WARISAN TOK TANNUDDIN BIN RAHMAD , SERKAM MELAKA



Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi


AL MARHUM HJ ABD MAJID @ HUSIN BIN TANNUDDIN  BIN RAHMAD (LORONG SERKAM MUAR)

Siapa kah.............?

TAN LAK KUA

Tan Lak Kua ialah berdarah China berketurunan Baba dan Nyonya . Beliau berasal  dari kampung Bukit China Melaka . Dinasti Tan ini , keturunan nya banyak terdapat di Melaka , diantara kaum kerabat nya ialah Tun Tan Cheng Lok, Tun Tan Siew Sin, dan Tan Pek Ngong di kampung Tedung. Tan Lak Kua telah memeluk ugama Islam , beriman kepada Allah dan Rasul , maka nama islam nya ialah  " RAHMAD BIN ABDULLAH ".............Amin.

Sebelum dijelaskan serba ringkas tentang sejarah salasilah keturunan ini yang disyarahkan olih nenda nenda yang terdahulu disekitaar tahun 1800 an, serta dipadankan pula dengan catatan catatan yang dipena olih ahli ahli waris , turun temurun , rasa nya belum lah terlambat untuk didedahkan kepada anak anak cucu yang berselerak di Malaysia terutama nya  di Melaka, Serkam, Tedung, Merlimau, Sungai Rambai, Muar, Sungai Balang , Sungai Sudah, Serom , dan banyak lagi tempat tempat yang tak mampu dipenakan disini.

Wahai anak anak cucuku yang dikasihi, jangan lah kalian merasa  hairan kerana ramai dikalangan kalian berwajah mirip kechinaan , bermata sepet, berkulit kuning langsat, kerana asal usul kalian ialah berpunca dari seorang insan yang bernama  " TAN LAK KUA "  atau RAHMAD BIN ABDULLAH, hasil dari perkahwinan  campur diantara Bugis dan China.

RAHMAD BIN ABDULLAH (TAN LAK KUA)

Ada pun dikhabarkan Tok Rahmad ini  mempunyai ramai lah anak nya, tetapi yang diketahui setakat hari ini hanya lah enam orang sahaja ia itu:

Ibrahin
Nyonya@Nye bersuamikan Sulung
Hjh Asiah
Tannuddin beristerikan Hjh Che' Mah binti Hj Md Said (Tok Andak) Serkam
Telon
Kassim

1.   Ibrahim bin Rahmad

Anak anak  nya ialah:

Midin
Hj Jamaludin beristerikan Zaimah
Hj Endut
En Yon
Kamariah
Bechik
Kamsiah
(Ada pun Kamsiah ini beranakan Lamah@Che' Teh bersuamikan Munap, beranakan Muhamad beristerikan Mak Ara dan beranakan Tan Sri Abu Shahid)

2.   Nyonya@ Nye binti Rahmad

Ada pun Nyonya@Nye  ini bersuamikan Sulung , dikurnikan  anak ia itu;

Ma'aros
Ma'aris
Soden
(Ada pun Soden itu beranakan Ngah beristerikan Kalsom, Kalsom beranakan Salleh beristerikan Zabedah binti Ismail dikurniakan anak ia itu Hj Ashaari  beristerikan Che' Mah (Serkam).

3.   Hjh Asiah binti Rahmad

Ada pun Hjh Asiah ini beranakan;

Sa'amah
Kechut
Mimah
Misrah
Empak
Mad Rahim
Daim
Zainah
Alwi
(Ada pun Alwi itu beranakan Bastiah, Rahmah, Ainon, dan Nordin beristerikan Aminah binti Abd Majid , maka beranakan: Abd Azis, Daud, Ghazali, Abdullah, Dr Hj Md Nor, Rokiah, Aminah, Md Said. dan Hitam.

