MAKAM OPU DAENG CHELAK (HULU SUNGAI RIAU)



                                        Makam Opu Daeng Chelak di Ulu Riau Kepulauan Riau


SEJARAH RAJA RAJA BUGIS

Maka tersebutlah Opu La Maddusilat ( Petta Mattinroe ri Polka). Maka  ia  itulah cucu nya Datu Ri Luwuk, dan cucu nya juga Datu Ri Soppeng, dan cucunya juga Arung Bateteng Pola. Dan Opu La Maddusilat itu beranakan Opu Pajung  Daeng Telana ( Luwu ), Opu Daeng Biasa ( Betawi ), dan La Tendri Borong Opu Daeng Rilakka. Maka La Tendri Borong Opu Daeng Rilakka ini beranak kan lima orang laki laki satu bonda ia itu : Opu Daeng Perani , Opu Daeng Menambun, Opu Daeng Marewah, Opu Daeng Chellak dan Opu Daeng Kemasi , dan seorang anak perempuan bernama Datu Ri Watu dengan isteri nya Raja To Pammana. Dan Datu Ri Watu ini lah nenda nya Engku Karaeng Talibak

Maka dengan takdir Allah Ta'alah maka datang lah pula khuatir kepada Bendahara. Maka meminta lah pula ia akan menjadi Raja  didalam negeri Riau , kerana Raja Kechil akan berbalik ke Siak Indera Pura. Lagi pun ia pangkat lagi tua. Maka tidak lah dibenarkan olih Raja Kechil. Maka lalulah pula berkecil hati Datuk Bendahara itu.  Berdendam lah didalam hati nya tiada dikeluarkan, sekadarkan mencari sajalah  fitnah dan helah mudah mudahan tercapai lah maksudnya. Serta di perbaiki nya lah Raja Sulaiman Badrul  Alam Shah. Didalam hal itu terdengar khabar kepada nya ada lima orang anak Raja Bugis yang muda muda menjadi kelana perajurit agung jayeng seteru johan pahlawan disebelah timur, di Tanah Bugis, sekarang telah berpengkalan di selat Peniting Pulau Siantan.

Maka berkirim surat lah Bendahara dan Sultan   Sulaiman . Adalah didalam surat nya itu menyebutkan minta bantu tolong ambil kan kembali negeri Johor dibawah tapak kaki  anak Raja Minangkabau itu perbahasaan nya. Maka tatkala sampai lah surat itu  kepada anak anak Raja Bugis yang berlima beradik itu , ia itu anakanda La Tendri Borang Opu Daeng Rilakka, ia itu anak raja Luwuk itu Opu La Maddusilat . Ada pun Opu Opu yang lima beradik yang muda muda belia itu, adalah cucundanya.

Syahadan tatkala sampai lah surat itu maka redha lah Opu Opu yang lima beradik itu akan datang ke Riau dengan tujuh buah kapal layar besar berpengkalan di pulau Siantan bagi  membantu menolong Sultan Sulaiman itu. Maka ini lah satu sebab daripada Allah Ta;alah menjadikan Raja Bugis berkerajaan  di Negeri Riau.  Maka lagi akan datang kisah nya , maka ia pergi dan melanggar Riau dan melanggar Siak dan melanggar Kedah itu pada sejarah ini.

Syahadan ada lah Opu Opu yang berlima itu ia itu: Opu Daeng Perani, Opu Daeng Menambaun, Opu Daeng  Marewah, Opu Daeng Chellak (Ada pun disebelah barat ia disebut Daeng Pali), dan Opu Daeng Kemasi.

Syahadan ada pun Opu Daneg Menambun itu lah kelak menjadi Raja di Mempawah Kalimantan Barat, bergelar Pengeran Emas Surya Negara dan Opu Daeng Marewah itu lah kelak menjadi Yang DiPertuan Muda di Riau yang pertama (1722-1728), ialah bergelar Kelana Jaya Putra, tatkala mangkat didalam negeri Riau disebut orang Marhum mangkat di Sungai Baru. Dan Opu Daeng Chelak itu lah  kelak menjadi Yang DiPertuan Muda yang kedua (1728-1745) didalam negeri Riau. Apabila sudah mangkat di panggil orang Marhum mangkat di Kota, dan Baginda lah yang beranakan Raja Haji (Marhum Telok Ketapang) serta saudara nya. Dan Marhum Telok Ketapang itu lah  beranakan Yang Di Pertuan Muda Raja Jaafar menjadi yang dipertuan Muda V1 (1806-1832), apabila mangkat digelar orang Marhum kampung Ladi. Serta saudara nya anak cucunya  menjadi Yang di Pertuan Muda didalam negeri Riau turun temurun. Dan Marhum mangkat di Kota itulah yang beristerikan anak Raja Melayu  bernama Tengku Mandak  binti Sultan Abd Jalil, saudara kandung kepada  Sultan Sulaiman. Maka Sultan Sulaiman ini lah beranakan Sultan Abd Jalil (Raja Di Baroh) dan beristerikan Tengku Putih binti  Opu Daeng Chellak. Maka Sultan Abd Jalil (Raja di Baroh ) ini beranakan Sultan Mahmud Shah 111 (Marhum Mesjid) , dilantik menjadi Sultan olih Daeng Kemboja YDM lll semasa berumur sembilan bulan, beristerikan Cik Makoh binti Daeng Maturang (En Jaafar) beranakan Tengku Long (Sultan Husin Shah) . Isteri keduanya ialah Cik Mariam binti Datuk Shah Bandar Hassan beranakan Sultan Abd Rahman (Daik-Lingga). Isteri ketiga nya ialah Engku Puteri (Raja Hamidah binti Raja Haji , Marhum Teluk Ketapang). Ada pun Sultan Husin itu diam di Singapura, seterusnya berpindah ke Melaka dan mangkat di Tengkera Melaka pada 05 September 1835 bersamaan 10 Jamadil awal 1251 H, dimakam kan orang diperkarangan mesjid Tengkera, adalah yang membaca talkin di pusara semasa majlis pemakaman itu ialah seorang India Muslim bernama , tuan khatib Mahmud bin khatib Musa. Adapun Sultan Husin Shah ini  beranakan Sultan Ali Iskandar Shah memerintah jajahan Kesang pada tahun 1855-1877, dan mangkat di Kampung Umbai Melaka pada 20 jun 1877 dirumah isterinya muda nya  Cik Sembok binti Mokmin. Dimakam kan orang diperkarangan mesjid Umbai. Sultan Ali Iskandar Shah ini beranakan Tengku Alam, bergelar (Sultan Alauddin Al - Masik Billah Al- Manan), tinggal di Kampung Gelam Singapura, di panggil orang Sultan tidak bernegeri. Maka tercetus lah perang Jementah dalam  tahun  1879 bagi merebut kembali jajahan Kesang yang telah dimasukan semula kedalam Johor olih Sultan Abu Bakar Johor.


