SUNDANG BUGIS RAJA LAUT PUSAKA ( GALERI UGIK )
Sundang dianggap sebagai Raja bagi segala senjata dialam Melayu.Sundang berasal dari Pulau Sulawesi (Celebes) dan diperkenalkan didunia Melayu semasa orang orang Bugis melakukan " Passompe' " diseluruh nusantara. Namun semasa saya meninjau di muzium " l La Galigo" di Ujung Pandang Makassar , sebuah muzium yang besar terletak didalam benting Ford Raterdam pada tahun 2009 , lansung sebilah sundang pun tidak diketemu, sedangkan senjata ini lahir di sulawesi sendiri. Begitu juga hal nya saya berkunjung ke muzium Bugis Johor terletak di Sungai Rambah Kukup Pontian , juga tidak ada. Bila ditanya tentang sundang penjaga muzium menunjukan parang panjang , ini amat melucukan.
Sundang memang sukar diketemu sekarang kerana adat nya disetiap mukim atau kampung hanya punya sebilah sundang dipakai olih Datuk Demang . Sundang digunakan semasa bertarung berapat rapat, ia sesuai untuk menetak dan melibas, jarang sekali untuk menikam.
Diselatan Filipinah orang orang Moro dan Suluk sering menggunakan sundang , munkin keadaan muka bumi nya berhampiran dengan Sulawesi. Tetapi sundang ala Moro ini bilah nya agak lebar sedikit berbanding dengan sundang Bugis lebar nya 3 jari dan bentuk sampir nya amat berbeda, ia disebut kalis.
Hulu sundang direka menyerupai kepala burung helang laut bersesuaian dengan nama nya sundang Raja Laut, dan ada juga di ukir bermotifkan flora . Dibahagian hulu sundang dililit dengan lilitan perak atau rotan agar apabila mengenggam nya ia tidak licin. Dipangkal bilah sundang diantara bilah dan ganja di buat sepit rotan dari perak atau tembaga bagi meguatkan mata sundang tidak berpusing dari puting nya.
Mata sundang ditempa dari besi waja agar ia tahan lama , sentiasa tajam tak perlu diasah. Betuk sundang agak unik kerana ada yang berlok dan ada juga yang lurus. Mengikut sesetengah pendapat bahawa sundang ini memang dipelopori olih orang Bugis dan menjadi pakaian Raja Laut sebagai senjata utama semasa bertarung dilaut untuk memotong tali temali dan membocorkan perahu musuh.
Senjata senjata sebegini harus kita ketengahkan sebagai benda warisan untuk dipertontonkan kepada generasi kini dan akan datang. Apa yang saya alami sejak dulu lagi masih banyak benda benda warisan hanya terperuk didalam peti besi berkunci diletakan dibawah katil, dan ada juga sebilah sundang dikediaman jiran saya disimpan dibawah tilam tidur nya puluhan tahun . Bila diminta dan membeli nya ia tidak redha, hingga lah bunga bunga gaduh muncul.
KERIS TEMPA MELAKA JUGA ADALAH SEBILAH SUNDANG BUGIS
Keris tempah Melaka adalah sebilah keris kerajaan yang dipakai olih Laksamana Hang Tuah selain keris peribadi nya ia itu keris Taming Sari. Kalau ditinjau dari hikayat hikayat Hang Tuah ada menceritakan tentang keris tempa Melaka ini sebagai senjata yang amat ampuh demi menjaga keselamatan Sultan Melaka baik didalam mau pun diluar negeri.
Kemunkinan besar keris tempa Melaka ini ialah sebilah sundang yang mana sifat sundang ini memang telah diketahui olih umum ia itu menetak dan melibas jarang sekali untuk menikam. Olih kerana sundang ini melakukan kerja kerja kasar semasa didalam medan laga dan tempur secara berapat rapat maka ianya ditempa menggunakan besi waja yang tahan sentiasa tajam .
Mari lah kita tinjau dalam hikayat Laksamana Hang Tuah dan sejumlah besar perajurit dan pembesar Melaka semasa berada di Majapahit mengiringi Sultan Mansor Shah untuk berkahwin dengan puteri Betara Majapahit. Disini kalian akan tahu tentang tugas keris tempa Melaka yang digunakan olih Laksamana Hang Tuah didalam beberapa siri ujian yang di atur rapi olih Pateh Gajah Mada terhadap rombongan Sultan Melaka itu.
a) Semasa perarakan bergajah rombongan Sultan Melaka menghala ke istana Majapahit , sekonyong konyong keluar lah beberapa puluh perajurit Majapahit membuat kacau terhadap rombongan diRaja itu. Disini Laksamana Hang Tuah sebagai Panglima Besar menjaga keselamatan rombongan diRaja dengan keras memberi amaran kepada semua orang orang Melaka seraya berkata " Wahai orang orang Melaka jangan lah kamu sekelian gentar dengan permainan Pateh Gaja Mada ini , siapa yang lari akan aku penggal batang leher nya dengan keris tempa Melaka ini "
b) Dalam siri kedua pula , kalian akan tahu semasa Laksamana Hang Tuan , Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu telah memasuki taman larangan di Raja Betara Majapahit. Olih kerana tindakan ini , berpuluh pengawal istana dengan bersenjatakan tombak panjang telah mengepung kelima lima pendekar Melaka itu untuk membunuh nya. Dalam pertempuran itu Laksamana Hang Tuan telah memarang semua mata tombak pengawal istana menggunakan keris tempa Melaka hingga putus putus. Laksamana Hang Tuah beserta rakan nya telah membawa seberkas seorang mata tombak yang putus itu menghadap Betara Majapahit, dengan itu Betara Majapahit tersipu sipu malu.
