SALASILAH TOK KEPAU

Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi












INI LAH SALASILAH   DAENG  KEPAU NAMA NYA

Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi maha mengasihani

Segala puji bagi Allah , tuhan seru sekelian alam serta selawat nya nabi yang akhirul zaman serta keluarga nya  dan sahabat sahabat nya sekelian ada nya.  " Amma ba'du ", dan daripada itu maka ada pun disyarahkan olih nenda nenda   terdahulu yang mutawatir, mensyarahkan perihal salasilah keturunan Daeng  Kepau. Maka salasilah ini terlalu lah  panjang, kait mengait, susur galor nya mengikut kabilah, jika disuratkan semua nya , dibimbangi akan bosan lah orang yang membaca nya. Olih itu diambil jalan yang mudah dan di mukhtasar kan , maka disuratkan setakat generasi yang ke enam   daripada Daeng  Kepau sahaja. Supaya ia menjadi panduan kepada anak anak cucu, supaya tidak tersesat dihutan insan, didalam mencari  asal usul keturunan nya. Kalau disusur dari Daeng  Kepau keatas, dan disusur dari Daeng  Kepau kebawah, sudah lah mustaid kegenerasi yang ke: 15.
Adapun semua nya ini telah  pun di pena didalam  " Syatar " ,  GALERI UGIK.











                                 Ahli ahli waris kadim keturunan Tok Kepau

Ada pun  Daeng Kepau atau Tok Kepau itu ayahanda nya bernama  Daeng Jannung @ Daeng Ibrahim @ Berimah  bin Daeng  Kutak @ Jamaludin  bin Daeng  Jemuling bin Opu Pajung  Daeng Telana , ( Luwu Sulawesi ) Ibni  Opu La Maddusilat  Petta Mattinroe ri Polka  Luwu   ibni Opu Balirante beristerikan We Makkasau binti La Mappedati Ranreng Talotenreng . Opu Balirante itu ayahanda nya  bernama La Patiware Daeng Parabung Matinroe Ri Ware (Raja Luwu Sulawesi ke : 16  (1587-1615)  yang mula mula memelok ugama Islam bergelar ia Sultan Muhammad Waliyul Mutha Haruddin ) mempunyai 3 orang isteri ia itu : 1) We Makkarumpa /We Tenri Jella binti La Mungkace To Addamang Matinroe Ri Kanana Arung Matowa Wajo ke 10 (1567 -1607 ) .  Dari perut We Makkarumpa ini lah  melahirkan Opu Balirante dan adinda nya Opu Patunru, isteri  ke 2) bernama : We Tenri Datu Sailong  Bone Putri  Sorae Datu Luweng, isteri ke 3 ) bernama Karaeng Ri Balla Bugisi Puteri Raja Gowa Daeng Mameta Tonijallo.  Daeng Jannung @ Daeng Ibrahim  @ Berimah  itu mempunyai  beberapa  orang saudara kandung laki laki  ,  diantara nya ialah  Daeng Rentang  kelak melahirkan  Daeng Kasang . Seorang lagi ialah  Daeng Laponek  kelak melahirkan  Daeng Ibrahim  atau Tok Ahim  peneroka kampung  Ulu Duyung Melaka  dalam tahun  1790 an . Semasa Riau  di perintah oleh  yang di Pertuan Muda ke 2   ia itu  Opu Daeng Chellak  ( 1728 - 1745 )  ,  Daeng Jannung  @ Ibrahim @ Berimah  dan beberapa ramai  Bugis  mengandungi  7  buah kapal  telah belayar ke Mempawah  Kalimantan Barat mengiringi Opu Daeng Menambun  untuk  menyandang jawatan  " Penambahan "  dan menjadi menantu  kepada Sultan Muhammad Zainudin di Mempawah.  Di Mempawah Daeng Jannung  @ Ibrahim @ Berimah  telah berkahwin  lagi dengan wanita tempatan  dan dikurniakan beberapa orang anak.  Beliau telah meninggal dunia di Mempawah Kalimantan Barat.   


 Dan  Daeng  Kepau itu, ternak Riau asal nya, Induk Teriang nama isteri nya,  Bugis lah darahnya, di tanah Bugis Sulawesi Selatan  nenek moyang nya, LUWU nama kerajaan nya, mempunyai empat saudara kandung laki laki berlainan ibu ia itu: Lahir @Moen @ Tok Kesang  bin Daeng Jannung,  Tahir @Tok Senin bin Daeng  Jannung, ( Raudah nama isterinya), Bahir bin Daeng  Jannung dan Panglima  Rusol (Tok Gubas) bin Daeng  Jannung (  Tok  Seri nama isteri nya).



