GUNUNG LEDANG ( MOUNT OPHIR)

Coretan pena  : Jaafar Kelana  Al Bugisi





                                             Gunung Ledang pandangan dari kampung Teluk Rimba




Di negara negara Barat " Gunung Ledang " dikenali sebagai " Mount Ophir ". Nama ini berasal dari bahasa Yahudi Tua atau bahasa Hebrew.

Mula terkenal nya nama ini ialah seorang ahli pelayaran bangsa Grik bernama Josephus yang hidup dari tahu masehi 33 hingga ke 100 , telah mengarang sebuah buku sejarah diberi nama  bermaksud " Barang barang purba Bangsa Hebrew di Jurusallem ", dan menyebut nama Mount Ophir buat pertama kali nya didalam buku tulisan nya. Perlu diingatkan juga  yang sebenarnya , nama Ophir ini telah dahulu disebut dan dinyatakan didalam kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Allah Daud a.s . Yang mana tersebut didalam kitab ini bahawa logam emas banyak terdapat disuatu tempat bernama Mount Ophir. Bertepatan dengan sejarah nya bahawa nabi Daud a.s ini ialah pakar segala logam dan besi dimasa itu.

Josephus menyatakan bahawa setelah Hiram, Raja negeri Tyre , menyediakan orang orang nya daripada bangsa Finik (Phonesians) dan setelah Nabi Allah Sulaiman a.s , merestui pelayaran nya , maka bertolak lah merika dalam kekuatan dua buah kapal dari pengkalan nya di Laut Merah, menuju arah keselatan hendak mencari tempat yang dikatakan dahulu nya disebut Mount Ophir dan yang kemudian nya dikenali sebagai " Aurea Chersonesus" bagi orang berugama Hindu.

Keterangan Josephus yang sedikit ini telah menimbulkan reaksi yang begitu hebat dikalangan seluruh bangsa bangsa barat, maklum sahaja lah emas merupakan sejenis logam yang amat beharga. Merika ingin tahu dimanakah letak nya tempat yang bernama Ophir atau Aurea Chersonesus itu. Bagaimana pun usaha untuk mencari kepastian hanya telah dijalankan secara bersungguh sungguh selepas bangsa Portugis menjadi kuasa besar didunia dalam abad ke 16.

Portugis telah mengaturkan langkah langkah untuk kajian nya di Afrika , Iraq, Arab, India, Sri Lanka, Sumatera , Filipina, Jepun , Indo China dan Tanah Melayu. Hasil dari kajian ini mereka telah membuat keputusan bahawa yang dikatakan Mount Ophir atau Aurea Chersonesus itu ialah sebuah gunung di satu tempat bernama " Malaka " dalam semenanjung Tanah Melayu.

Seterus nya pendapat merika telah disampaikan kepada Raja merika , King Manuel ll, kepada Paderi besar merika, Pope di Rome, Italy. Antara lain, King Manuel ll menyatakan kepada Pope bahawa kepala perang nya , Alfonso de Albuquerque , telah berolih kejayaan besar di India dan bahawa sekarang beliau sedang meneruskan kempen nya disuatu tempat yang dahulu nya di kenali sebagai Mount Ophir atau Aurea Chersonesus yang sekarang  dikenali sebagai Melaka olih kaum bumiputera nya . Sebagaimana sedia maklum pendapat Portugis ini telah diakui olih seluruh dunia sebagai satu pendapat yang sah dan muktamat.








GUNUNG PURBA

Mount Ophir dikenali juga dengan nama " GUNUNG LEDANG " olih   kaum bumiputera nya.

Hervey yang begitu berminat dalam membuat kajian sejarah setempat tidak dapat mempastikan apakah maksud nama Gunung Ledang . Kata beliau sungguh pun perbincangan tentang nama Gunung Ledang ini telah banyak didengar nya , namun belum lah didengar nya satu pun yang meyakinkan diri nya.

Menurut beliau, pernah seorang ahli bahasa setempat menyarankan pendapat bahawa maksud nama Gunung Ledang itu ialah sebagai Gunung Purba . Malang nya bila ia diteliti secara mendalam didapati kesudahan nya tidak siapa pun sedia menerima nya sebagai suatu pendapat yang betul.

