SULTAN MAHMUD SHAH 111 ( MARHUM MESJID ) 1761 - 1812 , RIAU - LINGGA , JOHOR DAN PAHANG


    Sultan  Mahmud Shah 111 lahir pada tahun 1760 M. Ayahanda nya ialah Sultan Abdul Jalil Muazam Shah ( Raja di Baroh ) ibni Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah . Manakala  bonda nya bernama Tengku Putih  binti Opu Daeng Chelak dari perut  Tengku Tengah kekanda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah . Dalam usia 1 tahun Sultan Mahmud Shah 111 telah  ditabalkan menjadi Sultan Riau - Lingga , Johor dan Pahang . Olih kerana   terlalu  kecil , maka tugas pentadbiran dipegang olih Daeng Kemboja  Ibni Daeng Perani semasa itu Daeng Kemboja sebagai Yang Dipertuan Muda 111 ( 1745 - 1777 ).

   Dalam usia masih remaja , Sultan Mahmud Shah 111 belum dapat melaksanakan  fungsi nya sebagai Sultan maka ia nya masih dibayangi olih Daeng Kemboja dan Raja Haji. Pada tahun 1784  ketika penyerangan  Bugis terhadap Belanda di Melaka , usia Sultan Mahmud 111  diketika itu  baru mencapai 23 tahun dan ingin ikut berperang bersama Raja Haji, tetapi dilarang oleh Raja Haji dan hanya di arahkan menunggu di Muar. Raja Haji sangat mengambil berat  tentang baginda , bahkan dalam kecamuk perang di Telok Ketapang , Raja Haji  sempat  berpesan  " Selamatkan Mahmud , pulangkan ke Riau. Jika terjadi pada diri ku dalam perang ini , apa yang aku harapkan agar negeri ini tetap beraja Melayu ".






                           Gambar Sultan Mahmud Shah 111  ( Menurut pandangan pelukis )




                        Makam Cik Marko Binti Daeng Maturang , isteri pertama  Sultan Mahmud Shah lll

 

  Setelah Raja Haji gugur di Telok Ketapang , Sultan Mahmud Shah 111 kembali ke Riau  dan melantik Raja Ali Ibni Daeng Kemboja  ( Marhum Pulau Bayan ) sebagai Yang di Pertuan Muda  V ( 1784 - 1805 )menggantikan Raja Haji . Sepatut nya Raja Jaafar  Ibni Raja Haji menjadi Yang di Pertuan Muda , olih kerana usia nya masih sangat muda maka pihak pembesar Riau memilih Raja Ali.

   Dengan mangkat nya Raja Haji dalam perang di Telok Ketapang , maka pihak Belanda telah menganggap Riau telah kalah . Pada bulan Ogos 1784 , dua buah kapal perang Belanda telah datang ke Riau dan memberi amaran kepada Sultan Mahmud 111 agar menyerah , namun Sultan Mahmud 111 dan Raja Ali enggan menyerah sehingga kedua dua kapal perang Belanda itu pulang semula ke Melaka.





                   Makam Sultan Mahmud Shah lll di Daik - Lingga                   


   Pada tanggal 10 Okt 1784 , Jacub Van Braam dengan armada perang nya telah datang ke Riau untuk berunding dengan Sultan Mahmud 111 . Jacub Van Braam  mengarahkan kepada Sultan Mahmud 111 supaya memutuskan hubungan dengan Bugis dan menghapus kan jawatan Yang di Pertuan Muda. Namun Sultan Mahmud 111 menolak kerana baginda merasakan perhubungan dengan Bugis telah termeterai sebagai saudara kandung, bahkan Sultan Mahmud 111 sendiri berdarah Bugis dari jurai sebelah bonda nya.  Penolakan itu membuatkan pihak Belanda marah dan menyerang Riau dan memaksa Riau menyerah kalah. Tidak ada erti nya lagi untuk melawan kerana meliter Riau sudah amat lemah  dan pada   30 Okt 1784 Raja  Ali bersama pengikut dan keluarga nya termasuk Engku Puteri ( Raja Hamidah ) dan Raja Siti berpindah ke Mempawah  Kalimantan Barat.

   Tanggal 01 Nob 1784 pihak Belanda telah mengadakan perjanjian dengan Sultan mahmud 111 antara lain isi perjanjian itu ialah :

1)   Sultan Mahmud 111 dibenarkan kekal sebagai Sultan Riau-Lingga , Johor dan Pahang.
2)   Semua meriam besar dan kecil beserta peluru hendaklah diserahkan kepada Belanda.
3)   Orang orang Bugis dan Cina yang ikut berperang menentang Belanda dikenakan denda sebanyak 20,000 ringgit Sepanyol.

