MAKAM TENGKU KAMARIAH BINTI SULTAN ABDUL JALIL lV (1699 - 1719)
LOGO PERSATUAN MELAYU BUGIS SERUMPUN ( PMBS)
PENGERTIAN TENTANG JATA PERSATUAN MELAYU BUGIS SERUMPUN ( PMBS )
Perkataan UGIK
UGIK ialah satu perkataan yang sinonim dengan Bugis. Nama ini telah lama dituturkan oleh masyarakat Bugis sejak dahulu lagi, contoh nya : Tanah UGIK ialah tanah Bugis, orang UGIK ialah orang Bugis, Rumah UGIK ialah rumah Bugis dan lain lain.
SERUMPUN
Pengertian nya ialah semua etnik Bugis yang berada diseluruh kepulauan Melayu dapat disatukan didalam satu persatuan , agar ia boleh merapatkan tali silaturahim , dari segi warisan, kebudayaan dan kesenian , sekali gus dapat bertukar tukar pandangan demi kebaikan rumpun Melayu dimasa lalu , kini dan akan datang.
LATAR BELAKANG BERWARNA KUNING
Melambangkan ahli persatuan ini terdiri dari jurai keturunan leluhur Raja Raja Bugis yang berasal dari Tanah Bugis di Sulawesi dan berhijrah ke Riau seterusnya bernaung dibawah Raja Raja Melayu di Riau dan Tanah Melayu.
BULATAN BERWARNA MERAH
Melambangkan keberanian dan tidak kenal menyerah kalah terhadap lawan dan rela mati apabila marwah nya tercabar . Bagi orang orang Bugis " Lebih berharga mati dengan berdarah dari mati kelaparan " . Orang Bugis akal nya tidak mati dan pantang sekali berpeluk tubuh.
KAPAL PHINISI BUGIS
Sejenis kapal yang unik mempunyai tujuh layar berwarna biru membelah ombak dan badai disamudera luas , melambangkan masyarakat Bugis merupakan ahli pelayaran yang tersohor , melakukan migrasi dari tanah tumpah darah nya , mencari tuah ditanah Melayu.
SENJATA SUNDANG BUGIS
sejenis senjata Bugis sebagai senjata peribadi untuk mempertahankan diri apabila diserang atau menyerang . Bagi orang Bugis jika terdapat persengketaan hendaklah terlebih dahulu diselesaikan melalui musyuwarah , jika beberapa kali mesyuwarah tidak berhasil barulah sundang di hunus.
Coretan pena : Jaafar Kelana galeri UGIK
ARUNG BELAWAH DAN DAENG RONGGEK WIRA TAK DIDENDANG
Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi
Makam Daeng Ronggek di pulau Penyengat Kepulauan Riau, terkorban di benting Belanda Di Tanjung Pinang.
Peristiwa berlaku di Riau , majlis perkahwinan Arung Belawah disatu malam bertukar menjadi trajedi gara gara campur tangan Belanda . Entah berapa ramai gadis gadis jelita anak anak bangsawan Bugis di Riau ketika itu, namun Arung Belawah berkehendakan juga saudara sepupu nya Raja Fatimah binti Engku Keraeng , sedangkan Raja fatimah disaat itu masih menjadi isteri kepada Datok Nakhoda Madaung.
Tidak sanggup menjadi suami yg dayus , maka Nakhoda Madaung telah mentalaqkan isteri nya , dan setelah lepas 'edah nya , maka berkahwin lah Arung Belawah dengan Raja Fatimah . Malam itu majlis kahwin amat meriah , diserikan lagi dengan tembakan meriam.
Mendengar akan dentuman meriam persis perang itu, maka Residen Belanda di Benting Tanjung Pinang Kapt Gones telah memanggil Arung Belawah ke Benting Tanjung Pinang. Arung Belawah masih dimalam pengantin , hanya menghantar wakil nya ia itu Daeng Ronggek bersama beberapa orang lagi sebagai pengiring. Setiba nya di pintu Benting , pihak Belanda tidak membenarkan masuk , kecuali semua keris hendaklah ditanggalkan dan letak diluar Benting.
