Coretan pena : Jaafar Kelana Al-Bugisi
Logo persatuan keturunan Tok Kepau
Rumah Bugis Luwu
MENELUSURI WARISAN BUGIS LUWU
ASSALAMMUALAIKUM WBKT
Pengembaraan bermula pada penghujung tahun 1998, pertama kali hamba jejaki kaki dilapangan terbang Sultan Hasanuddin , Hujung Pandang Makasar Sulawesi Selatan, setelah lebih tiga jam didalam penerbangan dari KLIA. Jiwa ini gementar , kemanakah arah hendak dituju, terasa sukar mencari jejak, jejak dihapus hujan semalam, mujurlah seorang insan menawarkan khidmat dan kenderaan untuk menyelinap diseluruh pelusuk tanah UGIK , sambil diketemukan kepada kepala kepala waris yang bolih dirujuk dan bolih membuat keputusan. Sungguh beruntung sekali , kedatangan disambut mesra , bersalam dan berpelukan, hamba katakan wakil dari Melaka , sebuah negeri yang pernah diserang olih Keraeng Semerluki anak kepada Keraeng Majiko di Makasar , yang terkenal dengan sauh terbang nya , dizaman Sultan Mansor Shah Melaka (1459-1477).
Bermulalah kajian, setiap ceruk rantau dijelajahi sambil mengesan , susur galur dan jurai jurai nya , engkaulah tanah LELUHUR. Akhir nya hamba terdampar di PALOPO , dimana terletak nya kerajaan LUWUK PURBA , salah satu kerajaan tertua di Sulawesi Selatan. Letak nya berada dihujung bahagian utara Telok Bone. Disini lah lahirnya seorang tokoh ahli pelayaran Bugis yang tersohor PADUKA SAWERIGADING.
Pada masa pemerintahan SIMPURUSIANG (1268-1293), kerajaan Luwuk benar benar berdiri sendiri dengan batas batas yang jelas. Kerajaan Luwuk diperluas Sampai ke batas batas bahagian wilayah selatan, wilayah utara hingga ke DANAU POSO , Negeri MEKONGGA (Kolaka) dan wilayah bahagian barat berbatas dengan gunung LATIMOJONG . Sebelum Raja Luwuk mendapat pengaruh dari kerajaan GOWA, ada beberapa Raja yang berkuasa , diantaranya ialah: ANAKAJI (1293-1330), TAMPABALUSU (1330-1365 ), TANRA BALUSU (1365-1402), TAMPANANGE (1402-1426), Batara Guru ( 1426-1458), Lamariawa (1458-1465 ), Datu Rissaung Le'bi (1465-1507 ). Puncak kerajaan Luwuk ia itu pada masa pemerintah DEWARAJA (1567). Baginda ialah seorang Raja yang amat terkenal dan tersohor disegala kerajaan kerajaan yang terdapat diseluruh Sulawesi Selatan. Pentadbiran Dewaraja di Luwuk merangkumi pantai timur jazirah sehingga ke Sungai Cenrana. Dewaraja bekerjasama didalam arena politik dengan WAJO . Untuk memperkasakan pemerinthan WAJO , wilayah LAROMPONG, MALUSE, dan SELO diletakan dibawah pentadbiran WAJO. Didalam penggabungan pentabiran ini , kerajan LUWUK sebagai kerajaan Bapa dan WAJO sebagai kerajaan anak, maka ujud lah perhubungan mesra diantara kerajaan penaung dan kerajaan yang bernaung, . Dengan pakatan ini lah maka SINDENRENG dapat disatukan. Kerajaan DEWARAJA kemudian nya mula lah untuk menakluk BONE , ekoran dari tindakan nya itu, maka terbitlan persengketaan diantara DEWARAJA dan ARUNG PONE. Ekoran dari itu maka tercetuslah perang , ia itu perang CENRANA . Didalam peperangan yang berlaku itu kerajaan LUWUK mengalami kekalahan yang amat teruk dan sukar dilupakan. DEWARAJA dapat ditawan, hampir meragut nyawa nya, namun dibebaskan olih ARUNG PONE. Akhirnya DEWARAJA terpaksa menandatangani satu perjanjian yang diberi nama POLO MALELAE RI UNNYI , yang bermaksud (PENGHENTIAN PERANG DI UNNYI). Akibat daripada termeterinya perjanjian ini , maka kerajaan LUWUK tersisih dari kedudukan nya dibahagian timur jazirah dan digantikan olih kerajaan BONE. Ini lah yang hamba cari, yang sentiasa terbuku dijiwa dan meronta ronta untuk mengetahui nya.
