PENGHIJRAHAN BUGIS KE SUNGAI RAMBAI
Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi
Raja Haji ibni Opu Daeng Chellak (Marhum Teluk Ketapang), YDM Riau-Lingga, Johor dan Pahang ke 1V 1777-1784.
Setelah kemangkatan Raja Haji (Marhum Teluk Ketapang) dalam peperangan di Melaka pada malam 18 jun 1784 dan kejatuhan Riau ketangan Kompeni Belanda yang diketuai olih Admiral Van Braam pada 01 november 1784 , walau pun Sultan Mahmud Shah 111 dibenarkan kekal bertahta di Riau , namun suku suku Bugis yang berada di Riau telah merasa tertekan dan di diskriminasikan olih pihak Belanda. Pihak Belanda telah meletakan beberapa syarat kepada Sultan Mahmud Shah 111. Diantara nya ialah supaya memutuskan perhubungan dengan orang orang Bugis dan jawatan Yang Di Pertuan Muda tidak diperlukan lagi di Riau. Seluruh pelabuhan Riau terserah kepada Belanda. Semua meriam meriam besar dan kecil beserta peluru nya sekali hendaklah diserahkan kepada Kompeni Belanda. Suku Suku Melayu bolih terus memiliki harta merika . Orang orang China yang telah membantu orang orang Bugis menentang pihak Belanda , dibenarkan juga memiliki harta benda merika, tetapi dihukum membayar denda kepada pihak Belanda , wang sebanyak 20,000 ringgit Sepanyol . Semua orang orang Bugis hendaklah keluar dari Riau, kecuali suku suku Bugis yang lahir di Riau , bolih terus menetap di Riau tetapi tidak bolih memegang apa apa jawatan didalam kerajaan. Lantaran itu didalam kegelapan malam maka Yang di Pertuan Muda ke V, Raja Ali Ibni Daeng Kemboja dengan beberapa ramai orang orang Bugis dan pengikut nya , dengan secara sulit telah meninggalkan Riau dengan membawa apa sahaja barang barang termasuk semua meriam besar dan kecil beserta peluru menuju ke Sukadanah Kalimantan Barat.

Makam Raja Ali ibni Daeng Kemboja YDM ke V 1784-1806 (Marhum Pulau Bayan), Tanjung Unggat Riau.
Hingga lah disatu ketika lebih kurang dalam tahun 1790 , sebahagian dari suku suku Bugis ini telah mengambil keputusan untuk keluar dari Riau berhijrah ketempat lain yang lebih selesa. Satu kumpulan orang orang Bugis ini dengan kelengkapan empat buah perahu layar besar bernama phinisi dan sebuah sekochi seramai lebih kuarang 120 orang termasuk lelaki dan perempuan yang diketuai olih Daeng Kepau atau Tok Kepau telah meninggalkan Riau , serta membawa peralatan peralatan sekali. Didalam bahasa Bugis penghijrahan ini dinamakan ' MALLEKE' DAPURENG ' ( satu penghijrahan yang tak akan kembali lagi ). Kumpulan ini telah bergabung dengan kumpulan Tok Lahir@Moen, Tok Tahir@Tok Senin, Tok Bahir, dan Panglima Rusol, maka jadilah satu gerombolan yang besar mengandungi beberapa buah perahu layar besar menuju kesatu arah yang belum diketahui lagi. Kumpulan ini diibarat kan saperti lebah disampuk helang atau saperti kelelawar kebebaran adanya.
Tuan Imam Hj Raya bin Hj Abdullah (Generasi ke 4 dari jurai keturunan Tok Kepau bin Daeng Jannung, Sungai Rambai.
Tan Sri Abd Rahim bin Nor (Generasi ke 7 dari jurai keturunan Tok Tahir@Tok Senin bin Daeng Jannung , Serkam )
Datuk Abd Ghani bin Osman (Generasi ke 7 dari jurai keturunan Tok Lahir@Tok Moen@Tok Kesang bin Daeng Jannung, Kesang Tasik , Sungai Mati Ledang)
Tok Pit bin Buntal (Bertongkat), generasi ke 5 dari jurai Panglima Rusol (Tok Gubas) bin Daeng Jannung, Segamat. Berfoto bersama Prof Norhayati Rahman dari univesitas Hasanuddin Makasar Sul Sel di galeri UGIK.
