MENYELUSURI WARISAN TOK AHIM (DUYUNG)

MENYELUSURI AHLI WARIS TOK AHIM (DUYUNG)
AHLI AHLI WARIS YANG BERADA DI MELAKA


PW 1 (B) Hj Sharif bin Salleh kg Ulu Duyung Melaka







Ahli waris Al Marhum sidang Jai dari kampung Padang Sebang sedang menyemak susur galor nya di galeri UGIK


ADA PUN TITISAN NYA YANG BERADA DISEBELAH MELAKA , BANYAK TERDAPAT DIKAWASAN  SUNGAI RAMBAI, SEBATU, AIR TAWAR, MERLIMAU, TEDUNG, SERKAM, AIR PANAS, BEMBAN, HULU DUYUNG,  DUYUNG, TEHEL, KEMENDOR, AIR KANGKUNG, GADEK, KESANG TUA, TERENGGANU, SINGAPURA, WALAU BAGAIMANA PUN ADA JUGA TEMPAT TEMPAT YANG TIDAK DI PENAKAN DISINI.

Bagi menyambung kajian kajian yang telah dibuat  olih AlMarhum Nenda Baba bin Hitam (Lorong Myden Singapura) pada tahaun 1935, dan disambung pula olih Al Marhum Ayahanda Hj Jalil bin Muhamad (Taman Maju Jasin) pada tahun 1975, maka sambung  menyambung lah nasab nya yang dipenakan olih faqir yang hina hingga kehari ini.

Ada pun diriwayatkan olih nenda nenda yang terdahulu, maka salasilah ini berpunca dari seorang yang bernama TOK AHIM  , berasal  dari  Riau, berkaum  dengan kerabat Raja Bugis , dizaman pemerintahan yang dipertuan Muda ke V , Raja Ali  Ibni Daeng Kemboja (Marhum Pulau Bayan)  memerintah kerajaan Riau Lingga Johor dan Pahang. Ada pun penghijrahan nya disekitar penghujung abad yang ke :18, memudiki sungai Duyung hingga ke Hulu Duyung dan membuka penempatan disini. Daripada zuriat nya lah maka terbit nya orang orang kenamaan di Melaka hingga kini. Dikhabarkan  TOK AHIM  ini mempunyai lima orang anak ia itu:

Anak yang pertama: SAMAD BIN AHIM (TEDUNG)
Anak anak nya ialah:

1.   Munah , (Zuriat nya banyak di Sungai Rambai , Muar, Tedung dan Singapura)
2.   Mat (Tedung)
3.   Kimok (Tedung) beranakan: Alus (Tedung), Manaf (Tedung), Minah (Tedung), Timah (Tedung), dan Mahmud (Tedung).
4.   Sidang Baba (Tedung) beranakan: Rahmah (Tedung), Sidang Mamat (Tedung), Temah (tedung), Kasad (Tedung), Ghaleh (Tedung), Jagoh (Tedung), Ninggal, Tijah (Kesang Tua), dan Dengkil.
5.   Mendek (Tedung) beranakan: Gayah, Samsu, Mi, Kalsum, Sudik, dan Lehah.
6.   Bekiah (Tedung) beranakan: Binyak, Mohd, Ali, Bagiah, Aishah, Ganil (Singapura)

Anak yang ke dua : HJ OTHMAN BIN AHIM ( AIR PANAS)



Datuk Said bin Yusof  mantan ahli parlimen Jasin generasi ke 5 dari Tok Ahim
( Datuk Said ini berpangkat bapa saudara lah kepada penulis kerana Tok Ahim itu saudara sepupu dengan Tok Kepau )




Datuk Idris bin Haron ketua menteri Melaka generasi ke 7 dari Tok Ahim


Dato' Emran bin  Kadir  generasi ke 6 keturunan Tok Ahim


Anak anak  Hj Othman bin Ahim

1.   Abdullah (Tiada zuriat)
2.   Sidang Omar beranakan: Mai, Daud, dan Isnin.
3.   Manaf beristerikan a)Fatimah  b)Jaimah beranakan:
a.   Sekmah
b.   Md Yasin
c.   Md Yatim
d.   Saodah
e.   Ghidah
f.   Samidah bersuamikan Hj Lajim
g.   Kedah bersuamikan Md Deros, beranakan : Ahmad, Khatijah, Aman, Husin, Karim, Siti, dan Hasan. Maka Hasan ini beristerikan Mahawa beranakan Rokiah bersuamikan Haron beranakan Datuk Idris (Ketua Menteri Melaka)
4.   Penghulu Bakar , beranakan: Salmi,Leman, Adam, dan Nabsiah.
5.   Fakeh Said (Terengganu) beranakan: Baba, Bidah, Wahab, Hawa, Asiah, Idris dan Ramlah.
6.   Bilal Taat, beranakan: Jahara, Ahmad, Mahawa, Muhamad beristerikan Samidah.
7.   Kalsom bersuamikan Hj Aman (Duyung) beranakan:
a.   Muhamad beristerikan Jerah
b.   Hj Yusof  beristerikan Net, anak anak nya ialah: Samidah, Hj Hashim, Hj Husin, Balok, Hj Razali, Nabsiah, Shafie, Datuk Hj Said (Mantan Ahli Parlimen Jasin), Abd Wahab, Abd Rahman, Embik Chik, Sapiah dan Khadijah.

