TOK ANDAK SERKAM & SUNGAI BENTAYAN

  Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi



    Makam Hj Md Said (Tok Andak) bin Penghulu Marsah , di Batu 1 Bakri Muar


MENYELUSURI WARISAN  TOK ANDAK  SERKAM

Nama sebenarnya ialah Hj Md Said bin Penghulu Marsah  bin Tok Senin. Beliau dilahirkan dikampung Serkam Melaka, mempunyai 14  orang adik beradik, tetapi yang diketahui setakat ini ialah  9 orang sahaja, iaitu: Landa binti Marsah, Hj Md Said (Tok Andak ) bin Marsah, Penghulu Amar bin Marsah, Jamaludin bin Marsah, Md Aris bin Marsah, Satariah binti Marsah, Senah binti Marsah bersuamikan Penghulu Kaem, Badariah binti Marsah bersuamikan Lajis, dan Nanggau bin Marsah (Jurai ini banyak terdapat di kampung Sungai Rambai.)

Hj Md Said (Tok Andak) mempunyai 2 orang isteri yang dikahwini nya, iaitu isteri pertama nya bernama Suri binti Sa'ban, namun tidak dikurniakan zuriat. Manakala isterri kedua nya pula bernama Sa'diah.  Melalui perkahwinan ini dikurniakan anak ia itu: Hj Kamaludin beristerikan Nye (Beliau lah yang meneroka lorong pandan Melaka), Hj Hasanuddin (Jurai ini banyak terdapat di kampung Sungai Rambai, kebanyakan nya menjadi pegawai syarak), Hj Md Zin, Hj Md Ali, Bijah, Kamariah, Timah, Hajjah Che'Mah bersuamikan Tannuddin (Tannuddin ini ialah berkaum dengan kerabat Tun Tan Cheng Lok , Melaka), Halimah, Jagoh (Beliau lah yang meneroka kampung Bukit Senggeh Melaka), Nukiah, Liah, dan Temah bersuamikan Hj Muhamad.

Ada pun jurai keturunan ini banyak terdapat di Serkam, Tedung, Muar, Semerah, Sungai Balang, Bukit Senggeh, Sungai Rambai, dan ada juga tempat tempat lain yang tidak dipenakan disini. Keturunan ini juga banyak menelurkan ramai cendikiawan, ulamak , Ahli politik, Ketua masyarakat, orang orang seni, dan orang orang kenamaan yang berjawatan penting di Malaysia. Ada setengah riwayat  mengatakan keturunan ini ada yang merantau  dan semende menyemenda melalui perkahwinan dengan keturunan Melayu Patani di Thailand, dan dengan kerabat kesultanan Sulu di Filipinah. Namun perhubungan kekeluargaan telah terputus dan tidak dapat dikesan hingga kehari  ini.



Hj Abu Bakar bin Hj Md Ali, cucu kepada Hj Md Said (Tok Andak), Serkam


Semasa hayat nya Hj Md Said (Tok Andak) ini, berjawatan sebagai tuan Imam dan ulamak yang disegani dan tersohor bukan sahaja dikampung Serkam, malahan diluar kawasan itu, sehinggakan kampung Serkam mendapat jolokan sebagai serambi Mekah. Dizaman beliaulah , anak anak  kariah di Serkam telah bergotong royong  membina sebuah mesjid pada tahun 1853 dibawah pengawasan beliau sendiri dan dibantu olih adindanya Penghulu Amar bin Penghulu Marsah.




   Mesjid jamek kampung Serkam Pantai Melaka, dibina pada tahun 1853 m


Mengimbau kembali sejarah penglibatan nya didalam satu pemberontakan yang dinamakan perang rokam . Peristiwa ini berlaku pada tahun 1887, yang mana penduduk Serkam yang dipimpin olih Hj Md Said (Tok Andak) tidak berpuas hati , terhadap sistem baru pembayaran cukai yang diperkenalkan olih pihak British. Olih kerana rundingan menemui jalan buntu  , maka pihak British yang dipimpin olih pesuruh jaya tanah di Melaka bernama BH Alcum  telah datang ke Serkam dengan membawa sejumlah besar mata mata lengkap bersenapang dan bersangkur , menaiki kerita kuda dari Melaka, bagi menakut nakutkan penduduk Serkam  yang telah pun bersedia dengan alat senjatanya , bagi menghadapi  sebarang kemunkinan.

