PANGLIMA RUSOL @ TOK GUBAS BIN DAENG JANNUNG

Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi


Ingin sahaya jelaskan kepada kalian  bahawa Panglima Rusol @Tok Gubas  ini merupakan anak ke 4 kepada Daeng Jannung selepas  Tok Lahir @Tok Moen@Tok Kesang , Tok Tahir@Tok Senin, Tok Bahir dan Tok Kepau. Panglima Rusol @Tok gubas telah berkahwin dengan Tok Seri , melahirkan 6 orang anak ia itu : Tok Dagang, Tok  Sengkar, Tok Mahat, Tok Bandung , Tok Dayang dan Tok Ribut.  Panglima Rusol ini berkampung bersama kekanda nya Tok Kesang di Tanjung Bangsal Kesang Tasik dipenghujung tahun 1790 an sehingga lah diawal tahun 1850  an , dan dipenghujung hayat nya ia mendapat sakit , maka menumpang lah ia di kediaman adinda nya ia itu Tok Kepau di kampung Sungai Rambai untuk berubat.  Dalam putaran masa ini maka datang lah panggilan  pencipta nya   , maka Panglima Rusol telah meninggal dunia dan dimakamkan di tepi sungai Kesang bersama makam makam kerabat nya yang lain.



Tok Taman bin Tok Dagang, generasi ke 3 dari Panglima Rusol @Tok Gubas bin Daeng Jannung



Tok  Bilal Putera bin Hj Lasim, generasi ke 5 dari Panglima Rusol bin Daeng  Jannung



(Kanan ) Tok Pit bin Buntal , generasi ke 5  dari Panglima Rusol bin Daeng Jannung



Makam Panglima Rusol @Tok Gubas dan makam Tok Seri  bersama makam ahli waris yang lain di pinggir Sungai Kesang di Sungai Rambai.





PENGGALIAN DAN PEMINDAHAN MAKAM TOK AWANG BIN RIBUT DAN ISTERI TOK TIMAH BINTI ATAK'  (DIKAMPUNG SUNGAI RAMBAI MELAKA )







Pada 30 Okt 2018 hari selasa bertempat dipinggir sungai Kesang di Kampung Sungai Rambai Melaka sempadan negeri Melaka / Johor . Pada hari ini kerja kerja penggalian dan pemindahan dua makam lama yang telah bersemadi disini sekian lama kurang lebih 122 tahun telah dilakukan oleh kontraktor  yang telah dilanrik oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) .

Makam yang sahaya maksudkan ialah makam Tok Awang bin Ribut , meninggal nya sebagaimana yang tercatat di batu nisan nya ia itu pada tahun 1896 M dan makam isteri nya Tok Timah binti Atak' , meninggal nya pada tahun 1901 M  . Ini adalah diatas daya usaha ahli ahli waris kadim Tok  awang bin Ribut untuk memindahkan  makam ini kerana  ia terletak diatas tanah persendirian di Lot 1577 kepunyaan Al Marhum Hj Md Yasin bin Mahat.

Makam ini akan dipindah dan disekalikan dengan makam makam Pahlawan Bugis yang telah diwartakan oleh pihak perbadanan muzium Melaka (PERZIM) ditepi Sungai Kesang.



Perlu diperjelaskan serba ringkas tentang asal usul Tok Awang bin Ribut ini, yang mana Tok Awang ini ialah ayahanda nya kepada Tok Demang Jaafar bin Awang yang memegang jawatan sebagai Tok Demang dikampung Sungai Rambai diera tahun 1900 an. Tok Awang telah berkahwin dengan Tok Timah binti Atak'  dan  melahirkan Tok Demang Jaafar dan seorang  lagi ia itu Che' Endah yang mana zuriat nya banyak terdapat dikampung Belemang Serom Tangkak.

Tok Awang ini ayahanda nya bernama Tok Ribut bin Panglima Rusol@Tok Gubas bin Daeng Jannung bin Daeng Kutak bin Daeng Jemuling bin Opu Pajung Daeng Telana.




                       Batu nisan Tok Awang bin Ribut , masih boleh dibaca dalam tulisan jawi


          Batu nisan Tok Ribut bin Rusol bin Jannung Ayahanda Tok Awang di Kg Pulau Penarik




Makam Tok Dayang @Endik@Molek binti Panglima Rusol @Tok Gubas dan suami Tok Sayang @Tok Kedekai @ Syed Ismail bin Syed Ehsan (Aceh). Lokasi makam di Padang Layar tepi Sungai Kesang.