Kumpulan ini telah meneruskan pelayaran nya menyusuri selat Melaka setelah beberapa hari dilaut , mengharungi ombak dan badai, akhir nya berhenti sebentar dipulau besar sambil menambahkan bekalan kayu api dan air tawar. Perbincangan telah dibuat, untuk merapati pantai Melaka. Satu kumpulan yang diketuai olih Tok Tahir@Tok Senin telah mendarat dipantai Serkam serta membuat penempatan disini tanpa diketahui pihak VOC di Melaka. Manakala yang lain nya telah berpatah balik arah keselatan, sambil berhati hati dari dihidu olih tali barut Belanda. Kawasan ini bukanlah asing bagi merika kerana telah menjadi laluan penting berulang alik dari Riau Ke Melaka semasa perang di Telok Ketapang. Setiba nya di muara sungai Kesang, semua kumpulan ini berhenti sebentar dan berbincang sesama sendiri untuk memudiki sungai ini , kalau kalau ada tempat yang sesuai untuk dijadikan penempatan. Dikiri kanan tebing Sungai Kesang dipenuhi hutan belukar , terdiri dari pokok bakau, berembang, pedada, api api, serta disulami dengan pokok pokok nipah yang tumbuh berjajar di tebing sungai. Air nya jernih bagaikan cermin . Tok Kepau berdiri dihaluan perahu, dan lebih kurang 3 batu dari muara sungai Kesang ada sebatang anak sungai kecil disebelah kiri tebing sungai didalam perintah Melaka dan terdapat sebatang pokok rambai hutan yang tumbuh disitu.
Pulau Besar , pandangan dari jeti Anjung Batu Umbai Melaka.
Makam Hj Md Said (Tok Andak) cucu kepada Tok Tahir@Tok Senin bin Daeng Jannung, Serkam.
(Lokasi makam: Bt 1 Bakri Muar)
Muara Sungai Kesang
Tok Kepau telah mengarahkan orang orang nya mendarat disitu, segala peralatan yang dibawa telah di punggah kedarat . Manakala kumpulan yang lain nya terus mudik ke hulu dan kira kira tujuh batu dari muara terdapat sebuah tasik kecil disebelah kanan tebing sungai Kesang didalam perintah Johor, maka mendarat lah kumpulan ini yang diketuai olih Tok Lahir@Moen, dan saudara kandung nya Tok Bahir dan Panglima Rusol. Tempat ini dinamakan Kesang Tasik hingga kehari ini . Manakala kumpulan Tok Kepau tadi, dan anak anak buah nya , bermulalah membuat penempatan sementara kerana hari telah dirembang petang. Dalam sedikit masa sahaja tempat ini yang dahulunya hutan rimba , telah bertukar menjadi kampung halaman dan kawasan pertanian , ditanam dengan tanaman kontan dan padi sawah. Bolih dikatakan dari suak kelabau hingga lah ke Telok Gong dan Tanjung Rambai telah menjadi kawasan pertanian. Rumah rumah kediaman dibina ditepi tepi sungai , kerana sungai saja lah yang menjadi penghububg penting pada masa itu.
Kampung ini telah dinamakan Kampung Sungai Rambai sempena pokok rambai hutan yang terdapat disitu. Tok Kepau sendiri telah dilantik menjadi ketua kampung , Tuan Imam dan pawang. Maka datang lah sedikit demi sedikit suku suku Bugis yang berada di Riau dan kampung ini telah bertambah ramai penduduk nya.
Setelah kampung Sungai Rambai telah bertambah maju, maka didengarlah olih orang orang dari kampung yang berhampiran, saperti kiampung Serkam, Tedung, dan Merlimau datang beramai ramai mengikut jalan laut dan jalan darat , meneroka hutan hutan yang belum terusik , untuk dijadikan kawasan penempatan dan pertanian , sehingga melarat kesebelah darat. Bagi orang orang Tedung , lebih tertumpu disebelah kampung Bukit Gadung dan dinamakan parit kampung Tedung hingga kehari ini. Olih kerana tempat ini tidak sesuai dibuat penempatan dan sering diganggu binatang buas dan ular tedung besar , maka tempat ini telah ditinggalkan bagitu sahaja , dan memilih untuk bergabung dengan kumpulan Tok Kepau . Maka berkahwin lah diantara kumpulan Tok Kepau dengan orang orang yang datang dari kampung Tedung semenda menyemenda diantara kedua dua belah pihak.