4.   Tannuddin bin Rahmad

Ada pun Tannuddin ini beristerikan Hjh Che'Mah binti Hj Md Said (Tok Andak) di Serkam. Dikurniakan anak ia itu;

Bariah
Abd Hadi
Abd Ghani
Abd Hamid beristerikan Long binti Md Zin bin Hj Md Said (Tok Andak)
Hj Abd Majid@Husin (Lorong Serkam Muar)
Zalehah bersuamikan Maulud (Pulau Singkep Riau)
Muhamad beristerikan Patrasalam binti Hj Md Ali

a)   Bariah binti Tannuddin (tidak diketahui zuriat nya)

b)   Abd Hadi bin Tannuddin
Anak anak nya ialah;

Som
Hj Md Said beristerikan Maznah binti Abd Majid
Abd Samad
Hanum
Esah

c)   Abd Ghani bin Tannuddin (Tidak diketahui zuriat nya)

d)   Abd Hamid bin Tannuddin beristerikan Long bin Md Zin bin Hj Md Said (Tok Andak) Serkam
Anak anak nya ialah;

Zaharah bersuamikan Hj Abd Majid Desa
Jaafar beristerikan Rafeah
Ismail
Rogayah
Tom
(Ada pun Tom itu bersuamikan Lambak bin Taha bin Manud  beranakan Hj Omar bin Lambak tinggal di Taman Rozi Muar.)
Mariam (Meninggal muda)
Ramlah (Meninggal muda)

e)    Hj Abd Majid @ Husin bin Tannuddin (Lorong Serkam Muar)
Anak anak nya ialah;

Aminah
Bahari
Ahmad
Bastiah
Zainab
Hj Abd Rahman
Zawiyah
Othman
Abd Kadir
Maznah
Idris
Moktar
Maznun

f)    Zalehah binti Tannuddin, bersuamikan Maulud (Pulau Singkep Riau) menetap di Sungai Balang Muar.
Ada pun anak anak  nya ialah:

Abd Rahim
Yusof
Mariam
(Ada pun Mariam ini bersuamikan Johar bin Yusof  (Sungai Balang Muar) beranakan Prof  Dr Abd Rashid dan Abd Jalal.

g)   Muhamad bin Tannuddin beristerikan Patrasalam binti Hj Md Ali
Anak anak nya ialah;

Hjh Putih
Hj  Abdullah
Hjh Aminah
Hj Othman
Hj Yusof
Hj Daud
Hj Mohd Said

5.   Telon  bin Rahmad   (Tidak diketahui zuriat nya)

6.   Kasim bin Rahmad  (Tidak diketahui zuriat nya)

Ini lah sahaja yang dapat dipenakan olih faqir yang kerdil lagi hina, semoga ia menjadi panduan kepada anak anak cucu bagi menyemak susur galur nya dari rumpun yang sama, berdarah campuran diantara Bugis dan China  . Jika ada dikalangan kalian mempunyai maklumat , diharap dapat lah kira nya berkerjasama  bagi mengisi kelompangan yang masih ada sebagai cantuman  . Ada pun semua nya ini telah pun di pena didalan syatar galeri  UGIK  , wassalam.

Suasana di Lorong Serkam Muar




29 comments:

  1. Assalammu'alaikum Encik Jaafar. Kedua-dua nenda saya, Mohd Said bin Abdul Hadi dan Maznah binti Hussein (Abdul Majid) ialah cucunda kepada Tanuddin bin Rahmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moyang saya pun tanuddin tu

      Delete
  2. alhamdulilah tq pd yg myediakan info sekurang2 nya kami cict2 dpt mgetahui asal usul kami

    ReplyDelete
  3. Baru balik dari Majlis dan Taaruf Keluarga Tanudin di Serkam Pantai bertarikh 26 Sept 2015.
    Saya keturunan ke 7

    Fatimah Azzaharah -- Hapsah -- Fatimah -- Othman -- Mohamad -- Tanudin - Tan Lak Kua (Rahmad Abdullah)

    Fatimah Azzaharah -- Hapsah -- Fatimah -- Esah -- Abdul Hadi -- Tanudin -- Tan Lak Kua (Rahmad Abdullah)

    Email saya eimarusilence@gmail.com. Saya menetap di Krubong melaka, Mak saya berada di Ramuan China.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di majlis yg sama smlm.
      Saya anak kpd
      Chek Mah Daud Mohamad Tanudin
      Ashaari Salleh Ngah Soden Sulung (suami kpd Nyonya@nye Rahmad)

      Delete
    2. Saya pun ada pergi masa tu.saya saimah binti sahak bin abdul samad bin abdul hadi bin tanudin.saya dduk di kg sungai sudah laut
      Salam perkenalan

      Delete
  4. saya keturunan muhammad bin tannudin yg berkahwin dgn patrasalam dari anknya hj md said, nenda saya bernama fatemah binti hj md said ayhanda saya hj harun bin hj hashim..salam kepada semua keluarga...

