BASARIAH BINTI HJ ABDULLAH ( MAK MOK )


Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi


SEJARAH RINGKAS BASARIAH BINTI HJ ABDULLAH ( MAK MOK )

Dilahirkan di kampung  Sunagi Rambai Melaka pada tahun 1890 an. Berketurunan Bugis , baik disebelah Ayahanda  mahu pun disebelah bonda nya. Ayahanda nya bernama Hj Abdullah bin Kamis bin  Tok Kepau, Bonda nya bernama Hitam@Tok Uban binti Nanggau. Hitam ialah anak saudara kepada Tuan Imam Hj Md Said bin Marsah (Tok Andak) di Serkam.

Tok Basariah telah berkahwin dengan Long bin Tok Pawang Rabu bin Puyuh bin Daeng Kepau, dan kedua nya adalah berpangkat dua pupu, kerana kedua dua Datuk nya ada lah adik beradik. Melalui perkahwinan ini telah dikurniakan lima orang anak ia itu: Haron beristerikan Tijah binti Kiman, Hj Abdul Ghani beristerikan Hajjah Munah binti Hj Abd Karim, Bidah bersuamikan Manaf bin Mat bin Saji (kelahiran Langkat Sumatera), Bedah bersuamikan 1) Omar bin Daud 2) Hj Hassan bin Salleh, dan Kamisah (Bosoh) meninggal masih muda.

Semasa hayat nya beliau dilantik menjadi Bilal perempuan (Pengurus jenazah). Disamping itu Tok Basariah membuat perniagaan kecil kecilan, menjual pakaian, kain batik,dengan cara menjaja nya dari rumah kerumah, dan mengusahakan minyak kelapa yang diproses nya sendiri. Beliau telah meninggal dunia pada 02 jun 1971 bersamaan 08 Rabiulakhir 1391, dan telah dikebumikan ditanah perkuburan islam di kampung Sungai Rambai, bersebelahan dengan  kubur cucu nya, iaitu Yaakub bin Haron, yang meninggal dunia di hospital besar Melaka pada 12 Julai 1971 jam 0200 pagi kerana demam malaria.

Anak anak nya ialah:

1.   Haron beristerikan Tijah binti Kiman dikurniakan anak ialah: Mohd Sharif beristerikan Robiah, Arpah@Loyah bersuamikan Isnin bin Johari, Mohd Yusof beristerikan Hasidah binti Ismail, Talib (Meninggal muda), Rahimah bersuamikan Buang bin Embong, Yaakub (Meninggal muda), Jasemah bersuamikan Sahad, Satipah bersuamikan Abdullah bin Daud, Jaafar beristerikan Masrah binti Adis, Abd Ghafar beristerikan Norfaizah binti Isnin, Kalsom bersuamikan Ismail bin Hassan, Mohd Kahar beristerikan Arba'iyah, Abhu Bakar beristerikan 1) Noe Azah binti Che Mat 2) Kamsiah binti Hajar, dan Maimunah bersuamikan Kamaludin bin Hj Kasim.

2.   Hj Abd Ghani beristerikan Hajjah Munah binti Hj Abd Karim anak anak nya ialah: Datuk Hj Abd Aziz beristerikan Datin Hajjah Azizah binti Hj Hashim, Hajjah Zainab bersuamikan Hj Jaafar bi Md Zin, Hajjah Fatimah bersuamikan Hj Muhammad bi Hj Md Yasin, Zalehah bersuamikan Ramli bin Sampir, Habsah bersuamikan Jalil bin Sagap, Abdullah beristerikan Sa'amah binti Jelas, Sharifah bersuamikan Haris, dan Abd Malik beristerikan Norhayati binti Hj Md Yusof.

3.   Bidah bersuamikan Manaf binti Mat anak anak nya ialah: Md Yazid beristerikan Fatimah binti Rahmad, Raudah bersuamikan 1) Zainal 2)Md Natar bin Ahmad, Hamidah bersuamikan Leman bin Mat, Aminah bersuamikan Jamil bin Bachik, Sebah beristerikan Zaiton binti Rahmad, Habibah beristerikan Zainal binti Dawam, Azizah bersuamikan Kamis@Akob bin Rahim, Sabah bersuamikan Ariffin bin Jais, dan Moktar beristerikan Norlinafizah.

4.   Bedah bersuamikan Omar bin Daud anak anak nya ialah: Muzid beristerikan 1) Fatimah binti Md Kasim 2) Fatimah binti Yusof, Jamilah bersuamikan Abd Ghaffar bi Hj Md Akib, dan Latipah bersuamikan Md Yusof bin Mahadun.

      Bedah beristerikan Hj Hassan bin Salleh (Tiada zuriat)

5.   Kamisah (Bosoh) , meninggal masih muda.

0 comments:

Post a Comment