Tindakan Belanda itu membuatkan Daeng Ronggek dan pengiring marah, maka menyala lah api amarah Bugis tak bisa dikawal lagi, lalu mengamuk lah didalam Benting tanjung pinang dan membunuh seberapa ramai soldadu Belanda. Dalam suasana itu , pihak Belanda telah mengerahkan barisan senapang nya dan Daeng Ronggek terkorban.
Peristiwa ini telah berlarutan dan semua Bugis yang berada di pulau Penyengat telah melanggar Benting Tanjung Pinang , maka terjadilah perang dimalam itu melibatkan meriam, istinggar dan terakul , banyak lah kedua dua belah pihak terkorban.
Setelah suasana reda , maka mayat Daeng Ronggek telah dituntut oleh Engku Syed dibawa berdayung ke Pulau Penyengat untuk dimandi, dikafan dan dimakam kan. Makam bernisan kayu yang terletak diluar komplek makam Engku Puteri itu, bisa kalian ziarah . Sekarang aku berusaha untuk mengesan jurai keturunan Daeng Ronggek dan Arung Belawah ini.
Maret 2012
MAKAM TOK LANGGAR TERABAI
Aku khabarkan kepada kalian , kisah bahari yg di riwayatkan oleh orang orang terdahulu secara mutawatir , berkenaan dengan makam Tok Langgar yg terletak di satu tempat bernama Pengkalan Leban di Pinggir Sungai Kesang tidak berpenghuni disebelah kiri tebing sungai dalam perintah Melaka dikampung Sungai Rambai. Satu tempat yg menyeramkan , munkin disini satu penempatan yg amat hebat diera tahun 1790 an, dikala itu sungai adalah penghubung penting dengan dunia luar. Disini lah terletak nya komplek makam makam lama yg berserakan tapi ia terlepas pandang dan tidak peduli dengan sejarah. Beberapa tahun yg lalu sekumpulan anak anak belia MAYC sungai Rambai telah membuat pemugaran keatas makam lama ini berpandukan keterangan rengkas secara lisan. Terdapat tiga jenis batu nisan digunakan disini ia itu batu Laterit @batu merah@batu lada, batu gunung dan batu granite. Namun kepok kepungan pada makam menggunakan batu bata nipis persis zaman penjajah Belanda.
PERHIMPUNAN KERABAT TUAN IMAM HJ ABDULLAH MARHUM MEKAH DIKAMPUNG SUNGAI RAMBAI MELAKA PADA 23 DIS 2018
GAMBAR GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN PERHIMPUNAN KELUARGA DARI LENSA GALERI UGIK
Ingin aku khabarkan kepada semua anak anak cucu Al Marhum Tuan imam Hj Abdullah Marhum Mekah dimana kalian berada. Ada pun Tuan Imam Hj Abdullah itu ayahanda nya bernama Daeng Kamis bin Daeng Kepau bin Daeng Jannung. Bonda nya bernama Raja Fatimah binti Raja Ali Haji (Pujangga Riau) bin Raja Ahamd (Engku Haji Tua ) bin Raja Haji Fisabilillah bin Opu Daeng Chellak kelahiran Pulau Penyengat Kepulauan Riau. Tuan Imam Hj Abdullah beristerikan Tok Hitam binti Nanggau bin Penghulu Marsah bin Tok Tahir@Tok Senin (Serkam ) bin Daeng Jannung. Tok Hitam itu gelar nya ialah Tok Uban, kerana semasa hayat nya rambut nya tiada sehelai pun yang hitam semua nya putih belaka.
Hasil perkongsi hidup Tuan Imam Hj Abdullah ini dengan Tok Hitam , maka melahirkan tujuh orang anak ia itu : 1) Tok Dualim @Dagelim berkhidmat sebagai mata mta di rumah pasung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1879 dan sekarang titisan nya semua berada di kampung Pengkalan Kundang Linggi Negeri Sembilan kerana Tok Dualim ini dipenghujung usia nya telah berpindah ke Linggi mengikut isteri nya dan meninggal disana. 2) Tok Daud beristerikan Gedum binti Aman kelahiran Air Panas Jasin, 3) Tok Normah bersuamikan Dol bin Panglima Pandak, 4) Tok Hj Sesam @ Hj Sam beristerikan Tom binti Julim, 5) Bastiah bersuamikan Said bin Ahmad , 6) Tuan Imam Hj Raya beristerikan Putih binti Hj Abd Rahim dan isteri kedua nya ialah Nina binti Bechat, dan yang ke 7 ialah Basariah bersuamikan Long bin Tok Pawang Rabu bin Tok Puyuh bin Tok Kepau.
