabilillah menentang Belanda (1782-1784). Engku Puteri pernah mengembara hingga ke Sukadanah dan Mempawah di Kalimantan Barat. Engku Puteri (Raja Hamidah) telah mangkat pada  bulan julai 1844 dan disemadikan di Pulau Penyengat  Kepulauan Riau.




SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SHAH  11
SULTAN RIAU - LINGGA  ( 1857 - 1883)





    Makam Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II , Daik-Lingga


Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah 11, adalah putera kepada Sultan Abd Rahman Shah dengan permaisuri nya  cik Nora , dan diangkat sebagai Sultan Riau - Lingga  ke V pada tanggal 10 okt 1857 untuk menggantikan Sultan Mahmud Muzaffar Shah ( 1841 - 1857)

Didalam sejarah kesultanan , Baginda sangat mementingkan bidang perekonomian dan pemerintahan , saperti pengembangan tanaman sagu dan gambir, mengadakan perkhidmatan pengangkutan , pengembangan tambang timah di Singkep, membangunkan sekolah rakyat pada tahun 1875 di Daik, kini SD 001 Lingga, dan membangunkan istana Damna pada tahun 1860. Baginda telah mangkat di Daik Lingga pada tahun 1883 dan dimakam kan di Bukit Cengkeh bergelar  " Marhum Bukit Cengkeh ".

RAJA MOHD YUSOF IBNI RAJA ALI
(YANG DIPERTUAN MUDA RIAU - LINGGA : X  1858 - 1899 . MARHUM AHMADI)


Raja Mohd Yusof dilahirkan di Riau , putera kepada Raja Ali ibni Raja Jaafar  dan cicit kepada Raja Haji (Marhum Teluk Ketapang) . Raja Mohd Yusof telah dilantik sebagai yang diPertuan Muda ke : X dari tahun 1858 - 1899, menggantikan Ayahanda saudara nya Raja Abdullah ibni Raja Jaafar (Marhum Murshid ). Baginda telah berkahwin dengan Raja Embong Fatimah , Puteri kepada Sultan Riau - Lingga ia itu Sultan Mahmud Muzaffar Shah (1841- 1857). Anakanda Baginda ia itu Sultan Abdul Rahman  Muazzam Shah  telah dilantik menjadi Sultan Riau - Lingga pada tahun (1883- 1911). Dizaman ini lah kerajaan Riau-Lingga berada didalam suasana yang sesulit sulit nya.




   Sultan Abdul Rahman Muazam Shah (1883-1911)


Pihak Belanda telah membuat beberapa kontrak perjanjian , yang mana akan menghilangkan hak dan kekuasaan Raja dan pembesar pembesar Riau-Lingga . Olih kerana enggan menandatangani  kontrak perjanjian itu , maka Raja Mohd Yusof dan Anakanda nya Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah telah berhijrah ke Singapura, dan pada masa itu Singapura dibawah kekuasaan Inggeris.

DiSingapura baginda dan pembesar pembesar nya , diberitahu , bahawa pihak Belanda akan merampas segala harta benda termasuk istana , gedung gedung, tanah dan pejabat pejabat . Untuk mengelakan agar harta harta itu tidak terlepas ke tangan Belanda , Baginda telah memerintahkan kepada rakyat nya yang berada di Pulau Penyengat Riau agar meruntuhkan bangunan bangunan yang ditinggalkan itu , membinasakan tanah tanah kosong dan menghancurkan apa sahaja yang difikirkan akan dirampas olih Belanda.

Raja Mohd Yusof telah mangkat pada tahun 1899, dan disemadikan di Daik-Lingga , bergelar (Marhum Ahmadi).

Makam Raja Mohd Yusof  YDM : X  (Marhum Ahmadi)

77 comments:

  1. Saya sedang membuat kajian mengenai salasilah keluarga saya yang berkaitan dengan raja haji. Mungking pihak tuan boleh bantu? Saya sudahpun ke Pulau Penyengat tetapi sebahagian jawapan di Melaka.

