Daeng Kepau atau Tok Kepau dan isterinya bernama Induk Teriang ialah berketurunan Bugis, berkaum dengan keturunan Raja Bugis Di Riau. Beliau telah membuka penempatan di kampung Sungai Rambai Melaka pada penghujung tahun1790. Dilahirkan di Riau (Pulau segantang lada) , dari sebuah kampung bernama kampung Bulang . Dari gulungan ahli pelayaran dan pedagang tersohor diabad ke :18.
Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi
Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi
Komplek makam Daeng Kepau dan Ahli waris di Kampung Sungai Rambai Melaka.
Masjid Al Khairat kampung Bulang Kepulauan Riau
Ayahanda nya bernama Daeng Jannung bin Daeng Kutak bin Daeng Jemuling bin Opu Pajung Daeng Telana bin Opu La Maddusila (Petta Matindroe ri Polka Luwu) dilahirkan di SUL SEL Sulawesi Selatan . Ayahanda nya berhijrah ke Riau lebih kurang dalam tahun 1722, bersama sama dengan satu angkatan perang besar Bugis yang diketuai olih kelima lima anakanda La Tendri Borong Opu Daeng Rilakka ia itu: Opu Daeng Perani, Opu Daeng Marewah, Opu Daeng Chellak (Daeng Pali), Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi.
Angkatan perang Bugis ini diundang olih Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Sultan Johor, Riau-Lingga dan Pahang, 1722-1760), bagi membantu Johor, mengembalikan kerajaan Johor dari bawah tapak kaki anak Raja Minangkabau, Raja Kechil dari Siak Indera Pura yang mengaku anak kepada Sultan Mahmud Shah 11 (Marhum mangkat dijulang). Angkatan perang Bugis ini berpengkalan dipulau Siantan. (kabupaten Natuna sekarang).
Makam Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Kampung Melayu Kepulauan Riau
Makam Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Kampung Melayu Kepulauan Riau
Sejak kecil kepau telah diajar ilmu berkaitan mempertahankan diri dan ilmu keagamaan disebuah pesantren di Riau. Tenaga pengajar didatangkan khas , baik dari Timur Tengah dan di Riau sendiri. Ayah nya seorang ahli pelayaran, dan kesempatan ini diambil olih Kepau mengikut ayah nya belayar bagi mengintai ngintai dunia luar. Daripada pengalaman ini lah , Kepau telah banyak belajar didalam selok belok didalam hal hal ilmu pelayaran , baik di tempat jurumudi sehinggakan kebilik Nakhoda pun Kepau bebas tanpa halangan. Ilmu kaji bintang untuk panduan ahli ahli pelayaran, kajian tentang angin, pergerakan angin , pertukaran angin, ilmu mematikan angin supaya kapal kapal musuh tidak dapat bergerak. Kajian tentang perairan, jenis jenis air dan pasang surut nya, kajian tentang hidupan hidupan dilaut, saperti unggas unggas dan burung burung, mengenali berbagai bagai jenis kapal yang digunakan pada masa itu.
Semasa penentangan Bugis terhadap Kompeni Belanda di Melaka pada tahun 1784 yang diketuai olih Raja Haji (Marhum Teluk Ketapang), bagi membebaskan Melaka dan pusat maritim Belanda dari cengkaman VOC itu, Kepau turut serta mengambil bahagian dan sering berulang alik adari Riau ke Telok Ketapang Melaka, untuk menghantar bekalan keperluan termasuk rangsum, dan obat bedil, untuk suku suku Bugis jati dan Bugis peranakan yang berkubu diMelaka. Didalam pertempuran itu Raja Haji telah gugur, sebagai kesuma bangsa , ditangan kiri memegang kitab Dalail Al Khairat dan ditangan kanan Baginda menghunus badik pusaka.
Didalam penghijrahan nya dan membuka penempatan di kampung Sungai Rambai pada tahun 1790, beliau telah dilantik sebagai ketua kampung , Tuan Imam dan pawang. Beliau dikurniakan beberapa orang anak diantara nya ialah: Kamis, Ninang, Puyuh, Enggoh, Urai dan Mendek. Kamis sebagai anak nya yang tua telah menggantikan nya menjadi ketua kampung dan imam, Kamis telah berkahwin dengan Raja Fatimah binti Raja Ali Haji di Pulau Penyengat Riau dan mendapat anak diantaranya ialah: Tuan Imam Hj Abdullah (Marhum Mekah) , Temah, Omar, dan Hajjah Daemah.
Mesjid Raya Sultan Riau di Pulau Penyengat Kepulauan Riau
Kampung Sungai Rambai di pesisir Sungai Kesang
Tuan Imam Hj Abdullah telah berkahwin dengan Hitam@Tok Uban binti Nanggau (Cicit Tok Senin diSerkam) dan mendapat anak: Daud, Normah, Hj Sam, Bastiah, Tuan Imam Hj Raya (Imam Keling), Basariah dan Dagelim. Tok Kepau telah meninggal dunia pada tahun 1848 dan disemadikan di tepi sungai Kesang..
Mesjid Raya Sultan Riau di Pulau Penyengat Kepulauan Riau
Kampung Sungai Rambai di pesisir Sungai Kesang
Komplek makam Daeng Kepau dan Ahli Waris
Al Marhum Tuan Imam Hj Raya bin Haji Abdullah generasi ke 4 dari Tok Kepau
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSaya baru tahu saya keturunan Tok Kepau dari susur Sidang Jai. Nenek saya Mahawi binti Mat Jai sekarang tinggal di Kg Keru Tampin NS. Saya Mejar Muhammad Amirullah bin Ithnain. Kalau ada yang nak jejak nenek saya nombor telefonnya 064414244
ReplyDeleteSaya baru tahu saya keturunan Tok Kepau dari susur Sidang Jai. Nenek saya Mahawi binti Mat Jai sekarang tinggal di Kg Keru Tampin NS. Saya Mejar Muhammad Amirullah bin Ithnain. Kalau ada yang nak jejak nenek saya nombor telefonnya 064414244
ReplyDeleteSekarang ni masuk minang amalkan adat perpatihkan..
DeleteAlhamdulillah....dpt jg tgk susur galur saya...ayah saya sidang Hj Azalli kg Ulu Duyung,Bemban
ReplyDeleteAlhamdulillah....dpt jg tgk susur galur saya...ayah saya sidang Hj Azalli kg Ulu Duyung,Bemban
ReplyDeleteSaya fariq daeng Abdullah dari susur galur gusti amer gelaran (Penembahan omar kamaruddin) keturunan Daeng menambon putera bugis lima bersaudara.
ReplyDeletebaru tahu susur galur keturanan tok pandak
ReplyDeleteTerima kasih info yg diberi...
ReplyDelete