Sungai Kesang yang dahulu nya lesu telah menjadi semakin sibuk , bukan sahaja digunakan olih orang orang sungai Rambai, malahan kampung kampung yang di hulu saperti Telok Rimba, Kundang, Pengkalan besar, Tangkak, Chohong, Bekoh, hilir mudik untuk memasarkan hasil hasil tanaman keMuar, Melaka, Bengkalis, siak dan kepulauan Riau sambil menzirahi saudara mara yang masih kekal di Riau.
Komplek makam Tok Kepau bersama ahli waris yang lain.

KEDATANGAN ORANG ORANG JAWA DAN CHINA
Pada awal tahun 1900, orang orang keturunan Jawa telah datang ke Kampung Sungai Rambai dengan cara beramai ramai memudiki Sungai Kesang dan membuat penempatan disebelah kiri tebing Sungai Kesang didalam perintah Melaka , bersetentang dengan Kampung Teluk Rimba . Kebanyakan orang orang Jawa ini datang dari Tanah Jawa , saperti Semarang , Kendal, Kudus, Jepara , tetapi ada juga yang datang dari negeri Johor sendiri. Merika merika ini adalah pakar didalam hal hal pertanian , maka kumpulan ini telah meneroka kawasan kawasan yang subur, menanam berbagai bagai tanaman termasuk mengusahakan sawah padi. Disebelah darat kampung ini dipenuhi olih hutan hutan pokok gelam, dan dari pokok gelam inilah merika membuat rumah kediaman dan beratapkan atap rumbia.
Pokok pokok gelam
Pokok pokok gelam
Daripada penghijrahan orang orang Jawa ke kampung Sungai Rambai , maka terbit lah budaya budaya Jawa yang dibawa dari tanah Jawa, diperkenalkan dikampung ini saperti : tarian kuda kepang, barungan , wayang kulit dan bermacam macam lagi.
Olih kerana lokasi ini terletak ditepi Sungai Kesang dan bersempadan dengan Kampung Telok Rimba, maka sistem pengairan untuk kegunaan disawah padi tidak lah menjadi masaalah, kerana dibantu olih bekalan air hujan yang turun, dan tempat ini seolah olah menjadi kawasan tadahan. Untuk mengelakan daripada berlaku nya banjir , orang orang kampung telah bergotong royong , menggali parit parit dari darat hingga ke baroh supaya air dapat terus mengalir ke sungai Kesang.
Disebelah darat sawah padi yang terbentang luas itu , jelas terpampang banjaran gunung ledang , kebiru biruan . Dikawasan sawah padi ini dan disungai kesang banyak terdapat ikan ikan darat saperti: ikan tilan, sebarau, puyu, haruan , baung , terbul, lampam, patin, talapiah dan bermacam macam lagi, senang di perolihi dengan cara menjala , memancing dan menjaring, terutama nya di Lubuk Lasam, Lubuk Kati dan Suak Sekjah.
Sawah padi Solok Benting, dahulu nya disebut Teluk Rimba

Maka bermulalah sebahagian daripada tempat tempat ini telah dinamakan mengikut sempena nama nama parit yang telah digali itu saperti: Parit Sialang, sempena nama sejenis lebah madu yang banyak terdapat di situ. Parit Putat, sempena terdapat banyak pokok pokok putat yang tumbuh melata, pucuk nya berwarna kemerah merahan , bolih dibuat ulam dan mempunyai buah yang berjurai jurai. Parit Daka, Parit Kampung Tedung, sempena pembukaan asal nya ialah orang orang dari kampung Tedung, olih kerana tempat ini tidak sesuai dijadikan kawasan pertanian dan penempatan kerana diganggu olih binatang buas, maka tempat ini ditinggalkan begitu sahaja. Parit Sidang Seman, sempena Datuk sidang Seman bin Ali yang mengepalai kerja kerja penggalian parit tersebut. Parit Penghulu, sempena Datuk Penghulu Demang Jaafar bin Awang yang berhijrah dari kampung Belembang Serom kekampung ini dan membuka penempatan dan mengepalai kerja kerja penggalian parit tersebut. Parit Perawas, sempena nama sejenis buluh yang banyak terdapat disini, bernama buluh rawas, mempunyai ruas yang panjang amat sesuai dibuat buluh sumpitan. Paya rembut, kerana kawasan ini keadaan muka bumi nya rendah dan berpaya bertanah rambut, sesuai dijadikan kawasan pertanian. Solok tasik dan Telok Gong. Pengkalan Leban, tempat ini dijadikan pusat nelayan turun kelaut dan memunggah hasil hasil tangkapan ikan, selain daripada pengkalan lambak. Tiap tiap parit dan solok ini telah dilantik seorang ketua di panggil Tok Sidang , bagi memantau anak anak buah nya dan juga sebagai wakil kerajaan untuk menyampaikan apa apa masaalah yang berkaitan dengan pentadbiran, dan adat istiadat. Tanah perkuburan telah diwujud kan di Solok Pengkalan Leban . Setelah tanah perkuburan ini penuh, maka telah berpindah ke Jalan Tambak Merah hingga sekarang.