Makam Tok Dagang bin Panglima Rusol @ Tok Gubas  dan isteri di belakang mesjid Sungai Mati Tangkak



Kalian bisa lihat di persekitaran ini merupakan kawasan belukar ditepi sungai Kesang dan disini dahulu nya ialah satu penempatan  orang orang Bugis yang pesat setelah melakukan migrasi dari Kepulauan Riau , dan sungai Kesang dijadikan penghubung penting dengan dunia luar pada masa itu. Makam ini dahulu nya terbiar dan terabai tidak seorang pun ahli waris  mengetahui nya , sehingga lah sahaya dan team sahaya melakukan  kajian tentang kampung Sungai Rambai dan ketemu makam ini dan banyak lagi makam makam lama yang berselerak di pinggir sungai Kesang masih tertera nama dan tahun meninggal nya di batu nisan. Kebanyakan batu batu nisan yang digunakan ialah batu laterit, batu granade dan batu gunung.

Dari awal penerokaan kampung ini disekitar tahun 1790 an oleh  sekumpulan orang orang Bugis menggunakan lima buah perahu layar besar seramai 120 orang termasuk laku laki dan perempuan , setelah mengharungi ombak dan badai dilautan  dari kepulauan Riau setelah berlaku pergolakan diantara kerajaan Riau-Lingga , Johor dan Pahang terhadap Kompeni Belanda. Pada masa itu kerajaan Riau-Lingga , Johor dan Pahang diperintah oleh Sultan Mahmud Shah lll manakala yang dipertuan muda nya ialah Raja Ali Ibni Daeng Kemboja (Marhum Pulau Bayan ).





Setelah mangkat nya Raja Haji didalam perang di Telok Ketapang Melaka pada tahun 1784 , pihak Belanda telah mencampuri hal hal pentadbiran serta membuat perjanjian dengan Riau , yang mana orang orang berketurunan Bugis telah di diskriminasikan dan bermula saat itu mengubah lanskap penghidupan orang orang Bugis , akhir nya mencari tempat yang lebih selesa.

Dari peristiwa itu lah maka merika telah memudiki Sungai Kesang setelah beberapa hari berada di Pulau Besar , dan gerombolan itu yang diketuai lima orang saudara kandung satu bapa berlainan ibu , ia itu Tok Lahir@Moen@Tok Kesang telah meneroka kampung Kesang Tasek bersama adinda nya Tok Bahir dan Panglima  Rusol@Tok Gubas. Tok  Kepau telah meneroka kampung  Sungai Rambai, manakala Tok Tahir@Tok Senin telah mneroka kampung Serkam.

Dari Jurai keturunan  Panglima Rusol ini lah setelah berkahwin dengan Tok Seri maka melahirkan Tok Dagang, Tok Sengkar, Tok Mahat  Tok Bandung , Tok Dayang dan Tok Ribut. Jadi yang kita bicarakan ialah Tok Ribut ini lah melahirkan Tok Hitam bin Ribut , Tok Sa'amah binti Ribut   dan Tok Awang bin Ribut  yang sekarang ini kerja kerja penggalian dan pemindahan makam nya dihari ini.







      Perhimpunan ahli waris keturunan Tok Ribut di komplek makam nya di Pulau Penarik






       Geran tanah  dimana terletak nya makam Tok Ribut, kepunyaan " Sa'amah binti Ribut " bertarikh tahun 1313 H bersamaan tahun 1892 M dizaman Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar Johor.







Perbincangan  tentang makam Tok Ribut bin Panglima Rusol @Tok Gubas di kediaman puan Raijah binti Abd Kadir di kampung Sungai Mati pada 08 Feb 2020








BADIK BUGIS / KAWALI

Dalam bahasa Melayu disebut " Badik " manakala dalam bahasa Bugis ia disebut " Kawali ". Senjata ini ialah sejenis senjata tikam  bela diri , sebagai pelengkap kepada orang orang Bugis, sehinggakan ada orang berkata  " Bukan laki laki Bugis kalau tak punya kawali ".  Badik atau kawali biasa nya disisip dipinggang kiri , di ibaratkan sebagai pengganti tulang rusuk yang hilang.

Bagi orang Bugis , jika terdapat satu satu konflik didalam masyarakat ia perlu dibawa mesyuarah dahulu . Jika beberapa kali mesyuarah dilakukan namun ia tak punya jalan keluar, akhir nya konflik itu bisa diselesaikan dengan badik/kawali.  Tapi ingat ya....... setelah badik/ kawali dikeluarkan dari sarung nya pantang sekali disarungkan semula jika tidak ditikam kepada musuh. Oleh itu  badik/ kawali itu hendaklah ditikam   tikam kan dibatang pisang sebelum disarungkan semula.


Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi



                                                         Badik Makassar


                                                          Badik Sallapu
                                               

                                                        Kawali Luwu La Makhonta'

                                             

                                            Kawali Lompo Battang Sari



                                                        Kawali Makassar



                                                              Kawali Makassar



                                                             Kawali Luwu

( KOLEKSI  GALERI UGIK )

SULTAN MAHMUD SHAH 111 ( MARHUM MESJID ) 1761 - 1812 , RIAU - LINGGA , JOHOR DAN PAHANG


    Sultan  Mahmud Shah 111 lahir pada tahun 1760 M. Ayahanda nya ialah Sultan Abdul Jalil Muazam Shah ( Raja di Baroh ) ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah . Manakala  bonda nya bernama Tengku Putih  binti Opu Daeng Chelak dari perut  Tengku Tengah kekanda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah . Dalam usia 1 tahun Sultan Mahmud Shah 111 telah  ditabalkan menjadi Sultan Riau - Lingga , Johor dan Pahang . Olih kerana   terlalu  kecil , maka tugas pentadbiran dipegang olih Daeng Kemboja  Ibni Daeng Perani semasa itu Daeng Kemboja sebagai Yang Dipertuan Muda 111 ( 1745 - 1777 ).

