MENELUSURI LELUHUR BUGIS


Coretan pena :  Jaafar Kelana Al-Bugisi

   
                       Logo persatuan keturunan Tok Kepau







Rumah Bugis Luwu


MENELUSURI  WARISAN BUGIS LUWU

ASSALAMMUALAIKUM WBKT


Blog ini memaparkan kisah perihal sejarah Raja Raja Bugis , perjalanan hidup, dan salasilah keturunan kami. Ia bermula sejak dizaman bahari lagi. Pada asal nya ia disampaikan secara lisan dari generasi ke satu generasi. Berjaya dikutip dan dipenakan serta di jaga rapi olih ahli ahli waris kadim keturunan ini. Sehingga ia menjadi satu bahan sejarah yang mustaid , berfakta dan berbukti. Bagi anak anak cucu yang dahagakan tentang sejarah asal usul nya , bagai musafir haus dipadang pasir  , mengharapkan seteguk air , mujurlah sang hujan turun, menjadi banjir, telaga kontang dilimpahi air, untuk musafir.

Pengembaraan bermula pada penghujung tahun 1998, pertama kali hamba jejaki kaki dilapangan terbang Sultan Hasanuddin , Hujung Pandang Makasar Sulawesi Selatan, setelah lebih tiga jam didalam penerbangan dari  KLIA. Jiwa ini gementar , kemanakah arah hendak dituju, terasa sukar mencari jejak, jejak dihapus hujan semalam, mujurlah seorang insan menawarkan khidmat dan kenderaan untuk menyelinap diseluruh pelusuk tanah UGIK , sambil diketemukan kepada kepala kepala waris yang bolih dirujuk dan bolih membuat keputusan. Sungguh beruntung sekali , kedatangan disambut mesra , bersalam dan berpelukan, hamba katakan wakil dari Melaka , sebuah negeri yang pernah diserang olih Keraeng Semerluki anak kepada Keraeng Majiko di Makasar , yang terkenal dengan sauh terbang nya , dizaman Sultan Mansor Shah Melaka (1459-1477).

Bermulalah kajian, setiap ceruk rantau dijelajahi sambil mengesan , susur galur dan jurai jurai nya , engkaulah tanah LELUHUR. Akhir nya hamba terdampar di PALOPO , dimana terletak nya kerajaan  LUWUK  PURBA  , salah satu  kerajaan tertua di Sulawesi Selatan. Letak nya berada dihujung bahagian utara Telok Bone. Disini lah lahirnya seorang tokoh ahli pelayaran Bugis yang tersohor PADUKA  SAWERIGADING.








Pada masa pemerintahan  SIMPURUSIANG (1268-1293), kerajaan Luwuk benar benar berdiri sendiri dengan batas batas yang jelas. Kerajaan Luwuk diperluas Sampai ke batas batas bahagian wilayah selatan, wilayah utara hingga ke DANAU POSO , Negeri MEKONGGA (Kolaka) dan wilayah bahagian barat berbatas dengan gunung LATIMOJONG . Sebelum Raja Luwuk mendapat pengaruh dari kerajaan GOWA, ada beberapa Raja yang berkuasa , diantaranya ialah: ANAKAJI (1293-1330),  TAMPABALUSU (1330-1365 ), TANRA BALUSU (1365-1402), TAMPANANGE (1402-1426), Batara Guru ( 1426-1458), Lamariawa (1458-1465 ), Datu Rissaung Le'bi (1465-1507 ).  Puncak kerajaan Luwuk ia itu pada masa pemerintah  DEWARAJA (1567). Baginda ialah seorang Raja yang amat terkenal dan tersohor  disegala kerajaan kerajaan yang terdapat diseluruh Sulawesi Selatan. Pentadbiran  Dewaraja di Luwuk merangkumi pantai timur jazirah sehingga ke Sungai Cenrana. Dewaraja bekerjasama  didalam arena politik dengan WAJO . Untuk memperkasakan  pemerinthan WAJO , wilayah LAROMPONG, MALUSE, dan SELO diletakan dibawah pentadbiran WAJO. Didalam penggabungan pentabiran ini , kerajan LUWUK sebagai kerajaan Bapa dan WAJO sebagai kerajaan anak, maka ujud lah perhubungan mesra diantara kerajaan penaung dan kerajaan yang bernaung, . Dengan pakatan ini lah maka  SINDENRENG dapat disatukan. Kerajaan DEWARAJA kemudian nya mula lah untuk menakluk BONE , ekoran dari tindakan nya itu, maka terbitlan persengketaan diantara  DEWARAJA dan ARUNG PONE. Ekoran dari itu maka tercetuslah perang , ia itu perang CENRANA . Didalam peperangan yang berlaku itu kerajaan LUWUK  mengalami kekalahan yang amat teruk dan sukar dilupakan. DEWARAJA dapat ditawan, hampir meragut nyawa nya, namun dibebaskan olih ARUNG PONE. Akhirnya DEWARAJA terpaksa menandatangani satu perjanjian yang diberi nama POLO MALELAE RI UNNYI , yang bermaksud (PENGHENTIAN  PERANG DI UNNYI). Akibat daripada termeterinya perjanjian ini , maka kerajaan LUWUK tersisih dari  kedudukan nya dibahagian timur jazirah dan digantikan olih kerajaan  BONE. Ini lah yang hamba cari, yang sentiasa terbuku dijiwa dan meronta ronta untuk mengetahui nya.




Tahun 1999 hamba ke Sambas, Sukadanah, Mempawah , dan Pontianak di Kalimantan Barat, menjejaki waris waris Bugis yang pernah memerintah disini olih Opu Daeng Menambon dan Opu Daeng Kemasi , Raja Ali ibni Daeng Kemboja (Marhum Pulau Bayan ) yang dipertuan muda ke: V , penah berhijrah ke sini setelah campur tangan VOC  di Raiu.
Al Marhum Nenda Raja Haji Fisabillillah pernah menabalkan Syarif Abd Rahman sebagai Sultan Pontianak.

Tahun 2000 hamba ke Singapura atas undangan Ahli waris kadim Tuan Haji Yahya bin Selamat, menziarahi makam makam dan tempat tempat bersejarah yang pernah menjadi pusat pemerintahan Raja Raja Bugis di ketika dulu. Engkau lah pulau hujung.

Penghijrahan suku suku Bugis dari Tanah UGIK , didalam satu angkatan perang besar Bugis  mengandungi tujuh buah kapal layar besar yang di ketuai olih kelima lima anakanda La Tendri Borong Opu Daeng Rilakka iaitu: Opu Daeng Perani, Opu Daeng Menambun, Opu Daeng Marewah, Opu Daeng Chellak, dan Opu Daeng Kemasi , datang ke Riau dalam tahun 1722 , atas undangan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, bagi membantu Johor mengembalikan Johor dari bawah tapak kaki anak  Raja Minangkabau, Raja Kechil dari Siak Indera Pura , yang mengaku anak kepada Sultan Mahmud Shah 11 (Marhum mangkat di julang). Dari saat itu lah berputik nya suku Bugis sebagai yang dipertuan muda , orang kedua penting nya setelah Sultan, didalam kerajaan Riau-Lingga, Johor dan Pahang.



     Makam Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Kampung  Melayu Kepulauan Riau


Sebagai penyambung wadah , hamba berkelana ke Kepulauan  Riau Pulau segantang Lada, engkaulah kota gurindam, menjejaki kisah kisah silam yang dilakukan olih nenda nenda yang terdahulu, semangat membara tak pernah padam . Kali ini hamba tidak kesepian, Raja Sukri bin Raja Zainudin menjadi juru pandu hamba. Menziarahi segala makam Sultan Sultan di Hulu Riau , sungai Carang dan makam yang dipertuan muda serta para kerabat dan tempat tempat bersejarah , di Hulu Sungai Riau (Riau lama), Tanjung Unggat, Kampung Bulang, Sungai Timun, Kota Rebah dan Pulau Biram Dewa, diketemukan dengan Wan Samsudin bin Omar. Menyingkap tentang kehebatan kota piring, disinilah tempat lahir nya Engku Puteri (Raja Hamidah ibni Raja Haji).




    Sisa runtuhan Kota Piring di Pulau Biram Dewa Kepulauan Riau ( Disilah tempat lahir nya Engku Puteri @ Raja Hamidah binti  Raja Haji)






 
    Kediaman Raja Abdul Rahman bin Raja Jantan di Pulau Penyengat Kepulauan Riau


Di Pulau Pengengat hamba berkunjung kekediaman Raja Abdul Rahman bin Raja Jantan, disini lah  rasanya sudah makin hampir dengan kajian yang hamba lakukan, kerana kunci nya telah ditemui dan akan terungkai segala gala nya. Disinilah bersemadi nya Al Marhun Raja Haji Fisabililillah, Engku Puteri (Raja Hamidah), Raja Haji Ahmad (Engku Haji Tua), dan Raja Ali Haji (Pujangga Riau.)


Rasanya belum lengkap jika hamba tidak ke Daik Lingga, kerana disitulah  tempat bersemayam nya Sultan Mahmud Shah 111 , berpindah dari Riau  keDaik Lingga pada tahun 1787 dengan 120 buah kapal, setelah membunuh  beberapa ramai  soldadu Belanda olih Raja Tempasuk dan pengikut  nya di Tanjung Pinang. Engkau lah tanah Bonda. Hamba menginap di Lingga Persona , menyingkap kembali tempat tempat sejarah  Raja Raja Bugis, Mesjid Sultan, disitu letaknya makam  Sultan Mahmud Shah 111, Istana Damnah, makam bukit Chengkih,  Bukit Chening , Dabo , Mepar, Singkep dan tidak ketinggalan ke muzium Linggam Chahaya.




