TUAN IMAM HJ JANTAN BIN HJ SAM




SEJARAH RINGKAS HJ SAM (TOK ANDAK) BIN HJ ABDULLAH

Hj Sam adalah berketurunan Bugis, dilahirkan di kampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1860 an. Ayahanda nya bernama  Hj Abdullah bin Kamis bin  Tok Kepau,  Bonda nya bernama Hitam @ Tok Uban binti Nanggau  kelahiran Serkam. Tok Hitam ialah anak saudara kepada Tuan Imam Hj Md Said bin Marsah (Tok Andak) di Serkam. Hj Sam telah berkahwin dengan Tok Tom binti Julim kelahiran Tedung, dan dikurniakan anak ia itu: Mamat beristerikan Salmah binti Sabtu, Mai bersuamikan Long bin Satam, dan Tuan Imam Hj Jantan beristerikan  Hajjah Kotot binti Md Amin.

Hj Sam ialah seorang pawang , tukang urut , Tok Mudim, dan guru Al Quran. Diceritakan  olih orang orang yang terdahulu, dimasa dahulu semasa ketiadaan hospital,  khidmat pawang diperlukan untuk mengubati berbagai bagai jenis penyakit. Dikatakan juga , Hj Sam bolih menjahit luka luka yang besar , dengan menggunakan jarum dan benang dari daun nenas . Bukan sahaja orang orang Melayu yang memerlukan perkhidmatan nya, bahkan orang  orang China yang berada disekitar kampung  memerlukan khidmat  beliau. Sebagai seorang pawang dan Tok Mudim, beliau sering dipanggil diseluruh ceruk rantau kampung Sungai Rambai, dengan menaiki  basikal untuk melakukan  pengubatan dan tugas berkhatan  dengan bayaran seikhlasnya.

Hj Sam telah meninggal dunia pada 15 Februari 1966 malam Jumaat bersamaan 2 Ramadhan 1356 hijrah dan dikebumikan di tanah perkuburan islam di kampung Sungai Rambai Melaka.


SEJARAH RINGKAS TUAN IMAM HJ JANTAN BIN HJ SAM  (FAKEH JANTAN)

Dilahirkan pada tahun 1923 di kampung Parit Sidang Seman Sungai Rambai Melaka. Anak ketiga kepada Hj Sam bin Hj Abdullah. Bonda nya bernama Tom binti Julim kelahiran Tedung. Beliau telah berkahwin dengan Hajjah Kotot binti md Amin , dan dikurniakan anak ia itu: Selamat beristerikan  Mariah binti Yusof (Pahang), Fatimah, Muksin, Mah Husin@Dawi beristerikan Maimunah binti Aim, Hj Abu Bakar, Osman, Kamisah, Nordin, Dan Kasim.

Dalam usia nya yang masih muda , Hj Jantan telah bergelar Fakeh, kerana kewarakan nya. Beliau telah menuntut ilmu keagamaan di madrasah Hj Wahid, Paya Rumput Melaka, seterusnya  melanjutkan pengajian nya  dan berguru dengan  anak murid Tok Kenali di Madrasah pondok di Kelantan. Didalam arena politik , beliau bergerak cergas didalam memperjuangkan  kedaulatan bangsa Melayu didalam parti UMNO. Beliau juga terlibat secara lansung didalam pergerakan menentang Malayan Union yang ditaja olih British.

Dalam tahaun 1960 , beliau telah dilantik menjadi Tok Sidang di kampung Parit Sidang Seman menggantikan Tok Sidang Seman bin Ali. Seterusnya beliau telah dilantik sebagai Tuan Imam di mesjid  jamek kampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1966 hingga 1986. Tempat beliau sebagai imam telah digantikan olih anak saudara nya Tuan Imam Hj Kamarudin bin Mamat. Beliau telah meninggal dunia pada  04 jun 1998 bersamaan 10 Rabiulawal 1419.


SEJARAH RINGKAS TOK TOM BINTI JULIM

Tok Tom dilahirkan di kampung Tedung Melaka. Ayahanda nya bernama Julim. Beliau telah berkahwin dengan Hj sam (Tok Andak) bin Tuan Imam Hj Abdullah dikampung Sungai Rambai Melaka. Melalui perkahwinan ini telah dikurniakan anak ia itu:

1.   Mamat beristerikan Salmah binti Sabtu
2.   Mai bersuamikan Long bin  Satam
3.   Tuan Imam Hj Jantan bin Hj Sam beristerikan Hajjah Kotot binti Md Amin

Tok Tom mempunyai beberapa orang adik beradik saperti yang tersenarai dibawah ini:

1.   Tuan Imam Degaoh bin Julim beristerikan Kalsum binti Endoi (Tedung) , anak anak nya ialah:  Maimun, Abd Ghani, Bilal Dolet, Jilon, Enon, Jantan, dan Abd Hadi.

2.   Deraman bin Julim beristerikan Embam binti Ludin (Tedung) . anak anak nya ialah: Long, Tijah, Kutik dan Kechik.

3.   Dayang binti Julim bersuamikan Tumpang bin Gembol (Sungai Rambai), anak anak nya ialah: Salleh, Rapeah, Md Sah, Md Sab, dan Rahmah bersuamikan Tok Md Seh bin Husin.

4.   Tijah binti Julim bersuamikan Galeh, anak anak nya ialah: Majid, Salleh, Md Jisin, dan Endon.

5.   Jegiah binti Julim bersuamikan Mamat, anak anak nya ialah: Temah dan Senah.

6.   Liah binti Julim bersuamikan Md Linchah (Tedung), anak anak nya ialah: Nong dan Saonah.

4 comments:

Unknown said...

terima kasih tuan jaafar kerana berusaha melengkapkan susur galur keturunan ini..maaf menegur..anda tertinggal satu nama anak hj jantan iaitu Fauziah yg lahir sebelum kassim.mohon di deit semula sebab sy cucu hj imam jantan dan hjh kotot amin...terima kasih.jasamu dikenang.

Jaafar Kelana al Bugisi said...

Untuk melengkapkan jurai keluarga , itu tugas anda. Blog ini hanya panduan untuk anda menyemak susur galur asal usul anda, supaya anda tidak teraba raba tentang jurai keturunan.

Jaafar Kelana al Bugisi said...
This comment has been removed by the author.
Jaafar Kelana al Bugisi said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment