Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi
" Benteng dan parit pertahanan di Bukit Kursi di Pulau Penyengat kepulauan Riau.
(Semasa berlaku nya perang disini terhadap Belanda, Raja Haji telah mengarahkan semua perajurit nya membaca Ayat Kursi serentak. Maka bergema lah bukit ini dengan bacaan Ayat Kursi) "
Ketahui lah olih mu ya orang orang yang akil.......... pada tahun 1783 tercetus lah perang diantara Riau yang dipimpin olih Raja Haji YDM lV terhadap kompeni Belanda . Peperangan ini berlaku diperairan Riau melibatkan Tanjung Pinang , Teluk Keriting, Pulau Penyengat, Pulau Paku, Pulau Bayan, dan Selat Lobam. 6 buah kapal perang Belanda mengandungi kekuatan 1,383 orang soldadu didatangkan dari Melaka dipimpin olih Toger Abo telah mengepung Riau.
Diperkirakan perang akan berlarutan panjang, Raja Haji telah melipat gandakan simpanan peralatan, makanan, persenjataan dan ubat bedil untuk kegunaan Riau. Perlu diingat juga konflik ini terjadi gara gara sebuah kapal Inggeris bernama The Besty membawa muatan candu didalam jumlah yang agak besar ia itu 1,154 peti dalam pelayaran dari China menuju ke India berlabuh sebentar diperairan Pulau Bayan. Kapal tersebut telah dirampas olih pihak Belanda ditunda ke Betawi , semua candu itu telah dijual dan hasil rampasan tidak dibahagi dua kepada Riau , sedangkan ia nya berada dibawah kekuasaan Riau. Maka menyala lah api amarah Bugis Raja Haji membakar jiwa nya. Dendam lama semasa perang di Linggi dahulu berputik kembali.
Dalam satu rundingan yang diadakan di Muar , Raja Haji telah mengoyak dan melemparkan nya surat perjanjian Linggi kemuka wakil Belanda sambil bertitah " Apa lah gunanya dibuat perjanjian kalau setengah dipakai dan setengah nya tidak". Merasa terhina yang amat sangat , Gabenor Belanda di Melaka telah mengistiharkan perang terhadap Riau.
Ada pun perang ini adalah kira kira sembilan bulan lama nya. Raja Haji sendiri menjadi kepala perang di pihak Riau. Dalam suasana perang yang menggila , baginda menaiki sampan bedar panjang berdiri ditengah tengah sampan didayung olih beberapa remaja, salah seorang bernama En Sumpuk anak Bugis jati. Baginda memeriksa semua armada nya dilaut dari satu penjajab kesatu penjajab didalam keadaan perang peluru sabung menyabung , sambil bertanya tentang keperluan yang diperlukan.
Disatu ketika baginda hendak menyeberang dari satu penjajab ke satu penjajab yang lain, maka dibedil lah olih kapal Belanda. Maka peluru nya jatuh ketepi sampan dan melompat kesebelah , maka basah lah pakaian baginda. Namun bagitu tidak juga dihiraukan olih baginda disuruh juga budak budak itu berdayung . Jika ada budak budak itu menunduk kan kepala tatkala peluru berdengung lalu itu , maka dipukul lah olih baginda dengan rotan cemeti yang dipegang nya sambil berkata " Kalau ajal mu belum sampai , kamu tidak akan mati ".
Didalam keadaan yang amat genting kubu di Teluk Keriting hampir tewas kerana kehabisan ubat bedil. Maka Raja Haji memerintahkan Shah bandar Bopeng dan beberapa anak muda salah seorang bernama En Kalak , menggunakan sampan untuk menghantar ubat bedil. Maka sampan itu pun dibedil olih kaapal Belanda dengan peluru penabur lalu karam. Dalam bersusah payah dapat juga diselamatkan satu peti ubat bedil dibawa kedarat diTeluk Keriting . Maka dapat lah menembak empat lima kali bedil terus habis.
Dengan takdir Allah salah satu peluru itu terkena tepat menghentam kapal induk Belanda bernama " Malakkas Welvaran ", terus terbakar dan meletup, berterbangan geladak nya keudara berkecai kecai kerana ubat bedil didalam kapal itu turut terbakar. Semua Soldadu Belanda didalam kapal itu seramai 500 orang terkorban berapungan bangkai nya di laut Riau termasuk pemerintah nya " Armuldus Lemker " .
Didalam perang ini pihak Belanda mengalami kekalahan yang amat teruk dan dengan itu Gabenor Belanda di Melaka mengarahkan baki armada nya yang tinggal pulang ke Melaka segera untuk mempertahankan Melaka pula dari serangan Selangor yang dipimpin olih Sultan Ibrahim sedang mendarat di Kuala Sungai Baru dan berkubu di Kelebang.
1 comments:
Assalam alfateha sucinya hati para pemimpin dahulu Raja Hajifisabillah dan yg lain demi pertahankan maruah agama dan bangsa ,Serta negara..dari di rosakkan oleh penjajah ..alfateha 24 Muharam 2018 ,4 September
Post a Comment