DAENG KEMBOJA ( MARHUM JANGGUT ) YDM lll 1745 - 1777

"  SEBELUM  DILANJUTKAN BICARA ADA ELOK NYA SAHAYA  TERANGKAN TENTANG  ASAL MUASAL  PENGHIJRAHAN BAGINDA OPU  "

( Coretan pena  : Jaafar Kelana Al-Bugisi )



PERJALANAN PANJANG OPU DAENG  RILAKKA













" Makam Daeng Kemboja Ibni Opu Daeng Perani di Kampung Kuda Pasir Kepulauan Riau "


LINTASAN  SEJARAH DARI SULAWESI KE RIAU , PERHENTIAN KE TANAH MELAYU


Pada pertengahan tahun 1713  bermula lah pelayaran Opu Daeng Rilaka dari Luwu dengan kelima lima putera nya yang masih muda belia , ia itu Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Marewah, Daeng Chellak  dan  Daeng Kemasi  beserta sejumlah besar perajurit handalan  Bugis yang terpilih. Niat baginda untuk mencari  tuah di sebelah Barat. " To Pamana " itu lah negeri yang pertama disinggahi dan berkahwin lah Daeng  Rilaka dengan anak Raja To Pamana , melahirkan seorang anak perempuan bernama " Datu ri Watu " , dan itulah akhir nya menjadi nenda nya kepada " Keraeng  Talibak ".

Semasa di To Pamana , seorang gembala kerbau telah  terjumpa satu besi tercacak di pohon simpur , setelah kerbau nya mati semasa melesetkan badan nya di pohon simpur  tercedera kena besi itu terlalu lah bisa nya tidak terperi, tanggal lah segala bulu nya . Maka diambil lah olih Daeng Rilaka akan besi itu ditempah kepada tukang bernama " Sanro " dibuat sebilah badik , baki besi nya sedikit dibuat taji kerami.

Setelah sekian lama berada di To Pamana , belayar lah Daeng Rilaka bersama pengikut nya ke Bone, maka disambut baik lah olih Arung Pone dan ditempatkan di " Kota Rampe Gading ". Selang beberapa ketika Arung Pone hendak berangkat ke Makassar dan meminta Daeng Rilaka dan pengikut nya mengiringi Baginda. Setelah enam purnama  berada di Makassar , maka  Arung Pone hendak pulang pula ke Bone, dan berpesan lah Arung Pone kepada Daeng Rilaka agar menjaga akan isteri nya. Arung Pone telah menganugerahkan sebilah keris kepada Daeng Rilaka bernama " Tanjung Lada ", asal besi nya didapati olih " La Tenriwawo' Malampe' Gamana" didalam buih air , maka itu lah dibuat keris Tanjung Lada itu ada nya, akhir nya keris itu di anugerahkan pula olih Daeng Rilaka kepada anakanda sulung nya Daeng Perani.

Disatu ketika anak Raja Makassar telah berbuat honar keatas isteri Arung Pone, maka Daeng Perani telah menikam anak Raja makassar itu dengan keris Tanjung Lada lalu mati.

Dengan berlaku nya peristiwa hitam itu , maka Daeng Rilaka bersama anakanda dan pengikut nya telah belayar ke Bone semula serta mengkhabarkan  kepada Arung Pone tentang pembunuhan itu.

Selang beberapa purnama di Bone, Daeng  Rilaka meminta izin kepada  Arung Pone untuk meneruskan pelayaran nya disebelah barat. Dengan hati yang berat bercampur bimbang Arung Pone berpesan : " Jangan lah lama adinda ku berkelana ditempat orang , al maklum kekanda mu Opu Pajung Daeng Telana keseorangan memerintah Luwu, sedangkan adinda mu Daeng Biasa telah berangkat ke Betawi Tanah Jawa.

Maka belayar lah Daeng Rilaka bersama anakanda dan pengikut nya ke Makassar. Dari Makassar ke Tanah jawa berjumpa adinda nya Daeng Biasa yang sudah mendapat kedudukan tinggi mendapat gelaran " Mayor" olih  Gabenor Belanda di Betawai bernama Hirahoff,  sebagai membalas budi kerana semasa Belanda berperang di Solo dizaman " Susunan Kuning " pada tahun 1716,  Daeng Biasa telah membantu Kompeni.

