PENGKALAN PENGKALAN YANG TERDAPAT DISEPANJANG SUNGAI KESANG







PENGKALAN PENGKALAN YANG TERDAPAT DISEPANJANG SUNGAI KESANG

PENGKALAN LEBAN


(Coretan pena :  Jaafar Kelana Al-Bugisi )

Sungai Kesang merupakan satu laluan penting bagi tujuan perhubungan diantara kawasan dan daerah daerah pendalaman yang lain. Sekitar kurun ke:18 , sungai Kesang amat sesuai bagi kapal kapal dan perahu perahu besar dan kecil hilir mudik serta berlabuh kerana perairan nya dalam. Ketika itu rempah ratus, lada hitam. gambir , Damar, rotan dan pinang kotai banyak terdapat didaerah daerah yang dihulu termasuk dikaki gunung Ledang . Maka mudah lah kapal kapal dan perahu besar untuk membawa hasil hasil tani melakukan kerja kerja pemunggahan .

Perdagangan yang dilaksanakan dipengkalan pengkalan yang banyak terdapat di sungai Kesang adalah perdagangan secara bertukar tukar barang  (Sistem barter). Kebanyakan barang barang yang dibawa  dari luar ialah kain sutera , pinggan mangkuk dan lain lain lagi , yang mana barang barang ini tidak diperolihi di Tanah Melayu diketika itu.

Salah satu pengkalan yang terdapat di Sungai Kesang ialah pengkalan Leban. Ia terletak lebih kurang 4 km dari muara sungai Kesang disebelah kiri didalam kawasan Melaka. Pengkalan ini wujud sejak pembukaan kampung Sungai Rambai dalam tahun 1790. Menurut cerita  lisan dari orang tua tua terdahulu, pengkalan ini dinamakan pengkalan leban , ialah sempena terdapat nya sebatang pokok halban besar yang tumbuh ditepi pengkalan tersebut untuk mengikat perahu perahu nelayan. Pengkalan leban berfungsi sebagai sebuah pengkalan untuk pemunggahan dan mendaratkan hasil hasil tangkapan laut diperairan Selat Melaka. Ia juga digunakan untuk penduduk penduduk kampung Sungai Rambai dimasa dahulu sebagai tempat berlepas dan ketibaan bagi tujuan pelayaran ke Melaka, Muar , Singapura, Siak, Bengkalis dan kepulauan Riau.

Dalam tahun 1963 semasa peristiwa konfrantasi diantara Malaysia dan Indonesia , tentera tentera Indonesia telah mendarat di Pengkalan Leban dan terperangkap didalam lumpur dan tidak bolih berbuat apa apa, dan akhir nya ditahan olih tentera British.

Sejak kerja kerja meluruskan sungai Kesang yang dilakukan disekitar tahun 1980 an , maka sungai Kesang air nya telah cetek dan berlumpur ,  sekali gus pengkalan leban telah pupus dan tidak bolih digunakan lagi.





     Lokasi asal pengkalan Leban



PENGKALAN LAMBAK

Selepas pengkalan  Leban , pengkalan Lambak juga merupakan satu pengkalan penting di Sungai Kesang . Pengkalan ini dinamakan pengkalan Lambak ialah sempena nama seorang yang bernama
" Lambak bin Manaf " dan isteri nya bernama Aminah kelahiran Terengganu , berhijrah ke Kampung Sungai Rambai di sekitar awal tahun 1900 an. Pasangan ini telah membina rumah kediaman ditepi sungai Kesang , dan dikurniakan anak iaitu  Haron (anak angkat) tinggal di Bukit Kepong, Muar, dan seorang lagi anak perempuan bernama Sawi binti Lambak tinggal di Singapura, anak-anaknya ialah: Hashim, Abdullah, Norlia, dan Nur. Pada asal nya pengkalan ini hanya digunakan olih beberapa orang nelayan sahaja untuk turun ke laut, dan lama kelamaan ia bertambah sibuk setelah pengkalan leban di tutup.