   Dalam usia masih remaja , Sultan Mahmud Shah 111 belum dapat melaksanakan  fungsi nya sebagai Sultan maka ia nya masih dibayangi olih Daeng Kemboja dan Raja Haji. Pada tahun 1784  ketika penyerangan  Bugis terhadap Belanda di Melaka , usia Sultan Mahmud 111  diketika itu  baru mencapai 23 tahun dan ingin ikut berperang bersama Raja Haji, tetapi dilarang oleh Raja Haji dan hanya di arahkan menunggu di Muar. Raja Haji sangat mengambil berat  tentang baginda , bahkan dalam kecamuk perang di Telok Ketapang , Raja Haji  sempat  berpesan  " Selamatkan Mahmud , pulangkan ke Riau. Jika terjadi pada diri ku dalam perang ini , apa yang aku harapkan agar negeri ini tetap beraja Melayu ".






                           Gambar Sultan Mahmud Shah 111  ( Menurut pandangan pelukis )




                        Makam Cik Marko Binti Daeng Maturang , isteri pertama  Sultan Mahmud Shah lll

 

  Setelah Raja Haji gugur di Telok Ketapang , Sultan Mahmud Shah 111 kembali ke Riau  dan melantik Raja Ali Ibni Daeng Kemboja  ( Marhum Pulau Bayan ) sebagai Yang di Pertuan Muda  V ( 1784 - 1805 )menggantikan Raja Haji . Sepatut nya Raja Jaafar  Ibni Raja Haji menjadi Yang di Pertuan Muda , olih kerana usia nya masih sangat muda maka pihak pembesar Riau memilih Raja Ali.

   Dengan mangkat nya Raja Haji dalam perang di Telok Ketapang , maka pihak Belanda telah menganggap Riau telah kalah . Pada bulan Ogos 1784 , dua buah kapal perang Belanda telah datang ke Riau dan memberi amaran kepada Sultan Mahmud 111 agar menyerah , namun Sultan Mahmud 111 dan Raja Ali enggan menyerah sehingga kedua dua kapal perang Belanda itu pulang semula ke Melaka.





                   Makam Sultan Mahmud Shah lll di Daik - Lingga                   


   Pada tanggal 10 Okt 1784 , Jacub Van Braam dengan armada perang nya telah datang ke Riau untuk berunding dengan Sultan Mahmud 111 . Jacub Van Braam  mengarahkan kepada Sultan Mahmud 111 supaya memutuskan hubungan dengan Bugis dan menghapus kan jawatan Yang di Pertuan Muda. Namun Sultan Mahmud 111 menolak kerana baginda merasakan perhubungan dengan Bugis telah termeterai sebagai saudara kandung, bahkan Sultan Mahmud 111 sendiri berdarah Bugis dari jurai sebelah bonda nya.  Penolakan itu membuatkan pihak Belanda marah dan menyerang Riau dan memaksa Riau menyerah kalah. Tidak ada erti nya lagi untuk melawan kerana meliter Riau sudah amat lemah  dan pada   30 Okt 1784 Raja  Ali bersama pengikut dan keluarga nya termasuk Engku Puteri ( Raja Hamidah ) dan Raja Siti berpindah ke Mempawah  Kalimantan Barat.

   Tanggal 01 Nob 1784 pihak Belanda telah mengadakan perjanjian dengan Sultan mahmud 111 antara lain isi perjanjian itu ialah :

1)   Sultan Mahmud 111 dibenarkan kekal sebagai Sultan Riau-Lingga , Johor dan Pahang.
2)   Semua meriam besar dan kecil beserta peluru hendaklah diserahkan kepada Belanda.
3)   Orang orang Bugis dan Cina yang ikut berperang menentang Belanda dikenakan denda sebanyak 20,000 ringgit Sepanyol.

   Tanggal 10 Nob 1784 dibuat lagi perjanjian lanjutan antara isi nya ialah: Semua pelabuhan dan perairan Riau menjadi milik Belanda sebagai rampasan perang dan dengan termeterai nya perjanjian ini maka  Riau dilindungi oleh Belanda. Dengan rampasan pelabuhan Riau olih Belanda membuatkan perekonomian Riau merosot dengan mendadak.