Al kisah di satu malam Daeng Menambun telah bermimpi , kemaluan adinda nya Daeng Chelak menjadi naga dan menjulur arah kebarat. Tersedar dari mimpi nya  Daeng Menambun telah mengkhabarkan kepada Daeng Rilaka tentang mimpi nya itu. Ada pun setelah ditilik dari makrifat dan firasat melalui mimpi anakanda nya itu, Daeng Chelak akan menjadi orang besar kelak  diTanah Melayu  .

Setelah tiga purnama berada di Betawi Tanah Jawa, Daeng  Rilaka memohon bantuan kepada adinda nya Daeng Biasa untuk meneruskan pelayaran nya . Maka Daeng Biasa telah menganugerahkan sebuah pencalang lengkap dengan peralatan serta persenjataan nya sekali.

Pelayaran Daeng Rilaka dan pengikut nya dilautan  tidak tentu arah tujuan nya, namun dikuat kan juga arah kebarat , ia tak ubah saperti seludang kelapa hanyut di hempas ombak dan badai dilautan  luas.

Dengan izin Allah rombongan Daeng Rilaka terdampar di Pulau Siantan. Daeng Rilaka dan pengikut nya telah menumpang disebuah kampung dibawah pemerintahan Datuk Nakhoda Alang ( Qari Abdul malik seorang guru Al Quran) berasal dari Sulawesi Selatan. Setiap malam selepas maghrib sementara menunggu masuk nya waktu isyak berkumandanglah bacaan Al Quran , datang nya dari  arah rumah Nakhoda Alang , itulah suara anak gadis nya , siapa yang mendengar  akan meruntun kalbu.



                                             Peta Pulau Sulawesi ( Celebes)





                                    Peta Pulau Siantan  (Kepulauan Anambas ), Natuna.

Untuk mengerat kan tali  kekeluargaan, Daeng Rilaka telah mengkahwinkan anakanda sulung nya Daeng Perani dengan anak gadis Nakhoda Alang bernama Fatimah. Fatimah mempunyai saudara sulung bernama Abdul Fatah. Dari zuriat Abdul Fatah lah kelak akan melahirkan En Ahmad, En Ahmad ini kelak akan melahirkan En Abdullah ( Utusan Riau ke Betawi ), En Abdullah ini kelak akan melahirkan  Hj Ibrahim (Datuk Bandar Riau ) dan juga pengarang buku " Cakap ramai ramai" makam nya di Pulau Penyengat. Hj Ibrahim ini kelak akan melahirkan En Ismail ( Datuk Bandar Riau), En Usman dan En Fatah.

Disatu ketika Daeng Rilaka akan belayar ke Kemboja bagi menyahut cabaran Raja Chulan dari Minangkabau untuk berlaga ayam , peristiwa ini berlaku pada tahun 1718. Pertaruhan Raja Chulan ialah sebuah pencalang beserta isi dan orang nya sekali sebagai hadiah , dan Raja negeri Kemboja sebagai saksi dan pengadil nya. Perlu diingat juga sudah sembilan buah negeri tidak dapat mengalahkan ayam Raja Chulan,dan tidak berani menyahut cabaran nya kerana pertaruhan nya amatlah besar.  Kehebatan,ayam Raja Chulan  apabila ia berkokok , bergegar lah tiang layar dari tapak nya. Bulu nya putih penuh diberi nama " Rumah buruk bertongkat besi ", jangan kan kalah seri pun tiada, perjalanan setahun menjadi sehari.

Daeng Perani terpaksa mengiringi ayahanda nya ke Kemboja walau pun isteri nya Fatimah sedang sarat mengandung anak pertama. Sebelum ke Kemboja rombongan Daeng Rilaka belayar dahulu ke Melaka berbincang dengan Raja Chulan tentang pertarungan dan pertaruhan nya. Daeng Rilaka mengarahkan orang orang nya membina dua belas peti kayu, panjang sedepa dan lebar nya setengah depa , di isi nya penuh dengan anak anak batu , diberi berkunci dan berantai . Jika di tanya olih Raja Chulan katakan inilah pertaruhan dari anak Bugis , dua belas peti kayu penuh dengan wang rial. Jika hendak diperiksa olih Raja Chulan jangan benarkan, katakan adat anak Bugis pantang di beri malu sebelum bertarung. Jikalau sekira nya ia mendapat malu melainkan mati lah ia . Setelah kebulatan diantara kedua pihak dicapai  maka belayarlah kedua nya bersama pengikut masing masing ke Kemboja

