" BUJANG JAMBU " (DIANTARA SEJARAH , MITOS DAN REALITI )


Coretan pena : Jaafar Kelana Al-Bugisi






                                       Lokasi Si Bujang jambu di semadikan


Sebagaimana yang  telah diketahui olih umum , Sungai Kesang pada zaman dahulu air nya sangat dalam . Dikhabarkan  banyak terdapat lubuk  sebagai habitat  buaya buaya yang  banyak terdapat disitu. Telah termashor lah diseluruh penduduk di kampung Sungai Rambai  ini tentang keganasan buaya buaya di sepanjang sungai Kesang, bahkan apabila ranting kayu jatuh ke air pun akan disambarnya. Kera kera dan lotong tidak berani bergayutan didahan dahan pokok yang mencecah air takut akan nyawa nya terancam. Begitu juga manusia yang berperahu hilir mudik di sungai Kesang sentiasa berhati hati , kerana telah banyak berlaku yang mana penduduk kampung Sungai Rambai  telah menjadi korban akibat dibaham buaya.





                            Perjalanan sukar ke makam si Bujang Jambu di Sungai Kesang



   Pawang Samah bin Pawang Sedon bin Pawang Tahir bin Darham generasi ke 5 dari keturunan Tok Kesang



Ada pun diceritakan olih orang orang yang terdahulu turun temurun dari mulut kemulut , buaya buaya di Sungai Kesang itu ada  ketua nya, iaitu  saekor buaya jantan jadian bernama  " Si Bujang Jambu " dan pasangan nya saekor buaya betina bernama  " Si Bujang Bunga ". Bujang jambu sebagai ketua  dikalangan segala buaya buaya yang ada di sungai Kesang dan sikap nya amat lah ganas tiada tolok banding nya diketika itu. Maka banyak lah orang orang kampung menjadi mangsa dibaham olih Si Bujang Jambu. Peristiwa ini pernah berlaku disekitar penghujung tahun 1800 sehingga diawal tahun 1900.

Olih kerana penduduk penduduk kampung sentiasa berada didalam ketakutan untuk turun ke sungai mencari rezeki , lantas telah bermuafakat mengajukan masaalah ini kepada seorang pawang handalan dikampung  Telok Rimba  ,  bernama Pawang Sedon bin Pawang Tahir . Pawang Sedon ialah berketurunan Bugis , generasi keempat dari jurai keturunan Tok Lahir@Tok Moen @Tok Kesang bin Daeng Jannung pembuka asal kampung Kesang Tasik Ledang.

Dikhabarkan Pawang Sedon bolih berkomunikasi dengan buaya buaya yang ada di Sungai Kesang serta bolih menurut perintah nya. Sehinggakan beliau digelar sebagai pawang buaya.

Disatu ketika Si Bujang Jambu telah membaham seorang nelayan penduduk kampung Sungai Rambai semasa merawai udang di sungai Kesang , ini menambahkan jumlah mangsa telah bertambah dan ghaib entah kemana. Ahli waris telah  mengundang pawang Sedon membantu . Pawang Sedon telah membaca mentera nya ditepi sungai Kesang sambil berseru dan memanggil semua buaya buaya timbul. Sekonyong konyong maka timbul lah segala buaya buaya tersebut berbaris menurut perintah sambil disaksikan penduduk kampung, namun si Bujang Jambu tidak kelihatan . Rupa rupa nya Si Bujang Jambu telah merasa bersalah , dan datang agak lewat sambil menggonggong mayat nelayan yang hilang untuk memulangkan nya.

Pawang Sedon telah memberi amaran kepada buaya buaya yang ada didalam perhimpunan itu agar jangan lagi mengganggu penduduk yang berada disepanjang sungai Kesang . Selepas peristiwa itu semua buaya buaya menghilangkan diri keair.

Hingga lah disatu ketika tentera British telah melontarkan bebeapa butir bom tangan didalam sungai Kesang untuk menghalau buaya buaya itu. Hendak dijadikan cerita salah satu daripada bom tangan yang dilontar itu , sebelum sampai keair telah disambar olih si Bujang Jambu dan meletup didalam rahang nya. Akibat dari letupan itu  Si Bujang Jambu telah naik kedarat dan mati ditepi sungai Kesang . Penduduk kampung telah menanamkan bangkai Si Bujang Jambu di tepi sungai Kesang disebelah kanan tebing sungai didalam perintah Johor , di taruh tanda dan disebut olih orang kampung sebagai " Keramat Si Bujang Jambu ".




0 comments:

Post a Comment