KERAMAT TOK PUTIH SERKAM


(Coretan pena ( Jaafar Kelana Al-Bugisi )





                                            Keramat Tok Puteh Serkam Melaka


SIAPA SEBENAR NYA TOK PUTIH

Ada pun terdapat sebuah rumah dikampung Serkam Darat Melaka , sungguh sesuai kalau disebut sebagai rumah tradisonal Melayu Melaka . Ia megandungi bahagian bahagian tertentu saperti serambi, rumah ibu, pelantar tengah, rumah dapur dan pelantar. Bumbung nya sengaja dibina tinggi beratapkan atap rumbia , dibina lantai dinamakan peran. Dipasangkan tangga untuk turun naik , diatas peran ini lah tempat menyimpan berbagai bagai peralatan yang jarang digunakan. Jika hari hari keluarga berkumpul , diatas peran ini lah tempat tidur nya anak anak dara, hanya turun sesekali apabila hendak membuang air kecil atau besar

Dirumah ini lah tempat tinggal nya seorang perempuan tua bernama Tok Putih binti Taib. Suami nya telah lama meninggal dunia bernama Long bin Md Seh. Tok Putih ditemani olih seorang cucu perempuan nya bernama Boyak. Kisah ini berlaku disekitar tahun 1950 an.

Tok putih telah lanjut usia , tak mampu lagi bergerak bebas , hanya lah berkisar didalam rumah sahaja. Raut wajah nya yang dimamah usia , diserikan olih barang barang kemas dari emas berupa rantai leher, gelang tangan dan cincin. Semua rambut nya telah putih tiada sehelai pun yang hitam , tubuh nya telah bongkok , maka takut lah kanak kanak apabila terpandang akan dia.

Sebenar nya Tok Putih ialah seorang dukun dan pawang yang terkenal tiada tolok banding nya diketika itu. Ramai lah orang datang dari seluruh pelusuk negeri Melaka unttuk meendapatkan rawatan berbagai jenis penyakit , kerana diketika itu untuk kehospital terlalu sukar.

KISAH BERMULA NYA TOK PUTIH MENJADI PAWANG

Dalam masa usia Tok putih disekitar 40 an  , disatu malam ia bermimpi, didatangi seorang laki laki tua berjubah putih , berserban dan berjanggut. Lambaga itu memerintahkan Tok Putih agar rumah nya dibahagian hadapan dialih kan dua depa kebelakang dari tempat asal nya kerana dibawah tangga rumah itu , yang sering dipijak untuk turun naik kerumah terdapat sebuah kubur lama tempat bersemadi nya seorang laki laki bernama Tok Puteh juga. Ada kah lembaga itu Tok Puteh ?.

Pada keesokan hari nya Tok Putih mengarahkan ahli keluarga nya dengan dibantu penduduk kampung memeriksa dibawah tangga rumah nya. Setelah digali maka benar lah terdapat dua batu nisan lama telah terbenam didalam tanah. Maka betul lah apa yang dimimpikan nya semalam.

Bermula dari peristiwa itu , Tok Putih dengan sendiri nya telah menjadi dukun dan pawang , mampu mengobati berbagai jenis penyakit dengan izin Allah ada nya.

Setelah Tok Putih meninggal dunia , rumah kediaman nya telah sepi , tidak berpenghuni . Ahli waris nya tidak berminat tinggal disitu kerana telah meemiliki kediaman sendiri. Akhir nya ia mereput dan roboh dengan sendiri nya. Makam Tok Putih masih kekal ditempat asal nya tanpa dijaga bersama sisa sisa  runtuhan rumah Tok Putih.



.


1 comments:

Deen said...

Makamnya diSerkam darat atau Serkam Pantai dan tanda lokasi Makamnya dimana?

Post a Comment