    ReplyDelete
  5. pembetulan nenek saya fatemah binti hj md ali bin hj md said(tok andak)

    ReplyDelete
  6. Salam semua, nama saya Sidek adalah dari generasi yang ke 6 dari keturunan Tannuddin bin Rahmad anak kepada Hjh Suri, cucu kepada Hjh Putih, cicit kepada Muhammad bin Tannuddin.
    Saya tinggal di Singapura bersama adek beradek yg lain iaitu Puteh,Abu Sabri,Mazlan, Pauzi, Warnadiah dan Atiqah Saya amat berbangga kerna masih ade yang mengingat susila Haji Tannuddin.

    ReplyDelete
  7. Yang lebih tempat Sidek Bin Suri Bte Putih Bte Muhammad Bin Tannudin Bin Rahmad
    Selamat perkenalan

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Mengapakah baba nyonya memilih Kampung Bukit Rambai, Melaka sebagai destinasinya?

    ReplyDelete
  11. Mengapakah baba nyonya memilih Kampung Bukit Rambai, Melaka sebagai destinasinya?

    ReplyDelete
  12. Isteri saya Faridah binti Md Yusof anak perempuan bungsu kpd Md Yusof Bin Maulud(Pak Hitam Yusof). Yusuf bin Maulud ni beribukan Zaleha bt Tanudin dn berayahkan Maulud Bin Taib..Yg kini menetap di Batu Pahat,Johor..saya sendiri berasal dri S'pura bernama Muzafar B Mustafa Kamal mempunyai anak seorg lelaki dn 5 org perempuan..sekian adanya kisah kita

    ReplyDelete
  13. Ada yg mengetahui... berketurunan Bugis Serkam Melaka... Ali bin Maon bin Betak bin Sulong Bin Ngarip kini keturunan mereka menetap di Semerah Batu Pahat Johor

    ReplyDelete
  14. Salam perkenalan. Saya Md Hisham bin Abd Razak bin Bahari (Majid) bin Hussin bin Tannuddin bin Che Mah binti Hj. Kamaludin bin Hj. Md Said bin Marsah (Tok Andak) bin Tahir (Tok Senin)

    ReplyDelete
  15. Saya

    Mohd Firdaus Bin Mohamad Fadzil bin Hj Abdul Kadir Bin Hj Abd Majid @ Husin bin Tannuddin bin Rahmad bin Osman bin Abdullah (Tan Kok Lua atau Tan Lak Kua)

    ReplyDelete
  16. Setahu saya Chek Mah bye MD Said (Tok Andak), adek beradek kpd Hj Kamaluddin. Yg ke8 dpd 13 adek beradek. Betulkan jika saya silap.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum sya ingin bertanya TAN LAK KUA ada berapa adik beradik sya mencari keturunan TAN LOK SIM (LASSIM BIN TELON),TAN TAY LOON,TAN LAK KUA,TAN BEE JOO DAN TAN PEE KUN 3 LELAKI DAN 2 PEREMPUAN ( kalau ada yang tahu boleh call atau whatapps saya 0192699738 )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.saya tidak pasti sama ada saya ada kena mengena dgn generasi ini.baru2 ini saya dimaklumkan kelima2 nama cina di atas ada kena mengena dengan arwah ibu saya.

      Delete
  18. Salam saya daripada berketurunan tan lak kua - kassim - rahmad dan kemudian ayob - nasir dan abu samah bapa saya. Keluarga nasir ada di tg keling bukit rambai. Ini yg tidak diketahui zuriatnya mungkin.

    ReplyDelete
  19. Saya baru saja mengetahui bahawa saya ada keturunan baba nyonya.. atok saya asal kesang muar, tapi kami sekeluarga tidak pernah tahu atau kenal tentang saudara2 yang berada di melaka..

    ReplyDelete
  20. Bru ku tau aku dr ibrahim bin rahmad

    ReplyDelete
  21. Jamari bin Abd Samat bin Abd Hadi bin Tanuddin bin Rahmad bin Abdullah. Saya anak ke 6, Abd Samad bin Hj Abd Hadi dari isteri ke 2, Mariah binti Hasim.

    ReplyDelete