Sisa runtuhan bekas istana Sultan Ali Iskandar Shah di Kesang
Makam Sultan Ali Iskandar Shah di Umbai Melaka
Makan Tengku Perbu@Purba bonda Sultan Ali Iskandar Shah
JAJAHAN KESANG
Dahulu nya disebut sebagai jajahan Kesang dikuasai olih Al Marhum Sultan Ali Iskandar Shah ibni Sultan Husin Shah (1855- 1877 ) didalam satu perjanjian pada 10 mac 1855. Persempadanan nya ialah dari sebelah kiri tebing sungai Muar hinggalah ke Sungai Kesang di kampung Sungai Rambai. Manakala Temenggong Ibrahim (Daeng Ronggek) menguasai Johor sepenuh nya. Baginda Sultan Ali mempunyai dua buah istana , ia itu di Kesang dan Umbai. Di Umbai menempatkan isteri muda baginda bernama Cik Sembok binti Mokmin, berkaum dengan Penghulu Husin. Mengimbau kembali tentang peristiwa pertemuan yang tidak disengajakan terhadap Cik Sembok, disatu ketika Baginda dan juak juak nya telah memudiki sungai Pasal Solok Minyak Umbai untuk mengambil air tawar. Baaginda telah terpandang Cik Sembok sedang menjemur pakaian diampaian berkemban dan rambut mengurai. Dari saat itu lah terus kebibit perkahwinan yang telah dirancang dan diatur rapi. Manakala istana nya di Kesang lebih kepada majlis majlis adat istiadat di Raja . Semua Penghulu Penghulu di jajahan Kesang ia itu Penghulu Abas - Jementah, Penghulu Dagang Subuh - Legeh, Penghulu Samsu bin Laji - Kesang Tasik, Penghulu Adam - Tanjung Gading, Penghulu Ibrahim bin Daeng Kasang - Tanjung Gading dan Daeng Kamis bin Kepau - Sungai Rambai. Semua Penghulu Penghulu ini akan dipanggil berkumpul setahun sekali di istana Kesang bagi melafaskan taat setia kepada Baginda , dan tiap tiap penghulu akan memandikan Baginda tiga baldi seorang diatas panca persada tujuh tingkat.
MAKAM MAKAM YG TERKAIT DGN NASAB SULTAN ALI ISKANDAR SHAH
Makam Cik Marko binti Daeng Maturang @En Jaafar
Makam Tengku Mandak binti Sultan Abdul Jalil lV
MAKAM MAKAM YG TERKAIT DGN NASAB SULTAN ALI ISKANDAR SHAH
Makam Cik Marko binti Daeng Maturang @En Jaafar
Makam Tengku Mandak binti Sultan Abdul Jalil lV
Makam Tengku Tengah binti Sultan Abdul Jalil lV
GAMBARAN TENTANG ISTANA SULTAN ALI DI KESANG
Istana Kesang masih utuh , foto tahun 1970 an
Dibina bercirikan bentuk istana Kampung Gelam di Singapura . Bahan bahan binaan saperti pasir ,simin, batu bata dan kerikil didatangkan dari Melaka menggunakan tongkang memudiki anak sungai kecil disisi istana , sekarang tinggal alur nya sahaja. Dikhabarkan banyak peristiwa yang perlu diselongkar dan didedahkan kepada umum tentang sejarah istana ini:
1. Sultan Mahmud Muzafar Shah ibni Sultan Muhamad , Riau - Lingga (1841-1857) telah di pecat olih Belanda , telah membuat perjanjian sulit dengan Sultan Ali diistana ini semasa pelayaran baginda ke Pahang seterus nya ke Siam untuk menagih simpati Raja Mongkut bagi mengembalikan tahta nya. (Tuhfat Al- Nafis, ms 470)
" Tengku Safiah binti Sultan Muhamad Riau - Lingga , merupakan adinda Sultan Mahmud Muzafar Shah menjadi isteri Raja Mongkut diambil cara paksa , gara gara kesilapan Sultan Mahmud Muzafar Shah sendiri kerana tak mahu mendengar nasihat pembesar pembesar dan orang orang tua di Riau -Lingga , tak pernah dibuat orang menghadap Raja Siam membawa anak gadis , itu lah padah nya ".