Sekarang pengkalan Lambak sedang pesat membangun , setelah pihak kerajaan menyalurkan peruntukan untuk membina jeti , dan kemudahan lain , untuk memudahkan para para nelayan turun kelaut mencari rezeki.








    Pengkalan Lambak



PENGKALAN SUAK KELABAU


Satu lagi pengkalan yang terdapat di sungai Kesang, di kampung Sungai Rambai ialah pengkalan Suak Kelabau. Suak ialah merupakan teluk kecil yang terdapat di sungai, dan ada juga memanggil nya Serokan, jika dilaut ia dipanggil teluk. Manakala kelabau pula ialah sejenis ikan sungai yang menyerupai ikan lampam yang banyak terdapat disini disatu masa dahulu, dan didalam bahasa saintifik nya ialah Osteochilus melauopleura. Melalui dua perkataan ini lah maka wujud nya nama
" Pengkalan Suak Kelabau " . Sebahagian besar penduduk kampung Sungai Rambai , tidak mengetahui tentang kewujudan nya  terutama nya generasi muda. Lokasi nya ialah lebih kurang  5 km dari muara sungai Kesang , disebelah kiri tebing sungai jika mudik kehulu, dan ia berhampiran dengan tapak semaian bunga bungaan olih syarikat persendirian.

Pengkalan ini juga telah wujud semasa pembukaan asal kampung sungai Rambai dalam tahun 1790, olih masyarakat Bugis dari kepulauan Riau. Pengkalan ini digunakan olih para para pedagang dan nelayan disekitar kampung sungai Rambai untuk turun kelaut. Dikhabarkan juga dikawasan sekitar  kawasan ini , adalah sawah padi terbentang luas  yang diusahakan penduduk asal. Sekarang pengkalan ini telah tiada lagi , hanya menjadi kenangan kepada generasi kini dan akan datang. Sebenar nya banyak lagi suak suak yang terdapat disepanjang Sungai Kesang  dari pengkalan suak  Kelabau hingga ke pengkalan Teluk Gong diantaranya ialah : Suak Anak Musa, Suak Berenung, Suak Olak Pusing (dikawasan ini dianggap bahaya kerana keadaan air nya perpusar dan berpusing, pernah dizaman dahulu ada mangsa terkorban disedut air hingga kedasar nya),  suak Lubuk Meriam, dan suak anak air sayang.





Lokasi asal pengkalan Suak Kelabau



PENGKALAN  TELUK GONG

Pengkalan ini letak nya dikampung Tasik lebih kurang 8 km dari muara sungai Kesang. Terletak disebelah kiri tebing Sungai Kesang jika berperahu mudik kehulu. Pengkalan ini mendapat nama nya Teluk Gong ialah sempena , terdapat satu Teluk atau Suak atau Serokan yang bulat menyerupai gong diantara kampung Tasik dan kampung Kesang tasik. Pengkalan ini dipercayai wujud disekitar tahun 1790 semasa pembukaan asal kampung Sungai Rambai olih suku suku Bugis yang datang dari kepulauan Riau . Pengkalan Teluk Gong juga pernah disebut orang sebagai pengkalan ketuk ketuk, kerana apabila orang orang hendak menyeberang ke Kesang Tasik , maka tepi perahu akan diketuk untuk menarik perhatian yang lain jika hendak turut sama menyeberang.

Disebelah kanan tebing sungai Kesang ialah kampung Kesang Tasik daerah Ledang. Kampung ini dibuka olih Tok Lahir@Tok Moen@Tok Kesang , juga berketurunan Bugis dan sezaman dengan pembukaan kampung Sungai Rambai.

Pengkalan Telok Gong ini ialah salah satu pengkalan yang amat penting pada masa dahulu , diantara beberapa pengkalan yang terdapat disepanjang sungai Kesang , untuk penduduk penduduk kampung Sungai Rambai dan kampung Kesang Tasik sebagai tempat berlepas dan ketibaan bagi tujuan pelayaran keMelaka, Muar, Siak , Bengkalis , Singapura dan kepulauan Riau.