Tahun 1999 hamba ke Sambas, Sukadanah, Mempawah , dan Pontianak di Kalimantan Barat, menjejaki waris waris Bugis yang pernah memerintah disini olih Opu Daeng Menambon dan Opu Daeng Kemasi , Raja Ali ibni Daeng Kemboja (Marhum Pulau Bayan ) yang dipertuan muda ke: V , penah berhijrah ke sini setelah campur tangan VOC di Raiu.
Al Marhum Nenda Raja Haji Fisabillillah pernah menabalkan Syarif Abd Rahman sebagai Sultan Pontianak.
Tahun 2000 hamba ke Singapura atas undangan Ahli waris kadim Tuan Haji Yahya bin Selamat, menziarahi makam makam dan tempat tempat bersejarah yang pernah menjadi pusat pemerintahan Raja Raja Bugis di ketika dulu. Engkau lah pulau hujung.
Penghijrahan suku suku Bugis dari Tanah UGIK , didalam satu angkatan perang besar Bugis mengandungi tujuh buah kapal layar besar yang di ketuai olih kelima lima anakanda La Tendri Borong Opu Daeng Rilakka iaitu: Opu Daeng Perani, Opu Daeng Menambun, Opu Daeng Marewah, Opu Daeng Chellak, dan Opu Daeng Kemasi , datang ke Riau dalam tahun 1722 , atas undangan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, bagi membantu Johor mengembalikan Johor dari bawah tapak kaki anak Raja Minangkabau, Raja Kechil dari Siak Indera Pura , yang mengaku anak kepada Sultan Mahmud Shah 11 (Marhum mangkat di julang). Dari saat itu lah berputik nya suku Bugis sebagai yang dipertuan muda , orang kedua penting nya setelah Sultan, didalam kerajaan Riau-Lingga, Johor dan Pahang.
Makam Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Kampung Melayu Kepulauan Riau
Sebagai penyambung wadah , hamba berkelana ke Kepulauan Riau Pulau segantang Lada, engkaulah kota gurindam, menjejaki kisah kisah silam yang dilakukan olih nenda nenda yang terdahulu, semangat membara tak pernah padam . Kali ini hamba tidak kesepian, Raja Sukri bin Raja Zainudin menjadi juru pandu hamba. Menziarahi segala makam Sultan Sultan di Hulu Riau , sungai Carang dan makam yang dipertuan muda serta para kerabat dan tempat tempat bersejarah , di Hulu Sungai Riau (Riau lama), Tanjung Unggat, Kampung Bulang, Sungai Timun, Kota Rebah dan Pulau Biram Dewa, diketemukan dengan Wan Samsudin bin Omar. Menyingkap tentang kehebatan kota piring, disinilah tempat lahir nya Engku Puteri (Raja Hamidah ibni Raja Haji).Makam Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Kampung Melayu Kepulauan Riau
Sisa runtuhan Kota Piring di Pulau Biram Dewa Kepulauan Riau ( Disilah tempat lahir nya Engku Puteri @ Raja Hamidah binti Raja Haji)
Kediaman Raja Abdul Rahman bin Raja Jantan di Pulau Penyengat Kepulauan Riau
Di Pulau Pengengat hamba berkunjung kekediaman Raja Abdul Rahman bin Raja Jantan, disini lah rasanya sudah makin hampir dengan kajian yang hamba lakukan, kerana kunci nya telah ditemui dan akan terungkai segala gala nya. Disinilah bersemadi nya Al Marhun Raja Haji Fisabililillah, Engku Puteri (Raja Hamidah), Raja Haji Ahmad (Engku Haji Tua), dan Raja Ali Haji (Pujangga Riau.)
