TUAN IMAM HJ RAYA BIN HJ ABDULLAH BIN KAMIS BIN TOK KEPAU




SEJARAH RINGKAS TUAN IMAM HJ  RAYA BIN HJ ABDULLAH (IMAM KELING)

Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi

Tuan Imam Hj Raya adalah berketurunan Bugis , dilahirkan di kampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1880 an. Ayahanda nya bernama Hj Abdullah bin Kamis bin  Tok Kepau. Ayahanda nya Hj Abddullah telah meninggal dunia di Mekah Al Mukaramah, semasa menguruskan , urusan Haji bagi jemaah jemaah dari kampung Sungai Rambai dan kampung kampung yang berhampiran. Bonda nya bernama Hitam @Tok Uban binti Nanggau berkaum dengan keturunan Tok Senin di Kampung Serkam. Beliau mempunyai dua orang isteri yang dikahwini nya ia itu: isteri pertama nya ialah Putih binti Hj Ibrahim bin Hj Hasanuddin bin Tuan Imam Hj Md Said bin Marsah (Tok Andak)di Serkam. Dikurnikan anak dua orang ia itu: Hj Hashim beristerikan Hajjah Esah binti Pawang Sedon , berkaum dengan keturunan  Tok Laji bin Lahir di Kesang Tasik. Anak kedua nya ialah Hj Osman@Pak Sungip beristerikan Hajjah Sariah binti Hj Hashim. Manakala isteri keduan nya ialah Nina binti Bechat, dikurniakan anak ia  itu: Mah Hassan beristerikan Hasnah binti Kambar, Hawa (meninggal muda), Nabsiah (meninggal muda), Halimah bersuanikan  Tok Sidang Mujid bin Ahmad, dan Zainab bersuamikan Bajuri bin Semadi.

Semasa hayat nya  Tok Hj Raaya merupakan seorang yang amat disegani , bukan sahaja olih penduduk kampung Sungai Rambai , malahan orang orang kampung berhampiran kerana kewarakan nya. Beliau telah di lantik menjadi Tuan Imam di mesjid jamek kampung Sungai Rambai pada tahun1949-1966, menggantikan Tuan Imam Sahad bin Simon.

Semasa dizaman beliau lah , satu pakatan kampung telah ditubuhkan, untuk membeli berbagai bagai peralatan , untuk kegunaan ahli ahli pakat di majlis perkahwinan, dan peralatan peralatan tersebut telah disimpan  disebuah setor dihalaman rumahnya, dan beliau sendiri telah menjadi pengerusi nya. Sebahagian serba sedikit peralatan peralatan pakat tersebut ada tersimpan di galeri UGIK untuk tuntunan anak anak cucu.  Tempat beliau sebagai Tuan Imam telah digantikan olih anak saudara nya ia itu Tuan Imam Hj Jantan bin Hj Sam dari tahun 1966-1986.

Di dalam tahun 1960 an telah ditubuhkan satu kelas untuk mengajar orang orang dewasa yang masih buta huruf, belajar membaca dan menilis, tenaga pengajar nya ialah Che'gu Ahmad bin Yakin dan Ustaz Abd Hamid. Kelas tersebut bertempat diserambi rumah beliau sendiri. Didalam arena politik, beliau bergerak cergas didalam parti UMNO, dan terlibat secara langsung didalam penentangan Malayan Union yang ditaja olih pihak British. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 14 Disember 1974, hari Khamis jam empat petang, bersamaan 30 Zulkaidah 1394.


SEJARAH RINGKAS TOK HITAM @ TOK UBAN  BINTI TOK NANGGAU

Tok Hitam atau Tok Uban dilahirkan dikampung Serkam Melaka. Ayahanda nya bernama Nanggau bin Tok Penghulu Marsah. Manakala bonda nya tidak diketahui asal usul nya. Kalau disusur disebelah datuk nya , ia itu Tok Penghulu Marsah bin Tok Senin, rumpun  keturunan ini banyak terdapat dikampung Serkam Melaka, dan yang lain nya telah berhijrah keluar melalui perkahwinan. Tok Penghulu Marsah ini mempunyai 14 orang anak , tetapi yang terkandung didalam salasilah yang ditulis olih Allahyarham Hj Omar bin Hj Osman (Serkam) pada tahun 1947 ialah lapan orang sahaja ia itu: Landa, Hj Md Said (Tok Andak), Penghulu Amar, Jamaludin, Md Aris, Satariah, Senah, dan Badariah.

Namun setelah kajian dibuat, dan dikutip dari keterangan lisan orang orang tua terdahulu, dan masih tidak terlambat, ada dikalangan ahli waris yang mencatatkan nya, maka dengan izin Allah , diketemukan seorang lagi anakanda nya ia itu Nanggau bin Tok Penghulu Marsah. Melalui jurai keturunan ini banyak terdapat dikampung Sungai Rambai dan Muar.