Pengkalan ini juga dijadikan tempat pemunggahan dan pendaratan hasil hasil tangkapan laut olih nelayan nelayan diperairan selat Melaka. Bagitu juga untuk kegiatan kegiatan pemunggahan hasil hasil tani yang memang banyak terdapat dikampung kampung yang dihulu saperti Teluk Rimba, Kundang, Sialang, Bahap (Parit Dahalan), Parit Timin, Paya Kepong, Pengkalan Besar, Bekoh, Tangkak dan Chohong. Setelah pihak kerajaan membina jalan raya bertar dan membina sebuah jembatan  menghubungkan kampung Sungai Rambai dan Kampung Kesang Tasik , dengan sendirinya pengkalan ini telah terabai dan ditinggalkan  begitu shaja








    Lokasi asal pengkalan Telok Gong




    Makam Tok Laji bin Moen di Tanjung Gelugur Kesang Tasik



PENGKALAN TANJUNG RAMBAI

Tanjung Rambai terletak disebelah kiri tebing sungai Kesang didalam kawasan Melaka jika berperahu mudik kehulu dan jauh nya lebih kurang 9 km dari muara nya. Tanjung Rambai bersetentang dengan Tanjung Gelenggang dikawasan Teluk Rimba daerah Ledang. Masa dahulu , terdapat sebuah pengkalan, dinamakan pengkalan Tanjung Rambai , kerana terdapat sebuah tanjung kecil, dan sempena nama kampung Sungai Rambai diawal pembukaan nya pada tahun 1790.

Dimasa dahulu , semasa sungai Kesang menjadi laluan dan penghubung penting untuk perahu perahu besar dan kecil, hilir mudik untuk kerja kerja pemunggahan hasil hasil tani  dan rempah ratus yang banyak terdapat , terutama nya dikawasan kawasan yang  di hulu , untuk dipasarkan ke Melaka, Muar, Singapura, Siak , Bengkalis, Karimun, dan kepulauan Riau-Lingga . Pengkalan Tanjung Rambai juga berfungsi sebagai transit untuk pedagang pedagang dan para nelayan berlindung dari angin monsun ganas dan serangan lanun , sambil menambahkan bekalan air tawar dan kayu api, serta menunggu pertukaran angin untuk meneruskan pelayaran seterusnya.

Pada awal tahun 1900 an  pengkalan Tanjung Rambai dijadikan tempat pendaratan suku suku Jawa yang datang secara beramai ramai terutama nya dari Tanah Jawa saperti Semarang, Kendal, Kudus, Demak, Jepara dan ada juga sebilangan kecil dari negeri Johor. suku suku Jawa ini telah membuka kawasan pertanian dan sawah padi dengan cara sistematik dari pengalaman yang dimiliki, dan kawasan pertanian dan sawah padi yang terbentang luas masih kekal hingga kehari ini.

Sekarang pengkalan Tanjung Rambai telah lenyap dari pandangan mata, dan tidak lagi menjadi bualan olih penduduk kampung Sungai Rambai. Semoga ia menjadi sejarah bagi generasi kini dan akan datang.




    Lokasi asal pengkalan Tanjung Rambai pandangan dari Tanjung Gelenggang Telok Rimba