Setelah tiba hari yang baik kepada waktu selepas asar , maka Raja Chulan dan Daeng Rilaka pun mengepitlah ayam jagoan masing masing ke gelanggang. Semua anak anak Minangkabau dan anak anak Bugis pun mengelilingi gelanggang dengan riuh rendah nya . Maka diketika itu,    Raja Kemboja pun bertitah , " Hai semua anak anak Minangkabau dan anak anak Bugis,  pada hari ini kitalah yang berkuasa menjadi pengadil dan saksi didalam pertarungan ini, apabila pertarungan bermula jangan lah kamu berbantah bantah , jangan lah kamu mengejek ngejek, jangan lah kamu menghunus senjata, jangan melemparkan sapu tangan di gelanggang, dan jangan sesekali kamu menepuk nepuk tanah, siapkan lah kamu sebatang kayu bercabang  dihujung  untuk menyanggah bangkai ayam yang mati. Kedua dua kapal milik Minangkabau dan Bugis dipeganglah olih  Syah Bandar kita sebagai taruhan nya, dan kepada siapa yang menang dia lah yang empunya.

 Ayam Daeng  Rilaka  bernama " Kurik Emas " , paruh nya kuning , kedua belah cuping telinga nya putih dan berkaki biru . Setelah kedua dua ayam jagoan itu dilepaskan , dengan pantas ayam Raja Chulan terlalu pantas menikam kurik emas tidak dapat mengelak kena lah sayap kiri nya lalu patah. Maka ayam Daeng Rilaka terlentang kedua dua belah kaki nya menerajang  nerajang tidak berhenti. Maka sejurus selepas itu  ayam Raja Chulan terus menerkam kurik emas , dengan tidak disangka sangka ayam Raja Chulan pun melambung setinggi lima belas depa keudara , apabila jatuh ketanah tanggal lah segala bulu nya terus mati, kerana terkena taji kerami  yang dipasang dikaki kurik emas yang amat bisa itu. Maka menanglah Bugis didalam pertarungan itu.

Maka kapal milik Raja Chulan itu diambil lah olih Daeng Rilaka beserta muatan dan orang  nya sekali . Tinggal lah Raja Chulan sehelai sepinggang . Raja Chulan pun menyembah Raja Kemboja mohon bantuan apa lah kira nya untuk menghantar nya pulang ke Minangkabau kerana kenaikan nya telah terserah kepada Bugis.

Sekembali nya dari Kemboja  lebih kurang pertengahan tahun 1719, isteri Daeng Perani, Fatimah telah melahirkan seorang anak  laki laki. Daeng Rilaka telah menamakan cucunda nya " Daeng Kemboja " sempena kenang kenangan semasa berlaga ayan di Kemboja dulu

Dengan kehendak Allah datang lah putaran alam, maka Daeng Rilaka telah mangkat. Maka dimakam kan orang di Siantan , di satu tempat bernama " Liuk " sebuah perkampungan " Tebang Lade " di Pulau Jemaja. Daeng Perani telah mengambil alih tugas AlMarhum ayahanda nya sebagai pemimpin Bugis . Selat Peniting telah dijadikan pengkalan Armada laut nya. Pencalang nya telah bertambah menjadi tujuh buah dilengkapi meriam besar dan kecil beserta apilan. Daeng Perani telah yakin ia kini telah berkemampuan menjadi Raja laut , dan bila bila masa sahaja bolih digerakan , serta sedia membantu negeri negeri yang memerlukan pertolongan dengan upahan sebagai biaya armada nya.




                                      Makam Daeng Rilaka di Pulau Jemaja , Siantan












         " Perjalanan sukar untuk ke makam Daeng Kemboja (Marhum Janggut) di Kampung Kuda Pasir Kepulauan Riau , tidak punya jalan darat hanya menggunakan jalor air dari jeti Tanjung Pinang. Tiada berpenghuni  "




SEKELUMIT TENTANG DAENG KEMBOJA ( MARHUM JANGGUT) YDM lll RIAU - LINGGA , JOHOR DAN PAHANG  1745-1777 )


                     Makam Tun Cik Ayu binti Temenggong Abdul Jamal di Hulu Riau



                           Makam Raja Fatimah (Serikandi Riau ) binti Opu Daeng Marewah


Setelah Daeng Chellak mangkat, sepatut nya Raja Haji yang menggantikan nya , tetapi olih kerana Raja Haji masih lagi terlalu muda ia itu 18 tahun dan belum dianggap matang untuk menjadi Yang di Pertuan Muda. Maka diatas mesyuwarah pembesar negeri maka dinobatkan Daeng Kemboja sebagai yang di Pertuan Muda Riau-Lingga , Johor dan Pahang yang ke lll  (1748-1777). Daeng Kemboja adalah anakanda Daeng Perani yang lahir di Pulau Sintan . Jadi masih berpangkat sepupu lah dengan Raja Haji . Maka Raja Haji dilantik sebagai  " Engku Kelana ".