                                                  Mesjid Sultan Daik - Lingga



                                            Didalam mesjid Sultan Daik - Lingga


   Di Mempawah Raja Ali telah bertemu dengan saudara nya dari jurai Datok saudara nya Opu Daeng Menambun , untuk merapatkan perhubungan kekeluargaan  lantas Raja Ali telah dikahwinkan dengan Utin Salamah binti Gusti Sina . Setelah itu Raja Ali telah meneruskan pelayaran nya ke Sukadana , seterus nya ke Siantan. Di Siantan Raja Ali telah mengkahwinkan saudara nya Raja  Siti binti Raja Haji dengan Keraeng Talibak.

   Tanggal 19 Jun 1785, Kompeni Belanda telah mendirikan loji dan kantor Residen di Pulau Bayan  kemudian nya telah berpindah diatas sebuah bukit di Tanjung Pinang.

Dengan  perubahan landskap kerajaan Riau - Lingga , Johor dan Pahang setelah campur tangan kompeni Belanda di Riau , dalam diam Sultan Mahmud 111 sentiasa berusaha bagaimana cara nya untuk mengusir pihak Belanda yang telah menjadi duri dalam daging. Untuk itu Sultan Mahmud 111 telah  mengutus seorang  utusan  bernama  Encik Talib bersama Raja Indera Bongsu  dan beberapa orang lagi   mengadap  Raja Ismail ( Raja Tempasok ) di Kalimantan yang terkenal sebagai pemimpin  Raja di laut menagih simpati dan bantuan menghapuskan Belanda di Riau .  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal Raja Ismail memang berketurunan Johor dan  mengingati tentang hubungan baik nya  dengan kerabat Johor , sebagai membalas budi beliau sedia membantu Sultan Mahmud 111 bersama  tiga orang anak nya sebagai  panglima perang  bernama Raja Tebuk, Raja Alam, Raja Muda Umar , turut serta ialah  Datok Sikolo , Tok Lukus dan  sejumlah besar  juak juak nya ratusan orang menaiki  30 buah  perahu  layar besar  yang laju menderu dibawa angin menuju ke Riau. Ada pun Raja Alam membawa isteri nya bersama ke Riau bernama Raja Aishah.

   Tanggal 02 Mei 1787 , Raja Ismail dan armada  laut nya tiba di Tanjung Pinang . Agar tidak dicurigai olih pihak Belanda , maka Sultan Mahmud 111 melaporkan kepada Residen  Belanda  bahawa kapal kapal dari Tempasok itu hanya singgah sebentar di Riau untuk membaiki kapal nya  yang rosak dihentam badai  , mengambil bekalan makanan, air tawar  dan kayu api untuk meneruskan pelayaran seterus nya. Pihak Belanda mempercayai nya dan memberi kebenaran. Akhir nya pada tanggal 13 mei 1787 Raja Ismail dan pengikut nya telah melakukan penyerangan secara mendadak  dibenting Tanjung Pinang , bagaikan orang kemaruk darah,  merika  telah membunuh seberapa ramai soldadu Belanda . Residen Belanda terpaksa menyerah kalah  , namun tidak diapa apa kan dan disuruh pulang keMelaka untuk  melapur apa yang terjadi di Riau  kepada tuan nya. Sultan Mahmud 111 berpura pura tidak tahu tentang pembunuhan ini sedangkan itu adalah permainan Baginda.

   Setelah berhasil mengusir Belanda dari bumi Tanjung pinang , Raja Ismail bersama pengikut nya meminta izin kepada Sultan Mahmud 111 untuk pulang ke Tempasok . Sedangkan dihati kecil  Sultan Mahmud 111 merasa  khuwatir yang amat sangat tentang armada Belanda di Melaka akan datang membalas dendam.  Akhir nya dalam tahun itu juga , Sultan Mahmud 111 telah berpindah ke Daik Lingga bersama seluruh rakyat nya dengan kenaikan 200 buah kapal kecil dan besar . Selang beberapa ketika pihak Belanda telah datang ke Tanjung Pinang , dilihat nya Riau telah menjadi sepi yang tinggal  hanya lah orang orang cina yang berniaga dan bertanam gambir. Pihak Belanda telah menempatkan 312 orang personil nya di Tanjung Pinang.

   Pemindahan Sultan Mahmud 111 ke Daik Lingga telah membuatkan perekonomian di Riau menjadi sepi.  Para cendikiawan dan pengusaha Melayu ramai yang ikut serta bersama Sultan Mahmud 111 dan ada juga yang berpindak ke Melaka dan Singapura. Banyak juga orang orang Bugis telah  kembalikan semula ke Sulawesi Selatan atau bertebaran di tanah besar Sumatera . Orang orang cina yang pada mula nya hanya sebagai petani mulai  datang ke kota untuk menguasai perdagangan pula.