Tok Hitam @ Tok Uban telah berkahwin dengan Tuan Imam Hj Abdullah bin Kamis bin Daeng Kepau atau Tok Kepau, yang mana Tok Kepau ini adalah peneroka asal Kampung Sungai Rambai pada tahun 1790. Hasil daripada perkahwinan ini telah dikurniakan anak ia itu:

1.   Daud beristerikan Gedum binti Aman
2.   Normah (Tok Porak) bersuamikan Dol bin Tok Pandak
3.   Hj Sam (Tok Andak) beristerikan Tom binti Julim
4.   Bastiah (Tok Utih) bersuamikan Said
5.   Tuan Imam Hj Raya beristerikan a) Putih binti Hj Abd Rahim  b) Nina binti Bechat
6.   Basariah (Mak Mok) bersuamikan Long bin Tok Pawang Rabu
7.   Doghalim@ Dualim

Tok Hitam @ Tok Uban telah meninggal dunia  diawal tahun 1900 an dan dikebumikan ditanah perkuburan Islam dikampung Sungai Rambai bersebelahan dengan pusara Anakanda nya  iaitu Allahyarham Tuan Imam Hj Raya bin Hj Abdullah.


SEJARAH RINGKAS TOK PUTIH BINTI  HJ ABD RAHIM @ IBRAHIM

Tok Putih ialah kelahiran kampung Serkam Melaka, anakanda kepada Hj Abd Rahim @ Ibrahim bin Hj Hasanudin bin Hj Md Said (Tok Andak) bin Penghulu Marsah bin Tok Senin. Tok Putih mempunyai beberapa orang adik beradik, tetapi yang diketahui setakat ini ialah: Tuan Imam Hj Abdullah bin Hj Abd Rahim @ Ibrahim, sebagai tuan Imam di kampung Sungai Rambai  Melaka pada tahun 1905 - 1929. Manakala seorang lagi ialah Nokiah binti Hj Abd Rahim @ Ibrahim bersuamikan Tok Pawang Sedon bin Tahir di kampung Telok Rimba, dikurniakan anak ia itu: Hajjah Esah dan berkahwin dengan Hj Hashim bin Hj Raya di Kampung Sungai Rambai.

Tok Putih telah berkahwin dengan Tuan Imam Hj Raya bin Hj Ab dullah dikampung Sungai Rambai Melaka dan dikurniakan anak ia itu: Hj Hashim beristerikan Hajjah Esah binti Pawang Sedon, dan Hj Osman (Pak Sungip) beristerikan Hajjah Sariah binti Hj Hashim.

Tok Putih atau gelaran nya "Mak Serombeh " telah meninggal dunia pada pertenghan tahun 1900 an dan dikebumikan ditanah perkuburan islam dikampung Sungai Rambai Melaka.


SEJARAH RINGKAS TUAN IMAM HJ ABDULLAH BIN HJ ABD RAHIM @ IBRAHIM

Tuan imam Hj Abdullah dilahirkan di kampung Serkam Melaka. Ayahanda nya bernama Hj Abd Rahim @ Ibrahim bin Hj Hasanuddin bin Tuan imam Hj Md Said (Tok Andak) bin Penghulu Marsah bin Tok Senin. Beliau mempunyai adik beradik diantara nya ialah : Putih binti Hj Abd Rahim @ Ibrahim bersuamikan Tuan Imam Hj Raya bin Tuan Imam Hj Abdullah di kampung Sungai Rambai, Nokiah binti Hj Abd Rahim@Ibrahim bersuamikan Tok Pawang Sedon bin Tahir dikampung Telok Rimba.

Tuan Imam Hj Abdullah telah berkahwin dengan Basariah binti Tok Penghulu Long , dan berkaum dengan kerabat Tok Penghulu Md Yasin bin Tok Penghulu Long bin Daud bin Baki di kampung Sungai Rambai Melaka. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan tiga orang anak laki laki ia itu:

1.   Hj Abd Azis bin Hj Abdullah beristerikan Zaharah binti Salleh
2.   Hj Darwis bin Hj Abdullah beristerikan Maznah
3.   Hj Muhammad bin Hj Abdullah beristerikan Salbiah binti Awal

Beliau telah dilantik sebagai tuan Imam di Mesjid Jamek kampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1905 hingga 1929. Tempat beliau sebagi tuan Imam telah diambil  alih olih Tuan Imam Sahad bin Simon pada tahun 1929 hingga 1949.


SEJARAH RINGKAS TUAN IMAM HJ ABDULLAH BIN KAMIS

Dilahirkan di kampung Sungai Rambai Melaka , anak pertama dari empat orang adik beradik. Ayahanda nya bernama Kamis bi Daeng Kepau , manakala bonda nya bernama Raja Munah @Fatimah binti Raja Ali Haji kelahiran Pulau Penyengat Riau. Beliau telah berkahwin dengan Tok Hitam @ Tok Uban binti Tok Nanggau kelahiran Serkam Melaka dan dikurniakan anak ia itu:

1.   Daud beristerikan Gedum binti Aman
2.   Normah bersuamikan Dol bin Tok Pandak
3.   Hj Sam beristerikan Tom binti Julim
4.   Bastiah bersuamikan Said
5.   Tuan Imam Hj Raya beristerikan a) Putih binti Hj Abd Rahim @ Ibrahim
      b) Nina binti Bechat
6.   Basariah bersuamikan Long bin Tok Pawang Rabu
7.   Dagelim (Meninggal muda)

Tuan Imam Hj Abdullah telah dilantik sebagai tuan Imam di mesjid jamek kampung Sungai Rambai pada tahun 1865 hingga 1905. Beliau telah meninggal dunia di tanah suci Mekah , semasa menguruskan rombongan jemaah Haji dari kampung Sungai Rambai dan kampung kampung yang berhampiran.

0 comments:

Post a Comment