SEJARAH RINGKAS TOK PANDAK
Tok Pandak atau Panglima Pandak adalah berdarah campuran diantara Bugis dan Melayu. Ayahanda nya bernama Kamis bin Katek. Bonda nya bernama Enggoh binti Tok Kepau, datuk nya Tok Kepau ini berasal dari kepulauan Riau dan berkaum dengan kerabat Raja Bugis di Riau. Tok Pandak telah berkahwin dengan Suri, di kampung Tedung dan dikurniakan 10 orang anak ia itu: Embam bersuamikan Samad bin Dagang (berkaum dengan Tok Kuyun binti Dagang, di Kampung Parit Sidang Seman), Embun, Dol beristerikan : 1) Jaimah binti Said, 2) Normah binti Hj Abdullah, Mamat Chebi, Jaenah, Sa'amah bersuamikan Salleh, Taat beristerikan Kenet, Tiamah bersuamikan Md Zin, Yang Anggok, dan Mahanum@Ginum bersuamikan: 1) Lajak, 2) Md Dewa.
Semasa hayat nya Tok Pandak adalah seorang yang disegani olih penduduk kampung Sungai Rambai kerana mempunyai ilmu keagamaan yang tinggi dan ilmu kepahlawanan yang tiada tolok banding nya pada masa itu. Didalam usia nya yang masih muda , beliau telah bergelar panglima , kerana dapat mengalahkan Panglima Laboh didalam peristiwa mencuri kerbau olih panglima Laboh di Sungai Rambai.
Dalam tahun 1887 Tok Pandak telah terlibat membantu orang orang Serkam yang diketuai olih Tuan Imam Hj Md Said bin Marsah (Tok Andak), didalam perang rokam, menentang pihak British yang diketuai olih pesuruhjaya British di Melaka yang bernama B. H. Alcum, berkaitan dengan sistem pembayaran cukai yang tidak dipersetujui olih penduduk Serkam. Tok Pandak dibantu olih Tok Pawang Rabu bin Puyuh, Tok Bahaman bin Ninang dan beberapa orang pemuda lagi yang dikirimkan ke Serkam mengikut jalan darat melalui Merlimau, lengkap dengan alat senjata nya.
Bolih dikatakan kaum kerabat Tok Pandak dan jurai keturunan nya masih kekal di Kampung Parit Sidang Seman , Sungai Rambai Melaka , dan memegang beberapa jawatan penting saperti pegawai adat dan pegawai pegawai syarak.
Tok Pandak telah kembali ke rahmatullah diawal tahun 1900 an dan disemadikan di Kampung Lanchang Merlimau Melaka, semasa beliau menziarahi kaum kerabat nya disana. Di kampung Lanchang masih terdapat cucu cicit nya , diantara nya ialah Burok binti Pit dan anak nya Datuk Penghulu Nor Azmi bin Mahmud . Bagi mengenang jasa nya , maka cucu cicit nya telah bersepakat mewujudkan " DATARAN TOK PANDAK ", bagi aktiviti aktiviti riadah dan ilmu mempertahankan diri, disebidang tanah dan sekarang didiami olih cucu cicit nya turun temurun, di kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai Melaka.
Makam Tok Pandak dikampung Lancang Merlimau Melaka
Maka dibuat orang pantun:
Anak landak pandai berjalan
Kulit lokan didalam tabuh
Tok Pandak Panglima handalan
Dapat mengalahkan Panglima Laboh
Kulit lokan didalam tabuh
Tabuh dibawa Suak Kelabau
Dapat mengalahkan Panglima Laboh
Dalam peristiwa mencuri kerbau
Kalau nak kenal baluh tabuh
Jangan letak hala ke hulu
Kalau nak kenal Panglima Laboh
Kepala botak dada berbulu
SEJARAH RINGKAS MAHADON BIN DOL
Dilahirkan dikampung Sungai Rambai Pada tahun 1910. Ayahanda nya bernama Dol bin Pandak bin Kamis bin Katek. Manakala bonda nya bernama Normah @ Tok Porak binti Hj Abdullah bin Kamis bin Tok Kepau.
Kalau di susur galor dari sebelah bonda nya , beliau ialah berketurunan Bugis berkaum dengan Tok Kepau. Beliau telah berkahwin dengan Kechik binti Hitam bin Namin, dan dikurniakan anak ia itu: 1) Sarimah@Ara bersuamikan Seman bin Mamat, anak anak nya ialah: Idah bersuamikan Maan bin Mamat, Sapiah bersuamikan Mamat bin Kutik, Fatimah bersuamikan Omar bin Abdullah, dan Zakariah. 2) Hj Kamit beristerikan Hajjah Solehah binti Hj Omar, anak anak nya ialah: Norwahidi beristerikan Azalinah binti Kamarudin,Zulkifli, Suhaimi, Rozitah bersuamikan Hamdaan bin Awang, Fadli, dan Norhidayati. 3) Abd Hamid @Bilal Samod beristerikan Tayah binti kolop, anak anak nya ialah: Yusnitah bersuamikan Rashid bin Maidu, Yusri beristerikan Norasmah binti Mohan, Zamri beristerikan Lizah binti Zainal Abidin, Shamsudin , Mohd Zaki dan Haidir. 4) Samad beristerikan Hamidan binti Taib, anak anak nya ialah: Zulkefli, Nurulhnah, Zahari, Zakariah, Zurifah, Mohd Hafizi, Mohd Hanif dan Norsyahadah. 5) Md Yusof beristerikan Latifah binti Omar,anak anak nya ialah: Norly, Fizah, Wahijah, dan Salihin. 6) Abd Jabar beristerikan Sa'diah binti Hj Samad, dan 7) Abd Rahim beristerikan Nor binti Sudi.
Catatan:
Mahadun bin Dol telah meninggal dunia pada 15 okt 1972 hari Ahad
bersamaan 08 Ramadhan 1392
MAHANUM@GINUM BINTI PANDAK
Mahanum@Ginum + Lajak@Razak
Anak anak nya ialah:
Hasan@Dahan , anak anak nhya ialah: Rahim, Ma'asom, Sa'odah, Zalehah dan Rahman.
Fatimah, anak anak nya ialah: Habsah, Nabsiah, Masinah, Abu Bakar, Zainal dan Basir.
Mahanum@Ginum+Md Dewa
Anak nya ialah:
Amy@Atan, anak anak nya ialah: Ramlah, Hamdan, dan Norhaziah.
1 comments:
saya amirrudin bin mustapa, mustapa (husin) bin salleh... nenek saya sebelah abah (mustapa/husin) iaitu Mai binti Pandak. Mai binti Pandak pernah bercerita dikatakan berasal dari Merlimau, Melaka dan berkahwin dengan Salleh bin Mohd Noh (datuk saya - keturunan Benggali Muslim). Saya sedang mencari susur galur keturunan sebelah abah saya melalui nenek saya yang bernama Mai binti Pandak. Jika ada infonya boleh menghubungi saya di 019 750 5666. Wassalam
Post a Comment