PERHIMPUNAN KERABAT TUAN IMAM HJ ABDULLAH MARHUM MEKAH DIKAMPUNG SUNGAI RAMBAI MELAKA PADA 23 DIS 2018


GAMBAR GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN PERHIMPUNAN KELUARGA DARI LENSA GALERI  UGIK

Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi


Ingin aku khabarkan kepada semua anak anak cucu Al Marhum  Tuan imam Hj Abdullah Marhum Mekah dimana kalian berada. Ada pun Tuan Imam Hj Abdullah itu ayahanda nya bernama Daeng Kamis bin Daeng Kepau bin Daeng Jannung. Bonda nya bernama Raja Fatimah binti Raja Ali Haji (Pujangga Riau) bin Raja Ahamd (Engku Haji Tua ) bin Raja Haji Fisabilillah bin Opu Daeng Chellak kelahiran Pulau Penyengat Kepulauan Riau. Tuan Imam Hj Abdullah beristerikan Tok Hitam binti Nanggau bin Penghulu Marsah bin Tok Tahir@Tok Senin (Serkam ) bin Daeng Jannung. Tok Hitam itu gelar nya ialah Tok Uban, kerana semasa hayat nya rambut nya tiada sehelai pun yang hitam semua nya putih belaka.

Hasil perkongsi hidup Tuan Imam Hj Abdullah ini dengan Tok Hitam , maka melahirkan tujuh orang anak ia itu : 1) Tok Dualim @Dagelim  berkhidmat sebagai mata mta di rumah pasung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1879 dan sekarang titisan nya semua berada di kampung Pengkalan Kundang Linggi Negeri Sembilan kerana Tok Dualim ini dipenghujung usia nya telah berpindah ke Linggi mengikut isteri nya dan meninggal disana.  2) Tok Daud beristerikan Gedum binti Aman kelahiran Air Panas Jasin, 3) Tok Normah bersuamikan Dol bin Panglima Pandak, 4) Tok Hj Sesam @ Hj Sam beristerikan Tom binti Julim, 5) Bastiah bersuamikan Said bin Ahmad , 6) Tuan Imam Hj Raya beristerikan Putih binti Hj Abd Rahim dan isteri kedua nya ialah Nina binti Bechat, dan yang ke  7  ialah Basariah bersuamikan Long bin Tok Pawang Rabu bin  Tok Puyuh bin Tok Kepau.

Aku khabarkan juga kepada kalian tentang adik beradik Tuan Imam Hj Abdullah ini : ia itu   1)Tok Omar beristerikan Begiah di Tedung kelak melahirkan Tok Kinang bersuamikan Md Deni bin Katib samad melahirkan Tuan Imam Hj Abu Bakar bin Md Deni, 2) Hajjah Daemah ( Hingga sekarang aku tidak tahu jurai keturunan nya , ingin aku bertanya pada yang lain tapi semua nya telah meninggal dunia ), 3) Tok Temah bersuamikan  Said bin Kamis  melahirkan : 1) Tok Karimah bersuamikan Jeram di Kampung Rawang Muar kelak melahirkan Hajjah Mariam bersuamikan Mohammad, 2) Tok Gaim, 3) Alimah bersuamikan Abdul Wahab  di Kampung Parit Bunga Muar melahirkan ramai anak yg aku ingat ialah Mak Cik Armah dan Busu Noriah , yang lain nya ramai bermastautin di Singapura, 4) Simah @Putih bersuamikan Md Yusof bin Jana di kampung Bakri Muar melahirkan  sebelas orang anak , yang aku ingat ialah Mak Long Sati , Pak Lang Omar, dan Minsom  yang lain lain semua nya telah ku catat di galeri UGIK.

Ada pun Tuan Imam Hj Abdullah itu berjawatan tuan imam di mesjid jamek kampung Sungai Rambai dalam tahun penghujung 1800 menggantikan ayahanda nya Daeng Kamis . Beliau telah meninggal dunia di Mekah semasa tugas nya sebagai mutawib menguruskan jemaah haji disekitar negeri Melaka.  Setelah kematian nya, jawatan imam telah disandang oleh Tuan imam Hj Abdullah bin Hj Abd Rahim (Serkam ) bin Hj Hasanuddin bin Hj Md Said (Tok Andak ) bin Penghulu Marsah bin Tok Tahir@Tok Senin bin Daeng Jannung. Setelah tuan imam Hj Abdullah bin Hj Abd Rahim meninggal , maka digantikan pula oleh Tuan imam Sahad bin Simon dan seterus nya digantikan oleh Tuan Imam Hj Raya bin Hj Abdullah Marhum Mekah .

Ada pun tuan imam Hj Raya itu merupakan anakanda Tuan imam Hj Abdullah yang luas ilmu ugama nya , apa yang aku dengar dari orang tua tua dahulu, selepas sembahyang dua hari raya maka berebut rebutlah jemaah hendak bersalam akan dia, ada yang mencium tangan , ada yang mencium perut dan yang mana tak dapat bersalam dengan nya maka mencium lah ia di anggota belakang nya,  berkahwin ia dengan Tok puteh (Mak Serombeh) binti Hj Abd Rahim  adinda kepada tuan imam Hj Abdullah bin Hj Abd Rahim (Serkam) melahirkan dua orang anak laki laki ia itu Hj Hashim  dan Hj Othman ( Pak Sungip ).

Ada seorang lagi adik beradik Tok Puteh isteri Tuan imam Hj Raya itu , ia itu Norkiah binti Hj Abd Rahim, berkahwin lah ia dengan Tok Pawang sedon bin Tahir bin Darham , maka Darham ini berkahwin dengan Tok Perak binti Tok Lahir@Tok Moen@ Tok Kesang bin Daeng Jannung (Pembuka kampung Kesang Tasek), maka melahirkan seorang anak perempuan bernama Hajjah Esah binti Tok Pawang sedon, akhir nya berkahwin dengan Hj Hashim bin Hj Raya . Disini jelas lah bahawa Tok imam Hj Raya dan Tok pawang  Sedon ini , selain berbesan dan berbiras , merika juga merupakan saudara tiga pupu kerana kedua dua moyang merika adalah adik beradik.

Itulah sahaja yang dapat aku penakan dan jika kalian untuk mengetahui lebih lanjut tentang salasilah keturunan ini di galeri UGIK ada jawaban nya...................Amin.






















No comments:

Post a Comment