RAJA ALI IBNI DAENG KEMBOJA ( MARHUM PULAU BAYAN ) YDM V 1784-1806

Coretan  pena : Jaafar Kelana Al Bugisi
 





                 Makam Raja Ali YDM V di Tanjung Unggat Kepulauan Riau


Ada pun pepatah Melayu ada mengatakan dan sering diucapkan pada masa lalu dengan hati yang bergetar ia itu " Maruah ",  yang erti nya merupakan bancuhan harga diri , kebanggaan,  kemuliaan dan kegagahan. Dan jika itu terjadi sebalik nya ia merasakan lebih baik mati . Hidup tanpa maruah merupakan malu yang maha besar.

Untuk mempertahankan " Maruah " itulah maka bermula lah perang Riau pada jun 1783 diketuai olih Raja Haji . Kemenangan telah memihak ke pihak Riau. Disangka panas sampai kepetang, rupa nya hujan ditengah hari. Peperangan berlarutan pula ke Teluk Ketapang Melaka pada tahun 1784. Disini lah mula nya titik hitam, setelah kemangkatan Raja Haji terkena bedil Belanda, mengundang campur tangan Belanda di Riau. Sultan Mahmid Shah lll tiada pilihan lain terpaksa akur dengan perjanjian diantara  Riau-Belanda pada 01 November 1784. Pihak Belanda telah meletakan  beberapa syarat , yang mana syarat  syarat itu lebih menguntung kan pihak Belanda. Antara lain syarat syarat itu ialah : Sultan Mahmud Shah lll kekal bertahta di Riau dan hendaklah memutuskan perhubungan dengan Bugis. Semua orang orang Bugis hendaklah keluar dari Riau. Semua meriam meriam besar dan kecil beserta peluru dan ubat bedil hendaklah diserahkan kepada Belanda. Pelabuhan di Riau terletak dibawah penguasaan Belanda. Orang orang Bugis yang lahir di Riau, bolih kekal menetap di Riau tetapi dengan syarat tidak bolih memegang apa  apa jawatan didalam kerajaan. Orang orang China yang membantu Bugis dari segi kewangan semasa perang di Teluk Ketapang dulu dipaksa membayar sejumlah wang 20,000 ringgit sepanyol kepada Belanda.

Tidak sanggup melihat tanah kelahiran nya mula dirobek olih penjajah , bagai kan rontaan penghabisan suatu tubuh yang hidup , para pengelola kerajaan itu berikhtiar menghadang  dari mara nya kekuasaan Belanda yang datang dengan membawa perhitungan. Lantaran pengganti Raja Haji , ia itu Raja Ali ibni Daeng Kemboja menyiapkan pertahanan , menggarau dan meengeruhkan perairan Riau  dengan mengganggu setiap kapal kompeeni yang melalui nya. Bahkan mengundang orang orang lanun  Sulu dan  Balanini yang menetap di Tempasok agar membantu Riau menghadapi Belanda.

" Angin lanun " itu datang menderu menyonsong ombak dan badai gelombang . Merika bukan sahaja datang dengan perahu lancip nya yang laju bermuatan 60 orang untuk satu perahu , bukan sedikit malahan beratus buah , dengan berbekal kan semangat pahlawan yang telah ditempoh sejak beberapa abad melawan penguasa yang menggelarkan merika " Moro ".

Namun setelah semua ikhtiar itu dapat dijinakan olih kompeni , Riau telah kehilangan sebahagian besar kemerdekaan nya. Keadaan ini lah yang dialami olih Raja  Ali ( Marhum Pulau Bayan ) berhijrah ke Sukadana bersama sama sejumlah besar pengikut nya serta membawa semua meriam meriam besar dan kecil beserta peluru nya sekali.

1 comments:

Unknown said...

Assalam alfateha tk kanda Jaafar Kelana
Saya keturunan ke 6 dr Raja Ali

Post a Comment