Orang orang berbangsa China telah mendiami kampung Sungai Rambai disekitar awal tahun 1900 an, merika merika ini telah mendiami dibangsal dan kongsi kongsi panjang sebagai tempat tinggal, dan dikenali sebagai solok pekan. Banyak juga orang orang China ini membina rumah kediaman dengan cara menumpang ditanah orang orang Melayu yang membenarkan nya. Oarang orang China ini membuat perniagaan secara kecil kecilan , menjual barang barang keperluan harian untuk penduduk kampung Sungai Rambai.
Pekan Sungai Rambai
Pekan Sungai Rambai
ADAT DAN BUDAYA
ADAT PERPATIH DAN ADAT TEMENGGUNG
Persoalan timbul berkaitan mengapa orang orang di kampung sungai Rambai mengamalkan adat Temenggung ?.
Sebelum persoalan ini dapat dihuraikan terlebih dahulu diperjelaskan secara ringkas tentang kedudukan adat Perpatih dan adat Temenggung yang diamalkan olih orang orang Melayu dinegeri Johor dan Melaka.
Adat Perpatih diamalkan di negeri Sembilan , manakala diMelaka pula sebahagian besar daerah Alor Gajah serta daerah Jasin , ia itu Batang Melaka, Jus dan Nyalas. Manakala adat Temenggung pula diluar kawasan adat Perpatih itu.
Adat Perpatih dan adat Temenggung adalah berasal dari Minangkabau Sumatera . Adat Perpatih ialah daripada gelaran Sultan Balun iaitu Datuk Perpatih nan sebatang. Manakala istilah adat Temenggung pula berasal daripada gelaran abang tiri Sultan Balun tadi , nama nya Sultan Maharaja Basa dengan gelaran Datuk Ketemenggungan.
Olih kerana adat Temenggung ini telah berakar umbi dikalangan penduduk Johor dan Melaka, maka sesiapa sahaja yang datang kemudian daripada itu, maka dengan sendiri nya akan mengamalkan adat tersebut.
Dikampung Sungai Rambai , bolihlah dikatakan kesemua penduduk nya mengamalkan adat Temenggung , kerana adat itu telah sebati diamalkan olih Negeri Johor yang bersempadan dengan negeri Melaka. Segala adat istiadat Johor telah meresapi penduduk kampung Sungai Rambai sejak dahulu lagi. Contoh nya , cara berpakaian orang orang sungai Rambai ia itu bagi laki laki , berbaju Melayu teluk belanga dan bersamping didalam. bagitu juga persembahan ghazal dan zapin sering diadaka dimasa dahulu.
ADAT MEMAKAN SIRIH
Makan sirih ialah satu amalan yang dilakukan olih masyarakat Melayu , semenjak dizaman kesultanan Melaka lagi. Semua bahan bahan dan peralatan yang berkaitan dengan nya disusun didalam satu bekas dinamakan " TEPAK SIRIH ". Didalam tepak ini terdapat : cembul kapur, cembul pinang, cembul gambir, cembul tembakau dan kacip. Manakala daun sirih disusun dan diletakan disebelah kacip. Tepak sirih melambangkan , persaudaraan , keterbukaan, dan persatuan. Kebiasaan nya apabila ada tetamu datang berkunjung kerumah , selepas bersalaman , tepak sirih akan di hidangkan. Tuan rumah akan mempersilakan tetamu, untuk makan sirih , sambil bertanya khabar dan berbual pembuka kata , supaya hilang rasa gemuruh dihati, sebelum menyampaikan hajat dan tujuan kedatangan nya. Didalam majlis pertunangan dan perkahwinan , tepak sirih menjadi pendahulu disegala barang barang hantaran yang lain.