   Tanggal 10 Nob 1784 dibuat lagi perjanjian lanjutan antara isi nya ialah: Semua pelabuhan dan perairan Riau menjadi milik Belanda sebagai rampasan perang dan dengan termeterai nya perjanjian ini maka  Riau dilindungi oleh Belanda. Dengan rampasan pelabuhan Riau olih Belanda membuatkan perekonomian Riau merosot dengan mendadak.



                                                  Mesjid Sultan Daik - Lingga



                                            Didalam mesjid Sultan Daik - Lingga


   Di Mempawah Raja Ali telah bertemu dengan saudara nya dari jurai Datok saudara nya Opu Daeng Menambun , untuk merapatkan perhubungan kekeluargaan  lantas Raja Ali telah dikahwinkan dengan Utin Salamah binti Gusti Sina . Setelah itu Raja Ali telah meneruskan pelayaran nya ke Sukadana , seterus nya ke Siantan. Di Siantan Raja Ali telah mengkahwinkan saudara nya Raja  Siti binti Raja Haji dengan Keraeng Talibak.

   Tanggal 19 Jun 1785, Kompeni Belanda telah mendirikan loji dan kantor Residen di Pulau Bayan  kemudian nya telah berpindah diatas sebuah bukit di Tanjung Pinang.

Dengan  perubahan landskap kerajaan Riau - Lingga , Johor dan Pahang setelah campur tangan kompeni Belanda di Riau , dalam diam Sultan Mahmud 111 sentiasa berusaha bagaimana cara nya untuk mengusir pihak Belanda yang telah menjadi duri dalam daging. Untuk itu Sultan Mahmud 111 telah  mengutus seorang  utusan  bernama  Encik Talib bersama Raja Indera Bongsu  dan beberapa orang lagi   mengadap  Raja Ismail ( Raja Tempasok ) di Kalimantan yang terkenal sebagai pemimpin  Raja di laut menagih simpati dan bantuan menghapuskan Belanda di Riau .  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal Raja Ismail memang berketurunan Johor dan  mengingati tentang hubungan baik nya  dengan kerabat Johor , sebagai membalas budi beliau sedia membantu Sultan Mahmud 111 bersama  tiga orang anak nya sebagai  panglima perang  bernama Raja Tebuk, Raja Alam, Raja Muda Umar , turut serta ialah  Datok Sikolo , Tok Lukus dan  sejumlah besar  juak juak nya ratusan orang menaiki  30 buah  perahu  layar besar  yang laju menderu dibawa angin menuju ke Riau. Ada pun Raja Alam membawa isteri nya bersama ke Riau bernama Raja Aishah.

   Tanggal 02 Mei 1787 , Raja Ismail dan armada  laut nya tiba di Tanjung Pinang . Agar tidak dicurigai olih pihak Belanda , maka Sultan Mahmud 111 melaporkan kepada Residen  Belanda  bahawa kapal kapal dari Tempasok itu hanya singgah sebentar di Riau untuk membaiki kapal nya  yang rosak dihentam badai  , mengambil bekalan makanan, air tawar  dan kayu api untuk meneruskan pelayaran seterus nya. Pihak Belanda mempercayai nya dan memberi kebenaran. Akhir nya pada tanggal 13 mei 1787 Raja Ismail dan pengikut nya telah melakukan penyerangan secara mendadak  dibenting Tanjung Pinang , bagaikan orang kemaruk darah,  merika  telah membunuh seberapa ramai soldadu Belanda . Residen Belanda terpaksa menyerah kalah  , namun tidak diapa apa kan dan disuruh pulang keMelaka untuk  melapur apa yang terjadi di Riau  kepada tuan nya. Sultan Mahmud 111 berpura pura tidak tahu tentang pembunuhan ini sedangkan itu adalah permainan Baginda.

   Setelah berhasil mengusir Belanda dari bumi Tanjung pinang , Raja Ismail bersama pengikut nya meminta izin kepada Sultan Mahmud 111 untuk pulang ke Tempasok . Sedangkan dihati kecil  Sultan Mahmud 111 merasa  khuwatir yang amat sangat tentang armada Belanda di Melaka akan datang membalas dendam.  Akhir nya dalam tahun itu juga , Sultan Mahmud 111 telah berpindah ke Daik Lingga bersama seluruh rakyat nya dengan kenaikan 200 buah kapal kecil dan besar . Selang beberapa ketika pihak Belanda telah datang ke Tanjung Pinang , dilihat nya Riau telah menjadi sepi yang tinggal  hanya lah orang orang cina yang berniaga dan bertanam gambir. Pihak Belanda telah menempatkan 312 orang personil nya di Tanjung Pinang.