    Makam Sultan Mahmud Shah 111 di Daik - Lingga


Dengan bantuan Bapak Lazuwardi (Dinas Pariwisata dan Kebudayaan Kabupaten Lingga), hamba mencungkil jejak jejak Raja Raja Bugis yang pernah  bermastautin disini seada nya.

Inshaallah jika dipanjangkan usia , hamba tidak bernoktah disini , akan hamba susuri lagi , tetapi kali ini bersama insan yang akan menggantikan hamba supaya ia  dapat dipanjangi. Kepada anak cucu  yang tidak berkesempatan ketempat tempat yang hamba  sebutkan saperti diawal tadi, telah hamba siapkan untuk kalian, digaleri UGIK ada jawapan nya.

Muzium linggam cahaya di Daik - Lingga



SALASILAH TOK KEPAU

Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi












INI LAH SALASILAH   DAENG  KEPAU NAMA NYA

Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi maha mengasihani

Segala puji bagi Allah , tuhan seru sekelian alam serta selawat nya nabi yang akhirul zaman serta keluarga nya  dan sahabat sahabat nya sekelian ada nya.  " Amma ba'du ", dan daripada itu maka ada pun disyarahkan olih nenda nenda   terdahulu yang mutawatir, mensyarahkan perihal salasilah keturunan Daeng  Kepau. Maka salasilah ini terlalu lah  panjang, kait mengait, susur galor nya mengikut kabilah, jika disuratkan semua nya , dibimbangi akan bosan lah orang yang membaca nya. Olih itu diambil jalan yang mudah dan di mukhtasar kan , maka disuratkan setakat generasi yang ke enam   daripada Daeng  Kepau sahaja. Supaya ia menjadi panduan kepada anak anak cucu, supaya tidak tersesat dihutan insan, didalam mencari  asal usul keturunan nya. Kalau disusur dari Daeng  Kepau keatas, dan disusur dari Daeng  Kepau kebawah, sudah lah mustaid kegenerasi yang ke: 15.
Adapun semua nya ini telah  pun di pena didalam  " Syatar " ,  GALERI UGIK.











                                 Ahli ahli waris kadim keturunan Tok Kepau

Ada pun  Daeng Kepau atau Tok Kepau itu ayahanda nya bernama  Daeng Jannung @ Daeng Ibrahim @ Berimah  bin Daeng  Kutak @ Jamaludin  bin Daeng  Jemuling bin Opu Pajung  Daeng Telana , ( Luwu Sulawesi ) Ibni  Opu La Maddusilat  Petta Mattinroe ri Polka  Luwu   ibni Opu Balirante beristerikan We Makkasau binti La Mappedati Ranreng Talotenreng . Opu Balirante itu ayahanda nya  bernama La Patiware Daeng Parabung Matinroe Ri Ware (Raja Luwu Sulawesi ke : 16  (1587-1615)  yang mula mula memelok ugama Islam bergelar ia Sultan Muhammad Waliyul Mutha Haruddin ) mempunyai 3 orang isteri ia itu : 1) We Makkarumpa /We Tenri Jella binti La Mungkace To Addamang Matinroe Ri Kanana Arung Matowa Wajo ke 10 (1567 -1607 ) .  Dari perut We Makkarumpa ini lah  melahirkan Opu Balirante dan adinda nya Opu Patunru, isteri  ke 2) bernama : We Tenri Datu Sailong  Bone Putri  Sorae Datu Luweng, isteri ke 3 ) bernama Karaeng Ri Balla Bugisi Puteri Raja Gowa Daeng Mameta Tonijallo.  Daeng Jannung @ Daeng Ibrahim  @ Berimah  itu mempunyai  beberapa  orang saudara kandung laki laki  ,  diantara nya ialah  Daeng Rentang  kelak melahirkan  Daeng Kasang . Seorang lagi ialah  Daeng Laponek  kelak melahirkan  Daeng Ibrahim  atau Tok Ahim  peneroka kampung  Ulu Duyung Melaka  dalam tahun  1790 an . Semasa Riau  di perintah oleh  yang di Pertuan Muda ke 2   ia itu  Opu Daeng Chellak  ( 1728 - 1745 )  ,  Daeng Jannung  @ Ibrahim @ Berimah  dan beberapa ramai  Bugis  mengandungi  7  buah kapal  telah belayar ke Mempawah  Kalimantan Barat mengiringi Opu Daeng Menambun  untuk  menyandang jawatan  " Penambahan "  dan menjadi menantu  kepada Sultan Muhammad Zainudin di Mempawah.  Di Mempawah Daeng Jannung  @ Ibrahim @ Berimah  telah berkahwin  lagi dengan wanita tempatan  dan dikurniakan beberapa orang anak.  Beliau telah meninggal dunia di Mempawah Kalimantan Barat.   


 Dan  Daeng  Kepau itu, ternak Riau asal nya, Induk Teriang nama isteri nya,  Bugis lah darahnya, di tanah Bugis Sulawesi Selatan  nenek moyang nya, LUWU nama kerajaan nya, mempunyai empat saudara kandung laki laki berlainan ibu ia itu: Lahir @Moen @ Tok Kesang  bin Daeng Jannung,  Tahir @Tok Senin bin Daeng  Jannung, ( Raudah nama isterinya), Bahir bin Daeng  Jannung dan Panglima  Rusol (Tok Gubas) bin Daeng  Jannung (  Tok  Seri nama isteri nya).



  Berbalik kepada Daeng Kepau,  ada pun dikhabarkan Daeng  Kepau itu ramai lah  anak nya, tetapi yang diketahui hanya lah enam orang sahaja, ia itu tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Yang laki laki ialah : 1)  Kamis menjadi juru tulis  bergelar Menteri kepada Sultan Ali Iskandar Shah bagi melicinkan pentadbiran di Jajahan Kesang  pada tahun 1855  -  1877. Setelah kemangkatan Sultan Ali Iskandar Shah di Umbai Melaka pada tahun 1877  , maka Kamis telah berkhimat pula  dibawah pentadbiran  Penghulu Ibrahim bin Daeng Kasang bergelar ia menteri di Tanjung Gading,  2) Ninang, 3)  Puyuh. Manakala yang perempuan pula ialah : 1)  Enggoh, 2)  Urai dan 3) Mendek.                                                  

1.   KAMIS BIN DAENG  KEPAU

Ada pun kamis ini banyak isteri nya, namun tidak dikurniakan zuriat, dan didalam usia yang agak lanjut telah berkahwin dengan Raja Fatimah binti Raja Ali Haji  diPulau Penyengat Riau, barulah dikurniakan zuriat, anak anak nya ialah:
Tuan Imam Hj Abdullah beristerikan Hitam@Tok Uban binti Nanggau, kelahiran Serkam.
Temah bersuamikan Said bin Kamis kelahiran Tedung.
Omar
Hajjah Daemah

2.   NINANG BIN DAENG  KEPAU

Anak anak nya ialah:
Bahaman beristerikan Sekimah binti Jantan
Osman beristerikan Kuyun binti Dagang, kelahiran kg Parit Sidang Seman , Sungai Rambai Melaka.

3.   PUYUH BIN DAENG  KEPAU

Anak anak nya ialah:
Tok Pawang Rabu beristerikan  1) Embah 2) Baiti
Siah bersuamikan Manaf kelahiran Tedung
Ketun bersuamikan Mahat

4.   ENGGOH BINTI DAENG  KEPAU BERSUAMIKAN  , KAMIS BIN KATEK
Anak anak nya ialah:
Tok Pandak, Nong, Gipah bersuamikan Md Eros , dan Said beristerikan  Temah binti Kamis.

5.   URAI BINTI  DAENG  KEPAU
      (Tidak diketahui zuriat nya)

6.   MENDEK BINTI DAENG  KEPAU BERSUAMIKAN ENDOI

Anaak anak nya ialah:
Che'Kiah bersuamikan Katib Samad kelahiran Tedung, Sesau bersuamikan Samad kelahiran Tedung, Kalsum bersuamikan Imam Degaoh kelahiran Tedung,  Sudin beristerikan 1) Chik binti Husin
2) Enon 3) Nina binti Bechat, dan Mai bertsuamikan Ninggal  kelahiran Tedung.