  Berbalik kepada Daeng Kepau,  ada pun dikhabarkan Daeng  Kepau itu ramai lah  anak nya, tetapi yang diketahui hanya lah enam orang sahaja, ia itu tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Yang laki laki ialah : 1)  Kamis menjadi juru tulis  bergelar Menteri kepada Sultan Ali Iskandar Shah bagi melicinkan pentadbiran di Jajahan Kesang  pada tahun 1855  -  1877. Setelah kemangkatan Sultan Ali Iskandar Shah di Umbai Melaka pada tahun 1877  , maka Kamis telah berkhimat pula  dibawah pentadbiran  Penghulu Ibrahim bin Daeng Kasang bergelar ia menteri di Tanjung Gading,  2) Ninang, 3)  Puyuh. Manakala yang perempuan pula ialah : 1)  Enggoh, 2)  Urai dan 3) Mendek.                                                  

1.   KAMIS BIN DAENG  KEPAU

Ada pun kamis ini banyak isteri nya, namun tidak dikurniakan zuriat, dan didalam usia yang agak lanjut telah berkahwin dengan Raja Fatimah binti Raja Ali Haji  diPulau Penyengat Riau, barulah dikurniakan zuriat, anak anak nya ialah:
Tuan Imam Hj Abdullah beristerikan Hitam@Tok Uban binti Nanggau, kelahiran Serkam.
Temah bersuamikan Said bin Kamis kelahiran Tedung.
Omar
Hajjah Daemah

2.   NINANG BIN DAENG  KEPAU

Anak anak nya ialah:
Bahaman beristerikan Sekimah binti Jantan
Osman beristerikan Kuyun binti Dagang, kelahiran kg Parit Sidang Seman , Sungai Rambai Melaka.

3.   PUYUH BIN DAENG  KEPAU

Anak anak nya ialah:
Tok Pawang Rabu beristerikan  1) Embah 2) Baiti
Siah bersuamikan Manaf kelahiran Tedung
Ketun bersuamikan Mahat

4.   ENGGOH BINTI DAENG  KEPAU BERSUAMIKAN  , KAMIS BIN KATEK
Anak anak nya ialah:
Tok Pandak, Nong, Gipah bersuamikan Md Eros , dan Said beristerikan  Temah binti Kamis.

5.   URAI BINTI  DAENG  KEPAU
      (Tidak diketahui zuriat nya)

6.   MENDEK BINTI DAENG  KEPAU BERSUAMIKAN ENDOI

Anaak anak nya ialah:
Che'Kiah bersuamikan Katib Samad kelahiran Tedung, Sesau bersuamikan Samad kelahiran Tedung, Kalsum bersuamikan Imam Degaoh kelahiran Tedung,  Sudin beristerikan 1) Chik binti Husin
2) Enon 3) Nina binti Bechat, dan Mai bertsuamikan Ninggal  kelahiran Tedung.

HJ ABDULLAH BIN KAMIS (MARHUM MEKAH)  MEMPUNYAI DUA ORANG ISTERI  , ISTERI PERTAMA TIDAK DIKETAHUI  , ISTERI KEDUA  BERNAMA  HITAM@TOK UBAN BINTI NANGGAU KELAHIRAN SERKAM BERKAUM DENGAN KERABAT TOK SENIN BIN DAENG JANNUNG

Anak anak nya ialah:

Isreri pertama  melahirkan :

Seorang anak laki laki bernama Doghalim @ Dagelim @ Dualim bin Hj Abdullah  (sebagai mata mata di rumah pasung Kuala Kesang pada tahun 1878 dizaman Sultan Abu Bakar Johor memakai no badan  " 49 " , kemudian menyandang jawatan Datuk  penghulu di kampung Sungai Rambai di penghujung tahun 1880  an menggantikan Datuk penghulu Long bin Ribut (Daud ) bin Baki . Setelah itu jawatan Datuk penghulu disandang pula olih Datuk  Demang Jaafar bin Awang bin Ribut





                                      Rumah pasung Sungai Rambai di tepi sungai Kesang

(  Selepas  itu nama Tok Doghalim@ Dagelim @ Dualim tidak lagi disebut sebut dikalangan ahli waris , begitu juga  al marhum datuk dan  ayahanda juga tidak menceritakan langsung tentang nya sama ada beliau berpindah ke daerah lain atau sebagai nya . Walau bagaimana pun kita generasi yang terkemudian tidak jemu jemu menjejaki perjalanan hidup nya hingga kehari ini , munkin Allah akan ketemukan juga disatu hari nanti )