    Datuk saya ialah Badarudin bin Abdul Samad, bekas penghulu kampung Linggi. Nenda saya Mastura binti Ariffin menetap di Kuala Linggi. Moyang saya Ariffin difahamkan orang berada yang tetalh menetap di Singapura.
    Saya mempercayai bahawa saya adalah keturunan yang ke-9 selepas meneliti beberapa dokumen.

    Saya berharap boleh hantar emel kepada saya di habibatullah@gmail.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum sy Efeendy Bin R.Azmi Bin Wahab Bin Mat Akil Bin Raja Haji Hassan (org kaya Selangor) Bin Raja Dol Bin Raja Haji Awang Bin Raja Ibrahim Bin Raja Abdul Rahman (YDP Riau vii) Bin Raja Jaafar (YDP Riau vi) Bin Raja Haji Fisafillillah (YDP Riau iv) Bin Upu Daeng Celak (YDP ii) Bin Upu Tendri Burung, Daring Riraga (Raja Tanah Bugis)

      Jika kalian waris sy, plz contact;
      Wc; fendyz_love
      Hp; +6011-1255 1858

      Delete
  2. Wassalam......., dipondok hamba ada lah sedikit salasilah bugis yang diperolihi dari berbagai sumber, terutama nya dari tanah UGIK Sulawesi , tanah bonda KEPRI, Singaapura, tangan ini yang mengutip bertahun berkelana , dan ada juga dihantar olih seseorang untuk camtuman . Rasanya tak layak untuk dirujuk, tapi sekadar berkongsi maklumat rasanya bolih lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dimana pondok tuan ye?

      Delete
    2. Dimana untuk melihat sisilah itu sila maklumkan pada saya lokasinya 0198264042 (Daeng betak)

      Delete
  3. Saya raja kamal minat nak tengok salasioah tu

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum dan selamat sejahtera,ada sesiapa tak disini yang ada biodata datuk haji baginda,yang sekarang tempat itu menjadi sekolah kebangsaan datuk haji baginda pernu.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum admin..sy merupakan cucu tengku abdul rahman bin tengku muhammad yusof sultan terakhir kerajaan riau..sy berminat nak tgk salasilah keturunan yg admin ada tu..di tgn sy ada juga salasilah diraja riau lingga..ni no tel sy 0197279250..mohon perkongsian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja Rahman bukan ayahkanda die Raja Jaafar ker??

      Setahu sy tu Raja Riau terakhir..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Alangkah bagusnya jika tulisan seperti ini dikumpul, disaring, disahkan kemudian dibukukan untukmenjadi bacaan generasi akan datang. Memang diakui telah banyak buku namun ia bukan penghalang untuk ditulis lagi buku mengenainya. Saya bersedia membantu. (www.scribd.com/fuadsalleh)

    ReplyDelete
  8. Salam.sy adalah generasi ke 10 zuriat Daeng Perani melalui R. Abdullah ibn R. Jaafar ibn R. Ali (Marhum P. Bayan) ibn D. Kemboja (Marhum Janggut) ibn D. Perani.Beliau adalah saudara kandung R. Jumaat Lukut bergelar Orang Besar Klang dan merupakan Pembuka & Pengasas Kuala Lumpur.Saya juga ada memiliki salasilah Raja Bugis Lima Bersaudara dan Sultan serta Raja2 Melayu yg lain.Saya sedia berkongsinya dengan sesiapa yg berminat atas nama silaturrahim.Hubungi saya di Durian Tunggal,Melaka atau tel. 0126397120....amma ba'adu

    ReplyDelete
    Replies
    1. raja abdullah ibni raja jaapar ibni raja haji.. pembetulan?

      Delete
    2. Salam,yg dimaksudkan tuan ialah Raja Abdullah(Marhum Mursyid) YTM Riau ke9 ibn Raja Jaafar YTM Riau ke6 ibn Raja Haji YTM ke4 ibn Daeng Celak...nama sama tp org berbeza,Raja Abdullah ibn Raja Jaafar,Orang Besar Klang yg membuka KL adalah dari jurai Daeng Perani..utk penjelasan lebih lanjut sila hubungi sy
      !