HJ ABDULLAH BIN KAMIS (MARHUM MEKAH)  MEMPUNYAI DUA ORANG ISTERI  , ISTERI PERTAMA TIDAK DIKETAHUI  , ISTERI KEDUA  BERNAMA  HITAM@TOK UBAN BINTI NANGGAU KELAHIRAN SERKAM BERKAUM DENGAN KERABAT TOK SENIN BIN DAENG JANNUNG

Anak anak nya ialah:

Isreri pertama  melahirkan :

Seorang anak laki laki bernama Doghalim @ Dagelim @ Dualim bin Hj Abdullah  (sebagai mata mata di rumah pasung Kuala Kesang pada tahun 1878 dizaman Sultan Abu Bakar Johor memakai no badan  " 49 " , kemudian menyandang jawatan Datuk  penghulu di kampung Sungai Rambai di penghujung tahun 1880  an menggantikan Datuk penghulu Long bin Ribut (Daud ) bin Baki . Setelah itu jawatan Datuk penghulu disandang pula olih Datuk  Demang Jaafar bin Awang bin Ribut





                                      Rumah pasung Sungai Rambai di tepi sungai Kesang

(  Selepas  itu nama Tok Doghalim@ Dagelim @ Dualim tidak lagi disebut sebut dikalangan ahli waris , begitu juga  al marhum datuk dan  ayahanda juga tidak menceritakan langsung tentang nya sama ada beliau berpindah ke daerah lain atau sebagai nya . Walau bagaimana pun kita generasi yang terkemudian tidak jemu jemu menjejaki perjalanan hidup nya hingga kehari ini , munkin Allah akan ketemukan juga disatu hari nanti )

Isteri kedua  melahirkan :

1)   Daud bin Hj Abdullah beristerikan Gedum binti Aman
2)   Normah binti Hj Abdullah bersuamikan  Dol bin Panglima Pandak ( Tedung )
3)   Hj Sam ( Sesam ) bin Hj Abdullah beristerikan Tom binti Julim ( Tedung )
4)   Bastiah ( Tok Utih ) binti Hj Abdullah bersuamikan Said ( Kudus Jawa Tengah )
5)   Hj Raya ( Tok Imam Keling ) beristerikan a) Putih binti Hj Ibrahim ( Serkam) b) Nina binti Bechat
6)   Basariah binti Hj Abdullah bersuamikan Long bin Tok Pawang Rabu.




                                             Tuan Imam Hj Raya bin Hj Abdullah (Imam Keling )



                                             Bastiah binti Hj Abdullah ( Tok Uteh )





                                            Basariah binti Hj Abdullah ( Mak Mok )


TEMAH BINTI KAMIS BERSUAMIKAN SAID BIN KAMIS BIN KATEK KELAHIRAN TEDUNG.

Anak anak nya ialah:
Jaimah bersuamikan Dol bin Pandak, Hajjah Karimah bersuamikan Jeram kelahiran Rawang Muar, Alimah bersuamikan Abd Wahab (Parit Bunga Muar), Simah@Putih bersuamikan Md Yusof bin Jana (Bakri Muar), Tijah bersuamikan Naning (Tedung), Gaim beristerikan Siah (Tedung).

OMAR BIN KAMIS

Anak anak nya ialah:
Kinang bersuamikan Md Deni bin Katib Samad (Tedung)

HAJJAH DAEMAH BINTI KAMIS
(Zuriat nya tidak diketahui)

BAHAMAN BIN NINANG BERISTERIKAN SEKIMAH BINTI JANTAN

Anak anak nya ialah:
Abd Rahman beristerikan Pit binti Mahat, Buyah bersuamikan Md Kasim bin Budin, dan Abd Wahab beristerikan Esah @Debok binti Md Amin.

OSMAN BIN NINANG BERISTERIKAN KUYUN BINTI DAGANG

Anak anak nya ialah:
Dara bersuamikan Jantan bin Rabu, Siti bersuamikan Sedeli bin Rahman, Md Sah beristerikan Loyah, Gemat, Aman beristerikan Mai binti Yot, Samah beristerikan Sal, Md Gisah beristerikan Nyemah.

TOK PAWANG RABU BIN PUYUH BERISTERIKAN EMBAH

Anak anak nya ilah:
Long beristerikan Basariah binti Hj Abdullah, Jantan beristerikan Dara binti Osman, Menah beristerikan Samad bin Satam, Nyemah bersuamikan 1) Jamil bin Empu 2) Sidang Ismail bin Rahmad, Che'Mah bersuamikan Fajar bin Mahat.

SIAH BINTI PUYUH  BERSUAMIKAN MD NOH

Anak anak nya ialah:
Zainon, Semah bersuamikan Manaf.

KETUN BINTI PUYUH BERSUAMIKAN MAHAT

Anak anak nya ialah:
Saona bersuamikan Saraf (Muar), Ahmad Tonggak beriaterikan 1)Siah 2) Chempah (Muar), Kamat beristerikan Piah (Muar), Nyonya bersuamikan Kiman.

Nyonya  binti Mahat (Suami nya Kiman bin Muar)

Anak anak nya ialah:

Jamilah binti Kiman, bersuamikan: 1) Tengah bin Genta  2) Hj Abdullah , beranakan: Jalil beristerikan Zainab, Salim beristerikan Sarinam binti Md Karon,  Zalehah bersuamikan Abu Bakar bin Abdullah. dan Misbah.

Che Lah bin Kiman (Bengkalis Indonesia)

Tijah binti KIman bersuamikan Haron bin Long, anak anak nya ialah: Mohd Syarif, Arpah, Mohd Yusof, Rahimah, Yaakub, Jasmah, Satipah, Jaafar, Abd Ghafar, Kalsom, Mohd Kahat, Abu Bakar, danMaimunah.

TOK PANDAK BIN KAMIS ( BONDA NYA ENGGOH BINTI KEPAU)

Anak anak nya ialah:
Embam bersuamikan Samad bin Dagang, Embun, Dol beristerikan  1)Jaimah binti Said 2) Normah binti Hj Abdullah, Mamat Chebi, Jaenah, Saamah bersuamikan Salleh, Taat beristerikan Kenet, Tiamah bersuamikan Md Zin, Mahanum@Ginum bersuamikan 1) Lajak 2)Md Dewa.

NONG BIN KAMIS (BONDA NYA ENGGOH BINTI KEPAU)

Anak anak nya ialah:
Amin

GIPAH BINTI KAMIS (BONDA NYA ENGGOH BINTI KEPAU)
BERSUAMIKAN MD EROS

Anak anak nya ialah:
Jeloh, Salleh, Md Tahir, Yam, Pit beristerikan 1) Mai 2)Munah 3)Endon.

SAID BIN KAMIS (BONDA NYA ENGGOH BINTI KEPAU)
BERISTERIKAN TEMAH BINTI KAMIS

Anak anak nya ialah:

Jaimah bersuamikan Dol bin Pandak, Hajjah karimah bersuamikan Jeram (Rawang Muar), Alimah bersuamikan Wahab (Pt Bunga Muar), Simah@Putih bersuamikan Md Yusof bin Jana (Bakri Muar),
Tijah bersuamikan Naning (Tedung), Gaim beristerikan Siah (Tedung)

CHE'KIAH BINTI ENDOI ( BONDANYA MENDEK BINTI KEPAU)
BERSUAMIKAN KATIB SAMAD (TEDUNG)

Anak anak nya ialah:
Md Derus beristerikan Putih (Tedung), Md Deni beristerikan Kinang binti Omar (Tedung), Sa'oyah, Lema bersuamikan Majid (Tedung).

SESAU BINTI ENDOI (BONDA NYA MENDEK BINTI KEPAU)
BERSUAMIKAN SAMAD (TEDUNG)

Anak anak nya ialah:
Bilal long beristerikan Saedah binti Akib,

KALSOM BINTI ENDOI (BONDA NYA MENDEK BINTI KEPAU)
BERSUAMIKAN IMAM DEGAOH BIN JULIM (TEDUNG)

Anak anak nya ialah:
Mainum bersuamikan 1) Kamisah  2) Kaem bin Lamsah, Ghani beristerikan Embok, Imam Dolet beristerikan Koming, Jilon beristerikan 1) Melah 2)Koming, Enon bersuamikan Man bin Omar, Jantan beristerikan Yam binti Deraman, Hadi beristerikan Yah binti Enjah.

SUDIN BIN ENDOI (BONDA NYA MENDEK BINTI KEPAU)
BERISTERIKAN 1)CHIK BINTI HUSIN 2) ENON 3) NINA BINTI BECHAT

SUDIN BERISTERIKAN CHIK
Anak nya ialah:
Madun, Wet, Atan beristerikan Embam (Sengkang), Abd Rahim beristerikan Badah binti Nawi, Hashim beristerikan Dengkil.
SUDIN BERISTERIKAN ENON
Anak nya ialah:
Asem beristerikan  1)Habi bin sarbini 2) Temah
SUDIN BERISTERIKAN NINA BINTI BECHAT
Anak nya ialah:
Zainah bersuamikan Azit bin Basit

(Untuk menyemak susur galur anda secara rinci sila datang ke galeri UGIK )

Feb 2012





TUAN IMAM HJ RAYA BIN HJ ABDULLAH BIN KAMIS BIN TOK KEPAU




SEJARAH RINGKAS TUAN IMAM HJ  RAYA BIN HJ ABDULLAH (IMAM KELING)

Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi

Tuan Imam Hj Raya adalah berketurunan Bugis , dilahirkan di kampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1880 an. Ayahanda nya bernama Hj Abdullah bin Kamis bin  Tok Kepau. Ayahanda nya Hj Abddullah telah meninggal dunia di Mekah Al Mukaramah, semasa menguruskan , urusan Haji bagi jemaah jemaah dari kampung Sungai Rambai dan kampung kampung yang berhampiran. Bonda nya bernama Hitam @Tok Uban binti Nanggau berkaum dengan keturunan Tok Senin di Kampung Serkam. Beliau mempunyai dua orang isteri yang dikahwini nya ia itu: isteri pertama nya ialah Putih binti Hj Ibrahim bin Hj Hasanuddin bin Tuan Imam Hj Md Said bin Marsah (Tok Andak)di Serkam. Dikurnikan anak dua orang ia itu: Hj Hashim beristerikan Hajjah Esah binti Pawang Sedon , berkaum dengan keturunan  Tok Laji bin Lahir di Kesang Tasik. Anak kedua nya ialah Hj Osman@Pak Sungip beristerikan Hajjah Sariah binti Hj Hashim. Manakala isteri keduan nya ialah Nina binti Bechat, dikurniakan anak ia  itu: Mah Hassan beristerikan Hasnah binti Kambar, Hawa (meninggal muda), Nabsiah (meninggal muda), Halimah bersuanikan  Tok Sidang Mujid bin Ahmad, dan Zainab bersuamikan Bajuri bin Semadi.

