PENGERAN SUTA WIJAYA & BULANG LINGGI



(Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi )


Diketika masih menjadi Kelana, orang yang bakal dipertanggung jawabkan dan membuat persiapan untuk menjadi  Yang di Pertuan Muda dan bakal bertugas melakukan pemeriksaan diseluruh wilayah kerajaan , maka itulah Raja Haji. Raja Haji telah berkahwin didalam lingkungan istana. DiAsahan baginda telah berkahwin dengan anak Raja ditempat itu. Demikian pula lah di Jambi dan Inderagiri. Perahu perang Baginda diberi nama " Bulang Linggi " ialah hasil ketukangan orang orang Asahan yang memang pakar didalam kerja kerja membina kenderaan air.

Di Jambi Baginda mendapat gelaran sebagai Pengeran Suta Wijaya . Manakala di Inderagiri Baginda telah membuka pekan Lais dan Kuala Cinaku.

Di Pulau Biram Dewa tersergam indah istana yang mahal dinamakan " Kota Piring ". Pada dinding kota atau pagar tembok ditatahkan dengan piring piring porselin yang sengaja dipesan dari China , begitu juga perabut perabut lain nya. Bahkan botol botol air madu tercatat dipesan dari Manila.

Semua nya membayangkan kemakmuran Negeri Riau . Semua nya merupakan hasil perdagangan negeri itu, dari cukai dan pajak sebagai bandar perdagangan , dapat dilaksanakan dari pelbagai macam jenis perahu dan pengangkutan air yang datang dari China , Siam, India, Jawa, Sulawesi, Maluku dan sebagai nya. Juga dari hasil bumi Riau berupa gambir, lada hitam, dan hasil hasil laut saperti agar agar, teripang dll, yang mana dalam  istilah setempat  disebut hasil perkarangan laut. Dalam daftar hasil kemasukan itu tentulah termasuk pula rampasan dari kapal kapal asing yang memasuki perairan kerajaan Riau- Lingga , Johor dan Pahang serta daerah takluk nya yang luas itu tanpa membayar cukai dan bea.

0 comments:

Post a Comment