Didalam keadaan yang amat genting , Sultan Abu Bakar Johor telah menjadi orang tengah , mengundang Hj Md Said (Tok Andak) dan anak anak buah nya berpindah ke Muar. Kumpulan ini berperahu dari Serkam  memasuki sungai Muar , seterusnya memudiki sungai Bentayan Muar, lebih kurang satu setengah km dari muara , telah membuka penempatan baru disebelah kanan tebing sungai Bentayan  dan tempat ini dinamakan lorong Serkam hingga kehari ini. Pada tahun 1888, Hj Md Said (Tok Andak) telah meninggal dunia dan dikebumikan ditanah perkuburan islam  " Saiddiah "  batu: 1 Bakri Muar, di tepi sungai Bentayan dibawah pohon tembusu. Tanah perkuburan ini dinamakan tanah perkuburan Saiddiah , ialah sempena nama beliau.

Olih kerana beliau berasal dari Serkam Melaka, maka dibahagian kepala makam nya telah dibina kubah, saperti kubah mesjid mesjid tua di Melaka, manakala disebelah kanan makam beliau ialah makam isteri nya Sa'diah. Makam ini dijaga rapi olih ahli ahli waris kadim keturunan ini , turun temurun, dan orang yang menyumbang khidmat mengecat makam nya disaban tahun ialah En Abas bin Md Kaus bin Abd Manaf bin Hj Kamaludin bin Hj Md Said (Tok Andak), tinggal di lorong Pandan Melaka. Semoga beliau dipanjangkan usia dan ditambah rezeki yang melimpah ruah.

Setelah kematian Hj Md Said (Tok Andak), maka anak anak buah nya yang tinggal dilorong Serkam Muar , sebahagian nya telah berpindah semula kekampung asal nya di Serkam Melaka.  Kini lorong Serkam telah lengang , banyak lot lot tanah telah terjual kepada bangsa Cina, dan tersepit dengan arus pembangunan. Yang tinggal ialah sebuah surau, sebuah madrasah belajar ugama dan beberapa buah rumah kediaman , termasuklah sebuah rumah cucu cicit nya ia itu Allahyarhamah Hajjah Jamilah binti Kasim. Selebih nya ialah orang orang luar sebagai penyewa dan tidak seorang pun yang tahu, apabila ditanya tentaaang keujudan dan sejarah lorong Serkam, serta asal usul peneroka   asal nya didalam erti kata yang sebenar. Sehinggakan makam Hj Md Said (Tok Andak) sendiri pun, ada pihak yang tidak bertanggung jawab , telah menafikan nya dan mendakwa  sebagai makam  "Tok Bentayan " yang tiada lansung kena mengena dengan sejarah yang sebenar, semata mata untuk mendapatkan publisiti murahan, tanpa merujuk terlebih dahulu kepada ahli ahli waris kadim keturunan ini. Apa tah lagi kalau ditanya kepada ahli ahli waris Tok Bentayan sendiri pun , merika tidak akan bersetuju , makam itu adalah makam moyang nya. Begitu lah resam dunia , pabila itik sudah bertaji, pabila kadok dah naik junjung, pabila cacing naik kemata, lantas merasakan diri sehebat hebat nya.

(Coretan ini adalah sebagai serpihan dari sejarah yang dipena olih ahli ahli waris Tok Andak yang berada di Serkam Melaka, jika ada kelemahan dari segi sejarah dan  fakta , harap diperbetulkan, untuk kebaikan kita bersama)


    Surau di kampung Lorong Serkam Bakri Muar.


29 comments:

cik qis said...

salam, encik jaafar, saya sedang mencari jejak salahsilah keturunan saya juga...ada ayah saya pernah bercerita tentang kisah moyang saya yang asalnya dari serkam, migrate ke muar atas sebab tidak bersetuju dengan penjajah...kisah tersebut, ada dalam coretan encik...bagaimana saya ingin tahu lanjut salah silah keturunan saya ini dari mana ye...:)

cik qis said...

arwah datuk (abdul majid bin ibrahim bin abdul manaf) bersama nenek (sa'adiah binti daud) membina kediaman di sg.balang muar, bersama beberapa keluarga yang lain. difahamkan kedua datuk dan nenek juga bersaudara. Sekiranya datuk masih hidup umurnya dalam lingkungan 80lebih tahun, ayah saya md dzali abdul majid, 56 tahun..

Jaafar Kelana al Bugisi said...

Wassalam........
Ada pun suku suku yang berhijrah ke Sungai Balang itu ramai lah ada nya. Olih kerana ia terlalu panjang salasilah nya , kait mengait susur galur nya, maka tak mampu dipena disini. Ada pun asal nya Tok Tannuddin beristerikan Chek Mah binti hj Md Said (Tok Andak), beranakan : Tok Bariah, Tok Abd Hadi, Tok Abd Ghani, Tok Abd Hamid Hj Abd Majid, Tok Zalehah, dan Hj Muhamad. Ada pun hj Muhamad itu beristerikan Patrasalam, maka beranakan Hjjah Putih, Hj Abdullah, Hajjah Aminah, Hj Othman, Hj Yusof , Hj Mohd Said, dan Daud . Itulah saja yang dapat hamba penakan, untuk salasilah lengkap sebagaimana yang telah di pena didalam syatar GALERI UGIK, hanya inilah saja pekerjaan yang dapat hamba yang faqir kerjakan, untuk menemani usia menjelang senja.