" Kesimpulan nya disini dapat lah kita mentafsirkan bahawa keris tempa Melaka itu ialah Sundang Bugis panjang nya kurang lebih 22 in, lebar bilah nya ialah 3 jari dan mempunyai kedua dua belah bilah nya tajam serta sifat nya memang untuk memenggal, memarang, menetak dan melibas, bukanlah keris yang bisa kita lihat berupa keris penyalang, keris panjang atau keris hukum , hulunya bermotifkan flora dan ada juga berhulukan kepala burung pekaka yang sifat nya bertuntung runcing dan bilah nya kecil sesuai hanya untuk menikam "
Sundang Bugis Raja Laut
PERSENJATAAN BUGIS
( Koleksi galeri UGIK)
Keris Bugis sapukala
Keris Bugis berlok
Kawali Lompo Battang Sari
Kawali Makassar
Jenawi bertumit
Kawali Luwu Lamakhonta'
20 comments:
sundang tiga bersaudara adalah lurus tanpa lok
betul,sundang bugis dlm simpanan ayah sy lebarnya tiga jari...kelakarnya sundang tu ramai yg minta dan ayah saya bagi,tk timbul pergaduhanpun tp akhirnya sundang tu akan kembali pd ayah saya...tiada siapa yg mampu menyimpannya...
Maaf sodara wirda amir jika tak keberatan bolehkah sodara berhubung dgn saya. Oleh kerana bebrapa hal. Insyaallah boleh hubungi saya di 0172647985
Assalam..tuan.sy berminat utk tau sejarah sundang tersebut..sila hubungi sy ditalian berikut 0172298302 shah
Assalammuailaikum.. Mcm adakah saudara dr keturunan 3 bersaudara itu?
Assalamualikum,brapa nilai sundang sekarang
Sundang berasal dari sulawesi ialah claim yg memalukan.Sbbnya mustahil di tempal asal usul tdk ditemukan sundang.
Claim syok sendiri yg sangat² memalukan.
Saya punyai Sundang warisan moyang saya. Tapi yg ini asal dari majapahit usia lebih 600 tahun. Bukan dari Sulawesi. Huly sundang berkepala buring Garuda. Diperbyat dari gading gajah. Jarang jumpa sekarang.
bro , ni senjata lanun sulu nama nya kalis , tapi orang suluk panggil sundang , dalam bahasa suluk sun maksud mara ke hadapan , dang bermaksud kesayangan/kegemaran , dan sundang bermaksud senjata kegemaran untuk mara ke hadapan , empu empu di tanah suluk mengambil inspirasi dari keris jawa tapi ditukar menjadi lebih tebal,tajam,berat dan panjang , kerana keris yang asal di anggap lemah dan tidak sesuai digunakan untuk di atas laut/berperang
agak tidak masuk akal untuk pernyataan tuan sundang ni berasal dari bugis kerana orang orang bugis merupakan golongan hamba dari abad ke 16 hingga penghujung abad ke 18
Claim lagi sundang 🤣🤣
Waalaikumsalam,ye betul sundang tersebut dari sebelah ayah saya,manakala sebelah ibu,kami dari keturunan Daeng Merewah.
Komentar kurang akal..
Kalau di tempat yg konon nya asal pun tak dijumpai, bermakna bukanla ia berasal dari sana. Yang sebetul2nya sundang bugis ialah yg disebut sebagai Alameng atau dlm bahasa Makassar, Sudang. Alemeng atau sudang ni la yg boleh diclaim sbgai sundang bugis, bukan sundang moro atau sundang melayu. Ini semua benda nak dibugiskan. Habis la semua jadi bugis.
Mungkinkah Sundang dr Bugis itu ialah Sundang Lipas? Iaitu salah satu senjata unik yg ada dalam aliran Silat Gayong Malaysia?
Kamu tak dapat nak bezakan yg mana Kalis Dan yg mana SUNDANG , Jaga tutur kata kamu
Hanya orang bodoh yg berbicara tanpa selidik Dan kaji.
Tengku Mahmud .......kamu orang yg bodoh , tak Mahu belajar , kurang buat kajian , munkin kamu dididik suasana orang yg kurang ajar Dan bangsat.
Apabila orang bodoh buat komentar Maka terserlah lah kebodohan nya, tak tahu nak bezakan YG mana Kali's senjata tausuk Dan SUNDANG BUGIS, banyak lagi belajar.
Post a Comment