      Delete
    3. Salam, ayahanda kpd Raja Abdullah,Orang Besar Klang yg membuka KL ialah Raja Jaafar Lukut anakanda kpd Raja Ali 1,Yamtuan Muda Riau ke5 (Marhum Pulau Bayan) ibni Daeng Kemboja ibni Daeng Perani manakala seorang lagi Raja Abdullah ialah Yamtuan Muda Riau ke9 lebih dikenali sbg Marhum Mursyid ialah anakanda kpd Raja Jaafar,Yamtuan Muda Riau ke6 ibni Raja Haji,Yamtuan Muda Riau ke4 ibni Daeng Celak....ada seorang lagi Raja Abdullah iaitu Tengku Panglima Besar di Langat,Selangor yg berbinkan Sultan Ibrahim ibni Raja Lumu ibni Daeng Celak,yg mana Raja Abdullah ini pula adalah ayahanda kpd Sultan Abd Samad,Selangor.Ketiga tiga Raja Abdullah ini hidup hampir di zaman yg sama wlubgmnpun mrk adalah bersaudara dan nasab mrk adalah Bugis...semoga dpt menjelaskan kekeliruan,insyaallah

      Delete
    4. Saya cucu Kasim bin Aman..bapak sy bernama Abu Shah..sy xtahu lah..asal usul sy..sebab nenek sy xpernah ceritakan benda ni kat sy..tapi sy yakin..dalam ni..ade keturunan sy..atok sy KASSIM BIN AMAN..org no 1..cucu paling ramai dalam KAMPUNG FELDA BUKIT SENGGEH..JALAN BAHAGIA..

      Delete
    5. Saya cucu Kasim bin Aman..bapak sy bernama Abu Shah..sy xtahu lah..asal usul sy..sebab nenek sy xpernah ceritakan benda ni kat sy..tapi sy yakin..dalam ni..ade keturunan sy..atok sy KASSIM BIN AMAN..org no 1..cucu paling ramai dalam KAMPUNG FELDA BUKIT SENGGEH..JALAN BAHAGIA..

      Delete
  9. Salam,berkenaan dgn Raja Juwairiah yg telah berjumpa dgn tuan..jika benar dia seorang peguam ,berpandukan salasilah ditangan saya,
    maka saya dapati nasabnya adalah dari Daeng Parani melalui Raja Jumaat ibn Raja Jaafar,Orang Besar Lukut...amma baadu

    ReplyDelete
  10. As salam. Saya menyusur leluhur saya yg terputus ditgh2. Mohon jasa baik tuan menyenaraikan nama anaj2 raja abdullah ibni raja jaafar ibni raja haji ibni daeng cellak. Saya berjaya menjejaki 4 generasi keatas saya.iaitu moyang yg lahir sekitar thn 1912.
    ianya mcm jigsaw puzzles ada missing pieces ditgh2 nya.

    ReplyDelete
  11. As salam. Saya menyusur leluhur saya yg terputus ditgh2. Mohon jasa baik tuan menyenaraikan nama anaj2 raja abdullah ibni raja jaafar ibni raja haji ibni daeng cellak. Saya berjaya menjejaki 4 generasi keatas saya.iaitu moyang yg lahir sekitar thn 1912.
    ianya mcm jigsaw puzzles ada missing pieces ditgh2 nya.

    ReplyDelete
  12. As salam. Saya menyusur leluhur saya yg terputus ditgh2. Mohon jasa baik tuan menyenaraikan nama anaj2 raja abdullah ibni raja jaafar ibni raja haji ibni daeng cellak. Saya berjaya menjejaki 4 generasi keatas saya.iaitu moyang yg lahir sekitar thn 1912.
    ianya mcm jigsaw puzzles ada missing pieces ditgh2 nya.

