Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi
Kubur kubur lama ini yang berusia lebih 100 tahun banyak terdapat berselerak disepanjang tebing sungai Kesang, dikampung Sungai Rambai . Kalau ditinjau ia hanya terdapat disebelah kiri tebing sungai Kesang didalam kawasan Melaka , dan tidak dijumpai disebelah kanan tebing sungai dikawasan Kesang daerah Ledang, kecuali dikawasan Teluk Rimba dan Kesang Tasik , ia itu diTanjung Gelenggang , Tanjung Gelugur dan Tanjung Bangsal. Ini berkemunkinan besar , kawasan kampung Sungai Rambai telah lama didiami olih manusia disekitar penghujung abad ke: 18 dan sezaman dengan penerokaan kampung Teluk Rimba dan kampung Kesang Tasik daerah Ledang.
Kebanyakan kubur kubur lama ini, ia merupakan berkumpulan, mengandungi 8 hingga 20 buah kubur disatu satu kumpulan, dan tidak terpencil satu atau dua kubur sahaja. Terdapat empat lokasi kubur lama disepanjang tebing sungai Kesang di kampung Sungai Rambai.
Deligasi dari Kepulauan Riau dan Jakarta menziarahi makam Daeng Kepau
1. Ditapak semaian bunga bungaan kepunyaan syarikat persendirian , terdapat 12 buah kubur lama , lelaki dan perempuan , berpandukan bentuk batu nisan nya ia itu berbentuk leper, bagi perempuan, dan bulat atau empat segi bagi lelaki. Ada dua jenis batu nisan yang digunakan disini ia itu: batu granite dan batu laterit (batu merah)
Pada 02 hingga 09 feb 2012 , selama seminggu wakil dari hal ehwal luar negeri, lembaga mesyuwarah Agung Kerajaan Riau-Lingga , yang diketuai olih Raja Syukri bin Raja Zainudin telah datang membuat kajian dan mengenal pasti , kubur kubur yang terdapat disini dipercayai kubur:
a. Almarhum Daeng Kepau bin Daeng Jannung
b. Almarhummah Raja Fatimah binti Raja Ali Haji
c. Al Marhummah Induk Teriang (Isteri Daeng Kepau)
d. Almarhum Panglima Rusol @Tok Gubas
e. Almarhummah Tok Seri (Isteri Panglima Rusol @Tok Gubas )
f. Almarhummah Tok Mendek binti Daeng Kepau
g. Almarhum Tok Kamis bin Daeng Kepau
h. Almarhum Tok Awang bin Ribut
i) Almarhummah Tok Timah binti Atak (Isteri Tok Awang bin Ribut )
j) Almarhummah Tok Urai bin Daeng Kepau
d. Almarhum Panglima Rusol @Tok Gubas
e. Almarhummah Tok Seri (Isteri Panglima Rusol @Tok Gubas )
f. Almarhummah Tok Mendek binti Daeng Kepau
g. Almarhum Tok Kamis bin Daeng Kepau
h. Almarhum Tok Awang bin Ribut
i) Almarhummah Tok Timah binti Atak (Isteri Tok Awang bin Ribut )
j) Almarhummah Tok Urai bin Daeng Kepau
Menurut team tersebut, setelah membuat penelitian dan kajian , serta dikuatkan lagi dengan nama dan tarikh kematian yang jelas tercatat dibatu nisan nya, maka jelas lah kubur kubur tersebut dipercayai tempat bersemadinya Al marhum Al marhum yang disebutkan tadi, keturunan bangsawan Bugis berasal dari kepulauan Riau yang meneroka kampung Sungai Rambai disekitar tahun 1790 dan ada pertalian darah dengan Raja Syukri bin Raja Zainudin, (Generasi ke:8 dari keturunan Opu Daeng Chellak), yang bersusah payah datang dari kepulauan Riau, menginap di galeri UGIK , untuk mencari pusara nenek moyang nya.
Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan keterangan lisan olih Tok Pit bin Buntal yang menetap di Segamat . Semasa kisah ini di pena Tok Pit telah berusia 93 tahun, namun daya ingatan nya masih kuat dan seterusnya menjelaskan bahawa, beliau pernah diberitahu olih Al Marhum Datuk nya yang bernama Tok Taman bin Tok Dagang tentang lokasi sebenar kawasan pusara Tok Kepau dan kerabat nya , ia itu ditepi sungai Kesang bersetentang dengan rumah pasung Sungai Rambai diketika itu. Tok Pit merupakan generasi ke : 5 dari jurai Panglima Rusol (Tok Gubas) bin Daeng Jannung , dan Panglima Rusol ini adalah saudara kandung kepada Tok Kepau bin Daeng Jannung.