2. Setelah kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1877 , dizaman ini lah sultan Abu Bakar Johor sering menjadikan istana ini sebagai tempat persinggahan baginda semasa belayar menggunakan kapal api bernama " PULAI "
Makam Penghulu Samsu bin Laji di Kg Sungai Mati Ledang
Penghulu Abdullah bin Penghulu Samsu
Datuk Penghulu Abdullah bin Samsu dan anakanda nya naib Penghulu Endut (Serom )
Sultan Ali telah menyerahkan tugas memungut cukai dikawasan jajahan Kesang dan Sungai Rambai kepada orang kuat nya ia itu Sulewatang dan Panglima Laboh, kerana Baginda sering berulang alik ke istana Kampung Gelam Singapura. Baginda telah mangkat di Umbai pada hari rabu 20 jun tahun 1877. Hasrat baginda untuk membina istana baharu di Umbai tidak kesampaian, walau pun bahan bahan binaan telah dibeli, lantas bahan bahan binaan itu di sedekahkan kepada mesjid untuk membesarkan ruang mesjid Umbai. Dihari kemangkatan Baginda di Umbai berlaku peristiwa getir sehinggakan tujuh hari jenazah baginda tidak disemadikan, ini terjadi kerana masaalah pengganti Sultan kerana anakanda nya Tengku Alam enggan pulang dari Singapura akibat dihalang olih pihak Bitish. Penduduk kampung dan pembesar masih berpegang pada adat " Raja yang mangkat Raja yang menanam ". Didalam hal ini keranda terpaksa ditukar kerana jenazah telah membengkak. Akhir nya jenazah dimakam kan juga di perkarangan mesjid Umbai tanpa pengganti. Hingga lah tercetus nya perang Jementah dalam tahun 1879 untuk mempertahankan jajahan Kesang diantara Tengku Alam (Sultan Alauddin Al Masik Billah Al Manan )dengan Sultan Abu Bakar Johor.
Sultan Abu Bakar Johor
PEMILIHAN PEMERINTAH MUAR DAN KESANG
( 08 NOVEMBER 1877 ) DI KUALA KESANG
Setelah kemangkatan Sultan Ali Iskandar Shah ibni Sultan Husin Shah di Umbai Melaka pada jun 1877, maka berlakukan perebutan kuasa dijajahan Kesang dan muar diantara dua keluarga yang bersaing ini ia itu Sultan Abu Bakar Johor dan Tengku Alam .
Pihak British melalui wakil nya ia itu Kolonel Anson menjadi orang tengah dan membuat keputusan tidak campur tangan , dan biarlah penentuan dibuat olih Temenggung Muar dan Penghulu Penghulu di Jajahan Kesang. Pemilihan secara pengundian ini dibuat sebagai langkah susulan perjumpaan di Johor Bharu menemui jalan buntu.
Bagi Kolonel Anson orang yang berwibawa ialah Temenggung Muar ia itu Wan Muhammad Salleh, dan semua Penghulu Penghulu ia itu : Penghulu besar Kamat (Jementah ), Menteri Kamis bin Daeng Kepau (Tanjung Gading / Sungai Rambai ), Penghulu Ibrahim bin Daeng Kasang ( Tanjung Gading ), Penghulu Hashim ( Sungai Datuk), Penghulu Adam ( Tanjung Gading ), Penghulu Sudin (Chohong ), Penghulu Rahmad (Kundang ), Penghulu Senchu ( Gemeh ), Penghulu Samsu bin Laji ( Kesang Tasik ), Orang kaya Seman ( Sawah Reng ), Penghulu Dagang Suboh ( Legeh ), dan Penghulu Marjan ( Kuala Kesang )
Pada 08 November 1877 jam 0900 pagi telah diadakan pengundian di Kuala Kesang . Seramai 300 orang termasuk wakil British ia itu W. H. Read, Temenggung Muar dan semua Datuk Datuk Penghulu hadir. Tempat berkumpul dan pengudian telah dibuat sebuah balai dari buluh beratapkan rumbia dihias indah dengan susunan pelepah kelapa yang dilengkung . Kenduri pada hari itu dibiayai olih Engku Andak dengan membekalkan se ekor kerbau berharga $ 32.00 ringgit dan se ekor kambing berharga $ 4.00 ringgit..
Sebelum pengudian dijalankan timbul lah kekecohan berkenaan dua orang anak Temenggung Muar ia itu Wan Salleh dan Wan Hassan dan juga masaalah Penghulu Marjan. Wan Salleh dan Wan Hassan tidak bolih mengundi kerana kedua nya bukan Penghulu, sedangkan Penghulu Marjan pula tidak bolih mengundi beliau orang Jawa bukan nya orang Bugis. Dengan sebulat suara semua Penghulu Penghulu telah menolak ketiga tiga nya daripada mengundi.
Dalam pengundian itu Sulan Abu Bakar johor telah menang dan baginda layak memerintah Muar dan Kesang , ini bermakna Muar dan Kesang telah dimasukan semula kedalam Johor.
Keputusan itu disifatkan olih akhbar straits time sebagai penipuan , lakunan dan kepura puraan.