Semasa hayat nya  Tok Hj Raaya merupakan seorang yang amat disegani , bukan sahaja olih penduduk kampung Sungai Rambai , malahan orang orang kampung berhampiran kerana kewarakan nya. Beliau telah di lantik menjadi Tuan Imam di mesjid jamek kampung Sungai Rambai pada tahun1949-1966, menggantikan Tuan Imam Sahad bin Simon.

Semasa dizaman beliau lah , satu pakatan kampung telah ditubuhkan, untuk membeli berbagai bagai peralatan , untuk kegunaan ahli ahli pakat di majlis perkahwinan, dan peralatan peralatan tersebut telah disimpan  disebuah setor dihalaman rumahnya, dan beliau sendiri telah menjadi pengerusi nya. Sebahagian serba sedikit peralatan peralatan pakat tersebut ada tersimpan di galeri UGIK untuk tuntunan anak anak cucu.  Tempat beliau sebagai Tuan Imam telah digantikan olih anak saudara nya ia itu Tuan Imam Hj Jantan bin Hj Sam dari tahun 1966-1986.

Di dalam tahun 1960 an telah ditubuhkan satu kelas untuk mengajar orang orang dewasa yang masih buta huruf, belajar membaca dan menilis, tenaga pengajar nya ialah Che'gu Ahmad bin Yakin dan Ustaz Abd Hamid. Kelas tersebut bertempat diserambi rumah beliau sendiri. Didalam arena politik, beliau bergerak cergas didalam parti UMNO, dan terlibat secara langsung didalam penentangan Malayan Union yang ditaja olih pihak British. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 14 Disember 1974, hari Khamis jam empat petang, bersamaan 30 Zulkaidah 1394.


SEJARAH RINGKAS TOK HITAM @ TOK UBAN  BINTI TOK NANGGAU

Tok Hitam atau Tok Uban dilahirkan dikampung Serkam Melaka. Ayahanda nya bernama Nanggau bin Tok Penghulu Marsah. Manakala bonda nya tidak diketahui asal usul nya. Kalau disusur disebelah datuk nya , ia itu Tok Penghulu Marsah bin Tok Senin, rumpun  keturunan ini banyak terdapat dikampung Serkam Melaka, dan yang lain nya telah berhijrah keluar melalui perkahwinan. Tok Penghulu Marsah ini mempunyai 14 orang anak , tetapi yang terkandung didalam salasilah yang ditulis olih Allahyarham Hj Omar bin Hj Osman (Serkam) pada tahun 1947 ialah lapan orang sahaja ia itu: Landa, Hj Md Said (Tok Andak), Penghulu Amar, Jamaludin, Md Aris, Satariah, Senah, dan Badariah.

Namun setelah kajian dibuat, dan dikutip dari keterangan lisan orang orang tua terdahulu, dan masih tidak terlambat, ada dikalangan ahli waris yang mencatatkan nya, maka dengan izin Allah , diketemukan seorang lagi anakanda nya ia itu Nanggau bin Tok Penghulu Marsah. Melalui jurai keturunan ini banyak terdapat dikampung Sungai Rambai dan Muar.

Tok Hitam @ Tok Uban telah berkahwin dengan Tuan Imam Hj Abdullah bin Kamis bin Daeng Kepau atau Tok Kepau, yang mana Tok Kepau ini adalah peneroka asal Kampung Sungai Rambai pada tahun 1790. Hasil daripada perkahwinan ini telah dikurniakan anak ia itu:

1.   Daud beristerikan Gedum binti Aman
2.   Normah (Tok Porak) bersuamikan Dol bin Tok Pandak
3.   Hj Sam (Tok Andak) beristerikan Tom binti Julim
4.   Bastiah (Tok Utih) bersuamikan Said
5.   Tuan Imam Hj Raya beristerikan a) Putih binti Hj Abd Rahim  b) Nina binti Bechat
6.   Basariah (Mak Mok) bersuamikan Long bin Tok Pawang Rabu
7.   Doghalim@ Dualim

Tok Hitam @ Tok Uban telah meninggal dunia  diawal tahun 1900 an dan dikebumikan ditanah perkuburan Islam dikampung Sungai Rambai bersebelahan dengan pusara Anakanda nya  iaitu Allahyarham Tuan Imam Hj Raya bin Hj Abdullah.


SEJARAH RINGKAS TOK PUTIH BINTI  HJ ABD RAHIM @ IBRAHIM

Tok Putih ialah kelahiran kampung Serkam Melaka, anakanda kepada Hj Abd Rahim @ Ibrahim bin Hj Hasanudin bin Hj Md Said (Tok Andak) bin Penghulu Marsah bin Tok Senin. Tok Putih mempunyai beberapa orang adik beradik, tetapi yang diketahui setakat ini ialah: Tuan Imam Hj Abdullah bin Hj Abd Rahim @ Ibrahim, sebagai tuan Imam di kampung Sungai Rambai  Melaka pada tahun 1905 - 1929. Manakala seorang lagi ialah Nokiah binti Hj Abd Rahim @ Ibrahim bersuamikan Tok Pawang Sedon bin Tahir di kampung Telok Rimba, dikurniakan anak ia itu: Hajjah Esah dan berkahwin dengan Hj Hashim bin Hj Raya di Kampung Sungai Rambai.

Tok Putih telah berkahwin dengan Tuan Imam Hj Raya bin Hj Ab dullah dikampung Sungai Rambai Melaka dan dikurniakan anak ia itu: Hj Hashim beristerikan Hajjah Esah binti Pawang Sedon, dan Hj Osman (Pak Sungip) beristerikan Hajjah Sariah binti Hj Hashim.

Tok Putih atau gelaran nya "Mak Serombeh " telah meninggal dunia pada pertenghan tahun 1900 an dan dikebumikan ditanah perkuburan islam dikampung Sungai Rambai Melaka.


SEJARAH RINGKAS TUAN IMAM HJ ABDULLAH BIN HJ ABD RAHIM @ IBRAHIM

Tuan imam Hj Abdullah dilahirkan di kampung Serkam Melaka. Ayahanda nya bernama Hj Abd Rahim @ Ibrahim bin Hj Hasanuddin bin Tuan imam Hj Md Said (Tok Andak) bin Penghulu Marsah bin Tok Senin. Beliau mempunyai adik beradik diantara nya ialah : Putih binti Hj Abd Rahim @ Ibrahim bersuamikan Tuan Imam Hj Raya bin Tuan Imam Hj Abdullah di kampung Sungai Rambai, Nokiah binti Hj Abd Rahim@Ibrahim bersuamikan Tok Pawang Sedon bin Tahir dikampung Telok Rimba.

Tuan Imam Hj Abdullah telah berkahwin dengan Basariah binti Tok Penghulu Long , dan berkaum dengan kerabat Tok Penghulu Md Yasin bin Tok Penghulu Long bin Daud bin Baki di kampung Sungai Rambai Melaka. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan tiga orang anak laki laki ia itu:

1.   Hj Abd Azis bin Hj Abdullah beristerikan Zaharah binti Salleh
2.   Hj Darwis bin Hj Abdullah beristerikan Maznah
3.   Hj Muhammad bin Hj Abdullah beristerikan Salbiah binti Awal

Beliau telah dilantik sebagai tuan Imam di Mesjid Jamek kampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1905 hingga 1929. Tempat beliau sebagi tuan Imam telah diambil  alih olih Tuan Imam Sahad bin Simon pada tahun 1929 hingga 1949.


SEJARAH RINGKAS TUAN IMAM HJ ABDULLAH BIN KAMIS

Dilahirkan di kampung Sungai Rambai Melaka , anak pertama dari empat orang adik beradik. Ayahanda nya bernama Kamis bi Daeng Kepau , manakala bonda nya bernama Raja Munah @Fatimah binti Raja Ali Haji kelahiran Pulau Penyengat Riau. Beliau telah berkahwin dengan Tok Hitam @ Tok Uban binti Tok Nanggau kelahiran Serkam Melaka dan dikurniakan anak ia itu:

1.   Daud beristerikan Gedum binti Aman
2.   Normah bersuamikan Dol bin Tok Pandak
3.   Hj Sam beristerikan Tom binti Julim
4.   Bastiah bersuamikan Said
5.   Tuan Imam Hj Raya beristerikan a) Putih binti Hj Abd Rahim @ Ibrahim
      b) Nina binti Bechat
6.   Basariah bersuamikan Long bin Tok Pawang Rabu
7.   Dagelim (Meninggal muda)

Tuan Imam Hj Abdullah telah dilantik sebagai tuan Imam di mesjid jamek kampung Sungai Rambai pada tahun 1865 hingga 1905. Beliau telah meninggal dunia di tanah suci Mekah , semasa menguruskan rombongan jemaah Haji dari kampung Sungai Rambai dan kampung kampung yang berhampiran.

