Makam Daeng Marewah di Hulu Sungai Riau
SEKELUMIT TENTANG DAENG MAREWAH
Setelah penobatan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sebagai Sultan Riau-Lingga , Johor dan Pahang pada tanggal 04 Oktober 1722, maka dilantik lah pula Daeng Marewah sebagai Yang di Pertuan Muda l . Baginda adalah putera ke 3 La Tendri Borong Daeng Rilakka yang diserahi kepimpinan , kerana Daeng Perani menolak, sedangkan Daeng Menambun sudah memegang jawatan di Mempawah, Kalimantan Barat. Daeng Perani mendapat tugas sebagi Panglima perang Riau . Kedua dua tokoh diatas dapat dikatakan masih cukup muda, tetapi sudah menentukan kelansungan kesultanan Johor-Riau. Sultan Sulaiman berusia 22 tahun , manakala Daeng Marewah berusia 26 tahun.
Dalam penobatan itu, Daeng Marewah mengucapkan " Aruk " atau sumpah setia , jika di Melayukan baginilah bunyi nya : " Yakin lah wahai Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah , Aku lah yang memerintah di negeri mu . Barang siapa yang tidak sudi melintang dihadapan mu , aku bujurkan. Barang siapa yang tidak mahu membujur dihadapan mu , aku lintangkan. Barang yang bersemak berduri dihadapan mu , aku cucikan ". Selanjut nya , Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah bertitah : " Seumpama mata hitam dan mata putih tidak bolih bercerai berai diantara Sultan dan Yang di Pertuan Muda . Jika salah satu menyalahi tidak akan selamat anak cucu di dunia hingga ke akhirat ".
Semenjak itu , terjadilah pemerintahan gabungan di Kesultanan Johor-Riau sebagai pemerintahan " Suami isteri " , dimana Sultan sebagai isteri , sedangkan Yang di Pertuan Muda sebagai suami yang semua keputusan nya harus dilaksanakan dalam segala hal . Hal ini bukan lah dimaksud merendahkan pihak Sultan , tetapi lebih kepada pembahagian tugas masing masing . Pihak Bugis sebagai pengawal negara , sedangkan pihak Melayu yamg menguasai tulis menulis sebagai pelaksana administrasi dan kewangan negara.
Pada mula nya pihak Bugis berada pada pinggir structur politik Johor-Riau , tetapi merika memiliki kekuatan meliter yang cukup digeruni. Dengan masuk nya merika didalam pemerintahan maka terjadilah kekuatan yang sukar ditandingi. Kelompok Bugis banyak menangani masaalah inisaitif , sedangkan kelompok Melayu menangani masaalah adminstrasi negara.
Tugas utama Daeng Marewah adalah menjaga stabilitas politik dan mengamankan negeri dari ancaman luar dan dalam. Daeng Marewah telah memperkirakan , bahawa Raja Kecil akan datang lagi menyerang untuk merebut kembali kekuasaan nya. Olih kerana itu, Daeng Marewah bersaudara telah berangkat ke Selangor dan sekitar nya untuk mengumpulkan orang orang Bugis yang berminat menjadi meliter. Di Selangor memang banyak orang orang Bugis yang merantau sebagai pelaut , pedagang , nelayan dll. Merika ini tidak perlu dilatih lagi menjadi meliter, kerana ia nya sudah memiliki keterampailan bela diri dan pengalaman di Sulawesi selatan.
Setahun kemudian dalam tahun 1723, Raja Kechil dengan bala tentera nya telah datang menyerang riau, tetapi serangan itu dapat dilumpuhkan olih pasukan Bugis yang sudah dipersiapkan olih Daeng Marewah. Raja Kecil dapat ditawan , kemudian disidang dalam mesjid di Hulu Sungai Riau, dengan bersumpah atas nama Al Quran , Raja Kecil berjanji tidak akan mengganggu Riau lagi, serta mengembalikan Lingga dan Pahang kepada Sultan Sulaiman. Raja Kecil kembali ke Siak dan membangunkan kesultanan Siak Indera Pura.