Pemilihan yang berlansung di Kuala Kesang itu di kritik hebat olih W. H Read dalam majlis perundangan . Beliau menyatakan bahawa sesuatu yang anih berlaku dan ada tangan tangan ghaib dalam pemilihan yang dikatakan adil itu. Sekira nya hal semacam ini berlaku di England , tindakan itu dianggap tidak sah. Dan lagi kenapa kah Tengku Alam sebagai ahli waris Al Marhum Sultan Ali yang gahara dinafikan hak nya.

PERANG JEMENTAH 1879
Diantara yang terlibat menyokong Tengku Alam (Sultan Alaudin Al Masik Billah Al Manan ibni Sultan Ali Iskandar Shah) dan Maharaja Abu Bakar dalam pertempuran 1879.
Kampung Lubok Bandan tempat Tengku Nong dan pengikut nya berkubu dalam perang Jementah
Kampung Lubok Bandan tempat Tengku Nong dan pengikut nya berkubu dalam perang Jementah
PENYOKONG TENGKU ALAM
Tengku Nong (Tengku Omar)
Panglima besar Senchu
Tok Sutan
Seekling
Hj Hassan - Serkam
Sebang
Taukeh Ah Sin
Khatib Derus
Penghulu Besar Khamat
Wan Abas (Engku Tanjung)
Bawi
Lepang
Wan Daud
Seenara Rumoo
Maharajalelaa Tahir
Panglima Dalam Lawet
Raja panjang rambut
Panglima Sarif
Mukin Undang
Pawang Setoo
Pawang Juling
Penghulu Jetan
Penghulu That
Penghulu Omat
Penghulu Nasib
Penghulu Putay
Bomoh Trang
Sahil
Sahan (Orang China)
Ah Teng
Se Mat
Se Odat (Oat)
Se Uteh
Tengku Ismail
Khalil
Unku
Imam perang layut
Ungku (Raja )Unus
Bela laboo
Malong
Rabil
Sambal
Tengku Ahmad
Imaum
Daud
Hj Mohd Taha bin Wan Ibrahim
Datok Gempa Maharaja lela
Hussin (Anak Datuk panglima perang Hj Mohd Taha)
Panglima perang Majis
PENYOKONG MAHARAJA ABU BAKAR
Temenggong Muar Mohd Salleh
Penghulu Besar Kamat
W. Hole
Mahmud
Andak
Datuk Bentara luar Muhamad Salleh
Engku Ahmad
Panglima perang Isa
Panglima perang kiri Awang
Panglima besar yusof
Panglima dalam Lawit
Panglima Dalam Lamat
Wan Ahmad
Wan Majid
Wan Dollah
Wan Da
Silawatang
Khatib Derus
Khalil
Pawang Setoo
Pawang Juling
Penghulu Bakar
Wan Chili
Wan Kuning
Wan Kechut
Awang
Haji Hassan
Enchik Sally
Penghulu Sadong
Tengku Khalid
Sumber:
Tuhfat Al Nafis
Sejarah ringkas Muar
Istana dan politik Johor
Keterangan lisan ahli waris yang berkaitan
Makam Datuk Penghulu Ibrahim bin Daeng Kasang di Kesang
14 comments:
Perlukan banyak lagi info..
Dalam perang ini, adakah pihak Tengku Alam menerima bantuan dari pahlawan atau askar dari pihak lain? penyokong sultan hussin misalnya..
Bagaimana istana sltn Ali d kesang dimiliki oleh penghulu ibrahin daeng kasang
Boleh saya tahu di area mana ye sisa istana di Kesang tu?
Sultan abu bakar Johor jahat dantamak
masuk ikut jln parit karang arah laut dan nanti ketemu kilang biskut dan belok kekanan dan nanti akan jumpa hotel kesang sebelah kanan dan teruskan lagi kirq2 300kaki lihat sebelah kanan dlm kelapa sawit dan disitu lokasi asal istana , tapi sekarang sudah runtuh
anak wan hassan tu wan omar (johol)kan?
Assalamualaikum, saya keturunan samsu yang ke-5. Saya ingin mengetahui lebih lagi tentang asal usuk keturunan saya. Seandainya tuan admin membaca comment saya. Boleh hubunhi saya melalui email saya
Assalamualaikum.... Kenapa istana di kesang diduduki oleh penghulu Ibrahim bukan anak atau keturunan Raja Ali. Siapa penghulu Ibrahim yang sebenar yang boleh tingal di istana kesang tu.
terima kasih kerana menceritakan dan beri gambar mengenai bapa saudara kepada moyang perempuan saya iaitu Penghulu Ibrahim bi Daeng Kasang. Saya sangat hargai
Sy mengenali keturunan tengku Alam
Betul. Jahat. Dengan bantuan british dia menang.
Sultan Ali Tidak memilih Tengku Alam tapi memilih Tengku Mahmud yg ketika itu baru berusia 11 tahun- lahir 1866-1924
Wasiat tertulis
Boleh hubungi saya
0177482012
Dlm proses mencari waris waris..
Post a Comment