DIBAWAH INI DITERANGKAN PENGERTIAN TENTANG BAHAN BAHAN YANG TERDAPAT DIDALAM TEPAK SIRIH.
Tepak sirih ( Koleksi artifak pusaka galeri UGIK)
Pinang:
Sebutir buah pinang yang telah dikupas kulit nya dibelah dan diracik , diisikan kedalam cembul. Buah pinang melambangkan keikhlasan dan ketulusan hati seseorang , bagaikan lurus nya pokok pinang nan sebatang.
Kapur sirih
Kapur sirih berwarna putih , melambangkan kebersihan dan kesucian hati, sebagaimana yang diletakan didalam cembul sebagai pemelihara dan tidak bolih dirubah.
Gambir
Percampuran diantara gambir dan kapur , menerbitkan warna merah , melambangkan maksud yang diingini terkabul , melekat bersatu dan tidak dapat dipisahkan , timbul kejayaan dan kebesaran, bak paku lekat dipapan.
Tembakau
Sebagai penyugi gigi sesudah memakan sirih , melambangkan kebersihan jasmani dan rohani.
Daun sirih
Daun sirih melambangkan kebesaran, ikatan persaudaraan dan kekeluargaan , bersesuaian dengan sifatnya mudah tumbuh dimana mana sahaja dan sebagai ubat. Tepak sirih dari pihak laki laki, daun sirih nya disusun bertindih didalam tepak dalam keadaan telangkup, bermakna rendah hati dan berserah seadanya. Walau baagaimana pun daun sirih dari tepak pihak perempuan , susunan nya bertindih didalam keadaan telentang , bermaksud penyerahan diri. Daun daun sirih yang bertemu urat nya , bermakna bertemunya kesepakatan dan tercapai nya ikatan diantara kedua pihak.
Makan sirih berpinang tidak
Sirih ada didepan tangga
Makan sirih mengenyangkan tidak
Kerana adat dimakan juga.
ADAT MENEPUNG TAWAR
Upacara menepung tawar diadakan semasa meraikan kedua pengantin atau mempelai berada diatas pelamin atau peterakna. Perlaksanaan nya dimulai olih ahli waris terdekat , saperti pegawai syarak dan pegawai adat. Kebiasaan nya jumlah orang yang melaksanakan nya didalam kiraan ganjil, ia itu tiga atau tujuh orang. Bahan bahan yang digunakan untuk proses membuat tepung tawar ia lah:
1. Beras kunyit, ia itu beras yang telah digaul bersama kunyit hingga menjadi kuning.
2. Beras basuh, ia itu beras biasa yang telah direndam.
3. Bertih
4. Tepung tawar, ia itu beras yang telah digiling dan dicampurkan dengan air.
5. Perenjis nya, adalah dari gabungan , daun setawar, daun sedingin, daun ati ati, daun ribu ribu, dan daun sepulih. Jumlah nya lima atau tujuh helai daun didalam kiraan ganjil. Semua daun daun tadi dibalut dengan daun setawar dan dililit dengan akar ribu ribu.
6. Air mawar.
ISTIADAT MENEPUNG TAWAR
Set lengkap alat upacara majlis menepung tawar (Koleksi artifak pusaka galeri UGIK)
1. Sejemput beras kunyit, beras basuh dan bertih, lalu ditaburkan , mulai dari atas kepala pengantin, lalu ke bahu kanan dan kiri. Beras kunyit berwarna kuning melambangkan sebagai Raja atau Sultan , lambang kebesaran dan mempunyai makna keagungan dan kebesaran bangsa Melayu.
2. Mencecah daun perenjis didalam tepung tawar lalu dipiliskan di dahi pengantin, bahu kanan , bahu kiri seterusnya ditapak tangan kanan dan tapak tangan kiri. Biasa nya ia dimulai dari pengantin laki laki dahulu.