Pada 11 mac 2014 bertempat di homestay Parit Penghulu Sungai Rambai Melaka, telah diadakan satu bengkel sejarah kampung Sungai Rambai, yang dihadiri olih wakil wakil dari : Arkib negara Malaysia Melaka, Institut kajian sejarah dan petriosme Malaysia, Institut seni Malaysia Melaka, Persatuan Sejarah Melaka, PERZIM, dan persatuan sejarah Sungai Rambai, yang diresmikan olih yang berbahagia Datuk Hasan bin Rahman Adun kawasan Sungai Rambai. Bengkel ini bertujuaan , bagi membuat kajian dan sekali gus mengiktiraf tentang makam Al Marhum Tok Kepau dan ahli waris nya sebagai peneroka asal kampung Sungai rambai yang sah disekitar tahun 1790 an. Team tersebut telah mencadangkan agar komplek makam di naik taraf bagi menggalakan pelancung mengunjungi, sebagai GAPURA SELATAN.
Pada 18 jun hingga 19 jun 2014 wacana menjejaki warisan Bugis di alam Melayu peringkat negeri Melaka telah berkampung di Sungai Rambai . Para deligasi diketuai olih Prof Dr Norhayati Rahman dari Univesitas Sultan Hasanuddin fakultas sejrah Makasar Sul Sel dan Dr Halillintar Lathief pusat penelitian Budaya , seni dan etnik Univesitas Negeri Makasar Sulawesi Selatan Indonesia, telah melawat kawasan makam Daeng Kepau dan para kerabat , sekali gus telah mengiktiraf komplek makam tersebut ialah makam makam etnik Bugis yang berada di luar Tanah Bugis.
2. Diatas tanah kepunyaan Allahyarham Tuan Haji Md Yasin bin Mahat, terdapat 18 buah kubur lama , nisan nya diperbuat dari batu granite, lelaki dan perempuan. Disini dipercayai menempatkan kubur:
a. Allahyarham Daud bin Hj Abdullah bin Kamis bin Tok Kepau
( Daud ialah ayahanda kepada Tuan Bilal Hj Adan bin Daud)
b. Allahyarham Datuk Penghulu Long bin Daud (Ribut) bin Baki
( Datuk Penghulu Long ialah ayahanda kepada Datuk Penghulu Md Yasin bin Long)
3. Dikawasan persekitaran rumah kediaman Allahyarham Dolah bin Sujan, terdapat 8 buah kubur lama , batu nisan nya dari batu granite.
4. Ditanah perkuburan Pengkalan Leban , yang mana lokasi ini ialah tanah perkuburan bagi penduduk kampung Sungai Rambai, pada awal tahun 1900 dan telah ditutup dan berpindah ke tanah perkuburan yang baru di jalan tambak merah.
SYAER NASIHAT
Ayuhai segala anak cucunya
Hendak lah ingat datuk nenek nya
Serta fikirkan fi'el laku nya
Hendak lah di ikut sembarang dapat nya
Jangan lah malas ziarah kubur nya
Tiap tiap Jumaat atau bulan nya
Jika jauh akan tempatnya
Setahun sekali jika mudah nya
Jika sungguh opu nenek moyang mu
Patehah kan dia jangan lah jemu
Serta dengan kenduri dan jamu
Barang yang dapat atas usaha mu
Sebagai lagi nasihat nenda
Kepada segala sanak saudara
Serta segala anak cucunda
Salasilah ini hendaklah ada
Tiap tiap seorang menaruh sendiri
Tidak lah hilang bangsa nya sendiri
Supaya tak susah hendak mencari
Asal usul kita demikian peri
Nukilan:
Almarhum nenda Raja Ali Haji ibni Raja Ahmad
(Pulau Penyengat Riau)
RAJA ALI HAJI IBNI RAJA HAJI AHMAD
(PUJANGGA RIAU)
Raja Ali Haji dilahirkan diPulau Penyengat Indera Sakti Riau pada tahun 1808 m. Putera dari Raja Haji Ahmad (Engku Haji Tua) , dan cucu kepada Raja Haji (Marhum Teluk Ketapang). Ayahanda nya dikenali sebagai ahli adat istiadat , penasihat kerajaan , dan juga pengarang beberapa karya kesusasteraan. Pada masa itu Pulau Penyengat menjadi tempat kedudukan yang diPertuan Muda yang berkuasa satu tingkat dibawah Sultan.
Sebagai anak dari kalangan bangsawan, mula mula ia mendapat pendidikan di istana Riau. Guru guru nya didatangkan baik dari daerah Riau, daerah Nusantara lain nya , mau pun dari Timur Tengah. Pada tahun 1823, Raja Ali Haji mengikut Ayahnya ke Betawi (Jakarta sekarang ) dalam urusan pemerintahan. Tiga tahun kemudian nya , ia dibawa olih ayah nya sekali lagi ke Pulau Jawa, di beberapa tempat di pesisir pulau itu, antara lain ke Semarang, dan Juana. Dalam perjalanan ini beliau jatuh sakit teruk , hampir meninggal dunia. Pada tahun 1827 beliau pergi ke Mekah , melaksanakan fardhu haji , bersama rombongan kerajaan Riau yang dipimpin olih ayahandanya. Semasa di Mekah , Raja Ali Haji melanjutkan pendidikan nya , memperdalamkan bahasa Arab dan ilmu Ugama Islam.
