Teromba dibaca olih nenda yang berhijrah ke Sungai Rambai, Al Marhum nenda mengurniakan Datuk membaca salasilah Bugis, semasa Bugis alah olih Belanda di Teluk Ketapang. Dari Makasar menetap ke Riau, dari Riau ke Serkam, terus ke Sungai Rambai dan Kesang Tasik. Bertuan kan Sultan Ali Iskandar Shah Ibni Sultan Husin Shah di Kesang. Alah Kesang olih Johor dalam perang Jementah. Al Marhum Datuk menetap di Sungai Rambai dan zuriat nya berpanjangan hingga kini.
Maka tidaklah sempurna dan penuh dengan khilaf dan salah yang di pena olih faqir yang hina didalam nya, Al maklum kerja dibuat dengan sambilan dan tidak pula ada kelompangan pada mencari kenyataan yang jelas dan terang, maka yang demikian itu diharapkan pada hari yang mendatang bolih menjadi lebih lebih elok dengan usaha dan selidik masing masing serta bersunggoh sunggoh pada yang mengkhidmatkan bakti kepada keluarga, supaya ia menjadi mustaid dan mufrad..... Amin ya mujibassaailin................
0 comments:
Post a Comment