MESJID JAMEK KAMPUNG SUNGAI RAMBAI MELAKA TAHUN 1928

( Coretan pena : Jaafar Kelana Al-Bugisi )







    Mesjid jamek kampung Sungai Rambai Melaka, sebelum diubah suai  


SEJARAH MESJID JAMEK KAMPUNG SUNGAI RAMBAI MELAKA TAHUN 1928

Mesjid ini dibina pada tahun 1928 diatas sebidang tanah yang diwakafkan olih Datuk Penghulu Md Yasin bin Long. Pembinaan mesjid ini bagi menggantikan mesjid asal yang diperbuat dari kayu , lokasi nya  ditepi sungai Kesang dibina pada tahun 1800. Mesjid jamek ini telah diperbaiki pada tahun 1968. Pembinaan mesjid ini  dari hasil derma anak kariah dengan mengekalkan ciri ciri mesjid lama di negeri Melaka. Di puncak bumbung terdapat ragam hias bermotifkan flora dengan sulur kacang dan sulur bayung diserikan lagi dengan bunga teratai masih kudup  , melambangkan perhubungan diantara manusia dan alam sejagat, bermahkotakan Allah dan setiap do'a dibaca berdesup diterima Allah. Bumbung nya mempunyai tiga tingkat melambangkan Tarikat, Hakikat dan makrifat, beratapkan genting, setiap tingkat bumbung dihiasi papan pemanis berukir, mempunyai 12 sulur bayung disetiap hujung perabung, tingkat pertama bumbung  birai nya dipasang cermin berwarna hijau dan merah apakala disinari matahari memancarlah cahaya kilau  kemilau  sesiapa memandang akan dia  . Malang nya bumbung ini telah dirobohkan pada tahun 1999 dan telah digantikan dengan yang baharu.





          Lokasi asal Mesjid kampung Sungai Rambai ditepi sungai Kesang tahun 1800





                                              Ragam hias di puncak bumbung  mesjid

Terdapat empat batang tiang seri daripada jenis kayu berlian berkumai   untuk menyokong tertegak nya mesjid ini.  Mesjid ini telah mengalami beberapa perubahan dan tambahan ruang mengikut keperluan jemaah setempat. Mesjid ini telah ditukar nama kepada Mesjid As syakirin pada tahun 1999, diatas saranan Allahyarham Datuk Haji Mohammad bin Hj Ahmad bin Hj Kasim.





                                                  Tiang seri mesjid dari jenis kayu berlian

Inilah satu satu nya mesjid yang ada di kampung Sungai Rambai di ketika itu. Semua anak anak kariah dari segenap ceruk dan solok akan menggunakan mesjid  jamek ini untuk aktiviti  keugamaan saperti solat jumaat, solat kedua hari raya dan lain lain dengan cara berjalan kaki melalui lorong dan denai yang berlumpur, dan ada juga yang berperahu menghilir sungai Kesang. Setelah terbina nya dua buah mesjid di era tahun 1940 an ia itu mesjid Parit Penghulu Benting dan mesjid Parit Gantung , maka persempadanan semula telah dilakukan mengikut kariah masing masing dan mesjid ini akhir nya termasuk didalam kariah pekan.


MIMBAR MESJID

Mimbar ini dibina  bercirikan gabungan kesenian Melayu dan China  . Dibina olih tukang tukang yang mahir dari kalangan anak kariah sendiri. Bumbung mimbar menyerupai pagoda dan reka bentuk nya sama dengan meimbar mimbar mesjid lama yang terdapat diseluruh negeri Melaka.  Di empat penjuru bumbung mimbar  dahulu nya terdapat empat kepala naga dan telah dibuang diatas saranan  Allahyarham Tuan Khatib Hj Abd Ghani bin Long dan sekarang telah di gantikan dengan sulur bayung.   Dipasang kekisi dibahagian dinding mimbar diserikan lagi dengn ukiran flora  , mirip bahagian serambi rumah rumah Melayu Melaka .  Pada tahun 1968, pengubahsuaian telah dilakukan dan  penambahan papan bunga berukir dua kalimah syahadah dibahagian belakang mimbar telah diukir olih Allahyarham Tuan Haji Kemudin bin Duasa.

Perlu diingat  kalau di teliti seluruh mesjid mesjid  lama dan mimbar nya  dalam negeri Melaka ,  reka bentuk nya sama , mirip kesenian Cina  menyerupai Pagoda , kerana di tiru dari mimbar mesjid  Kampung  Hulu Melaka yg dibina pada tahun 1728  dizaman Belanda, yang mana pengasas nya ialah Kapitan Melayu Melaka yg ke 2 (1726 -1756 ) ia itu Al Marhum Datuk Shamsudin bin Datuk  Aroom ( Tan Sik Tiong ) berasal dari tanah Besar China. Ada pun pembinaan mesjid Kampung Hulu ini  dibiayai sepenuh nya oleh Al Marhum Datuk Shamsudin bin Datuk Aroom (Tan Sik Tiung )  , tukang tukang nya didatangkan khas  dari tanah Jawa dan  penduduk tempatan Melaka. Dalam hal ini Al Marhum Datuk Shamsudin telah mengarahkan bumbung mesjid ini dibina tiga tingkat menyerupai mesjid agong Demak di jawa Tengah.  Manakala pembinaan mimbar  nya adalah tukang yg didatangkan khas dari Tiongkok .  Maka dengan itu tidak hairan lah  mimbar nya diterapkan nilai  nilai kecinaan   , lantaran  menjadi ikutan semua  mesjid mesjid lain di Melaka. 