   

 



   Oleh kerana Raja Ali berada di Sukadana Kalimantan Barat , maka Sultan Mahmud 111 telah melantik Engku Muda Muhammad sebagai Yang Di Pertuan Muda  Vl , ini kesilapan Sultan Mahmud 111 yang menyimpang dari perjanjian asal bahawa jawatan Yang Di Pertuan Muda sepatut nya dilantik dikalangan orang Bugis. Meski pun Raja Ali tidak ada ,  namun masih banyak keturunan Daeng Kemboja dan Raja Haji yang layak dilantik sebangai Yang Di Pertuan Muda.

   Pada tahun 1803 Raja Ali telah kembali ke Riau. Akibat nya terjadi perselisihan  faham dan bunga bunga perang telah kelihatan akan tercetus nya  perang diantara Raja Ali dengan Engku Muda didalam perebutan jawatan Yang Di Pertuan Muda. Kedua dua nya mempunyai pengaruh yang kuat , sedangkan pengaruh Raja Ali  ada sedikit menyerlah kerana telah teruji  dimedan laga . Perselisihan ini dapat diselesaikan oleh Sultan Mahmud 111 dengan persetiaan Melayu - Bugis ke 2 dan menyerahkan kembali jawatan Yang Di Pertuan Muda kepada Raja Ali. Untuk memperkuatkan kembali persatuan Melayu - Bugis , Sultan Mahmud 111 telah mengahwini Raja Hamidah binti Raja haji dan menjadikan  Pulau Penyengat sebagai  mahar perkahwinan  nya. Raja Hamidah kemudian nya dikenal juga sebagai Engku Puteri.

   Pada tahun 1805  , Yang Di Pertuan Muda V Raja Ali Ibni Daeng kemboja ( Marhum Pulau Bayan ) telah mangkat dan diberi gelar  " Marhum Pulau Bayan " . Ia digantikan oleh Raja Jaafar Ibni Raja Haji menjadi Yang Di Pertuan Muda Vl ( 1805 - 1844 ). Raja Jaafar telah memindahkan pusat pemerintahan Riau ke Pulau Penyengat.

Sultan Mahmud 111 mempunyai 4 orang isteri yang dikahwinan nya ialah:

1)   Cik Markoh binti Daeng Maturang (En Jaafar )  Melahirkan Tengku Long ( Sultan Husin Shah )   - setelah Sultan Mahmud 111 mangkat , Cik Markoh telah berkahwin lagi dengan Sulewatang di Singapura.

2)   Engku Puan anakanda Bendahara Pahang   -  tidak punya zuriat

3)   Cik Mariam binti Datok Shah Bandar Hassan  - melahirkan  Sultan Abdul Rahman  gelar nya Si Komeng atau Tengku Jumaat.

4)   Raja Hamidah @ Engku Puteri binti Raja Haji    - tidak punya zuriat.

Pada tanggal 12 Jan 1812 Sultan Mahmud Shah 111 telah mangkat di Daik Lingga . Baginda telah digantikan oleh putera nya Tengku Abdul Rahman.



 
                                     


                                                 Bekas istana Damna di Daik


 

                                        Perjalanan ke Daik menggunakan feri dari Tanjung pinang


                                                Sungai Daik




Deligasi dari Jakarta dan Kepulauan Riau bertandang ke Kampung Sungai Rambai Melaka mencari fakta  untuk  menobatkan  Sultan Mahmud Shah 111  sebagai " Pahlawan Nasional " tahun 2017

COGAN REGALIA KERAJAAN JOHOR - RIAU

Coretan pena :  Jaafar Kelana Al - Bugisi


   Alat alat kebesaran kerajaan Johor - Riau dianggap sakral atau keramat yang melambangkan kebesaran dan kekuasaan sesebuah negeri yang berdaulat yang punya Raja atau Sultan , penuh magis yang bisa mempengaruhi keadaan sekeliling bisa mengembalikan keseimbangan nya menolak pelbagai bahaya , saperti wabak , bencana atau pergolakan massyarakat . Salah satu contoh tentang kepercayaan yang sangat tinggi pada kehebatan alat alat kebesaran itu tertera dalam satu kisah penentangan antara Laksamana Tun Abdul Jamil berhadapan dengan Datok Bendahara pada tahun 1689. Pada mula nya Laksamana Tun Abdul Jamil mempunyai pengaruh yang amat kuat , akan tetapi setelah pengikut nya mendengar tiupan nafiri dan bunyi gendang nobat yang  merupakan sebahagian alat alat kebesaran kerajaan johor - Riau yang dimainkan diperahu Datok Bendahara , maka pengikut Laksamana Tun Abdul Jamil berbondong bondong menyertai Datok Bendahara.