PENGERTIAN TENTANG BAHAN BAHAN YANG DIGUNAKAN PADA TEPUNG TAWAR
1. Beras kunyit, melambangkan kemuliaan dan kebesaran.
2. Beras basuh, melambangkan kemakmuran , kesejahteraan dan keluhuran hati.
3. Bertih, melambangkan kemajuan dan kesuburan (berkembang biak zuriat nya)
4. Tepung tawar, melambangkan kesucian , kemurahan rezeki , pergaulan, pertemuan yang bersatu dengan kebaikan.
5. Perenjis:
a. Daun setawar, melambangkan persaudaraan dan kekeluargaan.
b. Daun sedingin, melambangkan kelegaan adat dan keserasian
c. Daun ribu ribu, melambangkan kesuburan dan bersatu padu didalam kehidupan
d. Daun sepulih, melambangkan keteguhan usaha dan pendirian.
e. Daun ati ati, melambangkan kewaspadaan
f. Pengikat perenjis, ialah akar ribu ribu, melambangkan bekerjasama didalan satu kumpulan.
MAKNA MENEPUNG TAWAR
1. Beras kunyit, beras basuh dan bertih di hamburkan dibahagian bahu kanan dan kiri, bermaksud ucapan selamat dan bergembira.
2. Memilis dibahagian kening atau dahi, bermaksud , berfikirlah sebelun bertindak . Memilis dibahu kanan dan kiri, maksud nya memikul beban dan rasa tanggung jawab . Memilis di tapak tangan kanan dan kiri, bermaksud berikhtiar mencari rezeki didalam melayari bahtera kehidupan.
3. Bacaan doa selamat sebagai penutup acara menepung tawar , bertujuan untuk mendapatkan berkat dari Allah SWT.
ADAT ISTIADAT PERTUNANGAN DAN PERKAHWINAN
MENCARI JODOH
Dizaman dahulu mencari jodoh ialah tanggung jawab yang dilaksanakan olih kedua orang tua untuk mencari bakal suami atau isteri yang sekufu atau setaraf untuk anak nya. Tugas ini dilakukan dengan sungguh berhati hati serta berahsia yang didahulukan dengan niat dan permerhatian dari mata kasar dan mata hati . Biasa nya yang diambil berat tentang mencari jodoh ini ia itu ugama nya, susur galur keturunan nya , ibadah nya, pekerjaan nya , perangai dan tingkah laku nya serta status nya. Proses penjodohan ini berlaku juga dipihak perempuan didalam hal hal menentukan bakal suami. Tujuan dan maksud menjodoh ini ialah , supaya bakal calon yang dipilih akan kekal hingga ke akhir hayat.
MERISIK
Tugas merisik ini biasa nya diwakilkan olih ibu bapa kepada ahli waris yang terdekat, laki laki dan perempuan yang telah separuh umur , dari pihak laki laki untuk melihat dari dekat didalam keadaan yang telus, sigadis yang akan di sunting.
Orang yang ditugaskan untuk merisik ini , mesti lah seorang yang bersifat ramah , amanah, dan pandai menyusun kata kata menggunakan kias dan bidal. Pada hakikat nya , merisik ini , tujuan nya ialah untuk mendapatkan maklumat yang penuh teliti, kearifan dan bijaksana tentang calon yang dirisik atau yang di inginkan , masih belum berpunya.
MAKLUMAT MENYAMPAIKAN HAJAT
Sesudah kerja kerja merisik terlaksana dengan baik, selang beberapa ketika, maka diutus lah wakil dari pihak laki laki , untuk memaklumkan kepada pihak perempuan , bahawa akan ada rombongan peminangan akan datang pada hari dan tarikh serta ketika nya. Maklumat awal ini bertujuan , supaya pihak perempuan dapat membuat persiapan mengumpulkan ahli waris , berbincang untuk menghadapi kedatangan rombongan peminangan dari pihak laki laki.
MEMINANG
Sebelum upacara peminangan dijalankan, terlebih dahulu, pihak laki laki hendaklah memperlengkapkan peralatan peralatan , barang barang berupa sebentuk cincin, satu set persalinan lengkap dan hadiah hadiah iringan yang lain.
Anggota rombongan laki laki terdiri daripada laki laki dan perempuan , diketuai olih pegawai adat dan pegawai syarak , atau tokoh tokoh masyarakat yang lain. Setelah anggota rombongan pihak laki laki tiba, maka dipersilakan masuk kerumah pihak perempuan , maka ketua rombongan pihak laki laki menyampaikan maksud dan tujuan kedatangan nya.