Sekembali nya dari Mekah, beliau diangkat sebagai penasihat kepada beberapa orang yang diPertuan Muda didalam kerajaan Riau. Pada tahun 1856 , Raja Ali Haji deberi hak untuk mengelolakan Pulau Karimun dan Pulau Kundur , sambil merencanakan penambangan timah disitu. Setelah itu beliau diserahkan urusan hukum dikerajaan tersebut.
Raja Ali Haji ialah seorang ulamak , ahli bahasa, penyair, ahli adat dan hukum , mengarang beberapa karya sejarah dan panduan pemerintahan. Dalam buku buku lama , nama nya dikenal sebagai Raja Ali Al Haj, Raja Ali Haji ibni Raja Ahmad dan Al Haj Ali ibni Ahmad Al- Riauwiyah.
Raja Ali Haji juga mengarang kitab pengetahuan bahasa, menyerupai kamus, kerja kerja menyiapkan kamus ini agak perlahan , kerana dalam masa yang sama beliau membantu Von de Wall seorang Belanda , untuk menerbitkan sebuah kamus Dwibahasa iaitu Melayu-Belanda. Didalam kitab Tuhfat al Nafis karangan beliau ada menceritakan ia itu , pada tahun 1872 Raja Ali Haji telah mengutus surat kepada sahabat nya Von de Wall , memaklumkan bahawa kamus nya sendiri pun baru disempurnakan setakat huruf "g " sahaja. Didalam surat itu Raja Ali Haji menjelaskan sikap nya terhadap bahasa Melayu dan harapan nya un tuk generasi muda Melayu akan datang.
Antara lain didalam surat itu berbunyi:
" Bermula ada pun kamus yang hendak diperbuat itu , ia itu bukan nya saperti kamus saperti paduka sahabat kita itu. Hanya lah yang kita hendak perbuat bahasa Melayu yang tertentu bahasa pada pihak Johor dan Riau-Lingga jua. Akan tetapi kebanyakan bertambah dia dalam kisah kisah cerita cerita yang meumpamakan dengan kalimah yang mufrat, supaya menyukakan hati orang muda muda mutalaahnya, serta syair syair sedikit sedikit . Didalam hal itu pun memberi manfaat jua kepada orang orang yang memikirkan perkataan dan makna bahasa Melayu pada orang orang yang bukan ternak Johor dan Riau dan Lingga. Lebih maklum lah tuan bukan nya satu pekerjaan saya, sebab sepeninggalan tuan balik ke Betawi itu maka datang lah anak anak saya hendak mengaji ilmu fikih, ada yang hendak mengaji nahu. Jadi dibuka lah semula pengajian saperti adat sehari hari. Maka jadi banyak lah waktu saya dalam pekerjaan. Maka adalah waktu yang saya tentukan untuk pekerjaan tuan itu ia itu pada waktu malam, daripada pukul delapan sampailah pukul sebelas lebih kurang sedikit. Jika saya ke Pengujan dapat juga pekerjaan tuan itu pada siang harinya sebentar sebentar, demikian lah hal nya. Mengaji mengaji, melapangkan ia, satu hari bolih bermain main disitu serta bolih bercakap cakapkan pendapat nya sebab itu tempat pun suci lagi dapat angin berkeliling dan dibawah naung pohon nyiur. Ada pun pondok yang kita buat itu sembilan buah , dinding kajang saja ada nya".
KARYA KARYA RAJA ALI HAJI
Karya karya Raja Ali Haji meliputi bidang bidang sastera , sejarah, hukum, bahasa dan pemerintahan. Sampai sekarang buku buku karangan nya yang diketahui ialah:
1. Gurindam dua belas (puisi)
2. Bustanul Katibin (Ilmu bahasa)
3. Kitab pengetahuan bahasa (Perkamusan)
4. Salasilah Melayu dan Bugis (Sejarah)
5. Tuhfat Al Nafis (Sejarah)
6. Tsamarat Al Muhimmah (Pemerintahan dan hukum)
7. Muqadimah Fi Intizam (Pemerintahan dan hukum)
8. Syair hukum nikah (Puisi)
9. Syair suluh pegawai (Puisi)
10. Syair siti Shianah (Puisi)
11. Syair Abdul Muluk (Puisi)
12. Syair gemala mestika alam (Puisi)
13. Tawarikh Al Wusta (Sejarah)
14. Tawarikh Al Kubra (Sejarah)
15. Tawarikh Al Sukra (Sejarah)
Makam Raja Ali Al Haji di Pulau Penyengat di Kepulauan Riau
Biar mati jasad ku ini
Payah benar menempuh hidup
Hanya berduka sepanjang hari
Biar sunyi pusara ku nyaman
Biar rendang puding nya redup
Munkin aman tidur di kubur
No comments:
Post a Comment