Isteri kedua  melahirkan :

1)   Daud bin Hj Abdullah beristerikan Gedum binti Aman
2)   Normah binti Hj Abdullah bersuamikan  Dol bin Panglima Pandak ( Tedung )
3)   Hj Sam ( Sesam ) bin Hj Abdullah beristerikan Tom binti Julim ( Tedung )
4)   Bastiah ( Tok Utih ) binti Hj Abdullah bersuamikan Said ( Kudus Jawa Tengah )
5)   Hj Raya ( Tok Imam Keling ) beristerikan a) Putih binti Hj Ibrahim ( Serkam) b) Nina binti Bechat
6)   Basariah binti Hj Abdullah bersuamikan Long bin Tok Pawang Rabu.




                                             Tuan Imam Hj Raya bin Hj Abdullah (Imam Keling )



                                             Bastiah binti Hj Abdullah ( Tok Uteh )





                                            Basariah binti Hj Abdullah ( Mak Mok )


TEMAH BINTI KAMIS BERSUAMIKAN SAID BIN KAMIS BIN KATEK KELAHIRAN TEDUNG.

Anak anak nya ialah:
Jaimah bersuamikan Dol bin Pandak, Hajjah Karimah bersuamikan Jeram kelahiran Rawang Muar, Alimah bersuamikan Abd Wahab (Parit Bunga Muar), Simah@Putih bersuamikan Md Yusof bin Jana (Bakri Muar), Tijah bersuamikan Naning (Tedung), Gaim beristerikan Siah (Tedung).

OMAR BIN KAMIS

Anak anak nya ialah:
Kinang bersuamikan Md Deni bin Katib Samad (Tedung)

HAJJAH DAEMAH BINTI KAMIS
(Zuriat nya tidak diketahui)

BAHAMAN BIN NINANG BERISTERIKAN SEKIMAH BINTI JANTAN

Anak anak nya ialah:
Abd Rahman beristerikan Pit binti Mahat, Buyah bersuamikan Md Kasim bin Budin, dan Abd Wahab beristerikan Esah @Debok binti Md Amin.

OSMAN BIN NINANG BERISTERIKAN KUYUN BINTI DAGANG

Anak anak nya ialah:
Dara bersuamikan Jantan bin Rabu, Siti bersuamikan Sedeli bin Rahman, Md Sah beristerikan Loyah, Gemat, Aman beristerikan Mai binti Yot, Samah beristerikan Sal, Md Gisah beristerikan Nyemah.

TOK PAWANG RABU BIN PUYUH BERISTERIKAN EMBAH

Anak anak nya ilah:
Long beristerikan Basariah binti Hj Abdullah, Jantan beristerikan Dara binti Osman, Menah beristerikan Samad bin Satam, Nyemah bersuamikan 1) Jamil bin Empu 2) Sidang Ismail bin Rahmad, Che'Mah bersuamikan Fajar bin Mahat.

SIAH BINTI PUYUH  BERSUAMIKAN MD NOH

Anak anak nya ialah:
Zainon, Semah bersuamikan Manaf.

KETUN BINTI PUYUH BERSUAMIKAN MAHAT

Anak anak nya ialah:
Saona bersuamikan Saraf (Muar), Ahmad Tonggak beriaterikan 1)Siah 2) Chempah (Muar), Kamat beristerikan Piah (Muar), Nyonya bersuamikan Kiman.

Nyonya  binti Mahat (Suami nya Kiman bin Muar)

Anak anak nya ialah:

Jamilah binti Kiman, bersuamikan: 1) Tengah bin Genta  2) Hj Abdullah , beranakan: Jalil beristerikan Zainab, Salim beristerikan Sarinam binti Md Karon,  Zalehah bersuamikan Abu Bakar bin Abdullah. dan Misbah.

Che Lah bin Kiman (Bengkalis Indonesia)

Tijah binti KIman bersuamikan Haron bin Long, anak anak nya ialah: Mohd Syarif, Arpah, Mohd Yusof, Rahimah, Yaakub, Jasmah, Satipah, Jaafar, Abd Ghafar, Kalsom, Mohd Kahat, Abu Bakar, danMaimunah.