Perlu difahami , olih kerana perubahan zaman yang moden sekarang ini , acara pergi meminang ini , disekalikan dengan membawa tanda jadi (tanda peminangan), ini dinamakan menghantar tanda. Ini disebabkan kedua dua calon pengantin saling suka sama suka . Akan tetapi pada zaman dahulu, anak anak gadis dilarang bergerak bebas, dan keluar rumah . Olih itu laki laki dan perempuan tidak mengenali diantara satu sama lain. Maka didalam situasi begini, kedua orang tua lah yang berperanan didalam menentukan jodoh anak gadis nya.
BERJANJI TEMPOH WAKTU
Apabila peminangan telah diterima olih pihak perempuan, maka kedua belah pihak pun berunding untuk menentukan jangka masa pertunangan dan seterusnya melansungkan upacara pernikahan. Lazimnya waktu untuk melansungkan perkahwinan ialah dalam bulan Rabiul awal, Rabiul akhir, Jamadil awal, Jamadil akhir, Sakban dan Zulhijjah. Manakala bulan bulan yang jarang diadakan ialah bulan zulkaedah, atau disebut juga bulan berapit dan bulan safar, kerana beranggapan pada bulan bulan ini banyak mendatangkan musibah.
Kalau dittinjau , maksud berjanji tempoh waktu itu adalah, agar kedua belah pihak saling menepati janji , menghargai dan menghormati terhadap kesepakatan yang telah dibuat.
MENGHANTAR BELANJA
Diantara rangkaian didalam adat istiadat perkahwinan Melayu ialah, menghantar belanja. Ia merupakan hantaran sejumlah wang ringgit sebagaimana yang dijanjikan semasa proses pertunangan dulu. Ada pun menghantar belanja , dilihat dari segi kerohanian nya ialah untuk mewujudkan rasa tanggung jawab dari pihak laki laki terhadap sigadis yang dipersunting, hakikat nya mencerminkan rasa senasib sepenanggungan , yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing. Didalam ungkapan adat Melayu ada disebutkan saperti dibawah ini:
Adat orang menghantar belanja
Tanda beban sama dipikul
Tanda hutang sama dibayar
Tanda adat sama diisi
Tanda lembaga sama di tuang
MENJEMPUT
Tugas ini dilaksanakan olih ahli keluarga untuk mengundang dan meminta pertolongan , dikalangan anak kariah, saudara mara dan jiran tetangga. Kebiasaan nya akan diminta datang sebelum tugas gantung menggantung di mulai. Maksud menjemput ini yang lebih jelas ialah untuk membantu ahli keluarga , bergotong royong membuat balai , penanggah, tempat bersaji, mengambil kayu api serta kerja kerja yang berkaitan dengan nya.
Lebih kurang tiga hari sebelum acara gantung menggantung dilaksanakan , kerja kerja mengangkut barang barang keperluan pakat untuk kegunaan dihari perkahwinan , dari setor tempat menyimpan nya peralatan itu, dibawa kerumah . Barang barang ini akan dipulangkan semula kesetor, setelah majlis selesai.
GANTUNG MENGGANTUNG
Acara gantung menggantung ini dilakukan beberapa hari sebelum majlis pernikahan dilakukan. Tugas ini dilakukan dirumah pihak perempuan . Beberapa rangkaian acara dimana penggantungan terlebih dahulu menggantung tabir , langit langit, langsir tingkap dan pintu serta menghiasi bilik pengantin. Kemudian daripada itu baru lah dilanjutkan dengan kerja kerja lain saperti membuat pelamin dan peterakna. Hal ini bergantung kepada kemampuan ekonomi ahli keluarga.
BERANDAM
Acara berandam kebiasaan nya dilakukan olih tukang andam (Mak andam) terhadap pengantin perempuan . Maksud berandam didalam erti kata yang sebenar ialah membersihkan jasmani untuk menuju kebersihan rohani. Walau pun acara berandam ini ada lah adat, tetapi pada hakikat nya mengandungi tujuan sebagai rasa syukur kepada Allah SWT.
Antara lain ungkapan yang disebutkan didalam acara berandam ialah:
Adat berandam disebut orang
Membuang segala yang kotor
Membuang segala yang buruk
Membuang segala yang sial
Membuang segala pembenci
Tatacara berandam dimulai dengan mendudukan pengantin perempuan diatas bentangan kain putih dalam keadaan bertimpuh. Pengantin hanya memakai kain batik dengan cara berkemban dan tidak memakai baju. Bekas perbaraan dihidupkan , dan semua peralatan yang berkaitan didalam acara berandam diletakan dihadapan pengantin yang hendak di andam.