    ReplyDelete
  13. Wassalam..........Raja Abdullah ibni Raja Jaafar (YDM 1X) beristerikan 1) Tengku Tengah ibni Sultan Abd Rahman (Marhum Bukit Cengkih) 2) Raja Hawa ibni Rja Hj Ahmad (Engku Haji Tua), anak anak nya ialah: Raja Mansur (Tengku Long) , Raja Hj Muhamad (Tengku Nong ), Raja Usman (Tengku Hitam), Raja Jumaat ( Tengku Busu), Raja Muhamad Tahir (Hakim Riau), Tengku Puteri (Tengku Bilik), dan Raja Armiyar........... Olih kerana jurai salasilah nya terlalu panjang maka tak dapat dipenakan disini......... maklum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin mencari keturunan atuk jantan saya...atuk jantan saya bernama Ahmad Omar bin ...bapak saya bernama Omar bin Ahmad...alamat kampung desa paya mengkuang gelang patah johor

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum... Saya sdg mencari salasilah keturunan keluarga saya. Mohon sgt bantuan sbb sejarah ni sbnrnye jika tidak mengkaji secara mendalam ia agak mengelirukan terutama pada nama2 yg sama tetapi sebenarnya orangnya berbeza.

    Jika ada yg ingin membantu...

    Raja Norasyikin Binti Hj Raja Ali Bin Hj Raja Uda Bin Engku Ahmad
    sebelah ninda saya pula Hjh Raja Intan (isteri kpd Hj Raja Uda) Binti Raja Hamzah Bin Raja Mohd Yusof berasal dr Pulau Penyengat, Riau, Selangor...

    Ada sumber menyatakan Raja Mohd Yusof Bin Raja Ali Bin Raja Ali Bin Raja Jaafar Bin Raja Haji Ibni Opu Daeng Chelak... tapi masih x pasti

    Mohon bantuan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si johor kerabat Raja Ali sgt active dgn persatuan dorg..

      Dorg gak sering adakan mesyuarat agung, agak gempak gak la..

      Dorg gak sering ke Riau & sgt akrab dgn waris kot Kat sane

      Delete
    2. sila ke blog rajamkhalid.blogspot.com utk keterangan lanjut..mereka mmg aktif..royalkesang.blogspot.com gak leh rujuk..tp byk belah johor..

      Delete
  16. Wassalam........... Opu Daeng Chellak (YDM ll ) beranakan Raja Haji (YDM lV) beranakan Raja Jaafar (YDM Vl) beranakan Raja Ali (YDM Vlll , Marhum Kantor) beranakan Raja Mohd Yusof (YDM X , Marhum Al Ahmadi) . Maka Raja Mohd Yusof ini beristerikan Tengku Embong Fatimah beranakan: 1, Raja Mahmud, 2, Raja Ali Kelana, 3, Raja Abd Rahman (Sultan Abd Rahman , Lingga), 4, Raja Nong, 5, Raja Selamah, 6, Raja Chik, 7, Raja Nit, 8, Raja Abdullah (Tengku Besar), 9, Raja Enteh, 10, Raja Halimah (Tengku Bilik ), 11, Raja Maimunah, 12, Raja Lebar.......... Olih kerana salasilah ini terlalu panjang, maka tak mampu dipena kan disini,....... Maklum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum tuan Jaafar, buku sejarah kebesaran sultan lingga riau de x?

      Istana Selangor mahukan dlm 12 naskah kalo ade.

      Tuan respon sy ASAP Ye..

      011-1255 1858 / 017-5588 549

      Delete
  17. Salam Ramadan Al Mubarak kpd semua khasnya Tuan Jaafar Al Bugisi,administrator...sejarah mengajar diri mengenal diri hakikat dan menyaksikan kebenaran dari Allah swt

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum sy Efeendy Bin R.Azmi Bin Wahab Bin Mat Akil Bin Raja Haji Hassan (org kaya Selangor) Bin Raja Dol Bin Raja Haji Awang Bin Raja Ibrahim Bin Raja Abdul Rahman (YDP Riau vii) Bin Raja Jaafar (YDP Riau vi) Bin Raja Haji Fisafillillah (YDP Riau iv) Bin Upu Daeng Celak (YDP ii) Bin Upu Tendri Burung, Daring Riraga (Raja Tanah Bugis)

    Jika kalian waris sy, plz contact;
    Wc; fendyz_love
    Hp; +6011-1255 1858

    ReplyDelete
  19. Buku buku yang berkaitan dengan Kesultanan Riau-Lingga , memang ada didalam simpanan hamba, tapi hanya punya sebuah tiap tiap judul, itu lah yang dijadikan rujukan apabila menulis. Kalau berhajat sangat , ke KEPRI aja .