                                              Cogan sirih besar

Alat alat kebesaran kerajaan Johor - Riau terdiri dari sebuah cogan bernama " Sirih Besar " kerana bentuk nya menyerupai daun  sirih terbuat dari emas tulin sebesar nyiru seberat 5 kg  bertulang perang , apabila raja Di Arak cogan srih besar ini lah dibawa orang berjalan dihadapan sekali,  gendang nobat , sebilah  pedang berhulu  panjang dari emas , rantai sayap sandang . Gendang nobat ialah orkestra di Raja yang terdiri dari beberapa macam instrumen saperti nafiri, nekara, gendang , serunai, bangsi, kopak dan ceracap. Tentang susunan pemain alat alat  muzik Di Raja ini  ialah : barisan pertama untuk peniup nafiri digelar " Lela Perkasa ", barisan kedua pemain nekara, barisan ketiga peningkah gendang nobat dilakukan olih  " Penghulu Lela Sang Guna ", barisan keempat serunai dan bangsi manakala barisan kelima pemain kopak dan ceracap. Alat kebesaran ini juga  termasuk sepucuk meriam bernama " Gempita alam " dan  sebilah keris panjang diberi nama " Bala seribu " yang pernah berada didalam pegangan Raja Kecil dan dikembalikan nya satelah isteri nya Tengku Kamariah dibebaskan.

Raja Ali Haji didalam kitab " Pengetahuan bahasa " menerangkan  tentang cogan  ia itu sebagai nama bagi kebesaran kerajaan Melayu ia itu emas diperbuat saperti daun sirih sebesar nyiru dan tersurat nama sultan disitu dan apakala Raja berangkat berjalan maka cogan ini lah dibawa orang berjalah dahulu dihadapan Raja .

Diatas dada cogan sirih besar itu terdapat tulisan jawi saperti berikut :

   "   Bismillah hirrahman nirrahim bahawa ini lah Raja yang berketurunan dari Bukit Siguntang asal nya daripada Baginda Sultan Iskandar Zulkarnain dan ialah Raja yang  adil lagi berdaulat yang mempunyai tahta kerajaan serta kebesaran dan kemuliaan kepada segala negeri yang didalam daerah tanah Melayu dan kurnia tuhan Rabbul Asril azim atas nya dan dikekalkan Allah Subhanahua Taalah diatas kerajaan nya ditambahi Allah pangkat nya yang kebesaran serta darjat nya yang kemuliaan didalam daulat  Sa' adati Allahi Wa akhlada Allahhumma mulkahu wa sulthanaha wa abdaha ' adlahu wa insanahu bijahi al nabi sayyidi al mursalina wa' alihi wa shabihi ajma 'in amin Allahhumma amin tammat "





                                   Makam Engku Puteri ( Raja Hamidah ) pemegang regalia

 
   Alat alat kebesaran ini disimpan olih Engku Puteri ( Raja Hamidah ) ini diperebut olih kedua anak tiri nya dengan pihak pihak yang menyebelahi merika dan merupakan peristiwa besar pada tahun menjelang perjanjian London 17 Mac 1824 . Alat alat kebesaran ini lah yang menentukan sah atau tidak nya seseorang Sultan ditabalkan menurut adat istiadat Raja raja Melayu .  Engku Puteri ( Raja Hamidah ) merupakan seorang perempuan yang amat kaya . Beliau  berhasil mendamaikan pertelingkahan berat yang terjadi antara adik nya Raja Idris  dengan seorang pemimpin Bugis yang terpandang , Keraeng Cendera Puli.

   Pada bulan Oktober 1822 Gabenor Belanda di Melaka bersama Adrian Koek dan pasukan nya telah datang ke Pulau Penyengat menjarah istana Engku Puteri ( Raja Hamidah ) untuk mengambil alat alat kebesaran kerajaan Johor - Riau cara paksa.  Orang orang Belanda itu berhadapan dengan batu karang yang tegak ditengah tengah hempasan gelombang dari segenap penjuru mata angin. Memang alat alat kebesaran itu berjaya diambil , tetapi adat telah terlangkahi . Penyerahan alat alat kebesaran  (Regalia ) tanpa berkat dari sang pemegang  nya yang sah tidak mempunyai apa apa makna.

Sedangkan sumber Belanda mengatakan , Betawi menganjurkan kepada Gabenur Melaka agar mengundang Engku Puteri menyampaikan permintaan supaya menyerahkan alat alat kebesaran kerajaan kepada Sultan Abdul Rahman , dan dengan susah payah menghadapi bahaya ketidak senangan para pengikut Engku Puteri pada tanggal 13 oktober 1822 alat alat kebesaran itu berhasil diambil lalu disimpan di Tanjung Pinang . Apakah peristiwa Arung Belawa yang mengada kan perlawanan terhadap Belanda di benting Tanjung Pinang bukan lah merupakan reaksi ketidak senangan itu ?.





                           Sultan Abdul Rahman ( Sultan Riau - Lingga yang terakhir ) 1883 - 1912


   Lihat lah apa yang terjadi pada hari penyerahan alat alat kebesaran itu pada tanggal 27 November 1823 yang beerti hari pengesahaan Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan pada tahun 1883 . Menurut adat , semua orang orang besar kerajaan hadir didalam upacara itu. Bendahara Pahang yang meski pun menyatakan kesetiaan nya mewakil kan kepada yang dipertuan Muda , Temenggong Johor berpihak kepada  Inggeris , Raja tua Yang berada di Sambas tidaak datang, dan Raja Indera Bungsu belum ditentukan. Rantai sayap sandang tidak dikalungkan keleher Sultan tetapi hanya diserahkan  ketangan nya.