Rasanya belum lengkap jika hamba tidak ke Daik Lingga, kerana disitulah tempat bersemayam nya Sultan Mahmud Shah 111 , berpindah dari Riau keDaik Lingga pada tahun 1787 dengan 120 buah kapal, setelah membunuh beberapa ramai soldadu Belanda olih Raja Tempasuk dan pengikut nya di Tanjung Pinang. Engkau lah tanah Bonda. Hamba menginap di Lingga Persona , menyingkap kembali tempat tempat sejarah Raja Raja Bugis, Mesjid Sultan, disitu letaknya makam Sultan Mahmud Shah 111, Istana Damnah, makam bukit Chengkih, Bukit Chening , Dabo , Mepar, Singkep dan tidak ketinggalan ke muzium Linggam Chahaya.
Makam Sultan Mahmud Shah 111 di Daik - Lingga
Dengan bantuan Bapak Lazuwardi (Dinas Pariwisata dan Kebudayaan Kabupaten Lingga), hamba mencungkil jejak jejak Raja Raja Bugis yang pernah bermastautin disini seada nya.
Inshaallah jika dipanjangkan usia , hamba tidak bernoktah disini , akan hamba susuri lagi , tetapi kali ini bersama insan yang akan menggantikan hamba supaya ia dapat dipanjangi. Kepada anak cucu yang tidak berkesempatan ketempat tempat yang hamba sebutkan saperti diawal tadi, telah hamba siapkan untuk kalian, digaleri UGIK ada jawapan nya.
Muzium linggam cahaya di Daik - Lingga
10 comments:
Assalamualaikum
Saya dan teman2 saya ingin membuat ziarah ke Makam Daeng Kemasi. Sedih nya kami tidak tahu di mana lokasi dan letak nya makam Daeng Kemasi itu. Kami amat berharap sekiranya saudara boleh bantu kami utk menunjukan di mana lokasi makam tersebut.. Sila email ke saya..daninoor36@gmail.com kalau dpt bantu. Terima kaseh...Hj Danil Noor
Wassalam, ........, jangan lah bersedih, pencerahan masih ada. Ada pun makam Opu Daeng Kemasi itu lokasi nya di ' SAMBAS ' , adakah tuan dari jurai Opu Daeng Kemasi ?.
seronoknya membaca.....terimakasih
Sedih berasa apabila hanya mengetahui bahawa diri ini berketurunan raja bugis tetapi tidak mengetahui tentang asal usulnya
saya mau mencari kaitan raja2 luwu dgn kesultanan sulu filipina, kerana kaitannya dgn keluarga saya.ada yg boleh membantu saya.perkahwinan moyang dyg azizah dgn moyang kappal dari luwu sekitar akhir abad 19
Adakah daeng telani dan daeng telana org yg sama?
Assalamualaikum, Tuan yang saya hormati. saya amat terharu dengan perkongsian tentang leluhur Bugis. Moyang saya Daeng Liyun yang satu ketika turut terlibat dalam Perang Saudara di Kelang. Pada masa ini saya sedang menelaah tentang peranan Bugis khususnya di Kuala Selangor. Mohon saya hubungi tuan. Terima kasih setulus hati.
Saya juga
Saya juga sedih, dan teringin sangat nak tahu salasilah keluarga sy. Katanya dulu zamam nenek moyang kami ada darah diraja, tp waktu dijajah (tak pasti belanda atau jepun) keturunan kami tinggalkan semua dan lari. Ada yang lari ke pulau terpencil. Nak jejak pun susah sebab orang-orang yg lebih tua sudah meninggal. Jadi, cerita-cerita yang saya dengar ibarat macam cerita dongeng sahaja. Kalau tanya saya salasilah keluarga saya, memang saya tak tahu langsung. Ada moyang saya dipanggil ambok dallek daeng matutu, walhal nama sebenar bukan itu. Jadi, nak cari keturunan bugis pun memang tak ada clue.
Cool and that i have a super proposal: Where To Loan For House Renovation house renovation loan
Post a Comment