Menurut Hervey lagi , seterus nya bahawa Paderi Favre, pernah mengemukakan pendapat nya dalam kamus  nya, bahawa maksud Ledang  ialah membuka atau mengepak " Extended " . Ini  ialah mengambil sempena diatas hal keadaan gunung ini yang membuka dan mengepak ke timur dan kebarat nya, namun begitu, tegas Hervey lagi sepanjang diketahui nya , adalah nama  Ledang itu tidak merangkum semua nya mercu mercu dalam banjaran gunung itu. Tetapi hanya tertentu sifat nya bagi puncak yang paling tinggi itu sahaja. Sedangkan kemuncak kemuncak yang lain itu tiap tiap satu ada dengan nama nya tersendiri saperti gunung Runduk dan Gunung Puteri. Walhasil kata beliau , perkara hendak mengetahui tentang pengertian nama Gunung Ledang ini bukan lah suatu perkara yang semudah dicakapkan , memandangkan hal sejarah nya yang cukup tua.

GUNUNG LEDANG DALAM SEJARAH CHINA  ( GUNUNG KIM SUA )

Dari sejarah Melayu kita dapat tahu bahawa negeri Melaka telah mulai mempunyai hubungan dengan negara China dari sejak zaman Sultan Muzaffar Shah (1409). Hubungan ini menjadi semakin erat setelah Sultan Mansur Shah berhakwin dengan Puteri Li Po.

Dari Sumber China  kita dapat tahu bahawa diantara  tahun masehi 1405 hingga 1433 , Admiral Cheng Ho , atas arahan Raja nya , telah membuat sebanyak tujuh kali lawatan peninjauan kelaut laut selatan China hingga sampai ke pulau Sri Lanka. Bahawa setiap kali pelayaran itu dilakukan beliau telah singgah ke Melaka dan pernah melawat lombong lombong emas di Gunung Ledang . Bahawa beliau telah mengambil contoh contoh emas nya untuk pengetahuan Raja nya. Contoh contoh emas Gunung Ledang itu hingga sekarang ada tersimpan dalam muzium kebangsaan Taiwan , dan nama Gunung Ledang yang dilapurkan olih Admiral Cheng Ho kepada raja nya itu ialah Gunung Kim Sua bermaksud " Gunung Emas " atau gunung keemasan.

Diterangkan dalam kamus dewan , maksud Ledang ini ialah bahasa Jawa yang telah tidak dipakai lagi , beerti menunjuk nunjuk kan diri . Seseorang manusia misal nya yang suka memperlihatkan ego nya itu dikatakan orang yang suka " Meledang ledang " . Gunung yang membangun tinggi daripada gunung gunung lain dikeliling nya dikatakan  Gunung Ledang . Adalah besar kemunkinan bahawa pencipta nama ini ialah orang Majapahit yang telah berkuasa dirantau ini , sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Atas alasan ini dapat lah dikatakan bahawa maksud nama Gunung Ledang ini ialah Gunung yang tinggi.

Jan 2012


12 comments:

Anonymous said...

entri di blog ni tkde tarikh ke?

Anonymous said...

terimakasih...dah baca entri tuan sehingga tahun 2014...kalau ada masa,sy dtg lagi....in sha Allah

Unknown said...

Terima kasih. Sangat memberi maklumat. Semoga diberkati Allah akan usaha dan yang lain berusaha mengambil manfaat darinya

Unknown said...

terima kasih tuan atasn penerangn tntg sejarah tua

Anonymous said...

masih dibaca 2021

Faizal said...

Noted

Kacang said...

tertarik kaitan nabi Daud dan anaknya nabi Sulaiman serta kaitan dengan Tamandun Sungai Batu dan Candi Borubodur

Anonymous said...

Ada apa kt gunung ledang ni yg yahudi nk sgt tu??

Anonymous said...

Mungkin ada la tuuuu

Anonymous said...

Pergi

Anonymous said...

singgah

Anonymous said...

Terima kasih dpt info

Post a Comment