TUAN KHATIB HJ ABD GHANI BIN LONG BIN TOK PAWANG RABU




SEJARAH RINGKAS TOK PAWANG RABU

Tok Pawang Rabu ialah berketurunan Bugis. Dilahirkan di Kampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1840 an. Ayahanda nya bernama  Tok Puyuh bin  Tok Kepau. Tok Pawang Rabu telah berkahwin dengan Embah di kampung Sungai Rambai. Kalau disusur galur disebelah isteri nya , Embah itu mempunyai beberapa orang adik beradik, diantara nya ialah: Hussin , Yot dan Tijah. Tijah telah berkahwin dengan Tok Montel bin Gembol di kampung Sungai Rambai Melaka.

Beliau merupakan seorang pawang yang terkenal di kampung Sungai Rambai pada masa dahulu. Rumah kediaman nya ia lah di Lot: 2849, di kampung parit Sidang Seman, dan sekarang telah dibina rumah kediaman olih cucu cicit nya.

Melalui perkahwinan nya dengan Embah , telah dikurniakan beberapa orang anak ia itu: Long beristerikan Basariah binti Hj Abdullah, Jantan beristerikan Dara binti Seman, Menah bersuamikan Samad bin Satam, Nyemah bersuamikan Jamil bin Empu dan Che' Mah bersuamikan Fajar bin Mahat. Kalau diambil kira , sebahagian besar dari penduduk kampung parit Sidang Seman , adalah dari jurai keturunan nya. Beliau telah meninggal dunia lebih kurang pada awal tahun 1900 an.


SEJARAH RINGKAS TUAN KHATIB HJ ABD GHANI BIN LONG

Dilahirkan dikampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1918. Anak kedua dari lima orang adik beradik, telah berkahwin dengan Hajjah Munah binti Hj Abd Karim dan mendapat anak: Datuk Hj Abd Aziz beristerikan Hajjah Azizah binti Hashim, Hajjah Zainab bersuamikan Hj Jaafar bin Md Zin, Hajjah Fatimah bersuamikan Hj Muhamad bin Hj Md Yasin, Zalehah bersuamikan Ramli bin Sampir, Habsah bersuamikan Jalil bin Sagap, Abdullah beristerikan Sa'amah binti Jelas, Sharifah bersuamikan Haris, dan Hj Abd Malik beristerikan Norhayati binti Hj Md Yusof.

Ayahanda nya bernama Long bin Tok Pawang Rabu bin Puyuh bin Daeng Kepau. Manakala bonda nya bernama Basariah binti Hj Abdullah bin Kamis bin Daeng Kepau. Kalau disusur galor, kedua dua ayahanda dan bonda nya adalah berpangkat dua pupu kerana Datuk nya adalah adik beradik.

Semasa hayat nya beliau adalah seorang yang dusegani, di kampung Sungai Rambai , kerana kewarakan nya . Dalam tahun 1950 an beliau telah mengendalikan kedai syarikat di pekan Sungai Rambai, dan seterusnya pada tahun 1960 an telah menjadi kerani wakil pos di kampung Sungai Rambai Melaka. Di bidang politik pula , beliau ialah seorang yang kuat memperjuangkan hak Melayu melalui parti UMNO, dan juga terlibat secara lansung  menentang Malayan Union yang ditaja olih Pihak British. Pada tahun 1966 beliau telah dilantik sebagai tuan Khatib di Mesjid Jamek Kampung Sungai Rambai Melaka. Beliau telah meninggal dunia pada 08 Apr 1973 bersamaan 4 Rabiulawal 1393.

0 comments:

Post a Comment