Pusara Von De Wall
Von De Wall ialah pembantu residen Belanda di Tanjung Pinang Kepulauan Riau. Kenapa beliau bermati matian ingin mempelajaari bahasa Melayu dari segi tutur kata, penulisan, dan juga pembacaan. Dengan itu beliau telah menjadi sahabat karib Raja Ali Haji diabad ke 19 dan Pulau Penyengat sebagai gedung ilmu , untuk itu Von De Wall telah membekalkan alat alat tulis kepada Raja Ali Haji untuk mencatat tata bahasa berbentuk perkamusan Melayu- Belanda. Beliau tahu segala ilmu pengetahuan di dunia sebelah sini semua nya didalam bahasa Melayu.
Setelah Von De Wall pulang ke Betawi , kerja kerja menyiapkan kamus itu agak terbatas hanya dapat disempurnakan setakat huruf " G " sahaja kerana Raja Ali Haji terlalu sibuk dengan rutin harian nya mengajar anak anak murid nya tentang ugama . Pada 27 Mac 1867 Raja Ali Haji telah mengutus surat kepada Von De Wall di Betawi , antara lain isi kandungan surat itu berbunyi :
" Lebih maklum lah tuan bukan nya satu pekerjaan saya , sebab sepeninggalan tuan ke Betawi itu maka datang lah berbondong bondong anak anak murid saya hendak mengaji ilmu fikih, ada yang hendak mengaji nahu , jadi dibuka lah semula pengajian saperrti adat sehari hari. Maka jadi banyak lah waktu saya didalam pekerjaan. Maka adalah waktu yang saya tentukan untuk pekerjaan tuan itu ia itu pada malam hari. Jika jikalau tiada uzur , daripada pukul delapan sampai lah pukul sebelas lebih kurang sedikit . Jika saya ke Pengujan dapat juga pekerjaan tuan itu pada siang harri sebentar sebentar . Demikian lah hal nya tuan. "
0 comments:
Post a Comment