    ReplyDelete
  20. Buku buku yang berkaitan dengan Kesultanan Riau-Lingga , memang ada didalam simpanan hamba, tapi hanya punya sebuah tiap tiap judul, itu lah yang dijadikan rujukan apabila menulis. Kalau berhajat sangat , ke KEPRI aja .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan,dari pemerhatian dan pengalaman saya mentelaah dan memahami salasilah kita semua ialah kebanyakkan makumat salasilah keturunan kita semua terputus selepas 1900 an sehinggalah selepas merdeka.Ramai drpd kita tak menyedarinya ttp ini membuktikan betapa kita semua tak merasa betapa seriusnya penyakit keduniaan skrg ini.Kita tak kenal diri dan asal usul kita,hilang jati diri generasi anak2 kita,rapuhnya tali persaudaraan dan kekeluargaan besar kita,tiada rasa kesatuan yg diikat pertalian darah dan agama,mengejar dunia dgn segala perhiasannya.Jadi, kpd sesiapa yg telah timbul kesedaran dan berazam utk menjalin semula silaturahim,merapatkan kembali saf2 insan,mendokumentasikan atau membukukan sejarah dan salasilah keturunan dan apa saja tindakan yg menyokong usaha2 dan niat suci ini , saya dgn rendah hati mengangkat tabik kpd anda dan ketahuilah ianya juga adalah jihad yg ihklas.Amin.

      Delete
  21. Alhamdulillah, saya & kekanda saya Raja Hayati Raja Ali masih dlm usaha menyusun susur galur keturunan kami. Pencarian menggunakan kaedah kajian ilmiah, lawatan ke tpt2 bersejarah yg ada kaitan serta temubual waris2 keturunan.

    T.kasih buat Ayahanda Jaafar Kelana Al Bugisi atas bantuan rujukan. Smga sentiasa dirahmati Ilahi & ilmu yg diberi memberi manfaat buat waris2 yg ada sehingga kini.

    ReplyDelete
  22. Salam Ramadan buat semua,empayar kerajaan kesultanan Melayu Johor~Riau~Lingga adalah kerajaan Melayu terakhir yg ditalkinkan oleh British dan Belanda melalui Perjanjian London 1824.Bukan saja empayar ini dipecah dua malahan Sultan pun ada dua apabila British menabalkan Tengku Long atau Sultan Husin Shah sebagai Sultan Singapura disamping mengiktiraf Dato Temenggung Abdul Rahman sbg pemerintah de factor di wilayah Johor.Adinda Tengku Long iaitu Sultan Abdul Rahman yg ditabalkan oleh Belanda hilang kedaulatannya di wilayah2 yg dikuasai British dan kawasan pemerintahannya hanya terhad di kepulauan Riau~Lingga saja.Banyak lagi sebab2 spt penubuhan bbrp kerajaan kesultanan Melayu sejak pertengahan kurun ke18 terutamanya di Semenanjung spt Selangor,N.Sembilan,Terengganu,Johor dan Pahang menyebabkan kemerosotan empayar ini...

    ReplyDelete
  23. Salam sejahtera, kesan langsung akibat pemecahan empayar Melayu Johor~Riau adalah terdirinya negeri2 kolonial yang dikenali sbg Indonesia yg mencapai kemerdekaannya dari Belanda pada tahun 1945.....