BASARIAH BINTI HJ ABDULLAH ( MAK MOK )


Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi


SEJARAH RINGKAS BASARIAH BINTI HJ ABDULLAH ( MAK MOK )

Dilahirkan di kampung  Sunagi Rambai Melaka pada tahun 1890 an. Berketurunan Bugis , baik disebelah Ayahanda  mahu pun disebelah bonda nya. Ayahanda nya bernama Hj Abdullah bin Kamis bin  Tok Kepau, Bonda nya bernama Hitam@Tok Uban binti Nanggau. Hitam ialah anak saudara kepada Tuan Imam Hj Md Said bin Marsah (Tok Andak) di Serkam.

Tok Basariah telah berkahwin dengan Long bin Tok Pawang Rabu bin Puyuh bin Daeng Kepau, dan kedua nya adalah berpangkat dua pupu, kerana kedua dua Datuk nya ada lah adik beradik. Melalui perkahwinan ini telah dikurniakan lima orang anak ia itu: Haron beristerikan Tijah binti Kiman, Hj Abdul Ghani beristerikan Hajjah Munah binti Hj Abd Karim, Bidah bersuamikan Manaf bin Mat bin Saji (kelahiran Langkat Sumatera), Bedah bersuamikan 1) Omar bin Daud 2) Hj Hassan bin Salleh, dan Kamisah (Bosoh) meninggal masih muda.

Semasa hayat nya beliau dilantik menjadi Bilal perempuan (Pengurus jenazah). Disamping itu Tok Basariah membuat perniagaan kecil kecilan, menjual pakaian, kain batik,dengan cara menjaja nya dari rumah kerumah, dan mengusahakan minyak kelapa yang diproses nya sendiri. Beliau telah meninggal dunia pada 02 jun 1971 bersamaan 08 Rabiulakhir 1391, dan telah dikebumikan ditanah perkuburan islam di kampung Sungai Rambai, bersebelahan dengan  kubur cucu nya, iaitu Yaakub bin Haron, yang meninggal dunia di hospital besar Melaka pada 12 Julai 1971 jam 0200 pagi kerana demam malaria.

Anak anak nya ialah:

1.   Haron beristerikan Tijah binti Kiman dikurniakan anak ialah: Mohd Sharif beristerikan Robiah, Arpah@Loyah bersuamikan Isnin bin Johari, Mohd Yusof beristerikan Hasidah binti Ismail, Talib (Meninggal muda), Rahimah bersuamikan Buang bin Embong, Yaakub (Meninggal muda), Jasemah bersuamikan Sahad, Satipah bersuamikan Abdullah bin Daud, Jaafar beristerikan Masrah binti Adis, Abd Ghafar beristerikan Norfaizah binti Isnin, Kalsom bersuamikan Ismail bin Hassan, Mohd Kahar beristerikan Arba'iyah, Abhu Bakar beristerikan 1) Noe Azah binti Che Mat 2) Kamsiah binti Hajar, dan Maimunah bersuamikan Kamaludin bin Hj Kasim.

2.   Hj Abd Ghani beristerikan Hajjah Munah binti Hj Abd Karim anak anak nya ialah: Datuk Hj Abd Aziz beristerikan Datin Hajjah Azizah binti Hj Hashim, Hajjah Zainab bersuamikan Hj Jaafar bi Md Zin, Hajjah Fatimah bersuamikan Hj Muhammad bi Hj Md Yasin, Zalehah bersuamikan Ramli bin Sampir, Habsah bersuamikan Jalil bin Sagap, Abdullah beristerikan Sa'amah binti Jelas, Sharifah bersuamikan Haris, dan Abd Malik beristerikan Norhayati binti Hj Md Yusof.

3.   Bidah bersuamikan Manaf binti Mat anak anak nya ialah: Md Yazid beristerikan Fatimah binti Rahmad, Raudah bersuamikan 1) Zainal 2)Md Natar bin Ahmad, Hamidah bersuamikan Leman bin Mat, Aminah bersuamikan Jamil bin Bachik, Sebah beristerikan Zaiton binti Rahmad, Habibah beristerikan Zainal binti Dawam, Azizah bersuamikan Kamis@Akob bin Rahim, Sabah bersuamikan Ariffin bin Jais, dan Moktar beristerikan Norlinafizah.

4.   Bedah bersuamikan Omar bin Daud anak anak nya ialah: Muzid beristerikan 1) Fatimah binti Md Kasim 2) Fatimah binti Yusof, Jamilah bersuamikan Abd Ghaffar bi Hj Md Akib, dan Latipah bersuamikan Md Yusof bin Mahadun.

      Bedah beristerikan Hj Hassan bin Salleh (Tiada zuriat)

5.   Kamisah (Bosoh) , meninggal masih muda.

BASTIAH BINTI HJ ABDULLAH ( TOK UTIH)



SEJARAH RINGKAS TOK BASTIAH BINTI HJ ABDULLAH  ( TOK UTIH )

Coretan pena : Jaafar Kelana Al Bugisi


Dilahirkan di kampung Sungai Rambai Melaka. Ayahanda nya bernama Hj Abdullah bin Kamis bin Tok Kepau, berketurunan Bugis , Bonda nya bernama Hitam@Tok Uban binti Nanggau kelahiran Serkam. Beliau telah berkahwin dengan Said di kampung Sungai Rambai Melaka dan dikurniakan anak ialah: Saijah bersuamikan Wagiman, Gendun beristerikan Kamsinah binti  Hj Shukur, Sawiyah bersuamikan Osman bin Sampir, Nisam, Askiah, Saerah @Embam bersuamikan Seman,

SAIJAH BINTI SAID
SUAMI NYA WAGIMAN@GOTOL

Anak anak nya ialah: Basiran beristerikan Koming, Isah beristerikan Bakar, Md Koro beristerikan Merah, Waginah bersuamikan Basiron, Marliah bersuamikan Tahir, Wahid beristerikan Nor, Norain bersuamikan Shaari, dan Halim.

GENDON BIN SAID
ISTERI NYA KAMSINAH BINTI HJ SHUKUR

Anak anak nya ialah: Zaharah bersuamikan Lizan, Jahara bersuamikan Jodi, Rosti@Pit beristerikan Rohaidah, Zalehah.

SAWIYAH BINTI SAID
SUAMI NYA OSMAN BIN SAMPIR

Anak nya ialah: Alias beristerikan Rafeah (Pulau Pinang)

NISAM

Anak anak nya ialah: Jamilah, Aju, Sulaiman, Shawal, dan Zainab

ASKIAH

Anak anak nya ialah: Abu Sah, Rahmad, Kalsom, Salihan, Kamilah, dan Rohanah

SAERAH @ EMBAM
SUAMI NYA SEMAN

Anak anak nya ialah: Talib, Jamilah.

TUAN IMAM HJ ABU BAKAR BIN MD DENI BIN KATIB SAMAD




SEJARAH RINGKAS TOK KINANG BINTI  OMAR BIN KAMIS BIN DAENG KEPAU

Tok Kinang dilahirkan di Kampung Tedung. Ayahanda nya bernama Omar bin Kamis bin  Tok Kepau. Bonda nya tidak diketahui asal usul nya. Beliau telah berkahwin dengan  Md Deni bin Katib Samad (Tedung). Melalui perkahwinan ini telah dikurniakan anak ia itu:

1.   TUAN IMAM HJ ABU BAKAR  BIN MD DENI
      ISTERI NYA TIJAH ( TEDUNG)

Anak anak nya ialah:

Ahmad
Hj Abd Rahman (Sempang)
Rahmah
Lailah
Asnah
Rohani
Norasikin

2.   SAARI BIN MD DENI
      ISTERI NYA ENDON  (TEDUNG )

Anak anak nya ialah:

Zakariah
Jawahir
Md Nor

HAJJAH KARIMAH BINTI SAID BIN KAMIS BIN KATEK




SEJARAH RINGKAS TOK TEMAH BINTI KAMIS BIN DAENG KEPAU

Tok Temah dilahirkan dikampung Sungai Rambai Melaka. Ayahanda nya bernama Kamis bin  Tok Kepau. Bonda nya bernama Raja Fatimah binti Raja Ali Haji kelahiran Pulau Penyengat Riau, dan berkaum dengan kerabat Raja Bugis di Riau. Beliau telah berkahwin dengan Tok Said bin Kamis bin Katek, kelahiran Tedung. Melalui perkahwinan ini telah dikurniakan anak ia itu: Jaimah bersuamikan Dol bin Tok Pandak, Hajjah Karimah bersuamikan Jeram (Rawang Muar), Alimah bersuamikan Abd Wahab (Pt Bunga Muar), Simah@Putih bersuamikan Md Yusof bin Jana (Bakri Muar), Tijah bersuamikan Naning (Tedung), dan Gaim beristerikan Siah (Tedung).

1.   JAIMAH  BINTI SAID
      SUAMI NYA DOL BIN  TOK PANDAK

Anak anak nya ialah:
Ahmad bin Dol (Mat Lengkau) beristerikan Derma binti Long , dikurniakan anak : Halus bersuamikan Jantan bin Hasan, Esah bersuamikan  1) Karim bin Ibrahim  2) Ghafor, Karim, Md Natar beristerikan Raudah binti Manaf.

2.   HAJJAH KARIMAH BINTI SAID
      SUAMI NYA  JERAM (RAWANG MUAR)

Anak anak nya ialah:
Hajjah Mariam bersuamikan Muhamad (Rawang Muar) dikurniakan seorang anak ia itu Fatimah@Mon bersuamikan Razali.

