OBJEKTIF PERSATUAN KETURUNAN TOK KEPAU "UGIK"

1.   Mengumpulkan seberapa ramai ahli ahli waris kadim keturunan Tok Kepau, yang berselerak diseluruh  ceruk rantau di Malaysia,  Singapura, Berunai Darul salam, Makasar Sulawesi Selatan, Kepulauan Riau dan Daik Lingga , menjadi ahli persatuan, yang mana nenek moyang merika memang berasal  dari kampung Sungai Rambai.

2.   Membantu meningkatkan pencapaian prestasi anak anak keturunan Tok Kepau didalam didang akademik dan seterunya ke kerjaya yang bersesuaian.

3.   Telah mewujudkan sebuah galeri , di km 32 Jalan Parit Putat, Sungai Rambai Melaka, untuk mengumpulkan artifak artifak peninggalan nenek moyang nya yang terdahulu, dan senarai jurai keturunan, susur galor nya , serta gambar gambar orang orang yang terdahulu supaya dapat dihayati dan dipertontonkan kedpada ahli ahli waris keturunan Tok Kepau, yang diberi nama  " GALERI UGIK ".

4.   Telah mewujudkan sebuah dataran untuk ahli ahli waris keturunan Tok Kepau , menjalankan aktiviti aktiviti riadah, saperti sukan, dan seni mempertahankan diri, yang diberi nama " DATARAN TOK PANDAK ", di km 32 Jalan Parit Sidang Seman, Sungai Rambai Melaka.

5.   Memperkenalkan kepada pihak luar tentang kewujudan  kampung Sungai Rambai ini, adalah sezaman dengan kewujudan kampung Serkam, olih Tok Senin dan kampung Kesang Tasik olih Tok Lahir@ Tok Moen@ Tok Kesang di tahun 1790.

6.   Mencungkil minat dan bakat, generasi muda meminati bidang sejarah, asal usul kampung dan keturunan nya , yang mana bidang ini kian dilupakan.

No comments:

Post a Comment