SULTAN AHMAD SHAH (MARHUM BUKIT BATU BINTAN)

Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi












                     Makam Sultan Ahmad Shah di Bukit Batu Bintan Kepulauan Riau


MENELUSURI MAKAM  SULTAN AHMAD SHAH  (MARHUM BUKIT BATU )


Setelah Melaka jatuh  ketangan Portugis pada 15 Ogos 1511, Sultan Mahmud Shah l telah berpindah keistana hinggap , istana kayu ara di Hulu sungai Melaka. Dari situ maka berlakulah penghijrahan besar besaran dikalangan para para menteri dan pembesar Melaka bersama Sultan Mahmud Shah l . Sultan Mahmud Shah l memudiki sungai Muar melalui penarik dan akhir nya ke Pahang. Berdahara tepok bersama orang orang nya tinggal di Lubuk Batu, manakala Sultan Ahmad Shah mempertahankan kota bentayan di muara sungai Muar.

Setelah kota Bentayan dan Pagoh dapat dialahkan olih Portugis , Sultan  Ahmad Shah telah bergabung dengan ayahanda nya di Pahang . Manakala Bendahara Tepok (Tun Hamzah) telah mangkat di Lubuk Batu Segamat digelar orang (Marhum Lubuk Batu )

Dari Pahang Sultan Mahmud Shah l dan Sultan ahmad beserta para peembesar telah berpindah ke Pulau Bintan , membuka penempatan , membina istana dan kota dinamakan " Kota Kara ".







                     
    "   Komplek makam Bukit Batu di kaki gunung Bintan terdapat makam  Uwan Malini, Uwan Empok dan makam Uwan Seri Beni "


Di Kota Kara Sultan Mahmud Shah l telah menyusun semula barisan pembesar pembesar nya dan melantik jawatan jawatan baharu bagi melicinkan oganisasi pentadbiran. Semasa di Kota Kara lah Sultan Ahmad shah telah dibunuh dengan cara senyap olih ayahanda nya sendiri Sultan Mahmud Shah l gara gara Sultan  Ahmad memberi malu dan aib kepada baginda kerana enggan menghormati pembesar pembesar yang dilantik. Ada satu kaul mengatakan Sultan ahmad Shah telah di racun.

Dengan kemangkatan Sultan Ahmad itu maka orang kanan baginda Tun Ali Hati merasa dukacita yang amat sangat dan memohon kepada Sultan Mahmud Shah l  ingin mati bersama. Setelah dinasihatkan beberapa kali , Tun Ali hati tetap berkeras ingin mati juga , lantas Sultan Mahmud Shah l mengarahkan Datuk Petanda menjalankan pekerjaan nya. Maka berkubang lah darah dua pembesar Melaka yang banyak berjasa membasahi bumi Bintan.

Makam yang terletak di lereng Bukit Batu dikaki gunung Bintan , terasing dari makam makam yang lain nya di bina pondok usang bertiang empat dibawah pokok duku dan dikelilingi semak samun , mengharungi dedaun kering yang gugur dan gugur dan gugur untuk kesitu. Bersemadi lah jasad mu di sini ya....... hamba Allah yang terpilih , semoga roh mu ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh dan kamu akan menang di mahkamah Rabbul jalil nanti  Insyaallah........

Setelah kemangkatan Sultan ahmad Shah dan  Tun Ali Hati , maka Sultan mahmud shah l  bersama sama pembesar dan pengikut nya telah berpindah pula disatu tempat bernama " Kopak ".





               Pemakaman para syuhada' yg terkorban menentang Portugis di Bintan 1526

0 comments:

Post a Comment