3   ALIMAH BINTI SAID
     SUAMI NYA WAHAB (PARIT BUNGA MUAR)

Anak anak nay ialah:
Zainab bersuamikan Abu dikurniakan anak: Yamah, Minah, Hassan, Hawa, Kassim, dan Awi

Senah bersuamikan Seman dikurniakan anak ialah: Satiah, Mustafah, Lijah, Harifah, Arshad, Pun, dan Misah.

Majid beristerikan Limah dikurniakan anak: Raunah, Rom, Basir,Md Zin, Zainon, Zakariah, Hamdan, dan Zai.

Mudah bersuamikan Seman dikurniakan anak ialah: Rohah, Md Sah, Nor, Takal, Tiot

Mai  (Singapura) anak nya ialah: Rahim,Norpipah, Aziz, Talib, Sahar, Mansor, Jamilah, dan Anah.

Rafeah (Singapura) anak nya ialah: Md Nor, Idah, Sa'adiah, Mamat, Samsuri, Zainudin, Maznah, dan Razali.

Lamah (Singapura) anak nya ialah: Faridah, Jalil, Din, laili, Anuar, Syukur, dan Azizah.

Armah bersuamikan Ismail bin Sujan (Tg Agas Muar) anak nya ialah: Noraidah, Jamaludin, Roziah, dan Hafizah.

Noriah bersuamikan Hashim (Parit Bunga  Muar) anak nya ialah: Ariffin, Osman, dan Ramli

4.   SIMAH@PUTIH BINTI SAID
      SUAMI MD YUSOF BIN JANA (BAKRI MUAR)

Anak anak nya ialah:
Sati bersuamikan Kasim (Bakri)
(Tiada Zuriat)

Niasam bersuamikan Razak (Bakri) anak nya ialah: Salbiah, Mohd, Md Tahir, Md Nor, Abdullah, Ayub, Zainon, Ismail, Zaidah, Meah, dan Shaari.

Ali beriaterikan Maimunah anak nya ialah: Rahim, Norpipah, Talib, Azis, Jamilah, Mansor, Sahar, dan Rohanah.

Osman beristerikan Rahimah (Bakri) anak nya ialah: Rafeah

Bakar beristerikan Halijah (Bakri) anak nya ialah: Hasnah, Jaafar, Hassan, Jujub, Jasmah, Leman, Mamah.

Minsom bersuamikan Abu Bakar (Bakri) anak nya ialah: Rasidah, Azizah, Norlelah, Joriah, Rohanah, Hisamudin.

Omar beristerikan 1) Halijah 2) Timah) (Bakri) anak nya ialah: Baharudin, Hasimah, Razak, Hashim, Maznah, Moktar, Yahya, Norlelah, Norlijah, dan Rosli.

Halijah bersuamikan Hashim (Bakri) anak nya ialah: Nor, zai, Ahmad, Mahbib, Murad, Yah, Masilah, Muslim, Kaimah, dan Nazir

Taib beristerikan Zalehah (Bakri) anak nya ialah: Moktar, Surayah, Mohd, Murni, Md Din, dan Heder.

Minah bersuamikan Mahfar (Bakri) anak nya ialah: Noritah, Linah, Nasir, Hadi, dan Uji

Midah bersuamikan Talib (Bakri ) anak nya ialah: Hamid, Ani, An, Izan, Hamidah, dan Nisar.

5.   TIJAH BINTI SAID (TEDUNG)
      SUAMI NYA : NANING

Anak anak nya ialah: Md Nor, Tapah, Ramlah

6.   GAIM BIN SAID (TEDUNG)
      ISTERI NYA : SIAH

Esah bersuamikan Md Sab bin Md Dewa (Tedung) anak nya ialah: Md Lazan, Khalijah, Md Natar, Ismail, dan Fatimah.

TUAN BILAL HJ ADAN BIN DAUD




SEJARAH RINGKAS TOK DAUD BIN HJ ABDULLAH

Beliau dilahirkan dikampung Sungai Rambai Melaka. Ayahanda nya bernama Hj Abdullah bin Kamis bin  Tok Kepau. Bonda nya bernama Hitam@Tok Uban binti Nanggau, kelahiran Serkam. Tok Daud telah berkahwin dengan Gedum binti Aman , kelahiran Air Panas Bemban Melaka. Melalui perkahwinan ini telah dikurniakan anak ia itu: Abd Manaf beristerikan Medah binti Loho (Tedung),Hajjah Aminah  @ Anon bersuamikan Shawal, dan Hj Adan beristerikan 1) Rafeah binti Kadir 2) Mintan binti Asar 3)Hajjah Keling binti Hj Taem. Tok Daud telah meninggal dunia dikampung Sungai Rambai, dan dikebumikan ditepi Sungai Kesang, berhampiran rumah Allahyarham Hj Md Yasin bin Mahat.

ABD MANAF BIN DAUD
ISTERI MEDAH BINTI LOHO (TEDUNG)

Anak anak nya:
Sidit beristerikan Sembok binti Musa, dikurniakan anak ialah: Hassan beristerikan Fatimah, Teriah (meninggal muda), Kasim beristerikan Rohanah, Abu Seman beristerikan Lailah, Hashim beristerikan Rozitah, Abdullah beristerikan Kasidah, Latif beristerikan Asiah, Abd Karim beristerikan Roslizah, Rashid, Rashidah bersuamikan Arshad,

Oyah bersuamikan 1) Che' Lah 2) Md Delon bin Tahau, dikurniakan anak ialah: Lailah bersuamikan Abd Ghani, Rashid beristerikan Maimunah, Yusof beristerikan Kamariah, Norimah bersuamikan Ninggal bin Jati, Yaakub beristerikan Rosmaini

Shafie  beristerikan  1) Idah binti Mohd Jasin  2) Patimah binti Mahmod ,
Anak anak  nya ialah:
Isteri 1: Misah (meninggal), Abu Hanifiah beristerikan Rohayah binti Ahmad, Amir Hamzah beristerikan Hashimah binti Ali Zain, Kalapiah beristerikan Hasbi binti Seman, Ramlah bersuamikan Ramli bin Bahari, Kamisah bersuamikan Ayob bin Ali, Rohanah bersuamikan Md Johan bin Adis.

Isteri 2: Rohani, Ghazali.

HAJJAH AMINAH BINTI DAUD
SUAMI NYA SHAWAL (SUNGAI RAMBAI)

Anak anakl nya:
Md Amin (Meninggal muda)

TUAN BILAL HJ ADAN BIN DAUD
ISTERI NYA:
1) RAFEAH BINTI KADIR
2)MINTAN BINTI ASAR
3)HAJJAH KELING BINTI HJ TAEM

Anak anak nya: Isteri 1)
Ahad beristerikan Erah binti Abd Rahim anak anak nya ialah: Sakilah bersuamikan Md Karon, Satiah,Jamiah, Sabri, Zulkifli, Azman, dan Fadilah.

Anak anak nya: Isteri 2)
(Tiada zuriat)

Anak anak nya: Isteri 3)
Izahari beristerikan Juliah binti Said dikurniakan anak ialah: Mujhaddah, Mujahiddin, Musyaffah, Mohd Mujadid, Normunawarah, dan Muhaffiz.

Mohd Azri beristerikan Zalomah binti Md Top dikurniakan anak ialah: Mohd Syukri, Norzirah, Fatin dan Mohd Shafiq.


Catatan:

Tuan Bilal Hj Adan bin Daud telah meninggal dunia
pada 08 mei 2000 jam 10 pagi , hari isnin bersamaan
04 Safar 1421.

TUAN IMAM HJ JANTAN BIN HJ SAM




SEJARAH RINGKAS HJ SAM (TOK ANDAK) BIN HJ ABDULLAH

Hj Sam adalah berketurunan Bugis, dilahirkan di kampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1860 an. Ayahanda nya bernama  Hj Abdullah bin Kamis bin  Tok Kepau,  Bonda nya bernama Hitam @ Tok Uban binti Nanggau  kelahiran Serkam. Tok Hitam ialah anak saudara kepada Tuan Imam Hj Md Said bin Marsah (Tok Andak) di Serkam. Hj Sam telah berkahwin dengan Tok Tom binti Julim kelahiran Tedung, dan dikurniakan anak ia itu: Mamat beristerikan Salmah binti Sabtu, Mai bersuamikan Long bin Satam, dan Tuan Imam Hj Jantan beristerikan  Hajjah Kotot binti Md Amin.

Hj Sam ialah seorang pawang , tukang urut , Tok Mudim, dan guru Al Quran. Diceritakan  olih orang orang yang terdahulu, dimasa dahulu semasa ketiadaan hospital,  khidmat pawang diperlukan untuk mengubati berbagai bagai jenis penyakit. Dikatakan juga , Hj Sam bolih menjahit luka luka yang besar , dengan menggunakan jarum dan benang dari daun nenas . Bukan sahaja orang orang Melayu yang memerlukan perkhidmatan nya, bahkan orang  orang China yang berada disekitar kampung  memerlukan khidmat  beliau. Sebagai seorang pawang dan Tok Mudim, beliau sering dipanggil diseluruh ceruk rantau kampung Sungai Rambai, dengan menaiki  basikal untuk melakukan  pengubatan dan tugas berkhatan  dengan bayaran seikhlasnya.

Hj Sam telah meninggal dunia pada 15 Februari 1966 malam Jumaat bersamaan 2 Ramadhan 1356 hijrah dan dikebumikan di tanah perkuburan islam di kampung Sungai Rambai Melaka.