Sebenar nya pihak Melayu dari Terengganu dan keluarga Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah tidak senang dengan Daeng Kemboja dan memujuk Raja Haji  untuk memberontak. Namun Raja Haji tidak terpengaruh dengan pujukan itu . Raja Haji tetap patuh dengan keputusan mesyuwarah. Pihak keluarga Terengganu ini memang tidak senang dengan  orang orang Bugis yang mendapat kedudukan penting didalam kerajaan. Pada hal semasa Sultan Sulaiman berada didalam kesusahan , merika ini hanya berpeluk tubuh . Orang orang Bugis lah yang dipimpin olih Daeng Perani yang rela berkorban untuk menolong Sultan sulaiman .

Pada awal pemerintahan Daeng Kemboja sebagai Yang di Pertuan Muda masih lancar, namun kemudian muncul fitnah bahawa Sultan Sulaiman akan bekerjasama dengan Belanda untuk mengusir orang orang Bugis dari Riau. Mendengar desas desus itu , Daeng Kemboja merasa tidak enak lagi menetap di Riau  (Sungai Charang) . maka Daeng Kemboja memileh berpindah ke Linggi.

Sultan Sulaiman menyedari , bahawa telah menjadi fitnah yang ingin memecahkan persetiaan Melayu-Bugis. Untuk itu, baginda memerintahkan Raja Haji untuk menjemput kembali Daeng Kemboja di Linggi untuk kembali ke Riau. Raja Haji telah berangkat ke Linggi ditemani olih Sultan Terengganu untuk menjemput Daeng Kemboja.

Dalam perjalanan ke Linggi, Raja Haji singgah di Pulau Besar , namun secara diam diam Sultan Terengganu menghubungi Gavenor Belanda di melaka agar menangkap Raja Haji. Rahsia memerangkap itu diketahui olih Encik Awal , ia pun segera memberi tahu kepada Raja Haji, sehingga Raja Haji melarikan diri ke Tanjung Keling. Setelah itu Encik Awal ke Linggi dan memberi tahu kepada Daeng Kemboja. Untuk itu, Daeng Kemboja memerintah kan Sultan Selangor dan Punggawa Miskin menjemput Raja Haji di Tanjung Keling untuk dibawa ke Linggi.

Linggi terletak kurang lebik 20 km sebelah utara Melaka adalah penghasil bijih timah yang merupakan sumber ekonomi kesultanan Johor-Riau, sehinggakan Belanda di Melaka berusaha untuk menguasai Linggi untuk menopoli timah. Tetapi Daeng Kemboja yang berada di Linggi menghalangi rancangan Belanda dan mengakibatkan konflik diantara Daeng Kemboja dan Belanda. Daeng Kemboja menyedari akan timbul nya perang , maka bersama Raja haji telah membentuk pasukan gabungan yang terdiri dari orang orang Bugis selangor , Rembau dan lain lain. Dalam pasukan ini bergabung juga pasukan Raja Alam dari Siak ( Raja Alam ialah putera Raja Kechil yang menjadi ipar kepada Daeng Kemboja, kerana Raja Alam berkahwin dengan Daeng Khadijah adinda Daeng Kemboja).

Pada tanggal 12 April 1756 meletus lah perang Linggi . Pasukan gabungan Daeng Kemboja mulai menyerang benteng Belanda di Melaka. Merika membakar rumah rumah di Melaka dan sudah hampir menguasai benteng Belanda. Gavenor Belanda di Melaka segera membuat perundingan . Maka pada tanggal 02 jun 1756 diadakan rundingan di Tanjung Keling . Pihak Riau diwakili olih Sultan selangor , manakala dipihak Belanda diwakili Sultan Terengganu. Namun perundingan ini menghadapi jalan buntu . Pihak Melayu Terengganu dari keluarga Sultan Sulaiman tetap berusaha hendak menggulingkan kekuasaan orang orang Bugis dengan membonceng pihak Belanda. Daeng Kemboja dan passukan nya kembali ke Linggi untuk menyusun kekuatan baru. Pada tanggal 27 Julai 1756 , pihak Belanda telah menyerang linggi dibantu olih 40 buah perahu dari Terengganu , tetapi pihak Belanda tidak berhasil menguasai Linggi.

