PANGLIMA RUSOL @ TOK GUBAS BIN DAENG JANNUNG

Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi


Ingin sahaya jelaskan kepada kalian  bahawa Panglima Rusol @Tok Gubas  ini merupakan anak ke 4 kepada Daeng Jannung selepas  Tok Lahir @Tok Moen@Tok Kesang , Tok Tahir@Tok Senin, Tok Bahir dan Tok Kepau. Panglima Rusol @Tok gubas telah berkahwin dengan Tok Seri , melahirkan 6 orang anak ia itu : Tok Dagang, Tok  Sengkar, Tok Mahat, Tok Bandung , Tok Dayang dan Tok Ribut.  Panglima Rusol ini berkampung bersama kekanda nya Tok Kesang di Tanjung Bangsal Kesang Tasik dipenghujung tahun 1790 an sehingga lah diawal tahun 1850  an , dan dipenghujung hayat nya ia mendapat sakit , maka menumpang lah ia di kediaman adinda nya ia itu Tok Kepau di kampung Sungai Rambai untuk berubat.  Dalam putaran masa ini maka datang lah panggilan  pencipta nya   , maka Panglima Rusol telah meninggal dunia dan dimakamkan di tepi sungai Kesang bersama makam makam kerabat nya yang lain.



Tok Taman bin Tok Dagang, generasi ke 3 dari Panglima Rusol @Tok Gubas bin Daeng Jannung



Tok  Bilal Putera bin Hj Lasim, generasi ke 5 dari Panglima Rusol bin Daeng  Jannung



(Kanan ) Tok Pit bin Buntal , generasi ke 5  dari Panglima Rusol bin Daeng Jannung



Makam Panglima Rusol @Tok Gubas dan makam Tok Seri  bersama makam ahli waris yang lain di pinggir Sungai Kesang di Sungai Rambai.





PENGGALIAN DAN PEMINDAHAN MAKAM TOK AWANG BIN RIBUT DAN ISTERI TOK TIMAH BINTI ATAK'  (DIKAMPUNG SUNGAI RAMBAI MELAKA )







Pada 30 Okt 2018 hari selasa bertempat dipinggir sungai Kesang di Kampung Sungai Rambai Melaka sempadan negeri Melaka / Johor . Pada hari ini kerja kerja penggalian dan pemindahan dua makam lama yang telah bersemadi disini sekian lama kurang lebih 122 tahun telah dilakukan oleh kontraktor  yang telah dilanrik oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) .

Makam yang sahaya maksudkan ialah makam Tok Awang bin Ribut , meninggal nya sebagaimana yang tercatat di batu nisan nya ia itu pada tahun 1896 M dan makam isteri nya Tok Timah binti Atak' , meninggal nya pada tahun 1901 M  . Ini adalah diatas daya usaha ahli ahli waris kadim Tok  awang bin Ribut untuk memindahkan  makam ini kerana  ia terletak diatas tanah persendirian di Lot 1577 kepunyaan Al Marhum Hj Md Yasin bin Mahat.

Makam ini akan dipindah dan disekalikan dengan makam makam Pahlawan Bugis yang telah diwartakan oleh pihak perbadanan muzium Melaka (PERZIM) ditepi Sungai Kesang.



Perlu diperjelaskan serba ringkas tentang asal usul Tok Awang bin Ribut ini, yang mana Tok Awang ini ialah ayahanda nya kepada Tok Demang Jaafar bin Awang yang memegang jawatan sebagai Tok Demang dikampung Sungai Rambai diera tahun 1900 an. Tok Awang telah berkahwin dengan Tok Timah binti Atak'  dan  melahirkan Tok Demang Jaafar dan seorang  lagi ia itu Che' Endah yang mana zuriat nya banyak terdapat dikampung Belemang Serom Tangkak.

Tok Awang ini ayahanda nya bernama Tok Ribut bin Panglima Rusol@Tok Gubas bin Daeng Jannung bin Daeng Kutak bin Daeng Jemuling bin Opu Pajung Daeng Telana.




                       Batu nisan Tok Awang bin Ribut , masih boleh dibaca dalam tulisan jawi


          Batu nisan Tok Ribut bin Rusol bin Jannung Ayahanda Tok Awang di Kg Pulau Penarik




Makam Tok Dayang @Endik@Molek binti Panglima Rusol @Tok Gubas dan suami Tok Sayang @Tok Kedekai @ Syed Ismail bin Syed Ehsan (Aceh). Lokasi makam di Padang Layar tepi Sungai Kesang.