    ReplyDelete
  24. Tuan,

    Saya nak bertanya apa yang jadi kepada anak gadis Dato Undang Bogok yang di bawa lari oleh YamTuan Muda Riau Raja Haji bin Daeng Cellak. Adakah beliau memperisterikan dia. Dan meninggalkan gadis ini di Linggi.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. sy berminat nak tahu salasilah opu daeng rilaka yg lain . setahu sy pusara Daeng marewah dan Daeng celak berada di bentan, manakala Daeng perani di kedah .. bolehkan tuan punya blog huraikan mengenai Daeng menambun di mempawah(pontianak) dan Daeng kemasi di sambas indonesia .. adakah keturunan mereka masih boleh dijejaki?

    ReplyDelete
  27. Sebenarnya bukan menahlukkan Indragiri dan menguasainya,akan tetapi Raja Haji diminta oleh Sultan Indragiri (Sultan Hasan Salehuddin) agar membantu Indragiri dari gangguan kerajaan minang kabau,yaitu Raja Bayang dan saudaranya. Setelah berhasil menewaskan bala tentara minang kabau tersebut,maka Sultan Hasan mengawinkan Putrinya bernama Raja Halimah ( Encik Gaong) dg Raja Haji (Engku Kelana/Pangeran Sriwijaya),dan memberikan hak untuk membina kawasan Retih dan sekitarnya

    ReplyDelete
  28. Raja tengah binti Raja Haji Fisabilillah dan Raja Buntit binti Raja Haji Fisabilillah adalah putri-putri dari Raja Haji Fisabilillah dg istrinya Raja Halimah binti Sultan Hasan Salehuddin Keramat Syah (Yang Dipertuan Besar Indragiri)

    ReplyDelete
  29. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, almarhum datuk saya bernama Raja Rashid Zainal@Zainuddin (lahir tahun 1925) Bin Raja Musa. Saya ingin mencari keturunan saya siapa Raja Musa atau sesiapa di sini yang tahu adakah salah seorang keturunan Raja Haji yang bernama Raja Musa? Kerana itulah moyang saya.

    Anak saudara saya pernah membuat rawatan Islam Ru'yah dan ustaz tersebut didatangi seseorang yang bernama Raja Haji yang berkata anak saudara saya adalah keturunannya. Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman saya sendiri itu adalah benar keturunan nya

      Delete
    2. Salam...sya bekturunam raja muda musa...sys sdg cri salasilah keturunan raja muda musa
      sila cll saya 0137750038 (raja zaman)

      Delete
  30. Wassalam....................Mohamad Rafidin....... Munkin disebelah keturunan kesultanan Selangor DE. Dari sebelah Raja Lumu kekanda kepada Raja Haji ibni Daeng Chellak. Raja Lumu (Sultan Salahhudin ) beranakan Sultan Ibrahim beranakan Raja Abdullah beranakan Raja Muda Musa Selangor (1841 - 1884 ) beranakan Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (1898 - 1938 ) dan seterus nya hingga kini..... wallahhuaklam

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. salam saudara semua...terima kasih atas perkongsian...saya juga di ceritakan merupakan waris kepada raja haji...apa yang di ceritakan kepada saya...makam raja haji yg sebenar bukan di melaka,tp apa yg dimaklumkan raja haji dibawa oleh anknya ke utara dan salah seorang anak perempuannya dikahwinkan dengan pembesar d sebalah utara klu tidak silap..dan anak lelakinya membawa jenazah dan dimakam kan di patani atau yala thailand saya waris dari keturunan anak lelaki yg membawa raja haji kesana...dan apa yg sy tau ada satu keris hidup sebagai tanda menentukan raja...dan keris berkenaan ada bersama waris kami yg berada di selatan thailand (petani atau yala) perbetulkan klu ada salah dan silap saya...apa pn kita bersyukur kerana waris dari mana pn kita adalah saudara...

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. salam semua...pembetulan dari kenyataan saya diatas..bukan jenazah raja haji d bawa ke thailand tp semua peti berkenaan raja haji...dan anak lelaki raja haji yg membawa bersama adik perempuan nya ke thailand..anak lelaki raja haji yg ke thailand bernama daeng ali..

    ReplyDelete
  35. salam.. kalau x silap ada sorang cucu raja haji juga digelar sebagai raja haji...