Pada tanggal 04 Febuari 1757, pasukan gabungan Daeng Kemboja kembali menyerang benteng Belanda di Melaka. Olih kerana pengepungan itu terlalu lama , sehingga pasukan Daeng Kemboja kekurangan bekalan dan banyak yang jatuh sakit, sehingga kan Daeng kemboja memutuskan kembali ke Linggi bersama pasukan nya. Pada saat itu lah Gavenor Belanda di Melaka meminta bantuan pasukan dan armada dari Betawi. Kemudian pada tanggal 05 Julai 1757 , Belanda menyerang dan menguasai Linggi . Raja Haji telah tercedera di peha nya terkena sangkur Belanda tak bisa berdiri dan dibawa lari ke Rembau. Daeng Kemboja menyerah kalah dan dilakukan perundingan yang dinamakan " Perjanjian Linggi 1757 ". Isi perjanjian itu, antara lain ialah: Menopoli perdagangan timah di Linggi dikuasai olih Belanda " , setelah itu Daeng Kemboja dan raja Haji telah kembali ke Riau semula.

Pada tahun 1777, Daeng Kemboja telah mangkat  dan di makamkan orang di Kampung Kuda Pasir Riau  dengan gelaran " Marhum Janggut ". Daeng Kemboja memperisterikan  Raja fatimah (Serikandi Riau)  binti Daeng Marewah (Kahwin sepupu) dan melahirkan:

Raja Perak bersuamikan Raja Haji
Raja Khadijah
Raja Andak bersuamikan Sultan Ibrahim Selangor
Raja Aisyah bersuamikan Daeng utih
Raja Said
Raja Ali (Marhum Pulau Bayan, YDM V)
Raja Endut
Raja Abdul Samad
Raja Usuh


Feb 2012







                       

9 comments:

Anonymous said...

keturunan seterusnya?

Unknown said...

Salam pak, makam daeng Kemboja di kampung kuda pair. Boleh saya tahu lokasi kampung kuda pasir itu di mana.
Terima kasih.

Unknown said...

Salam, ayah saya asalnya dari linggi anak kepada abdul ghani bin ali iaitu ketua menteri melaka yang ke 4. Saya dimaklumkan bahawa kami lah keterunan seterusnya mungkin dapat dikaji lebih mendalam

Jaafar Kelana al Bugisi said...

Wassalam............ maksud nya dari jurai Daeng Kemboja ke ? , kalau gitu senang aja , sila datang ke galeri UGIK bisa di telusuri......tq

Unknown said...

Assalamualaikum..
saya bernama Raja Fahrizal Firmansyah bin Raja Fadlun bin Raja Ali bin Raja Ahmad bin Raja Daud bin Raja Mahmud bin Raja Yakub bin Raja Isa bin Raja Ali Marhum Pulau Bayan YDM V bin Daeng Kemboja bin Daeng Perani...
Salam kenal dari kami..

Unknown said...

Salam boleh saya dapatkn susurgalor daeng perani punya keturunan

Unknown said...

Boleh saya dapatkn salasilah anak daeng perani

Anonymous said...

Ass.w.w
Salam kenal, tanya apakah kamu adik atau abang dari Raja Samsul ?
Berdasarkan dari susur galur / silsilah Daeng Perani, datukmu Raja Ali bin Raja Ahmad adl saudara sepupu dgn ibu saya (Raja Syarifah bin R. Muhammad ibni R. Daud)
Jadi kita msh saudara dekat, jika ingin lebih jelas, sila hubungi saya ke 087791153193 atau 08127002994
Tks, wass.w.w

Anonymous said...

Kalau untuk sejarah nahoda alang / daeng malaka / dato Qore abdul malik, kami lbh berhak, karena kami mempunyai tarsilah arab nya yg ditandai, cop mohor
Kesultanan malayu.

Untuk info lbh lengkap
Sila hubungi kami
+6285347495859
Termasuk keturunan Daeng kemboja, ada juga di sambas kalbar
🙏🙏🙏🙏


Post a Comment