HUKUMAN SALANG

Coretan pena : Jaafar Kelana Al-Bugisi



                                         KERIS HUKUM ATAU KERIS PENYALANG


Telah diriwayatkan............. apabila seseorang didapati bersalah melakukan kesalahan yang berat , saperti menderhaka kepada Raja,  lari dari medan perang, membunuh,  berzinah dan lain lain, hukuman yang setimpal dengan nya pada zaman kegemilangan kesultanan Melayu dahulu ialah  " Hukuman Salang ". Hukuman salang ialah hukuman bunuh dengan cara menikam di pundak kiri ( Lekuk dibahu kiri ) pesalah hingga menembusi jantung nya, dengan menggunakan  keris panjang atau keris bahari diberi nama " Keris Penyalang ". Orang yang dipertanggung jawabkan  untuk menjalankan  hukuman perintah Raja ini ialah " Datuk Petanda".

Semasa hari hukuman salang dilakukan , pesalah diikat tangan nya kebelakang , mata nya ditutup dan duduk melutut. Seorang Penghulu , 12 orang panglima , Bendahara dan Kadhi hadhir dihari hukuman salang dijalankan. Beberapa orang saksi mara kehadapan dan disoal olih Bendahara . Setelah sahih bahawa tertuduh betul betul melakukan kesalahan , maka hukuman salang dijatuhkan. Dua orang panglima berdiri disisi pesalah , sambil memegang tubuh orang yang hendak disalang.

Biasa nya hukuman ini dijalankan pada hari Jumaat satelah selesai sembahyang Jumaat. Disatu tempat khas diatas sebuah bukit , dibina pentas dan dipasang langit langit . Hadirin dibenar menyaksikan semasa hukuman dijalankan. Semasa hukuman dijalankan susana menjadi sunyi sepi tiada kicauan burung , hadirin tidak berani berkata kata . Hujan panas turun berderau alamat akan berlaku mati berdarah.

Kadhi  menyuruh pesalah mengucap dua kalimah syahadah . Datuk Petanda menghunus keris penyalang nya dan meletakan segumpal kapas diatas lekuk bahu kiri pesalah. Keris ditikam secara miring dalam anggota badan pesalah sehingga kehulu keris. Mata keris dicabut keluar dalam masa yang sama gumpalan kapas kekal dilekuk bahu kiri di tekap agar darah tidak memancut keluar. Pesalah akan meraung dan menggigil dengan kuat nya , sungguh menyeramkan . Pesalah akan dahaga yang amat sangat dan diberi minum sebelum menghembuskan nafas yang akhir.

Segala hadirin akan beredar dan urusan pengkebumian dijalankan. Semoga menjadi pengajaran kepada yang lain.


0 comments:

Post a Comment