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum, boleh saya tanya: di manakah terletak batu tanda Kampung Ketapang dan batu merah tanda gugurnya Raja Haji (boleh lampirkan dengan peta?) Terima kasih.

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum, saya sedang mebgkaji perang Raja Haji dengan Belanda di Telok Ketapang... di manakah sumber2 yang saya boleh rujuk untuk kajian berkenaan. Mohon bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada orang2 tua disana yang tahu sejarah ini..jika saat ini masih ada usaha untuk menjejakinya..boleh rasanya bertanya dan mendapat sumber di kampung telok mas...Saya juga berminat mahu mengkaji...dan mahu medokumentasikan sejarah ini dalam medium lukisan...Hubungi saya Zuwairi 0173995014..
      Jika mahu kerjasama

      Delete
  38. Sy duduk di kuala linggi....bnyak sejara datuk nenek menceritakan tentang keturunan kami yg hendak dbunuh cuma ingin tahu kenape..makam sultan abdulrahman pon ada..tp anak2nya tidak memakai gelaran...ade 2..3 orng lg yg tau cerita serba sedikit.

    ReplyDelete
  39. Ada sesiapa boleh mengetahui tentang asal usual Abdul Jabid Bin Salahuddin di Sabak Bernam. Kubur nya Ada di Kg Baharu, Sabak Bernam. Dipercayai Keturunan raja2 Bugis tapi tidak jelas siapa ibu dan bapa nya. Salasilah Keturunan nya lengkap sehingga 5 Keturunan beliau masaih ada.

    ReplyDelete
  40. Assalammuallaikum Admin Nama saya
    Raja Mohamed Yusaini Bin Raja Mohamed Said Bin Raja Mohamed Shafik dari Singapura, saya diberi tahu yang saya ni dari keturunan Almarhum Raja Haji Fisabilillah, saya amat sangat berminat ingin mengetahui salasilah yg admin ada. Mohon share.....terima kasih

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum WR WB. Saya sedang menjalankan kajian mengenai Kepimpinan Kesultanan Melayu termasuk Melayu-Bugis. Sekiranya ada manuskrip-manuskrip lama yang belum pernah dikaji, harap dapat berkongsi dengan saya di alamat e-mel: farizan.md.amin@gmail.com

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum dan sekadar ingin bertanya.. Boleh saya tahu anakanda2 Raja Idris ibni Raja Haji Fisabilillah... Adakah ada anaknya yang bernama Daeng Basok @ Dorasim... Saya juga sedang mengkaji salah silah keluarga Raja Idris ibni Raja Haji Fisabilillah..

    Saya boleh dihubungi di alamat imadfamily11@gmail.com

    ReplyDelete
  43. Maaf...saya juga ingin mengatahui tentang sejarah keturunan Raja haji fisabillah dan juga Daeng celak.. Kerana saya sering mengalami kejadian aneh..

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum. Sy nak tau tentang sejarah keturunan sy,apa betul dipulau penyengat ada makam datok muhammad arifin,siapa beliau,krn kt alm om sy beliau adlh ayh dari atok sy.menurut cerita beliau panglima atau patih kerajaan. Sy sering bermimpi tp sy blm bisa hmdak kesana, ada yg bisa bantu.. Trims,ini no hp sy 081908337289 wa

    ReplyDelete
  45. Subhallah banyaknya yang comment ni ada pertalian kita semua alhamdulilah
    Semoga salah silah anak2 bugis tidak lupus dan teruskan pada anak2 cucu akan datang...

    Salam dari saya anak bugis selangor

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum tuan admin, catatan di atas ada mengatakan Raja Abdul Rahman Muazzam Shah telah berhijrah ke Singapura. Bolehkah saya tahu kisah selanjutnya tentang beliau dan keturunan beliau di Singapura. Selain itu benarkah beliau telah mengambil keputusan untuk tidak menggunakan gelaran diraja lagi sehingga ke keturunan seterusnya. Saya harap tuan admin boleh email saya di suraya-ms@hotmail.com. Saya memang hendak tahu sangat. Jika ada keturunan beliau di Singapura boleh juga bagi keterangan lanjut.