KOLAH MESJID

Kolah ini dibina  dari simen berbentuk segi empat, sedalam paras pinggang untuk jemaah mengambil wuduk dengan cara bercangkung di bibir kolah. Sumber air ialah dari tadahan air hujan  dan dari sebuah perigi batu disebelah kolah. Olih kerana kerja kerja pembesaran mesjid dan sumber air telah diperolihi dari bekalan air paip, maka kolah dan perigi batu ini telah diratakan.

MIHRAB MESJID

Mihrab ini dibina berbentuk setengah bulatan , menganjur ke arah kiblat, berfungsi sebagai tempat tuan imam memimpin jemaah semasa bersembahyang. Mihrab ini telah dirobohkan semasa kerja kerja pembesaran mesjid.

LAMPU MESJID

Terdapat satu set lampu berkerawang berbentuk bunga, diperbuat dari logam dan bermentolkan kaca. Lampu ini menggunakan minyak tanah. Lampu yang besar nya terletak ditengah tengah dan dikelilingi lima lampu kecil. Lampu ini digantung ditengah tengah dewan solat menggunakan rantai besi dan tali, dipasang takal, supaya ia bolih diturun naikan semasa  memasang dan memadamkan api nya. Hujung tali diikat ditiang seri mesjid. Setelah bekalan letrik diperolihi , maka lampu ini telah tidak digunakan nya lagi.

BEDUK (TABUH)

Baluh beduk ini dibuat olih tukang tukang yang mahir di kampung Sungai Rambai dalam tahun 1800, menggunakan kayu merbau sejenis kayu balak yang keras terdapat dihutan sekitar kampung Sungai Rambai. Proses pembuatan nya saperti menebuk dan melicinkan nya dilakukan didalam hutan . Setelah siap sepenuh nya baru lah dibawa keluar dipasangkan kulit lembu diletakan diserambi mesjid.


Beduk ini merupakan salah satu barang  milik mesjid asal diperbuat dari kayu , lokasi nya ditepi sungai Kesang pada tahun 1800. Setelah mesjid baharu telah siap dibina menggunakan konkrit pada tahun 1928 , semua barang barang dari mesjid asal telah dipindahkan ke mesjid baharu termasuk lah beduk dan tongkat mimbar.  Guna nya beduk ini  ialah untuk pemberitahuan  masuk waktu solat dengan teknik pukulan yang berbeza beza . Beduk juga di gunakan untuk menarik perhatian penduduk kampung jika berlaku pelbagai peristiwa penting, saperti kematian dan kecemasan.









TONGKAT MIMBAR

Tongkat mimbar ini, diperbuat daripada sebatang kayu yang diraut dan berbentuk astakona (segi lapan), dan tirus di hujung. Lazimnya digunakan dan dipegang oleh imam semasa membaca khutbah. Di hujung dan pangkal tongkat ini, dibalut dengan tembaga kuningan, dan di bahagian atas tongkat, dibuat berkepala berbentuk bulan sabit dan bintang pecah lima melambangkan agama Islam.

Menurut cerita lisan orang-orang tua yang terdahulu, tongkat mimbar ini ialah tongkat asal dari masjid yang terdahulu (masjid kayu), lokasinya di tepi sungai. Setelah masjid jamek ini siap dan boleh digunakan sepenuhnya pada tahun 1928, barang-barang dari masjid asal telah dipindahkan, termasuklah tongkat mimbar ini.

LEMBAGA PENGASAS MESJID JAMEK KAMPUNG SUNGAI RAMBAI MELAKA YANG TELAH DITUBUHKAN PADA BULAN OGOS 1928

Pengerusi               : Datuk Demang Jaafar bin Awang
Setiausaha              : Datuk Sidang Md Yasin bin Long
Bendahari               : Tuan Imam Hj Abdullah bin Hj Abd Rahim

AHLI JAWATAN KUASA

1.   Datuk Sidang Seman bin Ali
2.   En Bahaman bin Ninang
3.   En Satam bin Mohd Damin
4.   En Ayub bin Januddin
5.   En Buntal bin Latif
6.   Tuan Hj Taem bin Abdullah
7.   Tuan hj Raya bin Hj Abdullah
8.   Tuan Hj Lasim bin Hitam
9.   En Resik bin Lichuk
10. Tuan Hj Omar bin  Mad
11. Tuan Hj Adam@Latif bin Omar
12. Datuk Sidang Hamzah bin Ahmad
13. En Sharif bin Yusoh
14. En Mohammad bin Md Sab
15. Datuk Sidang Rahmad bin Untung

