MENYELUSURI AHLI WARIS TOK AHIM (DUYUNG)
AHLI AHLI WARIS YANG BERADA DI MELAKA
PW 1 (B) Hj Sharif bin Salleh kg Ulu Duyung Melaka
Ahli waris Al Marhum sidang Jai dari kampung Padang Sebang sedang menyemak susur galor nya di galeri UGIK
PW 1 (B) Hj Sharif bin Salleh kg Ulu Duyung Melaka
Ahli waris Al Marhum sidang Jai dari kampung Padang Sebang sedang menyemak susur galor nya di galeri UGIK
ADA PUN TITISAN NYA YANG BERADA DISEBELAH MELAKA , BANYAK TERDAPAT DIKAWASAN SUNGAI RAMBAI, SEBATU, AIR TAWAR, MERLIMAU, TEDUNG, SERKAM, AIR PANAS, BEMBAN, HULU DUYUNG, DUYUNG, TEHEL, KEMENDOR, AIR KANGKUNG, GADEK, KESANG TUA, TERENGGANU, SINGAPURA, WALAU BAGAIMANA PUN ADA JUGA TEMPAT TEMPAT YANG TIDAK DI PENAKAN DISINI.
Bagi menyambung kajian kajian yang telah dibuat olih AlMarhum Nenda Baba bin Hitam (Lorong Myden Singapura) pada tahaun 1935, dan disambung pula olih Al Marhum Ayahanda Hj Jalil bin Muhamad (Taman Maju Jasin) pada tahun 1975, maka sambung menyambung lah nasab nya yang dipenakan olih faqir yang hina hingga kehari ini.
Ada pun diriwayatkan olih nenda nenda yang terdahulu, maka salasilah ini berpunca dari seorang yang bernama TOK AHIM , berasal dari Riau, berkaum dengan kerabat Raja Bugis , dizaman pemerintahan yang dipertuan Muda ke V , Raja Ali Ibni Daeng Kemboja (Marhum Pulau Bayan) memerintah kerajaan Riau Lingga Johor dan Pahang. Ada pun penghijrahan nya disekitar penghujung abad yang ke :18, memudiki sungai Duyung hingga ke Hulu Duyung dan membuka penempatan disini. Daripada zuriat nya lah maka terbit nya orang orang kenamaan di Melaka hingga kini. Dikhabarkan TOK AHIM ini mempunyai lima orang anak ia itu:
Anak yang pertama: SAMAD BIN AHIM (TEDUNG)
Anak anak nya ialah:
1. Munah , (Zuriat nya banyak di Sungai Rambai , Muar, Tedung dan Singapura)
2. Mat (Tedung)
3. Kimok (Tedung) beranakan: Alus (Tedung), Manaf (Tedung), Minah (Tedung), Timah (Tedung), dan Mahmud (Tedung).
4. Sidang Baba (Tedung) beranakan: Rahmah (Tedung), Sidang Mamat (Tedung), Temah (tedung), Kasad (Tedung), Ghaleh (Tedung), Jagoh (Tedung), Ninggal, Tijah (Kesang Tua), dan Dengkil.
5. Mendek (Tedung) beranakan: Gayah, Samsu, Mi, Kalsum, Sudik, dan Lehah.
6. Bekiah (Tedung) beranakan: Binyak, Mohd, Ali, Bagiah, Aishah, Ganil (Singapura)
Anak yang ke dua : HJ OTHMAN BIN AHIM ( AIR PANAS)
Datuk Said bin Yusof mantan ahli parlimen Jasin generasi ke 5 dari Tok Ahim
( Datuk Said ini berpangkat bapa saudara lah kepada penulis kerana Tok Ahim itu saudara sepupu dengan Tok Kepau )
Datuk Idris bin Haron ketua menteri Melaka generasi ke 7 dari Tok Ahim
Dato' Emran bin Kadir generasi ke 6 keturunan Tok Ahim
Datuk Said bin Yusof mantan ahli parlimen Jasin generasi ke 5 dari Tok Ahim
( Datuk Said ini berpangkat bapa saudara lah kepada penulis kerana Tok Ahim itu saudara sepupu dengan Tok Kepau )
Datuk Idris bin Haron ketua menteri Melaka generasi ke 7 dari Tok Ahim
Dato' Emran bin Kadir generasi ke 6 keturunan Tok Ahim
Anak anak Hj Othman bin Ahim
1. Abdullah (Tiada zuriat)
2. Sidang Omar beranakan: Mai, Daud, dan Isnin.
3. Manaf beristerikan a)Fatimah b)Jaimah beranakan:
a. Sekmah
b. Md Yasin
c. Md Yatim
d. Saodah
e. Ghidah
f. Samidah bersuamikan Hj Lajim
g. Kedah bersuamikan Md Deros, beranakan : Ahmad, Khatijah, Aman, Husin, Karim, Siti, dan Hasan. Maka Hasan ini beristerikan Mahawa beranakan Rokiah bersuamikan Haron beranakan Datuk Idris (Ketua Menteri Melaka)
4. Penghulu Bakar , beranakan: Salmi,Leman, Adam, dan Nabsiah.
5. Fakeh Said (Terengganu) beranakan: Baba, Bidah, Wahab, Hawa, Asiah, Idris dan Ramlah.
6. Bilal Taat, beranakan: Jahara, Ahmad, Mahawa, Muhamad beristerikan Samidah.
7. Kalsom bersuamikan Hj Aman (Duyung) beranakan:
a. Muhamad beristerikan Jerah
b. Hj Yusof beristerikan Net, anak anak nya ialah: Samidah, Hj Hashim, Hj Husin, Balok, Hj Razali, Nabsiah, Shafie, Datuk Hj Said (Mantan Ahli Parlimen Jasin), Abd Wahab, Abd Rahman, Embik Chik, Sapiah dan Khadijah.