Pada masa itu, datang permintaan bantuan dari sultan Kedah yang sedang bertikai dengan adik nya yang dicampuri olih Raja Kecil. Daeng Marewah bersaudara dan pasukan nya berangkat keKedah dan berpihak kepada Raja Tua Kedah. Pada mula nya , Daeng Marewah berusaha berunding , tetapi perundingan itu mengalami jalan buntu , maka meletus lah " Perang Kedah 1723 " diantara Raja Tua yang dibantu olih Daeng Marewah dengan Raja Muda di bantu olih Raja Kechil.
Dalam perang Kedah, Daeng Perani telah gugur dan dimakam kan di kampung Sidam kiri Kuala Ketil Kedah. Orang orang Bugis telah merasa kehilangan seorang pemimpin yang selama ini cukup dihormati dan disegani. Daeng Perani meninggalkan beberapa orang isteri dan anak anak diantara nya ialah:
1. Puteri Nakhoda Alang di Sintan mendapat 2 orang anak ia itu: Daeng Kemboja YDM lll, dan Daeng Khadijah bersuamikan Raja Alam ibni Raja Kechil yang kemudian nya mewarisi kesultanan Siak seterus nya.
2. Tengku Tengah mendapat seorang anak perempuan bernama Raja Maimunah bersuamikan Temenggung Abdul Jamal .
3. Puteri Sultan selangor , mendapat seorang anak perempuan (Tidak diketahui nama nya )
4. Puteri Sultan Kedah , mendapat seorang anak perempuan
Jika dilihat dalam susunan keluarga , maka pihak Daeng Perani dengan pihak Raja Kechil merupakan keluarga yang diikat olih tali perkahwinan. Begitu juga pihak Bugis terpecah menjadi dua kelompok . Kelompok Daeng Perani berpihak kepada Sultan sulaiman , sedangkan kelompok Daeng Mattekkuh berpihak kepada Raja Kechil. Olih kerana itu, Raja Ali Haji menyebut , " Dihulu mereka sama sama duduk makan minum , manakala dihilir merika berperang ". Dalam dunia politik tidak ada saudara dan teman yang abadi . Semua bisa konflik demi kepentingan kekuasaan.
Pada tahun 1728 Daeng Marewah telah mangkat ketika melakukan inspeksi ke Pulau Pitung. Dimakam kan di Hulu Sungai Riau, digelar marhum mangkat di sungai Baru. Disamping itu Daeng Marewah juga diberi gelar " Kelana Jaya Putra ". Baginda mangkat dalam usia yang amat muda ia itu 32 tahun, namun telah meninggalkan banyak lembaran sejarah.
Daeng Marewah telah berkaahwin dengan " Tun Cik yu " puteri Temenggung Abdul Jamal dan juga janda kepada Sultan Mahmud ll (Marhum mangkat dijulang ) yang masih belum ditiduri kerana ketika dikahwini , Tun Cik Ayu masih budak. Hasil perkahwinan ini melahirkan beberapa orang anak diantara nya ialah:
1. Kelana Cik Unuk @ Lamupak Upu bersuamikan Raja Lumu (Sultan Salahudin) Selangor
2. Raja said
3. Raja Fatimah (Serikandi Riau) bersuamikan Daeng Kemboja YDM lll.
Makam Tun Cik Ayu di Hulu Sungai Riau.
Kesimpulan nya perkahwinan merika pada umum nya adalah sepupu, sehingga ikatan kekeluargaan menjadi tali bertali, baik dari pihak ayah mau pun dari pihak bonda. Misal nya , keturunan Daeng Chellak juga merupakan keturunan dari Daeng Perani dan Daeng Marewah.
Jan 2012
25 comments:
beberapa org anak?kalau tak silap memang tiga org tu saja...keturunan seterusnya macamana?
kelana en uluk berkahwin dgn siapa?siapa pula zuriat mereka?
raja said...
raja fatimah....
siapa pasangan mereka dan siapa zuriatnya?
Anda bertanya saperti guru bertanya kepada sang murid , gunakan lah bahasa yang lebih indah dan anggun terhadap orang tua.