LEMBAGA MEMBAIKI MESJID JAMEK KAMPUNG SUNGAI RAMBAI MELAKA  PADA TAHUN  1968

Penasihat              : Datuk Penghulu Abd Majid bin Baba
Pengerusi              : Tuan Hj Abd Aziz bin Hj Abdullah
Naib Pengerusi      : En Adan bin Daud
Setiausaha              : Che'gu Kasim bin Hj selamat
Naib Setiausaha      : En Abu Hasan bin Mahat
Bendahari                : Tuan Hj Selamat bin Hj abd Karim

AHLI JAWATAN KUASA

1.   Chegu Abd Rahman bin Abd Ghani
2.   En Kutik bin Limat
3.   Tuan Hj Hashim bin hj Raya
4.   En Salleh bin Ali
5.   En Hashim bin Abu
6.   En Omar bin Abd Majid
7.   En Abd Karim bin Hj Nordin
8.   En Mohd Yusof bin Hj mohd Amin
9.   En Sharif bin Ibrahim
10. En Mohd Amin bin Resik
11. Datuk Sidang Mahadi bin Mohd
12. En Khalid bin Ahmad
13. En Ali bin Hj Omar
14. Tuan Imam Jantan bin Hj Sam

AHLI LEMBAGA MESJID AS SYAKIRIN KAMPUNG SUNGAI RAMBAI MELAKA PADA TAHUN 2008

Pengerusi              : Datuk Hj Abd Aziz bin Hj Abd Ghani
Naib Pengerusi     : Datuk Sidang Hj Moktar bin Hj Jantan
Bendahari             : En Husin bin Hj Muhamad
Setiausaha             : Tuan Imam Hj Kamarudin bin Mamat
P. Setiausaha        :  Tuan Hj Md Said bin hj Hashim

AHLI JAWATAN KUASA

1.   Tuan Hj Borhan bin Hj Selamat
2.   Tuan Hj Md Jus bin hj Samsudin
3.   Tuan Hj Bawok bin Hj Sirat
4.   Tuan Hj Muhamad bin Hj Md Yasin
5.   En Muhamad bin isnin
6.   En Shafie bin Ismail
7.  En Jaafar bin Haron
8.   Puan Hajjah Sabariah binti Hj Arshad
9.   Puan Hajjah Rohanoi binti Md Amin
10. Tuan Hj Mazlan bin Hj Md Yusof
11. Tuan Hj Azalki bin Hj Yunus
12. En Isnin bin Bahib
13. Tuan Hj Rosnan bin Hj Arshad
14. Puan Hajjah Fatimah binti Hj Abd Ghani
15. Puan Zainon binti Lajim
16. En Satar bin Kalam

PEMERIKSA KIRA KIRA

1.   Tuan Hj Md Jas bin Hj Kemudin
2.   En Abd Hamid bin Hj Md Ris

SENARAI TUAN IMAM DARI TAHUN 1790 - 2011

1.   Daeng Kepau bin Daeng Jannung                           :   1790 - 1848
2.   Daeng Kamis bin Daeng Kepau                               :   1848 - 1865
3.   Tuan Imam Hj Abdullah bin Daeng Kamis                :   1865 - 1909        
4.   Tuan Imam Hj Abdullah bin Hj Abd Rahim
       bin Hj Hasannudin bin Hj Md Said (Tok Andak)
       bin  Penghulu Marsah bin Tok Senin (Serkam)         :   1905 - 1929
5.   Tuan Imam Sahad bin Simon                                      :   1929 - 1949
6.   Tuan Imam Hj Raya bin Hj Abdullah                         :   1949 - 1966
7.   Tuan Imam Hj Jantan bin Hj Sam                               :  1966 -  1986
8.   Tuan Imam Hj Kamarudin bin Mamat                        :   1986 - 2011
9.   Tuan Imam Hj Jusin bin Lempah                                :   2011 - 2017
10. Tuan Iman Hj Senin bin Bahib                                    :   2017 - 2021
11.  Tuan Imam  Mohd Redhuan bin Hj Mujid                 :    2021 - Kini                                                                 

SEKELUMIT  TENTANG  PAK TUKANG

Kerja mengukir tukang bertiga
En Bahaman tukang yang tua
En Satam tukang yang muda
En Buntal tukang ketiga.

En Bahaman tukang yang tua
Mengukir bunga itu kerja nya
Papan pemanis ukiran dia
Pucuk rebung bunga cempaka.

En Satam tukang yang muda
Bermain pahat bagai dijangka
Kayu yang keras lembut belaka
Kumai diukir tiang yang ada.

En Buntal tukang ketiga
Mengarang bunga didalam dada
Tangan mengukir jiwa berkata
Melarik kekisi mimbar yang ada.



Sumber:

a.   Catatan Almarhum Imam tua, sebahagian nya telah ditelan banjir
b.   Keterangan lisan orang orang yang terdahulu

1 comments:

Anonymous said...

like.. i have searching for the history of Sg Rambai and Sebatu for long time

Post a Comment