Anak yang ke tiga: HJ MOHD ALI BIN AHIM (AIR PANAS) BERISTERIKAN TENGKU NAI BINTI TUN SABTU.
Anak anak nya ialah:
1. Baud@Daud beranakan: Sidang Md Sim (Kesang Tua), Hj Kasim (Kesang Tua), Sakiah (kesang Tua), Asiah (Kesang Tua), dan Md Yasin (Seremban).
2. Kamarudin Lepeh (Kesang Tua) , beranakan Saejah.
3. Hj Salam
4. Hj Jerudin
5, Chik
6. Said Tukang (Gadek) beranakan: Sidang Jai (Pulau Sebang), dan Manaf.
7. Alus bersuamikan Md Kelentong (Air Panas), beranakan: Bidin, Md Yasin, Jambak, Sanimah, dan Jaib.
Anak yang keempat: KHATIB MAT BIN AHIM (AIR PANAS)
Anak anak nya ialah:
1. Kasiah bersuamikan a)Tok Sabe b)Hitam, beranakan: Tompang, Chenon dan Md Nor.
2. Hasan beristerikan Minah, beranakan Chendon , Bachik.
3. Hawa bersuamikan a)Daud b)Lam c)Fajar, beranakan:
a. Saemah bersuamikan Md Sem beranakan: Harun, Md Jeni, Md Jelas beristerikan Pendek, Sagiah, dan Gayah.
b. Mohd beristerikan Norsimah, beranakan: Hj Lajis, Hj Latif, Hajjah Bedah, Hj Md Kaus, dan Hajjah Sekjah.
c. Wahid beristerikan a)Rahmad b)Macha beranakan: Saniah, Ramlah, Rahman, Leman, dan Md Aris.
Anak yang ke lima: YUNUS BIN AHIM (DUYUNG)
Anak anak nya ialah:
1. Fajar beristerikan Aishah (Duyung) , beranakan:
a. Bidin
b. Ngah (tehel)
c. Rahmad
d. Hj Hitam beristerikan Mahani (Duyung) beranakan:
Baba beristerikan Peah, beranakan:
Md Yusof (Singapura) , beranakan:
Mahabob dan Maarof.
Ini lah sahaja yang dapat faqir terangkan serba sedikit, untuk panduan anak anak cucu mencari asal usul nya, supaya dapat bertegor sapa pabila bertemu, dari rumpun yang sama. Bagi salasilah yang lengkap telah pun dipenakan olih faqir didalam syatar GALERI UGIK.. Intiha........
Feb 2012
Feb 2012
16 comments:
Ada keturunannya yang bermastautin di Durian Tunggal Melaka. Moyang saya Ahim juga.
Maksud saya ada tak? Cuma nak tahu tahu jika ada perkaitan
Salasilah ini ialah salasilah pokok, setakat generasi yg ke 3 sahaja. Olih kerana ia terlalu panjang , kait mengait susur galur dan jurai jurai nya , maka tidak mampu dipenakan disini. Bagi yang berminat untuk menyemak susur galur nya , di galeri ugik ada jawapan nya. Ini lah pekerjaan yang dapat disumbangkan, bagi menemani usia meniti senja.
Harap dapat tahu di mana letaknya galeri ugik itu.
Moyang sy othman bin ahim.anknya mahawa dan ank mahawa md.saad.ank md.saad noraini dan sy nikman������
Alhamdulillah..nampak keturunan saya sebelah ank ke2 tu..Hj othman bin Ahim..Sya tinggal di Kg Ulu Duyung
Saya dr keturunan Hj Baud @ Daud..moyang saya ialah Hj Kassim..saya adalah cucu kepada Hjh. Sinit binti Hj. Kassim & Che Mah binti Hj. Kassim
Saya Shahrol bin Zainal asal ulu duyong . Ibu saya hjh saleha bte hj hashim bin hj yusof. Saya Sekarang menetap di kg melayu subang selangor.
Nampak dah susur galur keturunan.
0193400004
Salam..nama saya adik beradik tujuh orang ada dalam salasilah tersebut..Almarhumah nenda saya Mahawi Binti Jai ,Padang Sebang
Almarhum moyang saya Sidang Jai Gadek anak kepada Mohd Ali Bin Ahim
Jambak anak alus Joyah Baba Dan Khamis
Maksud saya..alus anaknya Jambak.. Jambak ada 3 anak Joyah Baba Dan Khamis.. Dan Joyah ada 4 anak Salmah, Rafiah , Sarimah, abdul Rahman
Baba ada 4 Anak.. Mad Dom, Siti , Hamid , Mahaya
Dato Emran Bin Kadir yang dikatakan keturunan ke 6 tu ayah saya. Maaf sy tak kenal pula semua yang tersenarai dlm keturunam Ahim tu. Tak pasti pul. kalau ayah sy tahu tentang ni.
Pembetulan...Sidang Jai ( Padang Sebang ) Bin Said Tukang ( Gadek ) Bin Mohd Ali (Air Panas ) Bin Ahim
Assalamualaikum..Md Saad tu orang kedah ye?
Post a Comment