   Pemindahan Sultan Mahmud 111 ke Daik Lingga telah membuatkan perekonomian di Riau menjadi sepi.  Para cendikiawan dan pengusaha Melayu ramai yang ikut serta bersama Sultan Mahmud 111 dan ada juga yang berpindak ke Melaka dan Singapura. Banyak juga orang orang Bugis telah  kembalikan semula ke Sulawesi Selatan atau bertebaran di tanah besar Sumatera . Orang orang cina yang pada mula nya hanya sebagai petani mulai  datang ke kota untuk menguasai perdagangan pula.

   

 



   Oleh kerana Raja Ali berada di Sukadana Kalimantan Barat , maka Sultan Mahmud 111 telah melantik Engku Muda Muhammad sebagai Yang Di Pertuan Muda  Vl , ini kesilapan Sultan Mahmud 111 yang menyimpang dari perjanjian asal bahawa jawatan Yang Di Pertuan Muda sepatut nya dilantik dikalangan orang Bugis. Meski pun Raja Ali tidak ada ,  namun masih banyak keturunan Daeng Kemboja dan Raja Haji yang layak dilantik sebangai Yang Di Pertuan Muda.

   Pada tahun 1803 Raja Ali telah kembali ke Riau. Akibat nya terjadi perselisihan  faham dan bunga bunga perang telah kelihatan akan tercetus nya  perang diantara Raja Ali dengan Engku Muda didalam perebutan jawatan Yang Di Pertuan Muda. Kedua dua nya mempunyai pengaruh yang kuat , sedangkan pengaruh Raja Ali  ada sedikit menyerlah kerana telah teruji  dimedan laga . Perselisihan ini dapat diselesaikan oleh Sultan Mahmud 111 dengan persetiaan Melayu - Bugis ke 2 dan menyerahkan kembali jawatan Yang Di Pertuan Muda kepada Raja Ali. Untuk memperkuatkan kembali persatuan Melayu - Bugis , Sultan Mahmud 111 telah mengahwini Raja Hamidah binti Raja haji dan menjadikan  Pulau Penyengat sebagai  mahar perkahwinan  nya. Raja Hamidah kemudian nya dikenal juga sebagai Engku Puteri.

   Pada tahun 1805  , Yang Di Pertuan Muda V Raja Ali Ibni Daeng kemboja ( Marhum Pulau Bayan ) telah mangkat dan diberi gelar  " Marhum Pulau Bayan " . Ia digantikan oleh Raja Jaafar Ibni Raja Haji menjadi Yang Di Pertuan Muda Vl ( 1805 - 1844 ). Raja Jaafar telah memindahkan pusat pemerintahan Riau ke Pulau Penyengat.

Sultan Mahmud 111 mempunyai 4 orang isteri yang dikahwinan nya ialah:

1)   Cik Markoh binti Daeng Maturang (En Jaafar )  Melahirkan Tengku Long ( Sultan Husin Shah )   - setelah Sultan Mahmud 111 mangkat , Cik Markoh telah berkahwin lagi dengan Sulewatang di Singapura.

2)   Engku Puan anakanda Bendahara Pahang   -  tidak punya zuriat

3)   Cik Mariam binti Datok Shah Bandar Hassan  - melahirkan  Sultan Abdul Rahman  gelar nya Si Komeng atau Tengku Jumaat.

4)   Raja Hamidah @ Engku Puteri binti Raja Haji    - tidak punya zuriat.

Pada tanggal 12 Jan 1812 Sultan Mahmud Shah 111 telah mangkat di Daik Lingga . Baginda telah digantikan oleh putera nya Tengku Abdul Rahman.



 
                                     


                                                 Bekas istana Damna di Daik


 

                                        Perjalanan ke Daik menggunakan feri dari Tanjung pinang


                                                Sungai Daik




Deligasi dari Jakarta dan Kepulauan Riau bertandang ke Kampung Sungai Rambai Melaka mencari fakta  untuk  menobatkan  Sultan Mahmud Shah 111  sebagai " Pahlawan Nasional " tahun 2017

0 comments:

Post a Comment