   Tidak sumbang kah bunyi alunan gendang nobat ketika dimainkan lagu kerajaan yang bernama Iskandar Shah, Ibrahim Khalil , lagu lampam , Ganjar, Palu palu , Lagu perang, Lagu subuh  dan Seri istana . Baru sekali itu lah terjadi gendang nobat dimainkan bersama dengan lagu lagu Eropah ysng dimainkan  olih Korp muzik militer Belanda dalam upacara dulu nya khidmat dan takzim.


Sumber :  a)  Hasan Junus Pekan Baru
                b)  Di olah semula : JAAFAR KELANA




                                 Semasa ziarah makam makam leluhur di Pulau Penyengat Kepri




        Bagi melestarikan tentang " Cogan  " ini , maka diabadikan di dada kiri sebagai replika . Gambar kenangan sempena lawatan warga Bugis Selangor diketuai olih Tengku Jamaludin bin Tengku Mahmud Shah Al Haj orang kaya daerah Sepang pada  bulan Apr 2018 ( No 3 dari kiri )
         

MALEKEK DAPURENG





Ada tradisi masyarakat atau keluarga Bugis melakukan maleke ' dapureng ini diatas beberapa faktor, diantara nya ialah , ia tidak cocok dengan pemerintah yang ada maka ia melakukan migrasi ketempat lain dan apabila pemerintah itu telah ditukar maka ia kembali semula ke negeri asal nya , ini bolih lah dikatagorikan sebagai pemindahan sementara. Yang kedua ialah berlaku nya kesempitan hidup , bagi mengatasi nya untuk meningkatkan mutu kehidupan maka ia melakukan migrasi. Ada pun yang hendak dibicarakan disini ialah " Maleke ' Dapureng " ( Pemindahan dapur ) , ada juga istilah paliwi alena bagi seseorang yang dianggap membuang diri merika dirantau orang tanpa berita lagi , sehingga kan nama asal nya pun ditukar.

Merika membongkar rumah rumah panggung nya yang mana rumah rumah orang Bugis ini dibina bisa di bongkar dan dipasang semula, kemudian mengikat nya erat dan ditarik diburitan kapal. Merika mengambil segenggam tanah dengan mentera dan ritual tertentu dan dibungkus didalam daun keladi. Ketika sampai ditempat baru yang dituju merika membuka bungkusan tanah tadi ditebarkan ditanah baru merika seraya berkata  " ini tanah dari kampung kelahiran ku , kini aku tebarkan kekampung ini dan sejak saat ini, ini lah negeri ku sekarang.

Diambil kisah tentang peristiwa ini dibicarakan tentang Karaeng Galesong beserta pasukan nya meninggalkan tanah kelahiran nya, merika mandi dan meminum air sumur bungung baraniya (Sumur berani ) yang dianggap sakral di pantai Galesong . Karaeng Galesong bersumpah sambil memecahkan telur bahawa ia lebih baik hancur daripada ditakluk olih penjajah. Sampai saat ini sumur tersebut masih ada dan setiap pelaut dan penangkap telur ikan terbang , sebelum belayar menyempatkan diri ke lokasi itu.

Biasa nya maleke ' dapureng  ini , bukan terhad kepada masyarakat biasa yang melakukan nya , tetapi dilakukan juga gulungan bangsawan. Rombongan ini bisa terdiri daripada sebuah keluarga besar , tetapi kadang kadang juga terdiri daripada sebuah kampung . Hanya sahaja dalam persepektif adat, keputusan masyarakat ini akan sangat menyakitkan bagi pemimpin. Dasar nya adalah , pemimpin yang ditinggalkan olih rakyat nya merupakan pemimpin  yang gagal dan pemimpin yang paling hina sehina hina nya.

Semua masaalah yang mendatangi nya diukur pada apakah sesuatu itu dapat ia lakukan atau tidak, dan dipertalikan secara erat kepada siri' erti nya sebagai harga diri atau martabat nya sebagai manusia. Dia dapat memberikan segala gala  nya sampai kepada milik nya yang terakhir , apabila sesuatu itu menyangkut harga diri nya atau keluarga nya.

Keadaan yang demikian itu membawa sesuatu sikap jiwa yang cepat kagum terhadap sesuatu yang luar biasa , sehingga keadaan yang demikian menyebabkan orang Bugis sering terjerumus dalam kesetiaan yang membuta tuli. Ini disebabkan kerana sikap yang demikian itu di tranfomasikan kedalam sistem penilaian harga diri dan mertabat kemanusiaan, sehingga dalam melaksanakan suatu kesetiaan dalam hidup kemasyarakatan orang Bugis biasa nya menyerahkan diri sepenuh nya kepada keadaan itu. Apabila terjadi suatu ketegangan aatau pertentangan sikap . maka merika sangat sukar dipanggil kembali untuk perdamaian atau kompromi.