PENGKALAN LUBUK BATU

Ada pun diceritakan olih orang orang tua yang terdahulu, terdapat satu pengkalan disebelah kiri tebing sungai Kesang jika berperahu mudik kehulu lebih kurang 11 km dari muara disebelah perintah Melaka dan bersetentang dengan kampung Bahap Telok Rimba daerah Ledang. Pengkalan ini dinamakan pengkalan Lubok Batu , kerana disini air nya dalam dan didasar nya terdapat batu yang besar. Pengkalan ini terletak di kampung Lancang Merlimau Melaka. Ada pun diriwayatkan, orang pertama yang meneroka kampung ini ialah seorang laki laki bernama Tok Sayang dan pengikut pengikut nya. Tok Sayang ialah anak angkat kepada Panglima Rusol (Tok Gubas) bin Jannung bin Kutak bin Jemuling bin Opu Pajung (Daeng Telana), yang tinggal di Tanjung Gelugur Kesang Tasik. Panglima Rusol merupakan saudara kandung kepada Tok Lahir@Moen@Tok Kesang pembuka asal kampung Kesang Tasik ,dan Tok Kepau dikampung Sungai Rambai disekitar tahun 1790 an, dimasa itu Muar diperintah olih Temenggong Engku Buruk sebagai wakil Sultan  (1761-1801).

Mengimbau kembali sejarah awal nya, disatu ketika semasa panglima Rusol dan orang orang nya membuat rondaan diperairan diantara  Muar dan Tanjung Gading , dengan tidak disangka sangka beliau telah diketemukan dengan seorang pemuda hanyut dilaut dihempas ombak berpaut pada sekeping papan, dan dipinggangnya tersisip sebilah rencong Acheh. Dikhabarkan kapal yang yang ditumpangi olih pemuda dari Acheh ini telah dipukul ribut dan karam didalam pelayaran menuju ke Melaka. Setelah diselamatkan , maka dibuat lah anak angkat  olih panglima Rusol dan diberi gelaran  " SAYANG " , sedangkan nama batang tubuh nya ialah Syed Ismail bin Syed Ehsan dan juga digelar orang Tok Kedekai ( Kedua dua makam suami isteri ini terletak di kampung Sungai Rambai disatu tempat bernama Padang Layar di tepi Sungai Kesang) . Panglima Rusol telah mengkahwinkan Sayang dengan anak gadis kesayangan nya bernama Dayang@Endek@Molek mendapat seorang anak laki laki bernama Syed Idros kelak  menjadi orang kanan Penghulu Samsu bin Laji di Kesang Tasek. Dayang mempunyai lima orang   saudara  kandung laki laki ia itu : Tok Mahat (Makam nya di kampung Parit Karang Tg Gading Ledang), Tok Ribut ( makam nya di Pulau Penarik ),  Tok Bandung, Tok Sengkar dan   Tok Dagang (Makam nya diperkarangan mesjid Sungai Mati Ledang) . Tok Dagang  ialah ayahanda kepada Panglima Taman, (Dipijak olih gajah  di hutan Segamat terbenam didalam tanah selama seminggu , dijumpai orang masih bernyawa , setelah diselamatkan bolih hidup berpuluh tahun lagi).




                  Makam Tok Sayang @Tok Kedekai dan isteri Tok Dayang di Tepi Sungai 
                                                                           Kesang
Olih kerana penduduk Gelugur telah padat , maka Tok Sayang bersama isteri serta 40 orang yang lain telah mengambil keputusan untuk berpindah dan membuka penempatan baru , memudiki sungai Kesang menaiki sebuah lancang , lebih kurang 3 km dari pengkalan Tanjung Rambai, disebelah kiri tebing sungai Kesang daidalam perintah Melaka , dan tempat ini dinamakan kampung Lancang hingga ke hari ini sempena lancang yang dinaiki nya.

Kampung Lancang , keadaan muka buminya  berpaya dan berbukit , sangat sesuai dijadikan kawasan penempatan dan pertanian . Sebuah pengkalan telah dibina bagi memudahkan penduduk  kampung Lancang hilir mudik menggunakan sungai Kesang dan pengkalan ini dinamakan pengkalan Lubok Batu. Peristiwa ini berlaku lebih kurang disekitar tahun 1790 an.

