WAHAB BIN TOK BAHAMAN




SEJARAH RINGKAS TOK BAHAMAN BIN NINANG

Tok Bahaman adalah berketurunan Bugis, dilahirkan  dikampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1860 an . Ayahanda nya bernama Ninang bin  Tok Kepau. Tok Bahaman telah berkahwin dengan Sekimah binti Jantan dan dikurniakan  tiga orang anak , ia itu: Abd Rahman beristerikan Pit binti Mahat, Buyah bersuamikan Md Kasim bin Budin dan Wahab beristerikan Esah@Debok binti Md Amin.

Semasa hayat nya , Tok Bahaman ialah seorang pakar didalam hal hal kerja pertukangan  untuk membina rumah kediaman, membuat  sarung dan hulu keris, serta berbagai bagai jenis parang dan kraf tangan untuk kegunaan pada masa itu. Beliau telah meninggal dunia pada 11 Februari 1963 jam 7 malam bersamaan 17 Ramadhan 1384 hijrah didalam usia 103 tahun.


SEJARAH RINGKAS TOK WAHAB BIN TOK BAHAMAN

Dilahirkan dikampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1916, anak ketiga dari tiga orang adik beradik. Telah berkahwin dengan Esah@Debok binti Md Amin, dan mrndapat anak: Maznah bersuamikan Abd Hamid, Faridah bersuamikan Menha bin Abu Husin, Amran (Meninggal muda), Mansor, dan Nasir beristerikan Norasyikin.

Dalam usia nya yang masih muda beliau telah bergelar  "FAKIH ", kerana beliau telah menuntut ilmu keagamaan di madrasah pondok, di Kedah. Dalam tahun 1950 an beliau telah berkhidmat sebagai Wader penjara, di Penjara Tanjung Beruas, Tanjung Keling Melaka. Beliau telah meninggal dunia pada 24 November 1999, jam 0945 malam bersamaan 14 Jamadilakhir 1420.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum mula bicara. Untuk mengenali diri ini ialah Hj Amir Hamzah Bin Hj Shafii. Saya adalah cucu kepada Hj Abdul Manap. Isteri saya bernama Hjh Hashimah Binti Ali Zain. Saya mempunyai 9 adik beradik iaitu Mishah, Hj Abu Hanifiah, saya, Hj Khalapiah, Ramlah, Kamisah dan Rohana. Dari isteri kedua Shafii bin Manap dapat Rohani dan Ghazali. Terima kasih.

Jaafar Kelana al Bugisi said...

Blog ini di pena untuk panduan kepada ahli ahli waris menjejaki asal usul nya sahaja, olih kerana tidak mendapat kerjasama dari ahli ahli waris , maka ia dipena seadanya sahaja. Tetapi jika ingin mengetahui secara lengkap dinasihatkan berhubung terus pada jurai jurai yang tertera. Walau bagaimana pun hamba yakin blog ini sekurang kurang nya dapat menjadi panduan kepada anak cucu bagi mencari asal usul nya . Terima kasih diatas komen anakanda itu.

Post a Comment