SEJARAH RINGKAS TUAN IMAM HJ JANTAN BIN HJ SAM  (FAKEH JANTAN)

Dilahirkan pada tahun 1923 di kampung Parit Sidang Seman Sungai Rambai Melaka. Anak ketiga kepada Hj Sam bin Hj Abdullah. Bonda nya bernama Tom binti Julim kelahiran Tedung. Beliau telah berkahwin dengan Hajjah Kotot binti md Amin , dan dikurniakan anak ia itu: Selamat beristerikan  Mariah binti Yusof (Pahang), Fatimah, Muksin, Mah Husin@Dawi beristerikan Maimunah binti Aim, Hj Abu Bakar, Osman, Kamisah, Nordin, Dan Kasim.

Dalam usia nya yang masih muda , Hj Jantan telah bergelar Fakeh, kerana kewarakan nya. Beliau telah menuntut ilmu keagamaan di madrasah Hj Wahid, Paya Rumput Melaka, seterusnya  melanjutkan pengajian nya  dan berguru dengan  anak murid Tok Kenali di Madrasah pondok di Kelantan. Didalam arena politik , beliau bergerak cergas didalam memperjuangkan  kedaulatan bangsa Melayu didalam parti UMNO. Beliau juga terlibat secara lansung didalam pergerakan menentang Malayan Union yang ditaja olih British.

Dalam tahaun 1960 , beliau telah dilantik menjadi Tok Sidang di kampung Parit Sidang Seman menggantikan Tok Sidang Seman bin Ali. Seterusnya beliau telah dilantik sebagai Tuan Imam di mesjid  jamek kampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1966 hingga 1986. Tempat beliau sebagai imam telah digantikan olih anak saudara nya Tuan Imam Hj Kamarudin bin Mamat. Beliau telah meninggal dunia pada  04 jun 1998 bersamaan 10 Rabiulawal 1419.


SEJARAH RINGKAS TOK TOM BINTI JULIM

Tok Tom dilahirkan di kampung Tedung Melaka. Ayahanda nya bernama Julim. Beliau telah berkahwin dengan Hj sam (Tok Andak) bin Tuan Imam Hj Abdullah dikampung Sungai Rambai Melaka. Melalui perkahwinan ini telah dikurniakan anak ia itu:

1.   Mamat beristerikan Salmah binti Sabtu
2.   Mai bersuamikan Long bin  Satam
3.   Tuan Imam Hj Jantan bin Hj Sam beristerikan Hajjah Kotot binti Md Amin

Tok Tom mempunyai beberapa orang adik beradik saperti yang tersenarai dibawah ini:

1.   Tuan Imam Degaoh bin Julim beristerikan Kalsum binti Endoi (Tedung) , anak anak nya ialah:  Maimun, Abd Ghani, Bilal Dolet, Jilon, Enon, Jantan, dan Abd Hadi.

2.   Deraman bin Julim beristerikan Embam binti Ludin (Tedung) . anak anak nya ialah: Long, Tijah, Kutik dan Kechik.

3.   Dayang binti Julim bersuamikan Tumpang bin Gembol (Sungai Rambai), anak anak nya ialah: Salleh, Rapeah, Md Sah, Md Sab, dan Rahmah bersuamikan Tok Md Seh bin Husin.

4.   Tijah binti Julim bersuamikan Galeh, anak anak nya ialah: Majid, Salleh, Md Jisin, dan Endon.

5.   Jegiah binti Julim bersuamikan Mamat, anak anak nya ialah: Temah dan Senah.

6.   Liah binti Julim bersuamikan Md Linchah (Tedung), anak anak nya ialah: Nong dan Saonah.

TOK MD SEH BIN HUSIN




SEJARAH RINGKAS TOK MD SEH  BIN HUSIN

Dilahirkan di kampung Sungai Rambai Melaka  pada tahun 1870 an, Ayahanda nya bernama Husin. Tok Md Seh mempunyai tiga orang  isteri yang dikahwini nya , isteri pertama nya ialah : Kasiah binti Ahmad, telah meninggal dunia beberapa bulan  selepas berkahwin. Isteri kedua nya ialah Kamariah, kelahiran Bachang Melaka , mendapat seorang anak laki laki bernama Md Jisan  dan berkahwin dengan Halus binti Samad , di kampung Parit Sidang Seman. Isteri ketiga nya ialah Rahmah binti Tumpang, dan mendapat beberapa orang anakl ialah: Sa'oyah, Putih, Kam, Rebak, Md Sari (Atan), Muhamad (Senin), Raban, dan Masinah.

Kalau di susur galor disebelah bapa nya ia itu Husin, adik beradik nya ialah: Yot, Tijah, dan Embah. Embah telah berkahwin dengan Tok Pawang Rabu bin Puyuh bin Daeng Kepau atau Tok Kepau pembuka asal Kampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1790.

Semasa hayat nya Tok Md Seh ialah seorang pawang yang disegani di kampung Sungai Rambai. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1965 dan telah dikebimikan  ditanah perkuburan islam di kampung Sungai Rambai.

TOK HASHIM BIN SUDIN BIN ENDOI




SEJARAH RINGKAS TOK HASHIM BIN SUDIN BIN ENDOI

Tok Hashim adalah berdarah campuran Bugis dan Melayu. Beliau dilahirkan dikampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1914. Beliau telah berkahwin dengan Dengkil , di Kampung Sungai Rambai, dan mendapat anak: Salmah  bersuamikan  Maen bin Man (Tedung), Osman beristerikan  Zamnah binti Putih Ketiau (Semujuk), Pit beristerikan Senot binti Saidin, Mamat beristerikan Ramnah, Che' Yah, Md Diah beristerikan Kam, Mazali beristerikan Senah, Senah bersuamikan Mahat, Haron beristerikan Nah, dan Rozi bersuamilan Ali.

Ayahanda nya bernama Sudin bin Endoi. Manakala bonda nya bernama  Chik binti Husin. Kalau disusur galor , disebelah  datok nya  ia itu Endoi, maka Endoi ini telah berkahwin dengan Mendek binti  Tok Kepau, 

Dari hasil perkahwinan Mendek dengan Endoi ini telah dikurniakan beberapa orang anak ia itu: Che' Kiah bersuamikan  Katib Samad (Tedung), Sesau bersuamikan Samad (Tedung), Kalsum bersuamikan Imam Degaoh binti Julim (Tedung), Mai,  dan Sudin beristerikan 1) Chik binti Husin
2) Enon  3) Nina binti Bechat.

Semasa muda nya Tok Hashim telah dilantik menjadi bilal dimesjid  kariah Parit Penghulu, dan kini beliau telah uzur dan usia nya telah 100 tahun, dan menghabiskan usia tua nya dei kediaman nya di kampung Parit Putat Benting Sungai Rambai Melaka.

WAHAB BIN TOK BAHAMAN




SEJARAH RINGKAS TOK BAHAMAN BIN NINANG

Tok Bahaman adalah berketurunan Bugis, dilahirkan  dikampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1860 an . Ayahanda nya bernama Ninang bin  Tok Kepau. Tok Bahaman telah berkahwin dengan Sekimah binti Jantan dan dikurniakan  tiga orang anak , ia itu: Abd Rahman beristerikan Pit binti Mahat, Buyah bersuamikan Md Kasim bin Budin dan Wahab beristerikan Esah@Debok binti Md Amin.

Semasa hayat nya , Tok Bahaman ialah seorang pakar didalam hal hal kerja pertukangan  untuk membina rumah kediaman, membuat  sarung dan hulu keris, serta berbagai bagai jenis parang dan kraf tangan untuk kegunaan pada masa itu. Beliau telah meninggal dunia pada 11 Februari 1963 jam 7 malam bersamaan 17 Ramadhan 1384 hijrah didalam usia 103 tahun.


SEJARAH RINGKAS TOK WAHAB BIN TOK BAHAMAN

Dilahirkan dikampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1916, anak ketiga dari tiga orang adik beradik. Telah berkahwin dengan Esah@Debok binti Md Amin, dan mrndapat anak: Maznah bersuamikan Abd Hamid, Faridah bersuamikan Menha bin Abu Husin, Amran (Meninggal muda), Mansor, dan Nasir beristerikan Norasyikin.

Dalam usia nya yang masih muda beliau telah bergelar  "FAKIH ", kerana beliau telah menuntut ilmu keagamaan di madrasah pondok, di Kedah. Dalam tahun 1950 an beliau telah berkhidmat sebagai Wader penjara, di Penjara Tanjung Beruas, Tanjung Keling Melaka. Beliau telah meninggal dunia pada 24 November 1999, jam 0945 malam bersamaan 14 Jamadilakhir 1420.

TUAN KHATIB HJ ABD GHANI BIN LONG BIN TOK PAWANG RABU




SEJARAH RINGKAS TOK PAWANG RABU

Tok Pawang Rabu ialah berketurunan Bugis. Dilahirkan di Kampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1840 an. Ayahanda nya bernama  Tok Puyuh bin  Tok Kepau. Tok Pawang Rabu telah berkahwin dengan Embah di kampung Sungai Rambai. Kalau disusur galur disebelah isteri nya , Embah itu mempunyai beberapa orang adik beradik, diantara nya ialah: Hussin , Yot dan Tijah. Tijah telah berkahwin dengan Tok Montel bin Gembol di kampung Sungai Rambai Melaka.