Aku khabarkan juga kepada kalian tentang adik beradik Tuan Imam Hj Abdullah ini : ia itu 1)Tok Omar beristerikan Begiah di Tedung kelak melahirkan Tok Kinang bersuamikan Md Deni bin Katib samad melahirkan Tuan Imam Hj Abu Bakar bin Md Deni, 2) Hajjah Daemah ( Hingga sekarang aku tidak tahu jurai keturunan nya , ingin aku bertanya pada yang lain tapi semua nya telah meninggal dunia ), 3) Tok Temah bersuamikan Said bin Kamis melahirkan : 1) Tok Karimah bersuamikan Jeram di Kampung Rawang Muar kelak melahirkan Hajjah Mariam bersuamikan Mohammad, 2) Tok Gaim, 3) Alimah bersuamikan Abdul Wahab di Kampung Parit Bunga Muar melahirkan ramai anak yg aku ingat ialah Mak Cik Armah dan Busu Noriah , yang lain nya ramai bermastautin di Singapura, 4) Simah @Putih bersuamikan Md Yusof bin Jana di kampung Bakri Muar melahirkan sebelas orang anak , yang aku ingat ialah Mak Long Sati , Pak Lang Omar, dan Minsom yang lain lain semua nya telah ku catat di galeri UGIK.
Ada pun Tuan Imam Hj Abdullah itu berjawatan tuan imam di mesjid jamek kampung Sungai Rambai dalam tahun penghujung 1800 menggantikan ayahanda nya Daeng Kamis . Beliau telah meninggal dunia di Mekah semasa tugas nya sebagai mutawib menguruskan jemaah haji disekitar negeri Melaka. Setelah kematian nya, jawatan imam telah disandang oleh Tuan imam Hj Abdullah bin Hj Abd Rahim (Serkam ) bin Hj Hasanuddin bin Hj Md Said (Tok Andak ) bin Penghulu Marsah bin Tok Tahir@Tok Senin bin Daeng Jannung. Setelah tuan imam Hj Abdullah bin Hj Abd Rahim meninggal , maka digantikan pula oleh Tuan imam Sahad bin Simon dan seterus nya digantikan oleh Tuan Imam Hj Raya bin Hj Abdullah Marhum Mekah .
Ada pun tuan imam Hj Raya itu merupakan anakanda Tuan imam Hj Abdullah yang luas ilmu ugama nya , apa yang aku dengar dari orang tua tua dahulu, selepas sembahyang dua hari raya maka berebut rebutlah jemaah hendak bersalam akan dia, ada yang mencium tangan , ada yang mencium perut dan yang mana tak dapat bersalam dengan nya maka mencium lah ia di anggota belakang nya, berkahwin ia dengan Tok puteh (Mak Serombeh) binti Hj Abd Rahim adinda kepada tuan imam Hj Abdullah bin Hj Abd Rahim (Serkam) melahirkan dua orang anak laki laki ia itu Hj Hashim dan Hj Othman ( Pak Sungip ).
Ada seorang lagi adik beradik Tok Puteh isteri Tuan imam Hj Raya itu , ia itu Norkiah binti Hj Abd Rahim, berkahwin lah ia dengan Tok Pawang sedon bin Tahir bin Darham , maka Darham ini berkahwin dengan Tok Perak binti Tok Lahir@Tok Moen@ Tok Kesang bin Daeng Jannung (Pembuka kampung Kesang Tasek), maka melahirkan seorang anak perempuan bernama Hajjah Esah binti Tok Pawang sedon, akhir nya berkahwin dengan Hj Hashim bin Hj Raya . Disini jelas lah bahawa Tok imam Hj Raya dan Tok pawang Sedon ini , selain berbesan dan berbiras , merika juga merupakan saudara tiga pupu kerana kedua dua moyang merika adalah adik beradik.
Itulah sahaja yang dapat aku penakan dan jika kalian untuk mengetahui lebih lanjut tentang salasilah keturunan ini di galeri UGIK ada jawaban nya...................Amin.