MAKAM TOK KESANG DI TANJUNG BANGSAL

Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi




















DIMANA TANJUNG BANGSAL  ATAU TANJUNG BINJAI   ?

Perasaan ingin tahu tak pernah padam bagi menyambung wadah coretan yang dipena olih Al Marhum Che' gu Manaf bin Long tentang lokasi makam Tok Lahir@Tok Moen@Tok Kesang bin Daeng Jannung dikhabarkan di Tanjung Bangsal Merbau Berdarah.

Setelah projek meluruskan sungai Kesang disekitar tahun 1980 an maka banyak lah tanjung tanjung kecil disepanjang sungai Kesang telah terputus dan menjadi pulau diantara sungai baharu  dan sungai lama. Ada sesetengah pulau darat ini mempunyai keluasan dua atau tiga ekar. Kesan dari projek ini maka berlakulah perubahan muka bumi , yang mana tanah johor telah masuk ke Melaka dan begitu juga tanah Melaka telah masuk ke Johor.

Pada tahun 2008 persempadanan semula telah dibuat disepanjang sungai Kesang yang panjang nya lebih kurang 35.35 km olih jabatan ukur dan pemetaan negara serta memasang batu sempadan diantara dua negeri.

Team kami telah merungkai segala gala nya yang berlaku  penuh tanda tanya dan telah menyelongkar serta memakan masa setengah hari untuk menemui nya . Berpandukan sebatang pokok besar bernama merbau  berusia ratusan tahun dan dahulu nya menjadi pedoman kepada penduduk yang berperahu semasa masih berada di sungai Kesang untuk ke Tanjung Bangsal. atau Tanjung Binjai.

Usaha kami tidak sia sia , kerana telah diketemukan beberapa makam lama yang berselerak disepanjang sungai Kesang di Tanjumg Bangsal  atau  Tanjung Binjai . Munkin disini adalah satu kawasan penempatan yang pesat di era tahun 1790 an dan sungai Kesang sebagai penghubung penting di ketika itu.

0 comments:

Post a Comment