BADIK BUGIS ( PUSAKA TOK KEPAU )


(Coretan pena : Jaafar Kelana Al -Bugisi )










BADIK BUGIS  (PUSAKA TOK KEPAU )
( Kawali Luwu Lamakhonta' )

Badik merupakan sejenis senjata pendek tradisional Bugis yang dugunakan sebagai senjata bela diri dan dibawa kemana  mana sebagai pelengkap apabila diancam dan terancam. Bagi orang Bugis , bukan lah laki laki kalau tidak punya badik. Untuk itu badik sentiasa tersisip dirusuk kiri laki laki Bugis sebagai pengganti tulang rusuk yang hilang. Mata badik di tempa daripada besi waja agar tahan lama. Manakala hulu dan sarung  nya diperbuat daripada kayu , tanduk , gading dan sering kali dihiasi dengan salutan emas , perak dan tembaga berukir. Untuk dibawa kemana mana , badik biasa nya disisipkan dipinggang. Badik dikatakan sebagai senjata pendek kegemaran masyarakat Bugis , berasal dari Pulau Sulawesi. Sejak akhir akhir ini penggunaan badik agak berkurangan.

Didalam kitab Tuhfat Al Nafis , karangan Raja Ali Haji ibni Raja Ahmad di Pulau Penyengat Riau, Badik kepunyaan La Tendri Borong Opu Daeng Rilakka, di negeri LUWUK  Sulawesi, adalah sejenis besi yang dijumpai tercacak di pokok simpor.  Apabila saekor kerbau telah mati semasa meleset kan badan nya pada pokok  simpor itu. Kematian kerbau itu ialah tercedera terkena besi tersebut kerana terlalu lah bisa nya. Maka tanggal lah segala bulu nya. Lalu diambil lah olih baginda besi tersebut , ditempa kepada tukang untuk dibuat sebilah badik , dan dibuatkan sarung serta dibuatkan hulu diperbuat dari tanduk kucing. Maka terlalulah bisa nya badik ini tidak terperi. Semasa pembuatan nya , maka ada lah lebih sedikit besi nya maka dibuatlah olih tukang sepasang taji , dipasangkan kepada taji ayam untuk berlaga dinamakan taji kerami. Maka menang lah ayam baginda semasa berlaga kerana terlalu bisa nya , semasa berlaga ayam di Kemboja, sebuah kapal dan isi nya sekali adalah pertaruhan nya.

Tentang badik pusaka Tok Kepau ini, ia merupakan senjata pusaka turun temurun dari zaman moyang nya. Ia diperbuat dari sejenis besi waja yang tahan lama, sentiasa tajam tak perlu diasah. Hulu dan sarung  nya diperbuat dari kayu kemuning emas , terdapat ukiran perak dibahagian sarung nya.  Badik ini sering bertukar tangan apabila sipenyimpan telah meninggal dunia . Ia dibawa olih Tok Kepau sebagai senjata peribadi semasa penghijrahan nya dari Riau ke Kampung Sungai Rambai pada tahun 1790. Badik tersebut  disimpan di " GALERI UGIK " untuk dipertontonkan kepada ahli ahli waris kadim keturunan Daeng Kepau.
Intiha................................................

(Tanduk kucing:  Sejenis gading )

0 comments:

Post a Comment