MAKAM ARUNG LENGA BANGSAWAN BONE


Coretan pena :  JAAFAR KELANA AL BUGISI






                                       

                                              Makam Arung Lenga di Melaka

SIAPA ARUNG LENGA ?

Nama nya tak asing lagi dikalangan orang orang Bugis sentiasa meniti dibibir walau pun ia nya telah syahid hampir 200 tahun lebih di Telok Ketapang Melaka. Ia juga seorang bangsawan Bone , berkhidmat terus dibawah Yang DiPertuan Muda  Riau -Lingga , Johor dan Pahang dizaman YDM lV  Raja Haji Fisabilillah ( 1777 -1784  ) , sebagai panglima agung sentiasa disisi Raja Haji tidak berenggang. Arung Lenga berpangkat adik ipar kepada Raja Haji kerana  beristerikan adinda Raja Haji ia itu Raja Aminah binti Opu Daeng Chelak.

Orang yang mula mula menghadang kemaraan baris Belanda pada malam 18 jun 1784 yang dipimpin olih (Vlootvoodg) Jacob Pieter Van Braam. Arung Lenga syahid dihujung senapang soldadu Belanda bersama kuda nya , sedangkan ia dalam kepayahan sakit barah dibawah leher.

Pertempuran habis habisan di Telok Ketapang itu , berlaku dengan amuk yang maha dahsyat  mengakibatkan Raja Haji rebah terkena bedil Belanda bersama syahid nya ialah Daeng Seliking, To' Lesang , Hj Ahmad Bugis Selangor dan 400  perajurit Bugis . Manakala di pihak Belanda 373 soldadu beserta orang besar nya tewas.  Masih kedengaran takbir panjang yang sayu diwaktu dini hari ketika orang orang Melaka menurunkan ratusan jenazah para syuhada'  ke liang lahat dengan cara tergesa gesa tanpa dimandi dan dikafankan , hanya lah mata batin orang orang sufi yang bisa menyaksikan sekian banyak nya burung burung hijau  dari roh roh para syuhada' itu  terbang membumbung tinggi menuju disatu tempat yang tertinggi agar dapat duduk paling hampir dengan singgah sana Rabbul Jalil.

Jenazah Arung Lenga diambil olih penduduk Telok Mas Melaka dan dimakam kan disini. Manakala para syuhada ' yang lain dimakam kan diatas sebuah bukit di Pernu. Bersemadi lah disini ya hamba Allah yang terpilih .







                                            Makam makam para syuhada' Bugis

                       
Mei 1999

2 comments:

Anonymous said...

Arung lenga @ Daeng Lakani dikatakan pemimpin koloni awal Bugis di Kuala Selangor. Menjadi suri(e)watang, ketua badan pemangku kerajaan bersama anak Daeng Merewah (Bugis Luwu) dan orang tua-tua dipercayai dari Batin orang asli,ketua koloni kecil Acheh, Kedah, Asahan, Kuantan, Siam. Sebelumnya Yamtuan Selangor dijabat oleh To Pasarai bin to Mojong ibni Sultan Idris (sulawesi). Namun beliau meninggalkan Kuala Selangor (catatan belanda) dan tempatnya di isi oleh adiknya Raja Siti yang bersuamikan Daeng Loklok, Maharajalela Husin ibni Sultan Adam(sulawesi)

Anonymous said...

Daeng lakani dengan arung lenga lain....

Post a Comment