SEPATAH KATA , DARI "UGIK" WARISAN TOK KEPAU


Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi












Inilah dipersembahkan sebuah coretan untuk tatapan anak anak cucuku yang amat dikasihi. yang mana nenek moyang kalian memang  berasal dari kampung Sungai Rambai. Sekarang telah berselerak diseluruh  ceruk rantau, di Malaysia, Singapura, Berunai Darussalam, Makasar Sulawesi Selatan, Kepulauan Riau dan Daik Lingga.

Alhamdulillah saya mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t , kerana telah mengurniakan kesihatan dan tenaga kepada saya bagi menghasilkan sejarah ini. Namun begitu, bak kata pepatah  "Tiada gading yang tidak retak", sejarah ini sudah pasti mempunyai kelemahan , kelompangan dan kekurangan disana sini, al maklum kerja dibuat dengan  sambilan. Justeru itu bagi memperelokan nya dipinta agar yang lemah diperkukuhkan, yang kelompangan diisi dan dipadatkan, dan yang kurang ditokok tambah demi kebaikan  dan berbakti kepada ahli ahli waris kadim , warisan UGIK.

Sejarah ini telah dibuat kajian dengan  bersusah payah sejak beberapa tahun yang lalu. Bagi merealisasikan impian ini,  saya sering berkelana disegenap pelusuk Nusantara, mencungkil asal usul keturunan, susur galur dan jurai-jurainya, rupa-rupanya banyak terbenam di tanah UGIK dan di tanah bonda. Dengan modal yang bukan sedikit, kini telah mustaid ke generasi yang ke 15. Olih kerana ia ketiadaan rujukan yang khusus unruk nya , melainkan memungut dari cerita cerita lisan, pendapat pendapat dari orang orang tua yang terdahulu dan dipadankan pula  dengan tulisan tulisan dan buku buku sejarah, baik didalam mahu pun dari luar , lantas didapati ada kesahihan nya. Kepada arwah arwah ini dipanjatkan doa semoga roh nya dicucuri rahmat.

Walau bagaimana pun dengan amanah dan kepercayaan yang diberi, saya yakin sejarah ini dapat sekurang kurang nya  mencatatkan serba sedikit beberapa peristiwa penting yang tersembunyi dan bermakna bagi sejarah kampung ini, khusus nya kampung Sungai Rambai, yang masih belum diketahui olih umum.

Semoga ahli ahli waris kadim keturunan  Daeng Kepau atau Tok Kepau tahu, bahawa ditubuh nya mengalir darah kepahlawanan Bugis yang dipusakai dari keturunan Kerajaan Luwuk Sulawesi Selatan, seterunya ke kepuluan Riau dan Tanah Melayu, bertepatan dengan sumpah Bugis:

"LEBBIMUI MATE MADDARAE DARI MATE TAMMANRE"
(Lebih berharga mati dengan berdarah daripada mati kelaparan)

HUJUNG LIDAH
HUJUNG BADIK
HUJUNG ZAKAR


No comments:

Post a Comment