Langkah awal nya , mak andam akan menabur beras kunyit , dan diikuti dengan mencukur kaki rambut didahi , kedua pelipis, dan bulu roma, mulai dari muka, tangan hingga kekaki, kemudian diperelokan lagi alis mata. Setelah selesai semua nya , pengantin akan dimandikan berlangir, ini bertujuan membuang segala kekotoran yang melekat pada badan , supaya menjadi bersih dan berbau harum. Setelah membilas dengan mandian biasa , pengantin akan dipakaikan dengan baju kurung dan berselendang.
BERINAI KECIL ATAU BERINAI CURI
Acara berinai kecil atau disebut juga berinai curi, ia dilakukan hanya diperingkat keluarga sahaja, sebelum pengantin diraikan sepenuh nya diatas pelamin atau peterakna dimalam pengantin. Sedangkan waktu berinai sebenar nya ialah setelah acara menepung tawar , dan ia dipanggil berinai besar. Kebiasaan nya acara berinai kecil ini diadakan sehari sebelum majlis pernikahan. Maksud sebenar berinai kecil atau berinai curi ini ialah sebagai raptai atau petanda bahawa pengantin telah siap sedia memasuki gerbang pernikahan.
PERNIKAHAN DAN SERAHAN MAHAR
Ijab kabul atau akad nikah merupakan upacara yang sangat penting dan sangat sangat dinantikan olih kedua dua belah pihak. Setelah upacara pernikahan ini selesai , pihak pengantin laki laki akan menyerahkan mahar mas kahwin kepada pengantin perempuam
BERARAK
Ada pun perkataan berarak itu ialah pergerakan rombongan penghantar pengantin laki laki , kerumah pengantin perempuan dengan diiringi paluan kompang dan bunga manggar. Ketika sampai kehalaman rumah pengantin perempuan , rombongan akan disambut dengan pencak silat dan diiringi juga paluan kompang.Ini melambangkan maksud rombongan pengantin datang ketempat yang aman , tidak ada gangguan dan penuh syahdu.

Arwah ayah saya salah seorang bilal di masjid sungai rambai dan namanya ada tercatat dalam sejarah...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAda cerita lebih lanjut berkenaan demang penghulu jaafar.
ReplyDeleteBlog ini hanya berkisar dikalangan keturunan Tok Kepau sahaja. Walau bagaimana pun ada kaitan nya dengan keturunan Tok Demang Jaafar, setelah semenda menyemenda dan berambil ambilan melalui perkahwinan diantara kedua dua belah pihak. Terasa bimbang dihati hendak dipenakan disini , almaklum tuan mempunyai rumpun yang lain dan munkin telah ada sejarah nya tersendiri. Kalau sekadar untuk berkongsi maklumat , dari segi salasilah Bugis yang diperolihi dari Tanah UGIK, dan kepulauan Riau , kaum kerabat pun masih ramai disana . Ada pun semua nya ini masih tersimpan rapi di GALERI UGIK, inilah pekerjaan yang dapat disumbangkan setelah bertahun berkelana dinusantara bagi merielisasikan impian dan menemani usia menjelang senja.
ReplyDeleteTahniah bang Jaafar atas usaha
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteaslm.. Sepqnjang pengetahuan sy Parit Daka yg asal namanya Parit Derhaka, mwngikut kata arwah datuk sebelah emak sy yang asalnya mmg orang situ, sebabnya aliran air yg sepatutnya mengalir ke arah menghilir ke laut, tapi berbalik ke hulu at as sebab ada nya satu mata air ditengah2 alur parit ITU, tetapi accent sebutan orang with mmg Parit Deraka @ Parit Dake, maka sign board modern ditulis Daka..wallahualam. saya pun lahir kat rumah Parit Deraka tu la, dulu sebelah rumah Tok Ngah Hari@ Bahari,

ReplyDeleteAssalammualaikum. Atuk & nenek saya keturunan Penghulu Marsah (jurai Mohd Said/Tok Andak). Saya sedang buat salasilah keluarga. Boleh saya tahu jurai TS Abdul Rahim bin Mohd Noor sampai ke Badariah + Lajis?
ReplyDelete