Anak yang ke tiga:  HJ MOHD ALI BIN AHIM (AIR PANAS)  BERISTERIKAN TENGKU NAI BINTI TUN SABTU.
Anak anak nya ialah:

1.   Baud@Daud beranakan: Sidang Md Sim (Kesang Tua), Hj Kasim (Kesang Tua), Sakiah (kesang Tua), Asiah (Kesang Tua),  dan Md Yasin (Seremban).
2.   Kamarudin Lepeh (Kesang Tua) , beranakan Saejah.
3.   Hj Salam
4.   Hj Jerudin
5,   Chik
6.   Said Tukang (Gadek) beranakan: Sidang Jai (Pulau Sebang), dan Manaf.
7.   Alus bersuamikan Md Kelentong (Air Panas), beranakan: Bidin, Md Yasin, Jambak, Sanimah, dan Jaib.

Anak yang keempat: KHATIB  MAT BIN AHIM (AIR PANAS)
Anak anak nya ialah:

1.   Kasiah bersuamikan  a)Tok Sabe b)Hitam, beranakan: Tompang, Chenon dan Md Nor.
2.   Hasan beristerikan Minah, beranakan Chendon , Bachik.
3.   Hawa bersuamikan  a)Daud  b)Lam  c)Fajar, beranakan:
a.   Saemah bersuamikan  Md Sem  beranakan: Harun, Md Jeni, Md Jelas beristerikan Pendek, Sagiah, dan Gayah.
b.   Mohd beristerikan Norsimah, beranakan:  Hj Lajis, Hj Latif, Hajjah Bedah, Hj Md Kaus, dan Hajjah Sekjah.
c.   Wahid beristerikan a)Rahmad  b)Macha beranakan:  Saniah, Ramlah, Rahman, Leman, dan Md Aris.

Anak yang ke lima: YUNUS BIN AHIM (DUYUNG)
Anak anak nya ialah:

1.   Fajar beristerikan Aishah (Duyung) , beranakan:
a.   Bidin
b.   Ngah (tehel)
c.   Rahmad
d.   Hj Hitam beristerikan Mahani (Duyung) beranakan:
      Baba beristerikan Peah, beranakan:
      Md Yusof (Singapura) , beranakan:
      Mahabob dan Maarof.

Ini lah sahaja yang dapat faqir terangkan serba sedikit, untuk panduan anak anak cucu mencari asal usul nya, supaya dapat bertegor sapa pabila bertemu, dari rumpun yang sama. Bagi salasilah yang lengkap telah pun dipenakan olih faqir didalam syatar  GALERI UGIK..  Intiha........

Feb 2012

16 comments:

Unknown said...

Ada keturunannya yang bermastautin di Durian Tunggal Melaka. Moyang saya Ahim juga.

Unknown said...

Maksud saya ada tak? Cuma nak tahu tahu jika ada perkaitan

Jaafar Kelana al Bugisi said...

Salasilah ini ialah salasilah pokok, setakat generasi yg ke 3 sahaja. Olih kerana ia terlalu panjang , kait mengait susur galur dan jurai jurai nya , maka tidak mampu dipenakan disini. Bagi yang berminat untuk menyemak susur galur nya , di galeri ugik ada jawapan nya. Ini lah pekerjaan yang dapat disumbangkan, bagi menemani usia meniti senja.

Unknown said...

Harap dapat tahu di mana letaknya galeri ugik itu.

Jaafar Kelana al Bugisi said...
This comment has been removed by the author.
norman said...

Moyang sy othman bin ahim.anknya mahawa dan ank mahawa md.saad.ank md.saad noraini dan sy nikman������

Anonymous said...

Alhamdulillah..nampak keturunan saya sebelah ank ke2 tu..Hj othman bin Ahim..Sya tinggal di Kg Ulu Duyung

Anonymous said...

Saya dr keturunan Hj Baud @ Daud..moyang saya ialah Hj Kassim..saya adalah cucu kepada Hjh. Sinit binti Hj. Kassim & Che Mah binti Hj. Kassim

9W2EEE said...

Saya Shahrol bin Zainal asal ulu duyong . Ibu saya hjh saleha bte hj hashim bin hj yusof. Saya Sekarang menetap di kg melayu subang selangor.
Nampak dah susur galur keturunan.
0193400004

Unknown said...

Salam..nama saya adik beradik tujuh orang ada dalam salasilah tersebut..Almarhumah nenda saya Mahawi Binti Jai ,Padang Sebang

Unknown said...

Almarhum moyang saya Sidang Jai Gadek anak kepada Mohd Ali Bin Ahim

Unknown said...

Jambak anak alus Joyah Baba Dan Khamis

Unknown said...

Maksud saya..alus anaknya Jambak.. Jambak ada 3 anak Joyah Baba Dan Khamis.. Dan Joyah ada 4 anak Salmah, Rafiah , Sarimah, abdul Rahman

Baba ada 4 Anak.. Mad Dom, Siti , Hamid , Mahaya

Amirah Emran said...

Dato Emran Bin Kadir yang dikatakan keturunan ke 6 tu ayah saya. Maaf sy tak kenal pula semua yang tersenarai dlm keturunam Ahim tu. Tak pasti pul. kalau ayah sy tahu tentang ni.

Anonymous said...

Pembetulan...Sidang Jai ( Padang Sebang ) Bin Said Tukang ( Gadek ) Bin Mohd Ali (Air Panas ) Bin Ahim

Anonymous said...

Assalamualaikum..Md Saad tu orang kedah ye?

Post a Comment