Beliau merupakan seorang pawang yang terkenal di kampung Sungai Rambai pada masa dahulu. Rumah kediaman nya ia lah di Lot: 2849, di kampung parit Sidang Seman, dan sekarang telah dibina rumah kediaman olih cucu cicit nya.

Melalui perkahwinan nya dengan Embah , telah dikurniakan beberapa orang anak ia itu: Long beristerikan Basariah binti Hj Abdullah, Jantan beristerikan Dara binti Seman, Menah bersuamikan Samad bin Satam, Nyemah bersuamikan Jamil bin Empu dan Che' Mah bersuamikan Fajar bin Mahat. Kalau diambil kira , sebahagian besar dari penduduk kampung parit Sidang Seman , adalah dari jurai keturunan nya. Beliau telah meninggal dunia lebih kurang pada awal tahun 1900 an.


SEJARAH RINGKAS TUAN KHATIB HJ ABD GHANI BIN LONG

Dilahirkan dikampung Sungai Rambai Melaka pada tahun 1918. Anak kedua dari lima orang adik beradik, telah berkahwin dengan Hajjah Munah binti Hj Abd Karim dan mendapat anak: Datuk Hj Abd Aziz beristerikan Hajjah Azizah binti Hashim, Hajjah Zainab bersuamikan Hj Jaafar bin Md Zin, Hajjah Fatimah bersuamikan Hj Muhamad bin Hj Md Yasin, Zalehah bersuamikan Ramli bin Sampir, Habsah bersuamikan Jalil bin Sagap, Abdullah beristerikan Sa'amah binti Jelas, Sharifah bersuamikan Haris, dan Hj Abd Malik beristerikan Norhayati binti Hj Md Yusof.

Ayahanda nya bernama Long bin Tok Pawang Rabu bin Puyuh bin Daeng Kepau. Manakala bonda nya bernama Basariah binti Hj Abdullah bin Kamis bin Daeng Kepau. Kalau disusur galor, kedua dua ayahanda dan bonda nya adalah berpangkat dua pupu kerana Datuk nya adalah adik beradik.

Semasa hayat nya beliau adalah seorang yang dusegani, di kampung Sungai Rambai , kerana kewarakan nya . Dalam tahun 1950 an beliau telah mengendalikan kedai syarikat di pekan Sungai Rambai, dan seterusnya pada tahun 1960 an telah menjadi kerani wakil pos di kampung Sungai Rambai Melaka. Di bidang politik pula , beliau ialah seorang yang kuat memperjuangkan hak Melayu melalui parti UMNO, dan juga terlibat secara lansung  menentang Malayan Union yang ditaja olih Pihak British. Pada tahun 1966 beliau telah dilantik sebagai tuan Khatib di Mesjid Jamek Kampung Sungai Rambai Melaka. Beliau telah meninggal dunia pada 08 Apr 1973 bersamaan 4 Rabiulawal 1393.

MAHADON BIN DOL BIN TOK PANDAK




SEJARAH RINGKAS TOK PANDAK

Tok Pandak atau Panglima Pandak adalah berdarah campuran diantara Bugis dan Melayu. Ayahanda nya bernama Kamis bin Katek. Bonda nya bernama Enggoh binti  Tok Kepau, datuk nya Tok Kepau ini berasal dari kepulauan Riau dan berkaum dengan kerabat Raja Bugis di Riau. Tok Pandak telah berkahwin dengan Suri, di kampung Tedung dan dikurniakan 10 orang anak ia itu: Embam bersuamikan Samad bin Dagang (berkaum dengan Tok Kuyun binti Dagang, di Kampung Parit Sidang Seman), Embun, Dol beristerikan : 1) Jaimah binti Said, 2) Normah binti Hj Abdullah, Mamat Chebi, Jaenah, Sa'amah bersuamikan Salleh, Taat beristerikan Kenet, Tiamah bersuamikan Md Zin, Yang Anggok, dan Mahanum@Ginum bersuamikan: 1) Lajak, 2) Md Dewa.

Semasa hayat nya Tok Pandak adalah seorang yang disegani olih penduduk kampung Sungai Rambai kerana mempunyai ilmu keagamaan yang tinggi dan ilmu kepahlawanan yang tiada tolok banding nya pada masa itu. Didalam usia nya yang masih muda , beliau telah bergelar panglima , kerana dapat mengalahkan Panglima Laboh didalam peristiwa mencuri kerbau  olih panglima Laboh di Sungai Rambai.

Dalam tahun 1887 Tok Pandak telah terlibat membantu orang orang Serkam yang diketuai olih Tuan Imam Hj Md Said bin Marsah (Tok Andak), didalam perang rokam, menentang pihak British yang diketuai olih pesuruhjaya  British di Melaka yang bernama B. H. Alcum, berkaitan dengan sistem pembayaran cukai yang tidak dipersetujui olih penduduk Serkam. Tok Pandak dibantu olih Tok Pawang Rabu bin Puyuh, Tok Bahaman bin Ninang dan beberapa orang pemuda lagi yang dikirimkan  ke Serkam mengikut jalan darat melalui Merlimau, lengkap dengan alat senjata nya.

Bolih dikatakan kaum kerabat Tok Pandak dan jurai keturunan nya masih kekal  di Kampung Parit Sidang Seman , Sungai Rambai Melaka , dan memegang beberapa jawatan penting saperti pegawai adat dan pegawai pegawai syarak.

Tok Pandak telah kembali ke rahmatullah diawal tahun 1900 an dan disemadikan di Kampung Lanchang Merlimau Melaka, semasa beliau menziarahi kaum kerabat nya disana. Di kampung Lanchang masih terdapat cucu cicit nya , diantara nya ialah Burok binti Pit dan anak nya Datuk Penghulu Nor Azmi bin Mahmud . Bagi mengenang jasa nya , maka cucu cicit nya telah bersepakat mewujudkan  " DATARAN TOK PANDAK ", bagi aktiviti aktiviti riadah dan ilmu mempertahankan diri, disebidang tanah  dan sekarang didiami olih cucu cicit nya turun temurun, di kampung Parit Sidang Seman, Sungai Rambai Melaka.





                             Makam Tok Pandak dikampung Lancang Merlimau Melaka


Maka dibuat orang pantun:

Anak landak pandai berjalan
Kulit lokan didalam tabuh
Tok Pandak Panglima handalan
Dapat mengalahkan Panglima Laboh

Kulit lokan didalam tabuh
Tabuh dibawa  Suak Kelabau
Dapat mengalahkan Panglima Laboh
Dalam peristiwa mencuri kerbau

Kalau nak kenal baluh tabuh
Jangan letak hala ke hulu
Kalau nak kenal Panglima Laboh
Kepala botak dada berbulu


SEJARAH RINGKAS MAHADON BIN DOL

Dilahirkan dikampung Sungai Rambai Pada tahun 1910. Ayahanda nya bernama Dol bin Pandak bin Kamis bin Katek. Manakala bonda nya bernama Normah @ Tok Porak binti Hj Abdullah bin Kamis bin Tok Kepau. 

Kalau di susur galor dari sebelah bonda nya , beliau ialah berketurunan Bugis berkaum dengan Tok Kepau. Beliau telah berkahwin dengan Kechik binti Hitam bin Namin, dan dikurniakan anak ia itu: 1) Sarimah@Ara bersuamikan Seman bin  Mamat, anak anak nya ialah: Idah bersuamikan Maan bin Mamat, Sapiah bersuamikan Mamat bin Kutik, Fatimah bersuamikan Omar bin Abdullah, dan Zakariah. 2) Hj Kamit beristerikan Hajjah Solehah binti Hj Omar, anak anak nya ialah: Norwahidi beristerikan Azalinah binti Kamarudin,Zulkifli, Suhaimi, Rozitah bersuamikan Hamdaan bin Awang, Fadli, dan Norhidayati. 3) Abd Hamid @Bilal Samod beristerikan Tayah binti kolop, anak anak nya ialah: Yusnitah bersuamikan Rashid bin Maidu, Yusri beristerikan Norasmah binti Mohan, Zamri beristerikan Lizah binti Zainal Abidin, Shamsudin , Mohd Zaki dan Haidir. 4) Samad beristerikan Hamidan binti Taib, anak anak nya ialah: Zulkefli, Nurulhnah, Zahari, Zakariah, Zurifah, Mohd Hafizi, Mohd Hanif dan Norsyahadah. 5) Md Yusof  beristerikan Latifah binti Omar,anak anak nya ialah: Norly, Fizah, Wahijah, dan Salihin. 6) Abd Jabar beristerikan Sa'diah binti Hj Samad, dan 7) Abd Rahim beristerikan Nor binti Sudi.


Catatan: 

Mahadun bin Dol telah meninggal dunia pada 15 okt 1972 hari Ahad
bersamaan 08 Ramadhan 1392


MAHANUM@GINUM BINTI PANDAK

BERSUAMIKAN : 1) LAJAK@RAZAK     2) MD DEWA

Mahanum@Ginum + Lajak@Razak
Anak anak nya ialah:

Hasan@Dahan , anak anak nhya ialah: Rahim, Ma'asom, Sa'odah, Zalehah dan Rahman.

Fatimah, anak anak nya ialah: Habsah, Nabsiah, Masinah, Abu Bakar, Zainal dan Basir.

Mahanum@Ginum+Md Dewa
Anak nya ialah:

Amy@Atan, anak anak nya ialah: Ramlah, Hamdan, dan Norhaziah.