Makam Tok Dagang bin Panglima Rusol @ Tok Gubas  dan isteri di belakang mesjid Sungai Mati Tangkak



Kalian bisa lihat di persekitaran ini merupakan kawasan belukar ditepi sungai Kesang dan disini dahulu nya ialah satu penempatan  orang orang Bugis yang pesat setelah melakukan migrasi dari Kepulauan Riau , dan sungai Kesang dijadikan penghubung penting dengan dunia luar pada masa itu. Makam ini dahulu nya terbiar dan terabai tidak seorang pun ahli waris  mengetahui nya , sehingga lah sahaya dan team sahaya melakukan  kajian tentang kampung Sungai Rambai dan ketemu makam ini dan banyak lagi makam makam lama yang berselerak di pinggir sungai Kesang masih tertera nama dan tahun meninggal nya di batu nisan. Kebanyakan batu batu nisan yang digunakan ialah batu laterit, batu granade dan batu gunung.

Dari awal penerokaan kampung ini disekitar tahun 1790 an oleh  sekumpulan orang orang Bugis menggunakan lima buah perahu layar besar seramai 120 orang termasuk laku laki dan perempuan , setelah mengharungi ombak dan badai dilautan  dari kepulauan Riau setelah berlaku pergolakan diantara kerajaan Riau-Lingga , Johor dan Pahang terhadap Kompeni Belanda. Pada masa itu kerajaan Riau-Lingga , Johor dan Pahang diperintah oleh Sultan Mahmud Shah lll manakala yang dipertuan muda nya ialah Raja Ali Ibni Daeng Kemboja (Marhum Pulau Bayan ).





Setelah mangkat nya Raja Haji didalam perang di Telok Ketapang Melaka pada tahun 1784 , pihak Belanda telah mencampuri hal hal pentadbiran serta membuat perjanjian dengan Riau , yang mana orang orang berketurunan Bugis telah di diskriminasikan dan bermula saat itu mengubah lanskap penghidupan orang orang Bugis , akhir nya mencari tempat yang lebih selesa.

Dari peristiwa itu lah maka merika telah memudiki Sungai Kesang setelah beberapa hari berada di Pulau Besar , dan gerombolan itu yang diketuai lima orang saudara kandung satu bapa berlainan ibu , ia itu Tok Lahir@Moen@Tok Kesang telah meneroka kampung Kesang Tasek bersama adinda nya Tok Bahir dan Panglima  Rusol@Tok Gubas. Tok  Kepau telah meneroka kampung  Sungai Rambai, manakala Tok Tahir@Tok Senin telah mneroka kampung Serkam.

Dari Jurai keturunan  Panglima Rusol ini lah setelah berkahwin dengan Tok Seri maka melahirkan Tok Dagang, Tok Sengkar, Tok Mahat  Tok Bandung , Tok Dayang dan Tok Ribut. Jadi yang kita bicarakan ialah Tok Ribut ini lah melahirkan Tok Hitam bin Ribut , Tok Sa'amah binti Ribut   dan Tok Awang bin Ribut  yang sekarang ini kerja kerja penggalian dan pemindahan makam nya dihari ini.







      Perhimpunan ahli waris keturunan Tok Ribut di komplek makam nya di Pulau Penarik






       Geran tanah  dimana terletak nya makam Tok Ribut, kepunyaan " Sa'amah binti Ribut " bertarikh tahun 1313 H bersamaan tahun 1892 M dizaman Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar Johor.







Perbincangan  tentang makam Tok Ribut bin Panglima Rusol @Tok Gubas di kediaman puan Raijah binti Abd Kadir di kampung Sungai Mati pada 08 Feb 2020








7 comments:

  1. Aku ucapkan jutaan terima kaseh kepada Tuan Jaafar Haron dimana mempertemukan ahli keluarga Tok Ribut bin Panglima Rusol@ Tok Gubas yg dicari. Alhamdulillah dapatlah saya menziarah makam moyang ku. Terima kaseh sekali lagi. Akan buat sebuah catitan demi anak cucu yang akan datang, supaya mereka tahu usul asal keturunan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya generasi ke 6 tok Dagang..

      Delete
  2. Saya dari keturunan Sa'amah binti Ribut. Terimakasih kerana menzahirkan cerita keluarga

    ReplyDelete
  3. Salam...tuan bukankah Nenek Timah Binti Atak itu isteri Tok Ribut Bin Tok Gubas @ Rusol..dan bonda kepada Tok Awang Bin Tok Ribut...

    ReplyDelete
  4. Saya dari generasi ke 7 Tok Gubas

    ReplyDelete
  5. terimakasih..saya dari jurai keturuanan Cik Endah , terimakasih tok safar atas makluman kepada saya...

    ReplyDelete
  6. Saya dari generasi ke 3 dari Tok Sa’amah. Ingin menyiapkan salasilah keluarga. Harap ahli keluarga Tok Ribut dapat hubungi saya di azman.yusof[at]gmail.com

    ReplyDelete