    ReplyDelete
  47. Assalam warisan keturunan bugis...sy ingin bertanya...apakah dia silawatang ,I dan silawatang II?

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum Tuan Jaafar, semoga tuan dikurniakan ketabahan dan kekuatan bagi terus mengurus pondok ugik di Sg Rambai dan menjadi sumber rujuk umat Bugis di Malaysia yang ingin tahu.

    ReplyDelete
  49. Assalammualaikum Tuan Jaafar Kelana Al-Bugisi.. semasa umur saya 10 tahun.. almarhum datuk saya yg bernama Madan bin Jantan bin Ibrahim dan almarhumah nenda saya yg bernama Jarah binti Mohamed bin Ibrahim ada tunjuk salasilah keluarga saya.. yang saya masih ingat.. Opu Daeng Chelak.. Raja Haji dan Raja Ali Haji.. yang lain saya dah x ingat.. adakah pihak tuan ada susur galur keturunan dari Raja Ali (cucu atau cicit kpd Raja Haji Fisabilillah)?? bolehkah saya mendpt no. contact tuan?? mohon bantuan dari tuan.. sbb terlalu byk puzzle yg saya masih belum perolehi.. pesanan almarhum atok saya bgtau.. keturunan kami adlh keturunan yg menghilangkan gelaran dan bersembunyi atas faktor keselamatan dr musuh.. itu aje yg saya perolehi.. mohon kerjasama tuan.. terima kasih tuan...

    ReplyDelete
  50. Wassalam Eddy Lee , Galeri Ugik 013 3354012

    ReplyDelete
  51. Assalammualaikum tengku..disini Hamba ingin katakan Susur disebelah ibu hamba iaitu kamariah bt.hj.zainuddin bin Adam bin jebah (Raja said)bin Raja Hassan bin Raja Ibrahim bin sultan sallahuddinn(Raja lumu)..bermaksud hamba Mohamad fauzi adalah keturunan yg ke8.ini hanya menurut cerita atas cerita tiada bukti sbb dikatakan telah buang gelaran jadi persoalannya.,macam mana hamba ingin tahu kesahihannya Dan betulkan jebah itu raja said.sekian terimakasih.

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum... Saya sedang mencari salasilah keturunan belah ayah saya ... Datuk saya merupakan Dol Haji yang mempunyai sebidang tanah peninggalan moyang saya di Jalan Raja Alang Kg Baru KL... Asal usul Datuk saya daripada Melaka ayah dilahirkan di Selangor...

    ReplyDelete
  53. Salam
    Saya juga sedang menjejak salsilah moyang yang berasal dari Daik, Lingga. Ada missing link dan perlu jawapan untuk soalan berikut;
    Adakah Raja Ali Kelana orang yang sama dengan Raja Muhammad Aqib yang juga yang telah menubuhkan Rusydiah Klub seperti Raja Ali Kelana.
    Jika sesiapa ada jawapan, mohpn emelkan saya di matshi@gmail.com.

    ReplyDelete
  54. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum.. keluarga saya pun adalah dari salahsilah keturunan ni juga cuma kami kekurangan info sebab arwah atok tak nak cerita..yg saya tahu arwah atok saya setam bin othman,othman bin haji awang..yg lain tak dapat info.. sebelum meninggal dia pernah pesan jika nak cari balik keluarga cari di keramat tok panjang riau.

    ReplyDelete
  56. kat telok emas ada jalan tambak bugis. keturunan bugis ramai disitu sampai nama jalan pun tambak bugis.

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum..sy dari keturunan Raja Daud@Panglima Baud bin Pendekar Deralip@Ralip...salasilah keluarga Raja Haji Ali bin Raja Ahmad (Engku Tua)...ramai saudara-mara area Durian Tunggal,Melaka..sy tinggal di Klang..boleh whatsapp sy 016-2787238

    ReplyDelete
  58. Waalaikumussalam..atuk jantan saya bernama Ahmad Omar bin..bapak saya bernama Omar bin Ahmad..saya dari keturunan engku haji Ahmad.

    ReplyDelete