Setelah kampung Lancang telah bertambah maju , maka datang lah sedikit demi sedikit  kaum kaum kerabat dari Kesang Tasik , Sungai Rambai dan Tedung membuka kawasan pertanian , dan kampung ini telah ramai penduduk nya. Lebih kurang diawal tahun 1800 an , rambai penduduk kampung Lancang telah berpindah semula kekampung asal merika , kerana satu kejadian misteri berlaku ia itu saban bulan ada sahaja penduduk kampung yang meninggal dunia secara mengejut tanpa sebab musabab nya. Setelah diteliti ada pendapat orang orang tua mengatakan , konon nya penduduk di kampung Lancang tidak bolih  dihuni lebih  dari 40 orang , untuk muat muat satu lancang sahaja. Jika lebih dari jumlah itu konon nya akan berlaku lah musibah yang tidak dijangka.

Sekarang kampung Lancang , penduduk nya tinggal dengan aman damai tanpa gangguan misteri lagi. Disitu lah letaknya pusat kokorikulum sekolah sekolah diseluruh negeri Melaka. Dikampung Lancang juga terdapat makam Tok Pandak bin Kamis bin Katek dan beberapa buah rumah kediaman suku sakat Tok Kepau masih kekal hingga kehari ini, ia itu Hajjah Buruk binti Pit dan anakanda nya Datuk Penghulu Nor Azmi bin Mahmud. Pengkalan Lubok Batu menjadi kenangan dan hampir semua generasi muda penduduk Lancang , Kesang Tasik , dan Sungai Rambai tidak tahu tentang keujudan nya serta menyimpan banyak sejarah yang perlu diselongkar.

Asap api di lubuk batu
Nampak kabur dari  pandangan
Hendak mati dihujung kuku
Hendak berkubur ditapak tangan






    Lokasi asal pengkalan Lubuk Batu, pandangan dari kampung Bahab (Parit Dahalan Telok Rimba Ledanag)



   Loji penapis air dikampung Lancang , pandangan dari kampung Bahab (Parit Dahalan Ledang)




   Surau kampung Lancang Merlimau Melaka




    Makam Tok Dagang bin Panglima Rusol (Tok Gubas) di Sungai Mati Ledang



SEKELUMIT TENTANG POKOK RAMBAI
(Baccaure Motteyana)

Sejenis pokok yang berbuah. Buah nya bolih dimakan. Nama saintifik nya ialah " Baccaure Motteyana ". Pokok rambai senang didapati di hutan hutan , dipendalaman dan dikampung kampung. Jarang sekali ia ditanam secara meluas , kerana buah nya kurang diminati ramai. Pokok rambai akan berbuah setahun sekali saperti pokok buah buahan lain juga. Ada juga pokok rambai yang hanya berbunga sahaja , tetapi tidak mengeluarkan buah, ia dipanggil rambai jantan. Bunga nya bolih dibuat sayur , tetapi rasa nya agak masam sedikit. Sekarang pokok rambai jantan ini jarang diketemui lagi.

Dimasa lampau daun rambai digunakan untuk  dibuat pembungkus makanan, saperti pembungkus tempeh dan pembungkus tapai. Buah rambai yang telah  masak ranum rasa nya manis. Buah rambai dimakan dengan cara menelan biji nya sekali. Kulit buah rambai bolih dibuat sayur , dihiris halus, sangat sesuai dimasak lemak berempah dan sebagai perencah kepada berbagai jenis ikan. Buah rambai ada bermacam macam jenis, diantara nya ialah:

1.   Rambai lumut
2.   Rambai telur
3.   Rambai ayam
4.   Rambai bukit
5.   Rambai burung
6.   Rambai tikus
7.   Rambai hutan

(Daripada sempena pokok rambai inilah , maka terbit nya nama Kampung Sungai Rambai hingga kehari ini )

3 comments:

junsang sonata said...

Sy terbaca blog tuan ni, teringat sy ada kubur di belakang rumah mak saudara sy di sg mati, ada tulis nama RIBUT. Sy takut tu kubur tok ribut rasanya.. Harap boleh hbngi sy dgn lbh lanjut. 0177983587 shafie

Unknown said...

ibrahim bin ribut

Unknown said...

ibrahim bin ribut

Post a Comment