TOK PANDAK BIN KAMIS ( BONDA NYA ENGGOH BINTI KEPAU)

Anak anak nya ialah:
Embam bersuamikan Samad bin Dagang, Embun, Dol beristerikan  1)Jaimah binti Said 2) Normah binti Hj Abdullah, Mamat Chebi, Jaenah, Saamah bersuamikan Salleh, Taat beristerikan Kenet, Tiamah bersuamikan Md Zin, Mahanum@Ginum bersuamikan 1) Lajak 2)Md Dewa.

NONG BIN KAMIS (BONDA NYA ENGGOH BINTI KEPAU)

Anak anak nya ialah:
Amin

GIPAH BINTI KAMIS (BONDA NYA ENGGOH BINTI KEPAU)
BERSUAMIKAN MD EROS

Anak anak nya ialah:
Jeloh, Salleh, Md Tahir, Yam, Pit beristerikan 1) Mai 2)Munah 3)Endon.

SAID BIN KAMIS (BONDA NYA ENGGOH BINTI KEPAU)
BERISTERIKAN TEMAH BINTI KAMIS

Anak anak nya ialah:

Jaimah bersuamikan Dol bin Pandak, Hajjah karimah bersuamikan Jeram (Rawang Muar), Alimah bersuamikan Wahab (Pt Bunga Muar), Simah@Putih bersuamikan Md Yusof bin Jana (Bakri Muar),
Tijah bersuamikan Naning (Tedung), Gaim beristerikan Siah (Tedung)

CHE'KIAH BINTI ENDOI ( BONDANYA MENDEK BINTI KEPAU)
BERSUAMIKAN KATIB SAMAD (TEDUNG)

Anak anak nya ialah:
Md Derus beristerikan Putih (Tedung), Md Deni beristerikan Kinang binti Omar (Tedung), Sa'oyah, Lema bersuamikan Majid (Tedung).

SESAU BINTI ENDOI (BONDA NYA MENDEK BINTI KEPAU)
BERSUAMIKAN SAMAD (TEDUNG)

Anak anak nya ialah:
Bilal long beristerikan Saedah binti Akib,

KALSOM BINTI ENDOI (BONDA NYA MENDEK BINTI KEPAU)
BERSUAMIKAN IMAM DEGAOH BIN JULIM (TEDUNG)

Anak anak nya ialah:
Mainum bersuamikan 1) Kamisah  2) Kaem bin Lamsah, Ghani beristerikan Embok, Imam Dolet beristerikan Koming, Jilon beristerikan 1) Melah 2)Koming, Enon bersuamikan Man bin Omar, Jantan beristerikan Yam binti Deraman, Hadi beristerikan Yah binti Enjah.

SUDIN BIN ENDOI (BONDA NYA MENDEK BINTI KEPAU)
BERISTERIKAN 1)CHIK BINTI HUSIN 2) ENON 3) NINA BINTI BECHAT

SUDIN BERISTERIKAN CHIK
Anak nya ialah:
Madun, Wet, Atan beristerikan Embam (Sengkang), Abd Rahim beristerikan Badah binti Nawi, Hashim beristerikan Dengkil.
SUDIN BERISTERIKAN ENON
Anak nya ialah:
Asem beristerikan  1)Habi bin sarbini 2) Temah
SUDIN BERISTERIKAN NINA BINTI BECHAT
Anak nya ialah:
Zainah bersuamikan Azit bin Basit

(Untuk menyemak susur galur anda secara rinci sila datang ke galeri UGIK )

Feb 2012





4 comments:

imam haji abu bakar said...

assalammualaikum...saya dari madrasah desa darul naim kasih ( ar-rabaniyah ) @ al-bugisi cicit raja muna binti almarhum raja ali haji ( ulama nusantara /pujangga melayu ) sila la layari blog kami : madrasahdesadarulnaim-over.blog.com fb kami: darul naim madrasah email kami: fiesyah05@gmail.com alamat: lorong imam faqeh haji jantan km32 kampung parit sidang seman sungai rambai 77400 melaka

Something is not right😁 said...

Tak sangka bnyk sejarah melaka-johor di sana....

toksialangputeh said...

Assalamualaikum..
Adakah Sudin bin Endoi itu seorang mata2 yg memakai nombor badan 51 di balai polis Kuala Kesang..?
Terima kasih atas jawapan Tuan.

Anonymous said...

Ayuh ank bugis bngkit dari pnjajahan geng mamak arab kacuk acheh yg dipilih pnjajah british..

Post a Comment