Ibnu al-Khatib said...

Assalamu'alaikum Encik Jaafar,

Saya difahamkan bahawa bapa saya berketurunan Bugis yang menetap di Sungai Rambai. Ketika kecil dulu, saya pernah menziarahi kubur datuk saya yang bernama Debok bin Sulaiman. Khabarnya Debok seorang yang terkenal juga di Sg. Rambai itu. Adakah Encik Jaafar mempunyai apa-apa maklumat mengenai insan yang bernama Debok bin Sulaiman ini? Terima kasih atas perkongsian.

Jaafar Kelana al Bugisi said...

Wassalam,

Siapa nama nya bapa tuan yang menetap di Sungai Rambai ya.......

Ibnu al-Khatib said...

Dolmat bin Debok.

Unknown said...

assalamualaikum.. boleh tau x adakah salah satu keturunan beliau pernah tinggal di kuala sungai baru melaka?

QMS and ISO said...

Arwah ninda saya Amnah bt Hj Hussein @ Majid ialah cucunda kepada Tannudin bin Rahmat dilahirkan di Lorong Serkam II, Muar

Unknown said...

bangga ade pic atok sedara sy tok abu adk bongsu kpd nenda sy fatemah binti hj md.ali

ArtDariHeart said...

Mohd Fadzil Bin Hj Kasim Bin Fadzil Bin Hj Taha Bin Hasanuddin Bin Hj Md Said Bin Marsah Bin Nayan

Unknown said...

famous atok saya....HJ ABU BAKAR...masih sihat.

Penghulu zakaria homestay said...

👍👍👍👍👍

Penghulu zakaria homestay said...

👍👍👍👍👍

Anonymous said...

Nak tanya tok kepau berketurunan apa ya??

Unknown said...

alhamdulillah dapat jua bersua muka dengan abg jaafar tempohari serta seronok mendengar kehebatan keturunan saya itu....Rafezi bin Hj Kasim bin Fadzil bin Hj Taha bin Hasanuddin bin Hj Md Said bin Marsah bin Tok Senin ....

Unknown said...

Masih tertanya-tanya.. apakah bugis di Melaka tidak sama hebat seperti di Johor/ Pontian, Benut dan Lain2 daerah dlm johor juga di selangor..
harap Tuan dapat sahihkan salasilah bugis di Telok Mas adakah semuanya berketurunan asal Bugis..Raja Haji sebab ada nama Jalan Daeng Tawi, Kg Tambak Bugis....
harap dirungkai kisah ini...nak tahu sangat

ArtDariHeart said...

Mohd Fadzil bin Hj Kasim bin Fadzil bin Hj Taha bin Hasanuddin bin Hj Md Said bin Marsah bin Tok Senin

Unknown said...

Saya mencari keturunan keluarga ana abdullah bin hasan bin agil bin hasan bin alwi beliau adalah bansawan tingggi kesultanan bone sulsel

Unknown said...

Alfagier dari kesultanan bone di bone

Unknown said...

Abdullah bin siapa wan

nur fatin farahain said...
This comment has been removed by the author.
nur fatin farahain said...
This comment has been removed by the author.
nur fatin farahain said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Abang saya hj abu bakar jamal banyak tahu tentang salahsilah. Boleh hubungi saya dulu 019-6062094

Unknown said...

Sy mencari salasilah keturunan dari Johor . Dengar dari keluarga, berasal dari Johor . Duduk di kg Serkam Johor dlu . Atuk sy bernama nazir bin hj Kassim . Abg kepada atuk sy memanggil dgn panggilan cikgu Atan . Ade sesiapa mengenali x? Trima kasih .

Anonymous said...

sesiapa yang tahu tentang sejarah tuan guru haji hasan serkam ?surau hj hasan alim

Jaafar Kelana al Bugisi said...

Hj Hassan Alim Serkam menjadi proksi kepada Tengku Nong kg gelam Singapura Dalam perang jementah 1879. Hi Hasan sering berulang alik ke singapura ambil Wang untuk beli peralatan perang .orang serkam tidak senang dengan Hj Hassan, kerana orang serkam pro sultan Abu Bakar johor, akhir nya rumah Hj Hassan diserkam dibakar. Ikuti salasilah hk Hassan Alim.

Anonymous said...

Btw hj mohamad tu kahwin dua dye atok saya😓

Anonymous said...

Ada kaitan dgn keluarga saya ke.. hj kemat bin hj dolah

Post a Comment