Apabila ia berlaku acuh tak acuh terhadap sesuatu , maka hal itu beerti penolakan yang tidak terang terangan yang pada suatu waktu akan meledak akan menjadi tentangan yang terang terangan. Orang Bugis sangat peka perasaan nya , ia mudah membawa diri nya terlibat didalan suatu masaalah yang kelihatan nya sangat mudah , tetapi dapat mengubah menjadi persoalan besar yang dapat menggoncangkan kehidupan masyarakat. Akan tetapi suatu pihak orang Bugis adalah mudah dijadikan teman dalam pergaulan , tergantung apakah lawan bergaul nya memahami apa yang paling dihargai nya.

Perantauan yang berlansung sejak beberapa abad ini telah membuatkan orang orang Bugis di daerah baru merika menjadi orang yang gigih dalam mempertahankan kehidupan dan eksistensi  merika.

KELANA DI SEGANTANG LADA ( KEPULAUAN RIAU )







                                   Dikediaman Raja Rahman bin Raja Mohd Asyurah di Kota Piring





Aku berkelana lagi. Tanggal 26 Augustus 2016 bersama Wan menuju ke kepulauan Riau  (Pulau segantang lada) untuk menyusur galur. Menginap di hotel Surya di Kota Tanjung Pinang , makan malam bersama Raja Rahman bin Raja Mohd Asyurah di kampung Bulang Laut. Esok nya mula berangkat melewati ribuan pulau , sesuai dengan gelaran " Pulau segantang lada " sempena sejumlah lada hitam yang penuh segantang. Speed boat yang aku tumpangi mempunyai empat motor penggerak dengan skala 1000 kuasa kuda,  " laju gile " kata wan. Aku lebih yakin dengan kenaikan ini, kerana dua minggu lepas sebuah pompong telah karam seramai 12 orang telah tewas.









                                                    Pulau Benan


Speed boat meluncur laju , selat menyelat dicelah celah ribuan pulau , kebanyakan pulau tidak punya penghuni. Speed boat simggah di  jeti  Telaga Punggur dan beberapa pulau lagi untuk menurun dan mengambil penumpang. Hari telah sore, aku terdampar di Pulau Benan.









                                                     Jeti Pulau Benan

" Pulau benan " itulah nama nya pulau ini  , aku katakan, aku  dari Malaysia seorang penulis tua enggak punya apa apa. Aku menginap disebuah calet ditepian pantai , pasir nya memutih bak mutiara , dijamu keenakan buah  kelapa muda, sambil bermesra dengan Pak Syahlan, Pak Sudin , Pak Jamal dan Jaka seorang guru sekolah. Tidur malam di calet dikawal seorang anggota TNI berpangkat kpl.  Rata rata penduduk di Pulau ini mayoritas nya sebagai  nelayan . Terdapat 200 keluarga dan keseluruhan penduduk ialah 800 jiwa laki laki dan perempuan. Di Pulau ini tak punya mobil , yang ada hanya lah spedar motor dan spedar. Perhubungan utama dengan dunia luan menggunakan jalur air.






















PULAU SEGANTANG LADA

Ada lah rangkuman rangkaian pulau pulau di provinsi kepulauan Riau yang berpusat di kota Tanjung Pinang , Pulau Bintan. Punya segala kekayaan sejarah , budaya Melayu, Pariwisata, sumber daya alam, Bahari dan lain lain. Juga dikenal sebagai " Kota Gurindam , negeri pantun ".

Kepulauan Riau adalah sebuah tempat yang penuh kelembutan , sejuta sejuk yang menyamankan dan kedamaian. Disini lah aku gelar sebagai " Heaven island " yang sesungguh nya , dari salam sapa, dan santun nya bahasa Melayu  " Bonda Tanah Melayu " yang meruntun kalbu.  Belum lagi segala kecantikan alam , budaya, dan sejarah , yang bikin ketenangan hati dan jiwa bisa terasa disetiap hirup nafas.

Kepulauan Riau bukan lah negeri yang bisa disama ratakan dengan negeri negeri lain nya, tetapi ia lebih dari itu, Tanjung Pinang misal  nya adalah " Kota  gurindam, negeri  pantun " , kiblat sejarah, dan negeri kata kata.

memang sejak dulu  lagi , jalan legendaris ini jadi penyambung wadah yang selalu dilewati banyak orang dan dijadikan tempat mampir bagi para pelancung  atau kewisataan , sekali gus mewakili nama kepulauan Riau dengan segala keistimewaan  yang aku terangkan diatas tadi. Aku mengharapkan setiap kelana itu adalah karya, dan setiap karya itu aku mencuba untuk titipkan nilai nilai budaya dan sejarah, ibarat membongkar batang terendam , agar ujud cinta aku terhadap negeri ini dengan desa aku yang diterokai leluhur Bugis dari " Pulau segantang lada ".