Mohon hubungi saya dengan segera mengenai daeng 5bersaudara . atok saya salah satu waris yang terpisah 0196020572 / 01113299154
Mohon hubungi saya dengan segera mengenai daeng 5bersaudara . atok saya salah satu waris yang terpisah 0196020572 / 01113299154
Sukar lah kita hendak menghubungi tuan, kerana kepadatan tugas , dan jika tuan punya kelompangan waktu......... bicara lah... 013 3354012
As,kum wr wbtuh saya bernama sahid maaf kan saya saudara jafar kelana hamba/manusia tdk ada yg sempurna? jadi maaf kan lah saudara/ saudari wirda amir kita hamba pasti ada kelemahan nya maaf sekali lagi
Salam. Saya adalah keturunan drpd Tengku Daeng Saad yang mana di dalam entri ini disebut Raja Said. Ayah saya adalah keturunan ke.6 dalam salasilah ini jika dihitung bermula drpd Daeng Merewah.
Assalamualaikum maaf, saya vmcuma mengetahui saya dari keturunan Daeng Marewah... Bagaimana saya nak cari asal udul sebenar dan saya generi keberapa?? Boleh saya contact encik.. Kerana saya ingin tau sejarah dan keturunan saya...
Assalamualaikum tuan penulis.. Bagaimana cara saya ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut perihal keturunan daeng merewah... Sbb saya xdapat maklumat lengkap perihal keturunan daeng yg berada di perak khususnya. . Saya cicit tok mamat bapaknya tok johor cucunya tok dawam kg tok paduka raja pulau tiga kanan perak.
Dimana ya makam raja ali kelana ibni sultan muhammad yusuf al alahmadi, ulama tersohor johor, sape tahu ya.
As salam. Sy ada cicit drpd susur galur Daeng Parani. Sy mencari makam daeng meredah kerana ingin membawa susut galur keturunan ke sana. Ada maklumat yang boleh Sy tahu
Keluarga saya asal keturunan galur daeng marewah.
Islam itu bersaudara. Saya juga dati keturunan Daeng Marewah. Bangga bila dapat tahu apa yang telah berlaku di zaman mereka. Mempertahankan tanah melayu dari dijajah etc. Sekarang menjadi tugas kita semua bagi memastikan negara kita bersih dari korupsi. Insyaa Allah. Stay safe semua.
Sy pun..menurut arwah ibu sy yg pernah bercerita.. keturunan kami raja selangor ..daeng marewah..tapi yg ranting² lah
Atuk saya kata, Panglima Hitam di Bukit Jugra adalah moyang saya(Daeng Ali) dari keturunan Daeng Merewah.
raja said Ni tok langgar ke?
Ya benar. Mmg keturunan daend merewah.. makan daeng chelak dan daend merewah terletak di tg pinang batam
assalamualaikum tuan ada no whatsapp tak
no whatsapp saya 0173397670 saya nk sambung salasilah daeng marewahyg terputus
0196008695 .. sy dr keturunan daeng merewah y lari ke sabah. boleh msg sy sbb nak tahu lagi lanjut tentang keturunan daeng terdahulu tq
Nak tahu juga. Saya pun pernah dengar dari keluarga sebelah syah keturunan kami dari Daeng Marewah. Keturunan ibu saya juga bugis. Tak tak diketahui dari daeng mana.
Teringin sangat nak tahu asal usul keturunan keluarga ni
Syah-ayah
Ya.Raja Said @ Tok Langgar yang membuka Kampung Serkam di Melaka dikurnia tiga orang anak Shaaban,Puasa dan Sentol.Keturunan ayah saya dari Tok Puasa manakala Keturunan ibu saya dari Tok Shaaban
Ye atok sy juga
Assalamualaikum Tuan Penulis, saya ingin bertanya, apakah hubungan Daeng Kuning Taiping atau dikenali Datuk Panglima Hitam Taiping dengan Daeng Merewah? Apa yang saya tahu Daeng Kuning ini adalah dari keturunan Daeang Merewah, cuma belum jelas sulur galurnya dengan Daeng Merewah, sama ada anak, cucu, cicit atau bagaimana? Mohon sesiapa yang ada maklumat ini, sekiranya boleh membantu melengkapkan salasilah Daeng Kuning ini. Terima kasih
Post a Comment