 
    Makam Tengku Mandak ibni Sultan Abdul Jalil  (Isteri Opu Daeng Chellak)



   
     Makam Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Sultan Abdul Jalil , di kampung Bulang  Kepulauan Riau.





     Makam Tengku Putih  binti  Opu Daeng Chellak, di Kota Rebah Riau.



          Makam Sultan Abdul Jalil (Raja di Baroh) di kampung Bulang Kepulauan Riau          


Ada pun Raja Haji (Marhum Teluk Ketapang ) itu , ramai lah anakanda nya sebagai mana yang tercatat didalam sejarah  Riau, dan juga beranakan Raja Hj Ahmad  menjadi penasihat kerajaan di negeri Riau , digelar orang Engku Haji Tua, pergi menunaikan haji ke Mekah melalui Pulau Pinang menumpang kapal Turki. Ada pun Engku Haji  Tua ini beranakan Raja Ali Haji (Pujangga Riau), seorang ulamak tersohor banyak mengarang dan menulis kitab kitab ugama dan hukum, diguna pakai hingga kehari ini. Raja Ali Haji ini beranakan Raja Fatimah dan berkahwin dengan En Kamis bin Daeng Kepau di Kampung Sungai Rambai Melaka melahirkan Hj Abddullah (Marhum Mekah), Omar, Temah dan Hajjah Daemah. Ada pun Hj Abdullah itu beristerikan Hitam binti Nanggau (Tok Uban ) kelahiran Serkam melahirkan Daud, Normah (Tok Porak), Hj Sam (Tok Andak), Bastiah (Tok Utih), Hj Raya (Imam Keling), Basariah ( mak Mok) dan Dagelim , maka berpanjangan lah salasilah nasab nya sebagaimana yang dipenakan didalam syatar " GALERI UGIK "  Intiha.............................




                 Makam Raja Haji Fisabillillah di Pulau Penyengat Kepulauan Riau




                           Makam Raja Ahmad (Engku Haji Tua )  di Pulau Penyengat



              Makam Raja Ali Haji (Pujangga Riau) di Pulau Penyengat Kepulauan Riau



                   Komplek makam Daeng Kepau , Daeng kamis, Raja Fatimah binti Raja Ali Haji di kampung Sungai Rambai Melaka.



    Makam Sultan Husin Shah di Tengkera Melaka



Jan 2012



8 comments:

Anonymous said...

saya mempunyai seorang abang angkat...dia berketurunan daeng chelak...dan dia juga anak saudara sultan selangor...sya ni masih ting.1...saya ingin tahu banyak lagi tentang daeng chelak..

milasalope said...

fakta ini ada ketepatannya berbanding sejarah lain yang saya baca.

iika shahira abd aziz said...

banyak sejarah dalam keturunan bugis ni.. mak saya pernah cerita yg arwah datuk saya berketurunan bugis. jadi saya tak tahu dalam keturunan bugis yg berada di indonesia masih ada keturunan saudara mara datuk saya. tapi mak saya sendiri tidak pernah diceritakan keturunan bapaknya di dalam keturunan bugis..

Abu Miqdad said...

Mana maqam Cik Tomita, yg dikatakan isteri pertama kpd Daeng Chellak?

Unknown said...

Rasanya wasilah keturunan tak lengkap kerana tak di masukkan ketyrunan raja lumu di Kuala Selangor dan salilah kesultanan Selangor , minta pencerahan yg betul

Anonymous said...

Saya cicit Asiah bte Bauk@pendekar ralip. Makam moyang saya di Masjid Kg Kesang Tua, Jasin. Kami pernah berkumpul dari waris walak keturunan Raja Ali Haji. Mohon kalau ada maklumat tambahan bole hubungi saya. Terima kasih

Anonymous said...

Setuju, raja lumu dari mn?

Anonymous said...

Kenapa susur galur ikut wife tengku mandak, bukan daeng chelak

Post a Comment