PENINGGALAN SEJARAH KOTA REBAH





                                   Makam Sultan Ibrahim ibni Sultan Abdul Jalil 111 di Kota Rebah


(Coretan pena  : Jaafar Kelana Al Bugisi)


KUTELUSURI PENINGGALAN SEJARAH KOTA REBAH

Kota lama atau  kota rebah ....................... itu lah nama nya sisa sisa tinggalan sejarah di zaman Sultan Abdul Jalil lll (1613-1677) berhijrah dari  Batu Sawar Johor yang telah musnah diserang Jambi. Hebat mana kah meliter Jambi sehingga mampu mengalahkan kerajaan Johor sebagai penerus kerajaan Melayu Melaka yang telah dirobek olih Portugis. Sultan Abdul Jalil lll tinggal di Pahang dan mengarahkan Laksamana Tun Abdul Jamil membuka penempatan baru , dan tempat yang menjadi pilihan ialah di Sungai Carang di hulu Sungai Riau. Carang ialah sempena  nama sulur tumbuhan yang menjalar.

Dalam tahun 1673 bermula lah era baru Kerajaan Melayu johor-Riau berpusat disini. Dikhabarkan tempat ini menjadi " Riuh " kerana penduduk nya seramai 90 laksa. Kapal kapal dagang datang dari  dalam dan luar silih berganti berjual beli dan bertukar barang. Akhir nya dari perkataan riuh itu maka terjadilah sebutan nya " Riau ". Setelah Sultan Abdul Jalil lll mangkat di Pahang , tempat baginda telah digantikan olih anakanda nya Sultan Ibrahim ( 1677-1685) bersemayam disini sebagai penerus memerintah Johor-Riau. Disini lah tempat nya Sultan Mahmud Shah ll(Marhum mangkat dijulang) diputrakan, dan akhir nya berpindah ke Kota Tinggi Johor.

Keseluruhan bekas bekas istana lama ini mempunyai keluasan kurang lebih 20 hektar , di situ juga menempatkan makam makam lama termasuk  makam Sultan Ibrahim dan makam Laksamana Tun Abdul Jamil. Berada dikawasan kebun penduduk kampung , secara umum nya sisa sisa bangunan sudah amat rosak teruk. Istilah tidak terawat munkin sesuai untuk menggambarkan kondisi kawasan bekas istana kesultanan Johor-Riau ini menjadi parah.





                             Sisa sisa runtuhan Kota Lama    ( Kota Rebah )

0 comments:

Post a Comment